Pada waktu pagi keadaan di hospital sekarang bising dengan doctor dan jururawat yang memanggil nama pesakit dan memberikan arahan.Terdapat satu katil yang kelihatan seorang perempuan yang terbaring lesu dan disampingnya ada seorang lelaki yang setia menanti perempuan itu sedar sehingga dia juga ikut terlelap kerana sudah kepenatan.
Aina yang terasa haus mula membuka matanya.Pandangannya jatuh kepada Khai yang kepucatan kerana dia juga terkena hujan semasa membawa dia masuk ke dalam kereta ketika dia pengsan tadi.Dia tersenyum mungkin dia ada harapan untuk membuka pintu hati lelaki yang setia di sampingnya.Aina membelai pipi Khai yang pucat itu.
Khai yang menyedari ada pergerakan dia turut membuka mata.
"Saya dahaga Khai."kata Aina dengan suara serak setelah sedari Khai menatapnya.Aina terlampau dahaga kerana semalaman dia tidak minum air.Kerongkong tekaknya mula sakit dan perih.
"Assalamualaikum,macam mana keadaan Aina?"Tanya Syahrul 8erentak dengan Zulaikha.Zulaikha memandang Syahrul dan menjeling.Syahrul dan Zulaikha sempat bergaduh kerana ingin mendapatkan tempat parking kereta.Shasha yang datang bersama Zulaikha hanya menggeleng kepala kerana sikap Zulaikha yang keras kepala dan tomboy.
Syahrul yang melihat Zulaikha hanya memutar matanya malas.
Khai hanya mengabaikan perdebatan dua pasangan lain jantina itu segera mencapai botol mineral yang berada di atas cabinet bersebelahan katil hospital milik isterinya.Khai terlampau risau akan keadaan Aina hanya mengabaikan panggilan masuk walaupun dia masih tidak boleh menerima Aina sebagai orang yang dia cintai namun dia masih suami yang perlu menjadi suami yang bertanggungjawab.
Merasa merasakan dahaganya hilang menjawap salam sahabatnya.
"Waalaikumussalam, macam mana kamu berdua boleh datang sini?"Tanya Aina.Dia pelik kenapa sahabat-sahabatnya boleh berada di sini seawal ini.
"Alia bagi tahu aku.Dia suruh aku datang pantau keadaan kau."Jawap Zulaikha.
Aina hanya mengangguk kemungkinan semua keluarganya sudah mengetahui yang dia sedang berada di hospital.
Khai sempat menghubungi ahli keluarganya mengabari tentang Aina yang sakit dan dirawat di hospital.Mereka tidak boleh datang melawat kerana ada urusan di luar negara yang sangat penting.
Syahrul yang sedang melihat ke arah Khai mula membuka suara.
"Kau tinggalkan isteri kau semata-mata nak tahu tentang Damia ke bro?Aku kecewa dengan kau."Syahrul segera meninggalkan Khai.Dia tidak mampu mengawal emosi kerana Syahrul paling tidak suka lelaki yang menyakitkan perempuan.Dia korban broken home dari kedua ibu bapa yang bercerai kerana ayahnya lebih memilih orang ketiga.Dia membantu Khai kerana tidak menyangka perlakuan Khai kepada Aina sepertinya ini.Dia bukan seorang yang suka mencapuri urusan rumah tangga orang.
Semua orang yang berada di situ diam tidak berkutik.Aina yang sudah mengetahui hakikat mula menarik nafas dan menenangkan diri.Melihat keberadaan sahabat-sahabatnya Aina mula serba-salah.Zulaikha dan Shasha mampu mendengar kerana dia juga sedia maklum tentang perkahwinan paksa dari kedua pasangan di hadapan mereka.Mereka juga turut meninggal pasangan memberi ruang.
"Kami keluar beli makanan sekejap ya."lalu berjalan meninggalkan wad yang sedang dirawat oleh Aina.
Aina menganguk dan melihat penampilan suaminya."Awak tunggu saya sampai awak tak sempat nak salin baju ke?"Tanya Aina lembut kepada Khai.
Mata Khai yang tadi merenung mata milik isterinya kini beralih ke arah baju yang di pakainya.Dari semalam saking risau keadaan isterinya sehingga dia mengabaikan tentang diri sendiri.
"Awak balik salin baju lepas tu rehat.Saya dah menghubungi Zulaikha dan Shasha untuk teman saya.Saya petang nie dah boleh check out."Ucap Aina lembut.
Khai yang mendengar suara lembut isterinya hanya diam.Mengapa Aina masih melayani dia seperti dia tidak pernah melakukan kesalahan.
"Balik rehat,awak pun perlukan rehat juga."
Zulaikha dan Shasha datang dan menghampiri wad milik sahabatnya.Mereka meletakkan makanan yang telah di beli.
"Jaga Aina baik-baik."Arah Khai setelah melihat kedatangan sahabat isterinya itu.Khai meninggalkan Aina setelah usai bersalaman dengan isterinya.
Hanya mereka bertiga yang berada dalam bilik itu.Aina yang melihat muka sahabat-sahabat meminta penjelasan.Aina menceritakan apa yang berlaku kepadanya sehingga dia tidak sedarkan diri.
"Suami kau tinggalkan kau dekat situ sebab perempuan yang dia suka."heboh Shasha.
"Kalau aku jadi kau,dah lama aku tinggalkan je si Khai tu."ucap Zulaikha.
Aina menggeleng."Selagi aku masih boleh bertahan aku akan teruskan."
Betul? Adakah orang yang bercinta degil? Adakah Aina juga akan menjadi begitu? Terus kejar Khai.
"Orang yang jatuh cinta memang degil. Walau macam mana pun awak nasihat dia, kalau hati tak lelah, dia takkan berputus asa."
"Kau dah macam kauseling pulak Sha"
Shasha memandang Zulaikha. "Kita yang jatuh cinta tahu bila masa untuk berputus asa dan menyerah. Jadi, tidak perlu menilai sesuka hati."
"Di mana kau belajar, Sha?" Zulaikha menepuk bahu Shasha.
“Tak perlu belajar, Sha. Orang yang patah hati pandai menyusun kata-kata untuk menutup luka."
"Perghh paling tersakiti ya."seloroh Aina.
"Jadi aku nak cari lelaki idaman aku."Kata Shasha bersemangat.
"Jadi apa ciri-ciri lelaki idaman kau Sha?"Tanya Aina sementara Zulaikha juga melihat ke arah Shasha.
"Oh, semasa aku baru sahaja putus cinta dengan ex boyfriend aku,aku terus berfikir untuk mencari pasangan yang menjadi anak tunggal, yatim piatu, kaya, dan tidak mempunyai keluarga besar supaya tidak ada orang akan mengganggu atau mengejek aku "
"Aku ada calon yang memenuhi ciri-ciri tu."kata Aina.
"Ada, atuk kawan aku dia duda, anak tunggal, yatim piatu, kaya juga.Kau nak?"
"Gilaaa..!!!"
"Hahahaha..."
Share this novel