BAB 13

Romance Completed 43521

Semakin hampir tarikh perkahwinan aku, semakin jarang aku berjumpa dengan Riel. Melepaskan rindu melalui telefon jelah.

Aku menghadap iphone yang diberikan oleh Riel dulu. Aku menanti panggilan oleh Riel si encik tunang sayang. Pandai dah eh, main sayang-sayang.

"Kalau ditenung telefon tu bukannya nampak bayangan tuan empunya badan tu." Opah menegurku. Memandangkan tarikh perkahwinan aku berbaki lagi seminggu, semua keluarga besarku bertandang ke rumah dan membantu apa yang perlu walaupun mummy mengupah catering.

"Ha? Mana ada, tunggu call dari wedding planner ni, ha. Nak tahu dia sertakan mak andam ke tak. Kalau tak, nak suruh Ain yang buatkan. Bukan selalu sepupu nak buat mekap untuk Adriana, kan?"aku ketawa kekok. Keadaan aku dan opah menjadi kekok kerana sejujurnya aku jarang pulang ke kampung dan bertemu dengan opahku ini.

"Jangan risau, sebelum kahwin memanglah tak jumpa. Rasa rindu mulalah datang. Tapi percayalah cakap opah, nanti lepas kahwin memang muka dia sajalah yang kita nampak. Muka dia sorang jelah yang kita tanung hari-hari. Masa tu, tak adanya perasaan rindu tu. Hilang lesap, poof! macam arnab dalam topi ahli silap mata tu." Aku ketawa mendengar kata-kata opah. Pandai juga opah buat lawak.

"Opah tahu pasal silap mata, magic semua tu?" Opah mengenyitkan matanya kepadaku.

"Mestilah tahu. Rumah opah pun ada astro. Siap full package." Aku ternganga. Full package? Opah memang awesome.

"Opah, nanti kalau nak tips rumah tangga Adriana rujuk dekat opah boleh?" Opah menunjukkan senyuman tanda boleh. Aku membalas senyumannya.

"Adriana!" Pekikan diluar rumah mengejutkan kesemua orang yang berada di dalam rumah. Aku meluru ke arah pintu rumah dan kelihatan Riel dengan muka bengisnya di depan rumahku.

"Masuklah dulu. Kalau ada apa-apa, kita bincang di dalam. Jangan macamni, malulah saya dengan jiran." Aku mengajak dia berunding. Jelas terpampang di wajahnya di marahkan sesuatu.

Dia melangkah masuk dan duduk di sofa lagak orang kaya. Aku membisikkan sesuatu kepada opah dan opah mengangguk sambil tersenyum.

"Aku nak putuskan hubungan kita ni. Aku dah tiada perasaan sayang dekat kau. Tapi jangab risau, majlis akan tetap berjalan tetapi Zhira sebagai pengantin perempuan dan bukan Adriana." Aku berlalu menuju ke dapur untuk membuat air. Sedikitpun, aku tidak terasa dengan apa yang diucapkan oleh Riel.

"Kau dengar kan, apa yang Riel cakap tadi?" Aku mengangguk perlahan. Along mulai mendekatiku. Bahuku dilanggar olehnya.

"Kau boleh sayangkan dia sebagai abang ipar kau." Aku terus berlalu menatang sedulang air.

"Minumlah, jangan malu-malu." Aku memberikan segelas air kosong kepada Riel. Riel yang mungkin sedang haus meneguk air kosong itu dengan rakus.

"Pergi ambil besen cepat." Aku tidak berfikir lama sebelum mencapai besen yang tidak lagi digunakan di dapur.

"Kau letak apa dalam air tu, angah?" Along kelihatan cemas melihat keadaan Riel yang seperti menahan sakit.

"Pertolongan." Aku terus meletakkan besen di hadapan Riel dan serentak itu, Riel mengeluarkan segala isi perutnya. Kelihatan benda-benda hitam keluar bersama isi perutnya. Riel yang lemah dibawa naik ke bilik tetamu oleh sepupu-sepupu lelakiku.

"Riel akan okay je. Kamu sediakan air tu lagi buat sapu dekat muka dia." Aku akur dengan perintah opah. Aku berlalu ke dapur untuk menyediakan lagi air 'istimewa'ku.

"Kau letak apa dalam air tu? Jampi eh? Nak bagi Riel suka dekat kau balik bila dia dah pilih aku sebagai pengantin perempuan dia. Apa yang kau tak puas hati sangat?" Aku memekakkan telinga mendengar kata-kata along. Aku membawa air tersebut kepada opah yang telah berada di dalam bilik Riel.

"Nah opah. Ni airnya, Adriana buatkan." Opah mengangguk dan menggaul tangannya di dalam air.

Mulut opah terkumat-kamit sambil tangannya merenjiskan air ke muka Riel. Riel yang sedari tadi pengsan bangun dan melihat tepat ke anak mataku.

"Apa semua ni? Saya dekat mana ya?" Riel bertanya lembut. Aku perlahan-lahan mendekatinya.

"Awak dekat rumah saya. Awak kata awak nak cancel wedding kita. Awak nak kahwin dengan along." Riel memaparkan riak terkejutnya.

"Be.. betul ke saya kata macam tu?" Aku mengangguk.

"Saya tak... tak ingat apa-apa. Apa yang saya ingat, Zhira datang rumah merayu supaya saya pilih dia. Lepastu, saya rasa pening-pening lalat dan pandangan saya terus gelap. Bangun-bangun je, saya dah ada dekat rumah awak ni, Rian." Riel menjelaskan situasi yang melanda dirinya.

"awak nak kahwin dengan along ke saya?" Aku mengangkat keningku berulang kali.

"Mestilah awak." Riel tersengih malu. Pengakuannya membuatkan kami berdua sama-sama malu.

"Haih, cucu opah dah nak kahwin. " aku menundukkan kepalaku. Malu rasanya nak menghadap opah dengan pak cik-pak cik ku yang lain.

"Adriana, jom kita bagi Riel ni rehat dulu. Teman nenek ya?" Aku membontoti opah yang sudah melangkah keluar dari bilik tetamu. Opah membawaku ke laman belakang dan kami duduk berdua di bangku.

"Ingat ni, Adriana. Kita sebagai isteri ni kenalah jaga dan hormat suami kita. Nanti, Adriana kena ikat suami dengan masakan kita. Ingat pesan opah ni." Aku mengangguk faham. Kami berpelukan sekejap.

"Terima kasih, opah." Opah mengangguk.

"Dah, jom masuk balik. Tengok-tengok keadaan Riel macammana. Dah okay ke belum." Kami berdua berjalan berpimpinan tangan masuk ke rumah.

Dari jauh lagi, kedengaran suara seseorang memarahi seseorang. Yang aku pasti, suara lelaki itu, suara milik Riel. Ini bermakna, yang suara perempuan tu milik Along?!

"Tolonglah, Zhira. I tak boleh dah nak terima you macam dulu. You ingat I ni apa,hah? Kayu? Tunggul sampai you boleh buat I macam ni?" Jerkah Riel. Aku mengambil tempat di sebelah opah. Aku takut untuk memandang ke arah muka Riel.

"No. Look, I'm sorry okay? Kita balik macam dulu. Kita.. kita akan happy together. Please Riel, please? Tolonglah, I merayu sangat-sangat." Along mula meraih tangan Riel.

"Riel, please. Tolonglah balik dengan I. I janji akan jaga you. Akan jadi isteri yang terbaik untuk you. Cuma balik lah dengan I. I perlukan you. " Riel menepis tangan along. Dan along menangis dengan lebih kuat. Tersedu-sedan along dibuatnya.

"Dahlah tu, along. Adik dah tak tahan apa yang along buat ni. Sudah-sudahlah tu seksa angah tu. Kesian angah tau. " Adik perlahan-lahan turun dari tangga.

"Kau tak tahu apa-apa. Kau diam!" Adik tersenyum licik.

"Adik tahu along, adik tahu. Along mengandungkan?" Aku sempat melihat riak terkejut along sebelum riaknya kembali serius.

"Apa kau merepek ni? Kau buat lawak apa ni, ha?" Along memarahi adik yang perlahan-lahan turun mendekati along. Along menunjukkan riak resah.

"Tak ada lawak, tak ada merepek. Yang adanya, bukti. Nak tengok?" Mummy datang mencelah perbualan antara adik dan along.

"Betul ke ni, adik? Bagi mummy tengok." Adik mengeluarkan gambar ultrabunyi dan alat penguji kehamilan. Mummy mencapai gambar dan alat tersebut.

"Apa along dah buat ni? Sanggup along buat macamni dekat mummy? Cakap dengan mumny siapa bapa budak ni?" Along menangis tersedu sedan. Mummy meraup mukanya menyesal.

"Along... along tak tahu." Along jatuh terduduk di atas lantai.

"Astaghfirullahalazim, kenapa kamu buat macam tu Zhira?" Daddy mula campur tangan. Aku hanya memerhati dari jauh.

"Daddy, mummy, Zhira minta maaf. Zhira minta ampun." Along meminta maaf.

"Keluar kau dari rumah ni sekarang juga, Zhira. Aku dah tak nak tengok muka kau." Daddy menghalau along keluar. Aku merapati along dan menenangkan dia.

"Daddy, please. Bagi along stay. At least sampai wedding angah. Lepas tu, kalau daddy nak halau along pun tak apa. Please daddy? " Tanpa menjawab soalanku, daddy terus berlalu.

"Adriana, terima kasih sebab tolong aku. Aku minta maaf atas semua yang aku dah buat dekat kau. Aku tak sangka kau baik sampai macamni dekat aku sedangkan banyak yang aku dah buat dekat kau." Aku menepuk belakang badannya membantu menenagkannya.

"Tak apa. Apa yang jadi pun, along tetap akan jadi along angah dan angah akan tetap jadi adik along. Ingat tu." Kami berpelukan sekejap. Aku mengesat air matanya yang mengalir di pipi.

"Riel, aku minta maaf ya. Maaf sebab aku dah banyak buat kau susah. Maafkan aku ya?" Riel mengangguk sambil menghadiahkan senyuman kepada along. Aku lega melihat along sedar akan kesalahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience