Aina mencuri pandang pada Khai yang duduk di di hadapan, jantungnya berdebar kencang.
Aina menyedari bahawa dia telah terperangkap dalam jurang cinta yang tidak berkesudahan. Setiap hembusan angin membawa namanya, setiap senyuman yang diberikannya menyengat di dalam dada. Aina menyayangi Khai dengan tulus yang tidak dapat digambarkan, tetapi tidak dapat lari daripada kesakitan yang menjalar dalam dirinya.
Namun, dalam kekosongannya, dia mendapat kekuatan dalam kesedihan. Aina belajar untuk menerima cinta itu boleh terperangkap dalam kekeliruan dan keraguan yang tidak dapat dihentikan. Setiap kali dia melihat Khai, dunianya berputar dan jantungnya berdegup kencang.
Sakitnya mencintai tanpa mampu berpatah balik. Setiap detik, dia dihanyutkan oleh perasaan yang tidak berbalas. Aina cuba menahan air mata yang mahu jatuh, cuba menyembunyikan kelemahannya di sebalik senyuman palsu.
Namun, dalam kekosongannya, dia mendapat kekuatan dalam kesedihan. Aina belajar untuk menerima bahawa cinta boleh menjadi pedang bermata dua, mencederakan tetapi juga memberi kehidupan. Dia tahu, walaupun ia menyakitkan, dia tidak akan menyesal dengan cinta yang dia berikan.
Dalam kegelapan yang menyelubungi, Aina cuba kekal kuat. Aina memahami bahawa cinta tidak selalu berjalan mengikut kehendak , dan kadangkala, cinta adalah tentang melepaskan. Walaupun dia terbelenggu dalam jurang cinta yang tidak berkesudahan, dia mendapat kekuatan untuk terus maju.
Aina tahu bahawa dalam setiap luka, ada kekuatan yang tidak tergoyahkan. Dalam setiap kesedihan, ada hikmah yang tidak kita ketahui. Aina mungkin terperangkap dalam jurang cinta yang tidak berkesudahan, tetapi dia mendapati keindahan dalam ketidaksempurnaan dan keberanian dalam meneruskan perjalanan cintanya.
Aina memilih untuk terus mencintai, walaupun dia terluka. Aina percaya bahawa kegelapan tidak akan kekal selama-lamanya... Bukankah ada pepatah "Dari kegelapan datangnya cahaya?"
'cinta tak seharus memiliki...'
Aina jatuh cinta segala-galanya tentang Khai. Setiap detik, setiap hembusan nafasnya dipenuhi tentang lelaki itu. Aina cuba sedaya upaya untuk membuatkan lelaki itu terlepas dari pengakhirannya penuh kekecewaan, Aina cuba memberikannya kebahagiaan dan cinta tanpa mempedulikan sama ada Khai sedar akan perasaannya atau tidak. Aina mahu menceriakan kehidupan Khai dengan senyuman, menyokongnya setiap langkah, dan menyatukan harapannya dalam setiap perkataan yang diucapkan.
Namun.... Aina sedar bahawa di sebalik rasa cinta yang indah itu, ada rasa sakit yang mendalam. Sakit yang lelaki itu tidak pernah sedar bahawa dia, Aina, telah jatuh cinta sepenuh hati. Mungkin suatu hari nanti, Aina berharap akan ada keajaiban, di mana dia dapat melihat dan merasakan lelaki itu membalas perasaannya...
Dari awal dia yang memilih jalan dimana mempertahankan hubungan walaupun tidak saling mencintai.Dia akan berusaha mengubah dimana saat ini Khai tidak memperdulikan akan menjadi manusia yang akan rindu dengan kehadiran dirinya.
Share this novel