TOK ...
TOK...
TOK ...
Bunyi ketukan yang nyaring telah mengganggu tidur Aina.Semalam dia terpaksa tidur lambat kerana ulang alik dari rumahnya ke rumah ibu bapanya.Apa yang berlaku semalam seperti mimpi.
Kejadian semalam.
"Huh,lenguh satu badan."Aina terpaksa kerja lebih masa hari ini kerana bosnya memberi kerja yang banyak kepadanya akibat datang lambat tempoh hari.Dia sampai kerumah jam menunjukkan pukul 11.45 pm.Dia ingin membersihkan diri terlebih dahulu.Satu langkah lagi kakinya akan menjejaki bilik air dia mendengar panggilan masuk segera Aina menghampiri terletak telefon bimbitnya.Aina melihat skrin telefon yang terpapar nama "My Mum".
"Mama call?"
Dia menjawap panggilan tersebut dengan penuh tanda tanya.Mama nie kerasukan ke?Kenapa mamanya menghubungi dia selewat ini.Muka Aina menunjukkan riak wajah penuh persoalan.
"Assalamualaikum Aina,kamu datang ke rumah mama malam ini.Kamu perlu menetap disini untuk malam ini kerana majlis merisik akan berlangsung esok."Suara mamanya mematikan lamunan Aina.Dia tidak salah dengar.Apa merisik ?
"Siapa yang nak kahwin atau tunang?"
"Kamu lupa yang tidak lama lagi akan berkahwin dengan anak kawan ayah?Jangan cuba untuk merosakkan nama baik keluarga.Datang kerumah dan tidur di sini supaya majlis berjalan lancar."Arah Halizah.
Aina menepuk dahinya."Ya, macam mana aku boleh lupa hal-hal yang mampu membuat aku hampir mati jika memikirkannya."gumam Aina di dalam hati.
"Baik mama,nanti Aina akan ke sana".Lalu mereka menamatkan panggilan.
Setelah menamatkan panggilan Aina segera mandi dan membersihkan diri.Tidak lupa juga melaksanakan kewajipannya sebagai umat Islam.Selesai menyelesaikan solat Isyak Aina terus menuju ke rumah ibu bapa nya.
Sesampai di rumah.
Aina membuka pintu secara perlahan supaya tidak mengganggu penghuni rumah ini.Mereka semua mungkin sedang tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
"Assalammualaikum."Walaupun dia yakin tiada orang yang akan menjawab salamnya dia sudah terbiasa memberi salam sebelum memasuki rumah.
"Waalaikumussalam,kakak."
Aina yang terkejut mendengar salamnya di jawab segera mencari arah sumber suara tersebut.
"Kenapa kamu belum tidur, Alia?"Tanya Aina sambil menatap adiknya dengan pandangan penuh kerisauan.
"Mama cakap kakak datang jadi Alia tunggu kakak."Alia tersenyum merenung kakaknya.Dia sangat ingin berjumpa Aina agar terubat kerinduannya.
"Kamu tidak perlu tunggu kakak sampai lewat macam ni.Kesihatan kamu lagi penting.Pergi tidur lagi pula esok masih ada masa untuk kita berjumpa."
"Tapi mama dan ayah tidak akan benarkan kita berbual seperti ini."Ucap Alia sedih.
Aina tersentak dengan kenyataan itu,benar ibu bapa mereka tidak membenarkan mereka berkomunikasi sekiranya tiada hal yang penting atau mustahak.Mereka hanya berbual atau berjumpa tanpa pengetahuan kedua ibu bapa mereka seperti melakukan hubungan terlarang sahaja.Tidak habis pikir Aina dan Alia dengan pemikiran ibu bapa mereka.
"Hm, apakah kesihatan kamu semakin membaik?"Aina menyambung perbualan mereka.
"Alhamdulillah, doktor cakap kalau sentiasa melakukan terapi dan makan ubat tepat waktu potensi untuk sembuh itu semakin cepat."Alia berdiri di hadapan kakaknya.Adakah ini kali terakhir mereka akan berhadapan seperti ini.Kehidupan mereka tidak seperti adik beradik di luar sana.Memikirkan yang kakaknya akan berkahwin dan akan tinggalkan dia semakin jauh.Air mata keluar tanpa di pinta.
Aina yang melihat adiknya menangis segera memeluk erat Alia."Shhh,semuanya akan baik-baik sahaja.Percaya pada takdir Allah,Allah tidak akan memberi ujian diluar kemampuan hambanya."
Mengapa Alia menangis?Bukan selama ini kami tidak serapat ini.Tanpa sedar air matanya mengalir laju.Dia mula sedar yang Alia masih menyayanginya.
Terasa lama berpelukan mereka memandang satu sama lain.
"Jadilah penguat satu sama lain.Disaat semua orang tidak memerlukan kakak ingat masih ada Alia yang menjadi bahu untuk kakak."Alia bersuara tersedu-sedu.
"Ketika dunia tidak memihak kepada kakak ingat ada Allah dan Alia yang mendukung kakak."Sambung Alia.
Aina hanya mengangguk laju.Dia kembali memeluk adiknya dengan erat.Mereka terpisah kerana keadaan yang berlaku 6 tahun lalu.
"Kamu sudah sebahagian dari hidup kakak Alia.Sekiranya kakak pergi sekurang-kurangnya ada peninggalan yang kakak tinggalkan kepada kamu.Anggaplah itu tanda kakak sentiasa ada bersama kamu."Bisik Aina dalam hati.
Mereka menyedari hari semakin larut dan memasuki bilik masing-masing.Mereka tidur dalam keadaan kepenatan bercampur kebahagiaan.
Share this novel