bab 1

Drama Completed 23525

Di malam hari disertai hujan yang lebat,meski pun cuaca yang begitu teruk tidak mengganggu keadaan seorang perempuan yang telah basah kuyup akibat kehujanan.Perempuan itu masih duduk di situ merenung nasib yang menimpa hidup nya selama 6 tahun ini.Hidup nya yang dulu bahagia secara drastik berubah 360 darjah akibat kemalangan yang berlaku semasa dia berumur 15 tahun.Dia ialah Aina sekarang telah berumur 21 tahun.Genap usianya 21 tahun ibu bapa nya memberikan kabar yang buruk kepadanya.Terngiang-ngiang di telinganya apa yang didengar ketika sampai di rumah petang tadi.

"Assalamualaikum".Setelah masuk kerumah Aina memberi salam.Semua ahli keluarganya berada diruang tamu melihat ke arah Aina.

"Waalaikumussalam,Aina duduk dengan kami disini.Kami sudah menantikan kepulangan kamu untuk membahaskan sesuatu."jawap Halizah sambil mengarahkan Aina supaya duduk di hadapannya.

Aina yang diam sahaja mencerna apa yang sedang terjadi?Kenapa seperti ada perkara yang tidak baik akan menimpa dia.Ibu nya dengan ramah dan sopan menyambut nya.Ini tidak pernah berlaku selama 6 tahun ini.Namun dia tetap mengikuti arahan ibunya.

"Apa yang ibu dan ayah nak bincangkan?"

"Kami akan jodohkan kamu dengan Tuan Muda keluarga Royal Gold."

Aina hanya diam ini bukan sebuah pertanyaan atau pun pendapat malah itu satu arahan buat dirinya.Kalau dia menolak perjodohan ini keluarga nya akan marah dan semakin membencinya.

Setelah mendapati Aina hanya berdiam diri Rosman sebagai ayah Aina bersuara.

"Kamu tidak perlu menjawap kerana apa yang keluar dari mulut kamu itu semua tidak penting .Kamu hanya beban dalam keluarga ini.Ketiadaan kamu sangat kami alu-alukan"lalu dia meninggal Aina dan semua yang berada di ruang tamu.

Aina yang mendengar yang diucapkan oleh ayahnya hanya berjalan longlai munuju ke bilik.

"Pasrah dan redha".Itu sahaja yang keluar dari mulut Aina.Terasa dunianya betul-betul berhenti berputar buat seketika.Dia terpaksa menjalani kehidupan yang penuh penderitaan ini.Ibu bapanya juga tidak lagi memerlukan Aina .Tiada sebab untuk dia mahu bertahan tinggal di rumah yang dulu di anggap tempat paling selesa namun berubah menjadi seperti neraka buatnya selepas kejadian 6 tahun lalu.

Adakah menerima penjodohan ini akan mengangkat semua penderitaannya? Penat memikirkan masalah dan ujian kehidupan buat dirinya.Dia memutuskan untuk keluar menghirup udara yang segar di taman berhampiran rumah.Tanpa disedari oleh Aina langit mula berubah menjadi gelap menandakan hari sudah malam dan hujan mula turun membasahi dirinya.

"Ya ALLAH sungguh berat ujian Mu ini.Aku hampir menyerah dengan takdir ku tetapi aku percaya dengan kehendak-Mu.Semoga ada sinar bahagia buat diriku."Aina mengusap muka dipenuhi air mata dan air hujan.Setelah berasa lega dia mengerling ke arah jam tangan.Waktu menunjukkan pukul 7.15 petang dia segera balik ke apartment nya .

Tibanya Khai dirumah banglo mewah milik papanya.Tujuan dia datang ke sini kerana atas permintaan papanya kerana ingin berbincang sesuatu yang agak serius.

"Hai papa,kenapa suruh Khai datang jumpa papa waktu kerja nie?"Khai pelik kerana biasa papanya tidak akan mengganggu dia ketika waktu pejabat walaupun lagi 20 minit lagi akan masuk waktu balik kerja.

"Ada benda penting papa nak bagi tahu kamu.Perkara ini sangat penting"Baharudin memandang anaknya.

"Apa papa?"

"Kamu akan berkahwin dengan anak kawan papa dalam tempoh 2 hari lagi papa akan datang melamar anak perempuan mereka.Tiada penolakan kalau tidak papa tidak benarkan kamu jejak kaki ke rumah ini lagi."

"Papa tak boleh paksa Khai kahwin dengan perempuan pilihan papa.Khai dah ada perempuan yang Khai suka.Khai masih muda Pa baru 26 tahun."tekan Khai.

"Perempuan mana yang kamu maksudkan?Jangan perempuan yang kamu maksudkan itu Damia dan apa kamu kata muda?.Khai umur 26 tahun tu layak berkahwin dan ada anak.Kamu kelihatan muda tapi tidak pada umur."

"Siapa-siapa pun papa kenapa papa nak halang pilihan Khai?Papa tahu tak dengan sikap papa Khai makin benci dekat papa."Khai hendak keluar dari bilik papa nya tetapi langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik papanya apabila mendengar kata-kata papanya.

"Kamu menantikan perempuan yang telah menyakitkan kamu dan dia tinggalkan kamu tanpa kabar.Dia memberi luka dan trauma buat kamu.Sebagai pewaris keluarga ini,papa tidak akan benarkan perempuan itu menghancurkan hidup kamu lagi"ucapnya lirih.

Damia adalah cinta pertama dan menjadikan alasan dia membenci yang dinamakan perempuan.Hadirnya Damia menyerikan kehidupan nya, pada usia 19 tahun mereka menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.Dia dan Damia menjalinkan hubungan itu selama setahun.Khai yang berasa hubungan mereka semakin selesa terus merancang untuk ke tahap yang lebih serius.Khai melamar Damia pada usia 20 tahun tetapi Damia menolak kerana tidak bersedia.Khai tidak perlu pening tanggungjawab dari segi kewangan kerana dia dari kecil sudah menjadi pewaris nombor 1 keluarganya.Khai juga berpendapat mungkin pada usia 20 tahun terlalu awal untuk mereka berkahwin.

"You kalau tak nak kahwin kita tunang dulu boleh?Sebab I perlukan status yang sah dari hubungan kita supaya you sentiasa jadi milik I."

"Boleh sayang tapi kalau soal kahwin I belum ready lagi.Sorry"

Dalam masa tempoh mereka akan bertunang 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan itu juga Khai sibuk menguruskan majlis pertunangannya dengan Damia.Sehinggalah 3 tahun mereka bertunang dan umur mereka memasuki usia yang layak berkahwin.Pada usia 23 tahun Khai bercadang untuk melamar kekasih hatinya buat sekian kali nya.Pada awal nya tidak mengecewakan tetapi semasa majlis akad nikah Damia melarikan diri.Berita yang lagi mengejutkan ialah Damia menolaknya kerana memilih lelaki lain yang lebih kaya darinya.Adakah dia belum cukup sempurna?

"Aghhhhh"Khai membanting barang-barang yang berada di atas meja.Sakit itu lah yang kini dirasakan walaupun sudah 3 tahun berlalu.

Selama 3 tahun Khai tidak mendekatkan diri pada mana-mana perempuan.Perempuan akan mendekatinya atas kepentingan mereka sendiri.

"Murahan...Munafikkk!!!"jerit Khaii.

Dia berjalan memasuki bilik tidurnya dan berbaring di atas katil.Bunyi hujan telah menenangkan Khai tanpa sedar dia terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience