Di dalam bilik terlihat seorang perempuan yang tidurnya nyenyak seperti tiada masalah yang sedang dihadapi.Cahaya yang menembusi jendela bilik Aina mengganggu tidurnya.Dia bangun dan melihat ke arah langit yang sudah cerah.Akibat kehujanan semalam menjadikan dia penat dan tertidur.Dia mengerling jam yang ada di dinding.
"Apa!!!?Pukul 8 pagi, mampus aku lambat pergi kerja."Dia berlari menuju kebilik air untuk mandi.Selesai mandi Aina bersiap ke tempat kerja.Menaiki kereta menyebabkan dia semakin lambat sampai kerana kesesakan jalan raya.
"Zulaikha tak kejut aku ke? Aghhh!!!ada sahabat pun tak boleh di harap."Rungut Aina.Dia berjalan tergesa-gesa kerana dia betul-betul terlambat.
Sesampai di pintu masuk syarikat tempat Aina bekerja dia terlanggar seorang lelaki dan terjatuh.
"Aduih."Aina jatuh terduduk kerana tidak dapat menyeimbangkan badannya.Dia bangun dan menepuk-nepuk baju supaya menghilangkan debu yang melekat di baju.
"Lain kali jalan pakai kaki, bukan pakai mulut.Mata tu pandang depan kalau jalan bukan pandang tempat lain."Selesai menyindir Aina lelaki itu meninggalkan tempat itu.Aina diam membisu kerana terkejut dengan suara lelaki yang sedang merenungnya tajam.
Selepas lama mendiamkan diri Aina sedar yang dia sedang mengejar masa.Semasa berjalan Aina merungut kerana bagi dia bukan salahnya sepihak.Lelaki itu juga salah kerana tidak dapat mengelak padahal jalan di situ luas.
"Hah!!Dia dah lah pergi macam tu je.Mintak maaf pun tak, harap muka je handsome adab tiada.Dia sempat sindir aku lagi"Bebel Aina geram.
Di tempat lain seorang lelaki yang berwajah datar sampai ke tempat parking kereta.
"Perempuan semua menyusahkan.Trick murahan"Dia memasuki kereta dan memecut laju keluar dari perkarangan syarikat itu.
Waktu Rehat.
Aina mencari sahabat nya iaitu Zulaikha untuk di ajak pergi ke cafe yang baru di buka berhampiran tempat kerjanya.
Zulaikha merupakan seorang sahabat yang selalu ada buat Aina.Dia mengetahui segala perkara dan rahsia yang ditutupi Aina kepada ahli keluarga.Baginya Zulaikha selalu memberi nasihat dan juga mendukung apa sahaja pilihan sahabatnya itu.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam,kenapa kau call aku?Kau rindu aku ke Aina"
"Rindu kau buat apa.Kau lupa ke semalam kita janji nak pergi cafe yang baru buka tu?"
Zulaikha hanya menahan daripada ketawa.Dia hanya bergurau sahaja tetapi jawapan sahabatnya mecuit hati.
"Kau tunggu aku dekat parking kereta nanti aku sampai."
Mereka menamatkan panggilan.Setelah Zulaikha tiba di parking kereta mereka segera menuju ke cafe.
Sesampai di cafe.Mereka berdua mencari meja kosong dan duduk.
"Aina kau nak pesan makanan apa?Dekat sini semua menu dia menarik?"Zulaikha merasakan dirinya diabaikan terus memandang Aina yang berada di hadapannya.Dia pun memukul lengan Aina kerana geram.
"Astaghfirullah,kau kenapa Zulaikha.Kasar sangat nanti tiada lelaki berkenan dekat kau lah."Seloroh Aina.
"Kau pun kasar juga ,lain kali orang tanya jawap ini diam membisu.Aku ingat kau kena sumpah jadi pokok sebab mengelamun jauh betul.Sampai mana dah mengelamun ?Afrika?."pangkah Zulaikha.
"Bukan Afrika tapi Korea.Cakap pasal lelaki kan tadi aku terlanggar seorang lelaki harap muka je handsome perangai macam anak syurga."
"Siapa?Kau kenal ke? Tanya Zulaikha.
"Muka dia familiar."
_____
"Mama mana akak Aina, dari pagi Alia tak nampak kelibat dia.Biasanya waktu macam ni dia dah keluar pergi kerja?"Tanya Alia.
Alia ialah adik kepada Aina.Mereka seperti pasangan kembar selalu bersama.Umur mereka berdua hanya berbeza 2 tahun.Hubungan mereka menjadi renggang setelah berlaku kemalangan yang hampir meragut nyawa Alia.Disebabkan kemalangan 6 tahun lalu yang telah menyebabkan Alia kehilangan kedua buah pinggangnya.Nasib menyebelahi Alia ketika dalam keadaan darurat ada seseorang yang telah menderma buah pinggangnya kepada Alia.Tetapi ahli keluarga Alia tidak mengetahui siapa penderma itu.
Alia tahu semua yang berlaku bukan kesalahan kakaknya.Alia sangat menyayangi Aina dalam diam.Dia selalu cuba untuk mempertahankan kakaknya daripada tuduhan serta hinaan dari ahli keluargannya.Alia sedar dialah punca Aina selalu dipersalahkan.Dia bertekad untuk menjauhkan diri dari Aina supaya kakaknya tidak mendapat masalah lagi.Dalam tidak sedar pilihannya semakin membuatkan Aina semakin depression.
6 Tahun lalu
"Kak,jom pergi beli aiskrim dekat seberang jalan tu"Tunjuk Alia pada kakaknya.
"Bahaya lah Alia"larang Aina tetapi Alia yang degil itu tidak mengendahkan larangan kakaknya.Aina cuba mengejar Alia namun semua nya hampa.Aina melihat adiknya terbaring di atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah.
"ALIA!!"Jerit Aina sambil berlari menghampirinya.
Setelah kejadian itu Aina di persalahkan kerana cuai dan tidak bertanggungjawab.Ibu bapa mereka risau dengan kecuaian Aina dia akan kehilangannya Alia buat kali kedua.Tanpa mereka sedari mereka akan kehilangannya sosok seorang anak yang sentiasa taat dengan arahan mereka.Aina juga manusia, dirundung dengan pelbagai tekanan merubah dia menjadi seorang anak yang mandiri dan tidak bergantung pada sesiapa pun.
Beberapa kali terlintas di pikiran Aina untuk mengakhir hidup nya yang menyedihkan ini tetapi Allah hadirkan kekuatan dan seorang sahabat yang sangat memahaminya.
"Kakak kamu tidak balik ke rumah dari semalam mungkin tidur di apartment miliknya."Jawap Halizah.
Melihat anak nya masih berdiri dia menyambung percakapannya.
"Mama akan kahwin kan kakak kamu dengan anak kawan ayah.Sekiranya dia keluar dari rumah ini kamu akan lebih selamat."
"Mama sanggup ke kahwin kan kakak dengan lelaki yang dia sendiri tak kenal?"
Dia seorang ibu.Hati ibu mana yang membencikan anak nya sampai tidak tersisa.Halizah hanya kalah dengan egonya.
"Hm,itu sahaja pilihan yang kita ada Alia.Biarkan dia mulakan kehidupan baru di luar sana.Biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri.Dia pun dah dewasa."
Alia tidak mampu menghalang kehendak kedua orang tuanya.Dia tidak boleh memberontak kerana hujung-hujung Aina yang akan dipersalahkan.
"Maafkan Alia,kak"ucap nya lirih.
Aina sosok seorang kakak yang baik.Disaat semua membenci Aina disebabkan dirinya.Aina masih mengambil berat tentang keadaan dan kesihatan dia.Dia tidak mampu membantu kakaknya.Dia lemah tidak seperti kakaknya Aina.Alia tahu kakak dia mempunyai penyakit tetapi dia tidak mengetahui apakah penyakit yang di alami Aina.Keluarganya tidak mengetahui satu fakta yang mengejutkan.
Share this novel