BAB 17

Romance Completed 43521

"Puan, tolong teran sekali lagi." Aku dapat rasakan badanku melemah. Namun aku gagahkan juga demi orang-orang yang sayangkanku.

"Teran lagi, puan" aku hanya mengikut kata doktor dan meneran lagi. Setelah beberapa kali meneran, kedengaran bunyi bayi menangis.

"Puan, tahniah. Puan dapat anak perempuan." Aku mengucap syukur di dalam hati. Aku tersenyum gembira kerana akhirnya aku sudah menjadi ibu.

"Puan boleh berehat. Puan mesti penat kan? Tentang anak puan, kami akan uruskan dan hantar ke wad puan nanti." Aku seraya menutup mata. Aku terbuai dalam mimpi lena.

Aku terjaga dan menguap. Aku menoleh ke sisi kanan. Mana anak aku?

"Sayang cari apa tu?" Aku menoleh ke siai yang lain dan ternampak Riel sedang membelai anak kami.

"Tak ada apa-apa." Aku tersenyum kecil.

"Nanti nak namakan baby ni apa?" Soal Riel sambil mengelus lembut pipi anak kami.

"Erm, Iman Ariel okay tak?" Aku menatap wajah Riel.

"Tak okay sangat lah. Apa kata kalau Nur Adriana jr." Aku tersenyum lemah.

"Nama apa pun yang sayang bagi, abang setuju je."

"Abang, Im mana? Rindu nak jumpa mamat kepochi tu." Riel tergelak kecil.

"Ada je, dekat luar dengan mama. Kejap, abang panggil masuk." Riel menuju ke pintu dan keluar seketika sebelum kembali membawa Im yang girang melihatku.

"Mama, mama dah sedar? Yeay, nanti boleh pergi jalan-jalan."

"Boleh, tapi bukan sekarang. Mama tak sihat lagilah, Im." Im membuat muka comelnya.

"Im dah tengok adik Iman?" Im menggeleng.

"Adik Im ke tu?" Aku mengangguk dan dia menguntumkan senyuman lebar.

"Nak tengok, nak tengok." Riel mengangkatnya untuk melihat Iman yang sedang tidur.

"Ei, comelnya dia. Macam Im kan?" Aku mengangguk sambil tergelak.

"Adik, cepatlah bangun nanti boleh main dengan abang. Nanti kita main sama-sama eh?" Bisik Im. Iman membuka kelopak matanya namun tidak menangis seakan-akan memahami.

"Dah bangun dah anak papa ni. Assalamualaikum, Iman Ariel." Riel mengendongnya dan menunjukkan wajahnya kepadaku. Sesungguhnya, Iman benar-benar comel dan mewarisi wajah papanya.

"Adriana, Riel? Macammana, semua okay?" Kami bertiga menoleh ke pintu. Kelihatan mummy, daddy,adik,mama dan papa datang melawatku.

"Okay je dekat Riel. Tapi kalau Adriana ni, Riel tak tahu okay ke tak" jawab Riel.

"Adriana pun okay. Tak payah risau dah." Mama dan mummy datang memelukku.

"Apa nama cucu atok ni?"

"Iman Ariel Binti Danish Ariel. Nampak tak sama tu?" Jawab Riel teruja. Teruja kerana aku namakan anak kami dengan namanya.

"Yelah, nanti datang rumah ,atok bagi hadiah ye?" Papa menyatakan.

"Adik dah ada anak buah? Macam tak percaya je yang adik ni dah ada yang nak panggil paksu." Adikku berkata teruja.

"Memang ada yang dah panggil paksu pun." Adik mencebik manja.

"Orang baru nak perasan sikit." Kami semua tergelak.

"Nanti berpantang dekat rumah mummy ke mama?" Aku berfikir sejenak.

"Dekat rumah mummylah. Lagipun, mama mesti tak larat nak jaga Adriana sebab mama sorang-sorang dekat rumah. Dekat rumah mummy ada adik, nanti dia boleh tolong.

"Nak adik tolong? Mana boleh percuma. Bayar lah. " aku menjegilkan mataku ke arahnya.

"Mengada, dengan kakak sediri pun berkira. Macamtu, bayar upah kakak tukar lampin, buat susu, lap air kencing kau yang jatuh merata lepas tu suap kau makan. Bayarlah, benda tu tak percuma tau." Rayyan membuat muka redha dengan ketentuan.

"Yelah, yelah. Rayyan tolong kakak. Nak mennag sangat kan? Ambillah ambil." Aku tersenyum girang.

Dari sudut pandanganku, rupanya kehidupan aku yang susah dulu akan menjadi indah dan semakin indah setelah aku meningkat dewasa. Contohnya, aku dengan family dah berbaik pun.

Aku dikurniakan seorang suami dan papa yang awesome untuk anak aku. Adik dan Along tak lagi membenci aku. Hubungan kami sebagai adik-beradik pun dah terjalin erat.

Walaupun along dah serahkan Im kepadaku, tak bermakna along tak dapat berjumpa dengan Im. Im pun dapat terima kenapa along memberikan dia kepada kami. Along dah bekerja di syarikat milik Riel. Rel juga begitu baik membenarkan along tinggal di kondonya yang entah bila masa dia beli.

Ingat lagi tak, Farfar? Adik kepada Riel. Kini, barulah aku tahu yang Farfar tu rupanya adik angkat je. Mama yang ambil Farfar jadi anak angkat walaupun Farfar ada family yang lengkap. Kata mama, Farfar ni suka berdikari dan bersopan santu tu yang mama berkenan. Tambahan pula, family Farfar rapat dengan keluarga Riel.

Sekarang, kehadiran Iman Ariel turut sama menyinari hidupku. Harapnya, Iman Ariel tak ikut perangai papa dialah nanti. Alamatnya, huru-haralah rumah.

Kini, aku bahagia dan gembira. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang duku ditendang sekarang ku disayang. Bak lagu tegar tu, kita perlu bersusah payah dahulu sebelum mencapai kejayaan. Bak kata pepatah melayu, kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak didapatkan sagunya. Kepada semua, janganlah rasa rendah diri kalau gagal. Sebaliknya, berusahalah untuk tidak gagal lagi.

Inilah kisahku, kisah Nur Adriana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience