BAB 3

Romance Completed 43521

"Okay, girls. Hari ni aku dengar cerita yang ada hot boy nak masuk kelas kita. Aku punya... aku dah cop dia dulu." Ezia datang dan menghamburkan gosip hangat kepada aku dan Anies.

"Okey. Malas nak ambil tahu gosip. Yang penting, aku nak Bff dengan boy tu juga. Jangan halang aku." Anies pula membuat kelipan mata yang berkali- kali. Alahai, Anies memang kekal Anies.

"Kau pula Adriana?" Mereka bertanya serentak. Amboi, ingat aku nak kacau line korang ke acaner?

"Erm.. aku? Aku cukup la apa hubungan aku dengan dia nanti." Kedua- dua mereka mencebik.

"Gerak lu pape roger." Ezia terus berlalu meninggalkan kami.

"Kau rasa kan, hensem mana budak baru tu nanti?" Haih, keluar sudah penyakit ulat bulu Anies ni.

"Manalah aku nak tahu. Aku bukan tukang tilik." Anies mencebik.

"Tarik muncung tu kejap lagi, berjalanlah kau satu sekolah gaya donald duck." Dia hanya tersengih menunujukkan simbol peace.

"Bangun" semua murid gelabah kembali ke tempat masing- masing.

"Selamat sejahtera cikgu norina."

"Duduk. Hari ini saya nak memaklumkan kepada kamu semua bahawa akan ada seorang pelajar baru yang akan masuk ke kelas 4 A . Jadi, saya persilakan pelajar tersebut masuk." Semua pelajar tertumpu ke arah pintu masuk kelas.

"Hi" aku ternganga luas. You must be kidding me, Danish Ariel budak hot tu?

"Wow! Hensemnya dia"

"Oh maiii, kenapa kau baru nak datang, jodohku?"

"Dia bakal orang duduk sebelah atas pelamin aku nanti."

"Dah, semua girls yang baru kena histeria. Nama aku ialah terpaksa dirahsiakan. Hanya yang aku suka akan dapat tahu nama aku. Aku merupakan anak tunggal. Tu je." Semua mengeluh hampa. Aku yang terasa istimewa sebab aku dah tahu namanya. Mahu saja aku menari di depan budak- budak perempuan ni sebab aku, Nur Adriana tahu nama budak hot depan sekolah ni. Aura bangga menjalar ke dalam hatiku.

"Adriana, dia kawan baik aku mulai sekarang. Dia akan duduk sebelah aku. Sekian." Dan riel menuju ke arahku.

"Kau buat apa ni?" Aku berbisik kepadanya. Dia hanya membisu dan mengarahkan Anies bangun dan berpindah ke tempat duduk yang lain.

"Kau buat apa ni sia? Kau jangan buat hal." Aku masih tidak berpuas hati dengan riel sebab dah halau Anies jauh dari aku. Macam mana nak gosip? I'm gonna miss you Anies.

"Suka hati akulah." Dengan penuh selamba Riel menjawab.

"Kenapa tak ponteng?" Aku bertanya kepadanya prihatin. Padahal benci, hahahaha.

"Bodyguard. Papa aku upah, tak guna betul." Aku ketawa kecil.

"Padan muka. Buat hal lagi." Aku menyambung ketawaku.

"Baiklah kelas, saya rasa baik saya habiskan kelas awal hari ini sebab saya kena berjumpa dengan parent sekarang. Lukman, jagakan kelas ya." Sebaik saja kaki sebelah kanan cikgu melangkah keluar dari kelas, kesemua gadis mengerumuni aku.

"Kenapa?" Aku bingung melihat mereka berkumpul di mejaku.

"Kau kenal dia?" Aku mengangguk.

"Macammana kenal?" Aku mengangkat bahuku.

"Tahu nama dia tak?" Aku melirik ke arah Riel di sebelah. Dia sedang melihat aku yang sedang ditemu ramah.

"Tu, kau kena buat aku suka kau dulu." Riel mencelah. Rasa macam cinderella diselamatkan prince pula. Alahai, merepek sajalah kau Adriana.

"Dahlah, jangan kacau aku. Kalau nak tandatangan, please beratur." Aku menghalau mereka. Akhirnya mereka mengalah dan kembali ke tempat duduk dengan penuh kekecewaan.

"Rian, kau jangan panggil nama aku yang sebenar dekat sekolah tau. Kau panggil je aku Riel je sudah." Aku mengangguk.

"Bila rehat ni? Aku lapar. Tiba- tiba nak tahu apa bik intan masak dekat rumah. Bila nak balik?" Satu demi satu keluhan keluar dari mulut Riel. Mahu saja aku tumbuk dia bagi pengsan. Padan muka.

"Diam boleh tak? Bising lah kau ni. Budak baru lah konon. Asal tak cakap nak masuk sekolah sini? Kenapa tak masuk kelas lain je? Kenapa kau nak duduk sebelah aku dan bukan orang lain?" Aku mengeluarkan kesemua soalan di dalam fikiranku.

"Boleh je, tapi aku nak pot pet juga. Aku memang budak baru, baru masuk. Sebab kau memang tak pernah tanya. Siapa suruh tak tanya. Sebab manalah aku nak tahu kenapa aku sekelas dengan kau. Mungkin jodoh kot. Kau je yang aku rapat dan kenal. Aku rak suka duduk dengan strangers lepas tu end up jadi bestfriend dan kena tikam belakang. Cukup kan, jawapan aku unutuk soalan kau tu. " maka, terbujtilah bahawa Danish Areil menguji kesabran dan tahap keimanan Nur Adriana.

"Pssttt.... Adriana." Aku menoleh ke belakang. Anita memanggilku dan membisikkan sesuatu.

"Weh Riel, ada yang nak Id wc kau." Terangkat kening Riel. Terkejut ke apa?

"Sorry, tapi Id pun private. Yang ada number phone je boleh dapat." Aku menggeleng.

"Kalau macamtu, bagi nombor telefon kau dekat dia. " muka riel seakan- akan mahu mencekikku.

"Boleh. Salinlah ye semua." Semua pelajar msngeluarkan kertas dan pen sepantas kilat. Okay, semua clap untuk pelajar- pelajar sibuk menggatal ni.

"016- 999" aku tergelak sendiri. Aku dah agak dah, mamat ni mesti buat benda tak guna punya.

"Tak nak ambil snapchat aku sekali ke?"aku tergelak- gelak memandang wajah- wajah gadis yang hampa. Kesian.....

Sebaik saja waktu rehat, aku meluru ke arah Anies. Tangannya cepat-cepat aku heret menuju ke kantin. Lapar ya amat.

"Eh rian. Sabarlah kejap. Tak reti nak tunggu Bff sendiri ke hape?" Kedengaran suara Riel memanggilku. Alahai, mamat ni pun satu suka sangat dengan perkataan Bff dia tu.

"Nak ikut cepat. Kalau tak, tinggal." Aku memandang ke arah Riel yang penuh lenggang lenggok keluar dari kelas. Langkahku semakin ringan menuju ke kantin.

Satu keluhan dilepaskan. Ramainya orang, penatlah nak beratur nanti.

"Nah" Riel menghulurkan keropok lekor ke arahku. Macam tahu- tahu je aku lapar.

"Macammana kau beli cepat? Bukan tadi ramai ke?" aku melirik ke arahnya. Dia sedang memandang ke arahku. cepat- cepat ku alih pandangan. Malu!

"Entah siapa-siapa entah hulur keropok lekor tu tadi dekat aku. Aku pula memang tak makan, tu yang aku bagi kau. "Perasaan baru nak feel ala- ala princess hancur berkecai menjadi abu mendengar pengakuan jujur dari mulut Riel ni. Tabahlah wahai hati.

"Eh Ad, kau dah makan?" Aku mengangguk. Rasa bersalah pula tidak menanti Anies selesai membeli.

"Baguslah. Tak adalah kau rembat makanan aku." Kami ketawa kecil mendengar kata- kata Anies. #kami mudah terhibur.

"Ye ke dia ni kuat curi makanan kau Anies?" Suara garau yang membuatkan Anies terpesona bagai nak pitam.

"Eh, Alif. Haah si Ad ni memang macam tu." Alif yang menegur bukan Riel ye. Riel tu Rian punya. Jangan kacau. Belum apa- apa dah mengaku punya. Belum tentu si Riel syok dekat kau.

"Weh, sampai hati kau aibkan aku depan Alif." Aku memukul lembut lengan Anies.

"Eleh, malu konon. Alif je pun. Kawan kau juga." Aku berpura-pura merajuk.

"Nak masuk kelaslah. Tak nak layan kau yang merajuk ni." Anies berlalu.

"Anies, tunggu. Riel, Alif nanti jump kat kelas tau. Bye." Aku berlari mendapatkan Anies.

Selesai bunyi loceng, Aku dan Anies berjalan beriringan masuk ke dalam kelas.

"Eh Adriana, aku nak cakap sikit ni." Nurin memanggilku di sudut kelas. Ah, bala ke?

"Kau.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience