bab 3

Drama Completed 23525

"Hello bro, datang pejabat pun termenung kau Khai?Why kau batal kan meeting secara mengejut dengan Syarikat WannaOne Holding?Apa masalah kau sebenarnya cuba cerita dekat aku."

Syahrul yang baru sahaja memasuki bilik pejabat sahabatnya dan juga merupakan CEO syarikat milik dia bekerja berasa hairan dengan perubah sikap Khai kebelakangan ini.Khai tidak pernah membatalkan meeting dengan secara tiba-tiba client tetapi hari ini tiada ribut,tiada petir Khai membatalkan meeting.What?Ini hal yang sangat mengejutkan bukan?

Seorang Tuan muda keluarga Royal Gold yang sentiasa mengutamakan kerja berbanding kesihatannya sendiri secara tiba-tiba membatalkan meeting yang sangat penting.Perbincangan projek yang bukan hanya beratus ribu tetapi hampir jutaan ringgit.

Khai yang melihat kedatangan Syahrul hanya memandang tidak tertarik dengan perkara yang dikatakan oleh sahabat nya.Dia lebih memilih untuk diam nak memikirkan tentang perkahwinan dia dan perempuan yang tidak dikenali secara tiba-tiba.

"Kenapa aku tidak selidik latar belakang perempuan itu dahulu"bisik Khai yang hanya didengari oleh dia.Sebelum menerima perjodohan yang bagi nya seperti mimpi lebih baik dia mengetahui siapakah perempuan yang akan menjadi isterinya itu.Khai hanya ada masa berberapa jam untuk menghadiri majlis lamaran di rumah perempuan yang akan bergelar isterinya.Itu juga atas permintaan ayah nya.

"Syahrul kau arahkan budak-budak aku cari maklumat tentang perempuan ini."Khai meletakkan informasi yang dia dapat dari ayah ke atas meja berhadapan dengan Syahrul.

"Aku nak maklumat tentang perempuan ini secara terperinci.Pastikan semua yang aku minta mesti ada atas meja aku dalam waktu sejam."Khai tanpa mendengar maklum balas dari Syahrul segera mengambil blazer hitam dan meninggalkan tempat itu menuju ke lokasi lain untuk mencari maklumat.Dia tidak perlu memakai blazer sekira melakukan urusan di luar pejabat.Pemakaian nya sekarang baju T-shirt putih yang dimasukkan ke dalam dan seluar slack hitam.

"Sah sahabat aku dah tak betul"guman Syahrul meninggalkan pejabat Khai.Dia perlu mencari maklumat perempuan yang diminta oleh Khai dengan segera, sepertinya penting.Dia tidak boleh membazirkan masa yang ada.Khai tidak suka arahan di bantah atau melakukan sesuatu tidak sesuai dengan arahannya.Itu seperti mengusik singa yang kelaparan.

Syahrul tahu sahabat nya Khai berubah seperti ais batu dengan sikap yang tidak suka bercakap selepas kehadiran insan yang sangat di sayangi namun menghadirkan trauma yang sangat dalam.

Muka Khai yang kacak membuat kan satu tatapan darinya mampu membuat semua wanita tergila-gilakan dia,tetapi tiada seorang pun yang mampu mencuri dan meluluhkan hati batu milik Khai.Khai kelihatan muda dari usianya.Memiliki tinggi rata-rata model.Badan nya yang tidak terlampau berotot tetapi tegap dan penampilan sentiasa santai berbaju T-shirt dan berseluar slack menjadikan dia kelihatan muda.

*** Maaf sebab update sikit dan lambat sebab saya sibuk.... terima kasih sebab selalu support..Love u alll *****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience