BAB 10

Romance Completed 43521

Aku dan Riel ke sekolah sepeti biasa selama hampir 2 bulan sebelum tarikh perkahwinan kami tiba. Dan sepanjang persekolahan, aku tidak lagi diugut untuk menjauhkan diri dari Riel oleh orang lain kecuali Anies.

"Weh, kau ada nampak Riel dekat mana-mana tak?" Aku bertanya kepada Alif di belakangku. Memandangkan Alif dan Riel ni agak kamceng juga aku mengharapkan dia tahu Riel pergi kemana.

"Dia ke tandas je kot. Kau ni, dah rindu ke?" Alif mengusikku. Aku menunjukkan penumbukku kepadanya sebelum dia tersengih. Dan aku kembali memikirkan kehilangan Riel. Mana Riel ni?

"Kesian kau, dipermainkan kan? Kononnya si Riel tu beriya cintakan kau. Last-last terlepas juga dekat orang lain, kesian." Ezia yang berdiri di hadapanku aku pandang tajam. Maksud dia apa?

"Maksud kau?" Aku bertanya keliru. Aku dapat rasakan yang seseorang berdiri di sebelahku. Apabila aku menoleh, Alif rupanya di sebelahku.

"Aku nampak Anies dengan Riel kau tu, dekat belakang sekolah. Kau pun tahu kan, belakang sekolah tu sunyi dan tertutup. Macam-macam benda boleh berlaku." Aku tanpa membuang masa terus berlari pecut ke blok belakang sekolah. Risau andai Riel curang kepadaku. Lebih-lebih lagi, tarikh perkahwinan kami yang semakin dekat dan persiapan sudah pun siap.

Aku tiba di blok belakang. Aku kedengaran seperti suara lelaki menjerit lemah. Aku kenal suara tu, suara Riel!. Aku terus mendapatkan suara milik Riel yang terletak di sebuah perpustakaan lama yang ditinggalkan.

"Kau buat apa ni, Anies?" Aku menendang pintu sehingga pintu perpustakaan lama ini tercabut. Memandangkan kayu pada pintu ini reput, mudah bagiku nak menendang pintu.

"Rian! Kau jangan datang dekat. Bahaya dekat sini." Riel menghentikan langkahku dari menghampirinya yang sedang diikat pada sebuah kerusi dan Anies yang memegang pisau di sisinya.

"Kau nak apa sebenarnya, Anies?" Aku gugup dan hampir menangis melihat nyawa Riel yang menjadi taruhan kepada perbuatanku.

"Aku nak dia. Simple kan?" Aku menggeleng. Tak mungkin semudah itu aku lepaskan dia. Aku memikirkan cara mahu menyelamatkan Riel dan diri sendiri tanpa mencederakana sesiapa. Bingo, desis hatiku.

"Anies! Kau nak buat apa dengan pisau tu? Kenapa kau ikat Riel tu? Kau tahu tak bahaya? Kau nak kena tangkap dengan polis ke?" Aku laungkan dengan kuat. Aku teringat Alif yang mengikutku dari bekang semasa aku datang ke sini. Memandangkan Alif tu agak lemah dalam larian, dia lambat tiba. Aku benar-benar berharap dia mendengar launganku tadi.

"Kau buat apa ni, Ad?" Aku tersenyum kecil sebaik mendengar bunyi tapak kaki menuruni tangga dengan cukup perlahan. Aku kembali kepada riak serius.

"Aku yang patut tanya kau buat apa, Anies. Takkan sebab lelaki, kau sanggup mengorbankan nyawa?" Aku cuba nak psiko si Anies. Sejak dari dulu lagi, Anies agak lurus bendul kerana selalu mengikut arahanku tanpa disedarinya.

"Aku sanggup. Aku sanggup demi dia. Demi lelaki yang aku suka. Waktu kali pertama dia masuk ke kelas, aku dah boleh rasa jantung aku berdebar laju. Lama aku cuba nak dapatkan perhatian dia, tapi dia cuma nampak kau, kau, kau. Aku cemburu dan marah sebab aku rasa kau tak layak pun mendapat perhatian macam tu. Kau kan, anak luar nikah." Aku terdiam mendengar segala kata-katanya.

"Tapi, kau kawan aku kot. Kau sanggup buat aku macamni? " Alif, cepatlah sampai! Aku berdoa di dalam hati.

"Kawan? Kita kawan?" Anies mula ketawa persis orang gila lagaknya. Bulu romaku mula meremang.

"Kita mana pernah kawan. Kau tu peneman hidup aku je sebenarnya. Kau tu daif hidup tanpa kasih sayang keluarga tahu tak? Aku kesian dengan kau." Bara api kemarahanku mula membakar. Maknanya, persahabatan kami selama ini cumalah berdasarkan kasihan? Bodohnya aku!

"Tak guna kau Anies. Kau orang paling teruk aku pernah jumpa. Sanggup permainkan orang yang sayang kau. Kau betul-betul tak guna! Tapi aku bernasib baik dapat jumpa dengan orang yang aku cinta."

"Aku dah tak kisah semua tu. Yang penting, aku dengan Riel akan kahwin. " aku tersengih memandang Anies. Masa untuk memulakan permainan.

"Kau kahwin dengan dia? Layak ke kau? Riel ni tak cintakan kau pun. Dia cintakan aku! Bukan kau!" Aku mula mencucuk jarum.

"Tak! Dia akan belajar cintakan aku. Dia boleh belajar, kau pun tahu kan?" Anies mula memberikan respon yang aku inginkan.

"Tak! Dia tak akan belajar pun makna menyayangi kau. Kau akan bertepuk sebelah tangan saja. Riel ni cintakan aku!"

"Tak, dia akan belajar cintakan aku la! Kau tak dengar ke apa aku kata? Dia akan belajar cintakan aku. Dia akan jadi milik aku. " Anies menekup kedua-dua belah telinganya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dia cintakan aku dan tak akan pernah sesekali cintakan kau, Anies! Terimalah hakikatnya." Aku melangkah lebih dekat kearahnya.

"Kau tipu! Dia akan jadi milik aku dan belajar mencintai aku. Kenapa kau susah nak faham? Dia tetap aku punya. Dia aku punya. Dia aku punya. " Anies melepaskan pisau di tangannya dan duduk memeluk lutunya di suatu penjuru. Aku cepat-cepat menyepak pisau jauh daripada Anies.

"Sudahlah, Anies. Kau tak payah nak buat semua benda ni pun. Riel tetap tak akan pernah sukakan dan cintakan kau." Aku berjalan mendekatinya. Dia menangis teresak-esak melihat aku mendekatinya.

"Anies, tak kira apa yang jadi lepas ni atau sebelum ni. Kau dengan aku akan tetap menjadi sahabat. Kau tahu kan?" Anies ketawa kecil. Aku menangis melihat keadaan Anies.

"Eh, Rian. Tolong lepaskan aku dari sini." Aku meluru ke arah Riel dan menggunakan pisau yang aku sepakkan tadi. Semasa sedang membuka ikatan bahagian belakang Riel, kedengaran bunyi tembakan. Benda terakhir yang aku nampak adalah tubuh Anies yang terbaring berlumuran darah dan ditangannya terdapat pisau.

"Anies! Apa kau buat ni?" Aku memeluk tubuh Anies yang terkulai di atas lantai. Air mataku mengalir deras. Tubuh Nies kaku tanpa sebarang denyutan nadi.

"Cik, sila ketepi. Biar kami uruskan mayat ni. " aku melepaskan Anies selepas aku mencium pipi kanannya. Aku meraung melihat Anies yang terkujur kaku.

"Kamu berdua boleh ikut kami ke balai untuk siasatan lanjut." Aku dan Riel mengangguk serentak.

"Rian, kau okay?" Aku mengangguk dan air mataku mengalir jatuh.

"Kau kena lepaskan yang sudah pergi. Kita yang hidup kena teruskan hidup." Riel disebelahku aku tumbuk lengannya.

"Untuk apa tu?" Aku tersenyum naif.

"Tak apa, pukul aku sampai kau puas. Aku tak kisah andai benda tu boleh legakan kau." Aku tersenyum melihat keprihatinannya terhadap aku.

"Terima kasih, Riel sebab sayang aku."

"Tak, terima kasih sebab sudi selamatkan aku." Aku tersenyum malu.

"Sama-sama" kami berdua ucapkannya serentak.

Mayat Anies dibawa pergi sambil diiringi oleh air mataku yang mengalir deras. Sahabatku, aku maafkan semua yang kau buat dekat aku.

"Rian, tabah ye? Kau kena kuat." Aku menangis dan mengangguk. Betul kata Riel, aku dah nak kahwin dan aku kena tabah. Semoga kau tenang disana nanti, Anies. Segala kenangan kita, akan aku kenang nanti.

"Adriana, Riel. Kamu berdua boleh balik ke rumah. Nanti apa-apa cikgu maklumkan kepada kamu berdua nanti." Aku melangkah pergi daripada perpustakaan dan menuju ke tandas.

Darah yang kering di tanganku, aku cuci dengan air yang mengalir. Aku cuci darah ini bersama dengan perasaan sedih dan segala kenangan pahitku bersama arwah Anies.

"Rian, aku tunggu kau. Kita balik sama-sama ye?" Suara Riel diluar tandas perempuan ditangkap oleh telinga aku.

Aku melangkah keluar sekoalh sambil diikuti oleh Riel. Kami menuju ke keretanya.

"Bawa aku balik terus. Aku malas nak melencong dan aku perlukan rehat." Aku memberitahu kepada Riel terang. Riel ni memang prihatin lebih. Sebelum dia 'menculik' aku baik aku katakan terus terang.

"Aku pun." Riel terus membelok masuk ke simpang rumahku. Dia memberhentikan keretanya di depan pintu pagar rumah.

"Jangan diingatkan sangat kejadian tadi. Ingat, kau selalu ada aku. Akan selalu ada aku di sisi kau. " Dia berpesan sebelum memandu pulang ke rumahnya.

Aku memegang bahagian dadaku. Lajunya dia berdegup. Adakah ini cinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience