Pagi itu langit dipenuhi cahaya yang cerah memudahkan urusan Aina menghadiri majlis sahabat nya itu. Bunyi kenderaan boleh didengari hampir di mana-mana dan jalan raya hampir penuh dengan kereta milik tetamu dan usahawankaya yang datang menghadiri pesta itu.
"Puan Aina kita sudah sampai " Pemandu yang ditugaskan untuk menghantar Aina mengambarkan mereka sudah tiba.
Aina mengangguk dan dia turun dari kereta setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu peribadinya itu.
Aina menunjukkan kad jemputan kepada pengawal yang bertugas yang menerima tetamu.
Apabila dia masuk, perkara pertama yang dilihatnya ialah kemewahan tempat itu, lampu yang berkilauan, meja-meja yang dipenuhi pelbagai kuih-muih yang cantik dengan bunga-bunga di tengah-tengah meja. Orang ramai berbual dengan mersa, pelayan sibuk membawa minuman kepada tetamu. Nah, inilah yang boleh dibayangkan daripada pesta yang meriah dan berkelas.
"Aina"
Aina menoleh ke sepasang suami isteri yang memanggilnya.
"Dimana Khai?Kamu datang ke majlis ini seorang diri?"Tanyanya bertubi-tubi.
Aina diam apa alasan yang wajar diberikan kepada ibu mertuanya atau lebih tepat ibu kepada Khai.
"Khai ada urusan penting dan dia tidak dapat menghadiri majlis ni."
Baharudin dan Rosalina hanya menggelengkan kepada Khai sanggup membiarkan isterinya datang seorang diri.
Aina menghampiri orang yang menganjurkan majlis pada pagi ini iaitu Venorica.Venorica merupakan sahabat Aina ketika di sekolah rendah lagi namun sikap Venorica menjadi sombong setelah semakin terkenal dan berjaya sebagai usahawan muda.Namun hal itu tidak di endahkan oleh Aina kerana baginya dia masih menganggap Venorica sebagai sahabatnya justeru itu lah mengapa dia masih hadir ke majlis ini.
"Tahniah Venorica atas kejayaan kau tahun ini." Dan Venorica mula menerima banyak ucapan tahniah daripada semua orang termasuk Aina yang memberinya hadiah daripada Khai.
Venorica tersenyum kepadanya apabila dia menerima hadiah itu, dia pun membukanya di situ dan melihat apa yang ada di dalam kotak itu.
“Ah, ini sangat cantik, terima kasih, Aina” katanya apabila melihat pemberiannya.
"Sama-sama, Khai sediakan untuk awak dan dia juga meminta maaf kerana dia tidak dapat menghadiri majlis kamu malam ini."
Senyuman Venorica pudar sedikit. "Oh, betul ke? Jadi Tuan Khai tidak boleh datang?"
“Dia sibuk menguruskan beberapa kerja sejak sekian lama...."
"Sibuk?" Venorica menyampuknya. "Dia sibuk buat apa?" tanpa menunggu balasan daripada Aina dia berkata, “Lihat, malah semua Pengurus Syarikat Terkenal turut datang ke acara seperti ini hanya untuk menemani isterinya kerana sebagai lelaki dia tidak mungkin hantar isteri dia satu diri mereka ke majlis, terutamanya jika mereka baru sahaja berkahwin "
Ketika itu, orang ramai termasuk Aina tertumpu kepada Hafiz dan Damia yang baru hadir ke majlis Venorica segera menghampiri mereka selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Aina yang masih tidak faham, apakah yang telah dia lakukan sehingga Venorica tidak menyukainya sehingga dia berkata semua perkara itu di hadapan semua orang?
"Aina" Rosalina yang menghampiri Aina segera menepuk bahunya.
“Jangan terlalu fikirkan apa yang Venorica katakan pada kamu.Mama mintak maaf atas tindakan Khai terhadap kamu."
"Kalaupun dia mencari masalah dengan kamu, tiada apa masalah.Kamu adalah isteri Khai dan kamu ada Khai, kedudukkan Khai lebih tinggi darinya."Tambah Baharudin.
Mereka bukan tidak mampu untuk menghalang Venorica tetapi disebabkan fakta yang dilihat oleh public kelihatan jelas seperti itu.Mereka hanya sabar atas penilai orang ramai.Mereka perlu menjaga imej agar bersikap rasional layaknya seorang yang bijak mengambil tindakan dan solusi.Di situasi seperti ini mereka tidak boleh terpancing emosi.
__________
"Selamat datang, Puan Damia."
Venorica menyambut Damia dan Hafiz dengan senyuman hangat di wajahnya.
"Tahniah atas kejayaan anda tahun ini, Venorica." Damia berjabat tangan dengan mesra dan menghulurkan hadiah.
Venorica ketawa, kelihatan sangat gembira di mata mereka berdua sehingga perhatian Hafiz dan Damia teralih kepada Aina yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Assalamualaikum." Memandangkan mereka sudah berpandangan antara satu sama lain, tidak ada salahnya Aina menyapa mereka.
“Awak datang,” kata Damia, dia tidak kelihatan sangat gembira apabila melihat Aina, lebih-lebih lagi dengan gaun yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. "Mana Khai?"
"Khai tidak datang." Venorica menjawab sebelum Aina membuka mulutnya. "Aina kata Tuan Khai terlalu sibuk sehingga dia tidak dapat datang bersamanya."
Aina tak faham kenapa perempuan ni nak tunjuk kat semua orang yang dia seorang isteri yang diabaikan oleh suaminya. Walaupun hakikatnya betul, jika Khai mencintainya lelaki itu pasti akan meninggalkan kerjanya dan lebih suka menghabiskan masa bersamanya.
Namun, kerana lelaki itu masih belum mencintainya, Khai lebih suka duduk di antara timbunan kertas, atau mungkin Khai juga pernah mempertimbangkan perkara ini. Dia tahu bahawa Hafiz dan Damia akan datang, sebab itu dia tidak datang.
Lelaki itu cuba mengelak daripada mereka walaupun beberapa hari lalu mereka kelihatan baik-baik saja, tetapi melihat wanita yang dicintainya dan kawan baik berkahwin pasti membuatkan dia sangat tidak selesa.
Aina tersenyum lembut. “Suami saya masih sibuk menguruskan kerja kerana ketiadaannya beberapa hari lalu menyebabkan kerjanya semakin banyak."
"Walau bagaimana pun Tuan Khai sibuk, dia tidak sepatutnya membiarkan isterinya datang sendirian," kata Venorica. "Lagipun, Tuan Khai tidak pernah ketinggalan datang ke majlis saya sebelum ini. Sibuk sangatkah Tuan Khai sehinggakan dia tidak dapat datang ke majlis saya untuk berehat sebentar dan bertemu rakan-rakannya di sini?"
Vanorica mengecilkan matanya. "Aina, jika awak tidak faham semua orang di sini juga seorang yang sibuk."
"Maafkan suami saya, Vanorica ."Aina berkata dengan tenang.
Aina tersenyum nipis. "Nampaknya ketiadaan suami saya membuatkan awak berasa tidak selesa, tetapi suami saya lebih tahu apa yang lebih penting dan apa yang perlu diketepikan dahulu. Majlis awak diadakan setiap tahun dan setiap tahun kamu mempunyai hari jadi, dia masih boleh datang tahun depan jika tahun ini dia tidak dapat pergi kerana dia perlu melakukan kerjanya. Lagipun, saya sudah berada di sini untuk mewakilinya, jika dia tidak mengahwini saya mungkin tidak akan ada wakil keluarga kami yang datang untuk memberi hadiah kepada awak, Venorica.
"Kecuali..."
Aina menghentikan ayatnya apabila melihat wajah tegang Venorica yang kelihatan tidak senang.
"Melainkan awak benar-benar tidak suka saya berada di sini, maka lebih baik saya pergi. Majlis awak sangat meriah, Vanorica dan sekali lagi tahniah atas kejayaan awak tahun ini. Semoga tahun depan awak masih boleh mencapai kejayaan lebih baik, saya mintak diri dulu."
Aina tunduk sedikit sebelum meninggalkan dewan yang mewah itu, meninggalkan orang ramai yang tidak berhenti merenungnya.
"Vanorica tak patut ke awak kejar dia dan mintak maaf?"
"Betul, awak dah melampau. Kalau cakap semua tu, awak macam nak tekankan pada kita semua yang Tuan Khai tak ambil kisah dengan isteri dia?"
"Bagaimana jika Tuan Khai mendengarnya?"
Di bawah kritikan orang di sekelilingnya yang tidak berhenti kepadanya, Vanorica memaksa senyuman di wajahnya.
Vanorica tergesa-gesa pergi sementara orang ramai tidak masih tidam berhenti bercakap tentangj6a, tetapi kerana Hafiz dan Damia berada di sana perhatian mereka sedikit berkurangan dan mereka mula melibatkan kedua pasangan itu dalam perbualan.
Damia dan Hafiz sebenarnya tidak menyangka dapat melihat Aina di tempat ini juga. Pada mulanya mereka berdua tidak mahu datang kerana Hafiz masih ada kerja di pejabat, tetapi Damia merayu dan berharap untuk bertemu Khai di sini, tetapi sebenarnya Khai tidak dapat datang juga kerana sibuk bekerja.
Share this novel