bab 6

Drama Completed 23525

Seminggu yang lalu Khai dan Aina sah menjadi sumai isteri.Akad nikah di lakukan secara sederhana sahaja kerana yang mendahului perkara penting dahulu.Majlis kenduri kahwin di lakukan seminggu selepas akad nikah berlangsung.Keluarga Khai ialah keluarga ternama dan membawa ramai pengaruh di dunia perniagaan.Khai merupakan anak tunggal kepada pasangan yang sangat terkenal menjadikan keluarganya melakukan majlis itu dengan meriah dan mewah.

Baharudin dan Rosalina ingin mengabadikan kenangan yang paling bahagia buat mereka.Ibu bapa yang melihat anak yang selama ini membesar di depan mata mereka dari tidak boleh berjalan sekarang berjalan gagah tanpa dipinpin.

Apa terjadi kepada Aina?Adakah keluarganya juga bahagia dan merasakan perkara yang sama?Melihat itu semua hatinya terhiris.Ibu bapa nya yang mengharapkan dia keluar dari rumah itu.Mereka gembira atas pemergiannya bukan melihat anak yang dibesarkannya akan berkahwin.

"Cepatlah jalan."arah Khai.

"Awak..."Aina menarik nafas dan hembus.."saya sudah berjalan selaju mungkin."Jawap Aina geram dengan tingkah laku suaminya.Mereka tinggal seatap tetapi tidak sebilik itu semua berlaku atas kehendak Khai.

Khai hanya mengabaikan apa yang di katakan oleh Aina.Dia berjalan memasuki kereta sports miliknya.

Aina yang melihat respon Khai hanya sabar dan memasuki kereta milik Khai.

"Sabar Aina ini hanya permulaan mahu luluhkan hati mamat kutub ni."Bisik Aina sambil mengusap dadanya.

Dia dan Khai duduk bersebelahan.Keadaan di dalam kereta menjadi sunyi tiada yang memulakan perbualan.Masing-masing fokus melihat ke arah jalan raya.Jarak mereka yang dekat menjadikan hati Aina semakin berdegup laju.Tidak dinafikan walaupun mereka dipaksa berkahwin kerana sikap dan ketampanan Khai membuatkan Aina terhepnosis.Dia terjatuh hati kepada Khai buat kali pertama tidak di sangka cinta pandang pertama menjadi kenyataan buat Tidak salah dia jatuh hati kepada suaminya sendiri.

Ibu bapa Khai sangat baik dan menerima kehadirannya.Mereka sangat menyambut kedatangan Aina sebagai menantu mereka.Ibu bapa Khai juga telah menceritakan kisah cinta Khai yang terkandas 3 tahun lalu.Itu yang menjadikan Aina ingin mengubah trauma Khai kepada wanita lain serta menggantikan cinta pertama Khai.

Aina memandang ke arah Khai yang sedang fokus memandu.Aina terdampar jika teringat kata-kata khai.

"Kau menarik tetapi kau tidak mampu menggantikan posisi cinta pertama aku.Jadi jangan bermimpi untuk menggantikan posisi dia dalam kehidupan aku walaupun kau isteri aku."

Aina mendengus.Adakah dia mampu melalui semua ini?Dia sudah sampai ke tahap ini kenapa mengalah sebelum mencuba.Hati kan boleh berubah?

Khai yang merasa sedang ditatap oleh Aina hanya mengabaikannya.Khai akui Damia telah meninggal luka yang sangat dalam tetapi wanita itu lah bertakhta di hati Khai sehingga kini.Damia ialah sahabat masa kecil Khai yang sentiasa mengisi kekosongan dalam kehidupannya.Aina merupakan isteri tetapi dia tidak dapat membuka hati kepada perempuan berstatus isterinya.

Sesampai di butik baju pengantin mereka turun dari kereta.Khai yang berjalan meninggalkan Aina di belakang.

"Khai."panggil Aina

"hmm." dehem Khai pendek.

Aina cuba menyamai langkah Kahi. Lelaki itu kelihatan berjalan laju, tapak kakinya terlalu besar sehingga dia sedikit kelelahan.Aina mengeluh berat, membiarkan Khai pergi dahulu, meninggalkannya di belakang.

Aina memandang belakang Khai.

"Suatu hari nanti saya akan membuat langkah kita menjadi sama. Awak akan tunggu saya dan takkan benarkan saya berjalan di belakang awak macam sekarang."

****maaf baru udpate*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience