Dalam perjalanan menuju ke pantai Khai menerima panggilan dari Syahrul bahawa ada suatu kawasan telah di landa musibah yang agak dasyat.Hal ini sering terjadi kerana kemelesetan ekonomi yang terjadi di negara ini.Khai yang merupakan penguasaan bagi kawasan itu perlu membantu mengurangkan masalah itu.
Melihat perubahan di muka suaminya."Ada masalah ke awak?"
Khai mengangguk."Aku ada urusan yang perlu di selesaikan.Hari ini kita tak dapat pergi pantai."
"Kalau saya ikut awak sekali boleh sebah kalau nak patah balik dari sini ke rumah akan mengambil masa."
Setelah memikirkan permintaan Aina dia bergegas ke kawasan itu.
"Awak dah sarapan?" Aina mengalihkan perbualan mereka.
Khai memandangnya kemudian melihat bungkusan yang berada di atas riba Aina. "Belum lagi."
Aina tersenyum. "Kalau begitu makan ini." Dia membuka hadiah yang telah disediakan sendiri. Sandwic dengan hirisan daging, salad, tomato dan sos.
Khai menerimanya.Terdapat dua sandwic di dalam kotak itu."Kau macam mana, dah makan?"
"Saya sedang menunggu untuk bersarapan dengan awak."
Khai mengeluh, wanita ini tidak pernah lupa meluangkan masa untuk memasak dan makan bersama dengannya. "Ini," katanya sambil menghulurkan beberapa sandwic kepada Aina.
Aina menerimanya dengan gembira. Khai memerhatinya makan dan nampaknya mood wanita itu sedikit baik kebelakangan ini dia kelihatan gembira.
"Kau kena makan tepat pada masanya dan jaga kesihatan kau serta bayi dalam kandungan kau, jangan tunggu aku. Bagaimana kalau aku balik lambat, kau biarkan bayi itu kelaparan?"
Aina menelan sandwicnya. "Oleh itu awak kena beritahu saya sama ada awak akan lambat atau tidak, lagipun saya sudah makan buah sebelum ini, cuma saya tidak mahu ketinggalan makan bersama-sama dengan awak."
Khai terdiam sejenak terjadi keheningan di antara mereka, di antara pepohonan yang dilewati, dua burung biru kecil berkicauan tampak riang di hari yang cerah itu dengan langit biru dan awan putih seperti kumpulan bola kapas.
"Baiklah, lain kali aku akan beritahu kau yang aku tak boleh makan dengan kau."
Samar-samar ada rasa gembira di hatinya apabila mendengar kata-kata Khai, walaupun masih ada wanita lain di hatinya, lelaki ini tetap melayaninya dengan baik dan menghormati kedudukannya sebagai seorang isteri walaupun ketika ini dia tidak dapat menerimanya sepenuhnyabtapi inilah yang membuatkan Aina sentiasa berfikiran positif kerana Khai mempunyai hati yang lembut, lelaki yang sentiasa memikirkan perasaan orang lain dan cuba menjaga perasaan, suatu hari lelaki ini pasti dapat membuka hati kepada dia. Dia hanya perlu lebih bersabar untuk menunggu sehingga masa itu tiba.
Khai tidak dapat melihat semua yang Aina fikirkan, tetapi Khai boleh mengetahui bahawa wanita itu memang berharap padanya, dengan Damia yang tidak dapat dilupakan, Khai sangat berharap wanita itu tidak mengharapkannya.
Khai berfikir untuk mengabaikannya dan bersikap acuh tak acuh kepadanya supaya dia faham bahawa tidak ada tempat untuk lelaki itu di dalam hatinya, tetapi dia tidak berani berbuat demikian.
Jika dia berbuat demikian, perasaannya akan semakin terluka dan dia sendiri tahu betapa perasaan diabaikan oleh orang yang dia cintai boleh menyakiti hatinya dengan mendalam. Aina tidak sepatutnya mempunyai perasaan yang sama seperti dia.
Tetapi dia juga mahu Aina berhenti berharap kepadanya. Pada masa itu dia telah mengatakannya dengan jelas.
'Jangan jatuh cinta dengan aku, jangan letak harapan pada aku.'
Share this novel