BAB 16

Romance Completed 43521

"Wake up, my honey." Aku merungut kecil. Aku menolak tangan Riel jauh-jauh.

"Bangun, sayang. Apa mak buyung tidur lama-lama ni?" Aku ketawa kecil. Dipanggilnya aku ni 'mak buyung'.

"Ish abang ni. Penat tau nak bawa baby dalam perut ni. Abang apa tahu." Aku mencebik sambil menarik selimut sehingga mencecah dadaku. Nak sambung tidur lagi bagus.

"Iyalah sayang. Jom, pergi sarapan. Abang lapar lah." Perangai manjanya dah keluar. Dia menggesel-geselkan badannya di badanku. Geli gelaman aku dibuatnya.

"Yelah, jom. Jangan nak mengada sangat. Sayang kick jauh-jauh kejap lagi. Sana, sayang nak pergi mandi." Aku turun dari katil dan menuju ke bilik mandi. Air yang mengenai tubuhku mengembalikan kesegaran tubuhku.

"Sayang nak pakai baju apa?" Aku mengurut dada kerana terkejut. Riel ni, saja je buat aku terkejut.

"Hish, abang ni. Buat terkejut je. Nasib baik tak melatah sampai buat gimnastik depan pintu almari ni tadi." Riel ketawa kecil. Aku mencapai bantal kecil daripada katil dan mencampakkannya ke arah Riel.

"Sakitlah, sayang!" Riel membuat muncung manjanya. Aku menarik muncungnya dan mencium pipinya. Sweet tak?! Malu la pula ada yang baca ni.

"Sayang ni, pagi-pagi dah gatal."

"Gatal apa? Nak dapat pahala lah." Balasku bersahaja.

"Kalau macamtu, jom abang tolong sayang buat lagi banyak pahala." Mukaku merona merah. Suami siapa ni? Suami kau lah, Adriana oi.

"Abang lagi gatal." Aku kembali menghadap almari dan mencapai baju dress untuk orang mengandung yang berwarna dusty pink.

"Dah siap, jom!" Aku menarik tangan Riel turun ke bawah.

"Ma, pa nak pergi mana?" Imran menegur kami dari bawah tangga. Imran merupakan anak along dan kini berusia 3 tahun. Along sebaik saja melahirkan Imran, terus menghilangkan diri. Aku berdoa agar dia terus selamat dan sihat sejahtera.

"Nak pergi breakfast, nak ikut tak?" Aku bertanya kepadanya dengan nada riang. Opah kata, kalau nak mesra dengan kanak-kanak kena buat perangai budak-budak.

"Nak ikut" ujar Imran riang. Dia melangkah mendekati Riel meminta ditukarkan bajunya. Aku menanti di bawah sementara Riel menukarkan baju Imran.

"Ma, dah siap. Hensem tak?" Imran riang turun ke bawah dan berpuaing-pusing seketika di hadapanku.

"Hensem, papa mana?" Aku mencari-cari kelibat Riel. Mana pula suami ku ni pergi? Tadi beriya-iya nak keluar.

"Tak tahu. Tadi lepas dah siap, Im terus turun bawah." Terang Imran. Aku mengangguk faham.

"Abang, cepatlah turun. Kitaorang dah siap ni." Aku memanggil Riel turun. Aku tidak mahu Imran berasa kecewa andai tidak jadi keluar bersarapan pagi.

"Kejap sayang, abang nak turun dah ni." Aku melirik ke arah Imran. Imran tersenyum gembira sebelum bermain semula dengan kereta mainannya.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my love,
Happy birthday to you.
Happy birthday to you, Adriana and my son, Imran Adrian." Aku terharu. Imran memeluk Riel dan aku mengesat air mataku. Alamak, masuk mood jiwang weh.

"Thank you,abang. " aku memeluk Riel erat dan dia membalasnya.

"Welcome sayang, nanti baby cepat-cepat keluar supaya baby pun ada party macam ni ya?" Aku tersenyum kecil melihat gelagat Riel yang bercakap dengan kandunganku. Bagi semua wanita yang sudah berkahwin sepertiku, melihat suami bercakap dengan kandungan dalam perut merupakan detik yang paling sweet dalam hidup korang.

"Sanalah sikit ma, Im pun nak peluk pa juga." Im menyelit ke tengah-tengah antara kami berdua.

"Yelah-yelah. Sayang sangat dekat papa dia tu. Mama nak merajuk." Aku membuat muka sedih minta dipujuk.

"Mama merajuklah sorang-sorang. Papa dengan Im nak keluar. Bye" ujar Imran selamba. Ni mesti papa dia yang ajar ni, bapak borek, anak rintik.

"Ha, jom biar mama tingal sorang-sorang dekat rumah. Bye, sayang. Nak ikut tak?" Aku mencapai beg tanganku dan melangkah keluar rumah.

Sebaik saja kunci kereta dibuka, aku masuk ke dalam kereta masih dengan muka merajukku.

"Mama jangan buat lawak pagi-pagi ni boleh tak?" Imran ketawa kecil.

"Mama suka buat lawak. Papa, tengok mama ni. Suka sangat buat lawak." Riel yang baru saja selesai mengunci pintu rumahku juga turut tergelak. Aku pelik, apa yang kelakar sangat ni?

"Sayang ni, kalau merajuk pun takkan sampai lupa nak sarung kasut?" Ujar Riel sebelum ketawa dengan lebih kuat lagi.

Malunya hanya allah yang tahu. Aku keluar dari kereta dan menyarungkan kasut rataku. Tak tahu macammana nak hadap dua insan yang suka mengusik aku tu nanti. Tabahlah wahai hati.

"Seronoklah kan, kenakan saya. Buatlah lagi, buat lagi. Memang saya suka sangat awak buat macam tu dekat saya. " aku memarahi Riel. Nasib baik, dia belum memandu. Kalau sedang memandu, tak tahulah apa yang jadi.

"Apa? Mana ada abang kenakan sayang. Sayang yang buat lawak antarabangsa pagi-pagi buta ni. Abang tak tahan, so abang gelaklah. Takkanlah benda kecil pun awak nak marah saya?" Ujar Riel mempertahankan diri. Aku menjeling buat kali pertamanya kepada Riel. Aku sendiri tak faham kenapa mood aku selalu cepat berubah, mungkin sebab mengandung kot.

"Sayang, sayang jangan marah abang please. I'm sorry. Abang tak sengaja nak buat sayang macamtu. Abang tak tahan sebab iman abang setipis kulit bawang. Sayang janganlah marahkan abang, abang tak sengaja nak gelak. Please, maafkan abang." Aku tersenyum kecil.

"Okay-okay. Sayang maafkan, tapi bagitahulah dulu baru nak gelak. Buat lagi, sayang nak keluar rumah. Dengar tak Im, kalau Im gelakkan mama lagi mama nak pimdah rumah. Im duduk rumah dengan papa je. " Imran yang duduk di belakang mengangguk faham.

"Jom, kita keluar. Baca doa kenderaan dulu. " ujar Riel dan kami menadah tangan membaca doa.

Riel memulakan pemanduannya. Kami menuju ke sebuah restoran yang agak mewah. Selesai memakirkan kereta, kami semua berjalan berpimpinan tangan.

"Riel? Is that you?" Dari jauh, seorang perempuan yang agak kaya memanggil Riel. Pakai beg beribu- ribu, kaca mata edisi terbaru dengan kasut mahal. Riel menanti perempuan itu tiba di hadapannya.

"Sorry, nama awak siapa? Macammana boleh kenal saya?" Soal Riel. Dia betul-betul tidak mengenali perempuan yang baru memanggilnya tadi.

"Me? You serious tak kenal I?" Riel menggeleng dan aku hanya memerhatikan perempuan di hadapanku. Macam kenal, tapi siapa eh?

"I Nurin, kawan sekolah you dulu. Remember?" Aku terkejut. Macammana boleh jumpa dia balik ni? Kus semangat.

"I tak ada kawan perempuan selain Rian. You memang kuat perasan kan?" Nurin tergelak kecil mendengar kata-kata Riel.

"Rian? Adriana? Oh, btw mana dia sekarang? Sebab I nak dia tengok kita bersanding nanti." Aku gelak sendiri dalam hati. Siap guling-guling lagi aku gelak. Nampak tak betapa kelakarnya si Nurin ni. Kalau ada pengasas Maharaja Lawak Mega boleh lah masukkan si Nurin ni.

"Jangan harap nak sanding dengan I sebab you yang patut tengok majlis perkahwinan kitaorang dulu." Muka Nurin berubah 360°

"Kitaorang? Maknanya, yang sebelah you ni Adriana?" Riel mengangguk dan Nurin mengalihkan pandangannya ke arahaku.

"Ouh, so hi Adriana. Long time no see. You sepatutnya happy sebab dapat suami macam Riel ni. Jangan lupa datang majlis kahwin I, sorry sebab tak dapat datang majlis korang dulu. Korang pun tak invite ku kan? Just kidding. Jangan lupa datang wedding aku, nah kad dia." Aku mengambil kad yang dihulurkan oleh Nurin. Er, kejap dia ni dah move on ke apa ni?

"Don't worry, Adriana. Yang pasal I nak you tengok your hubby dengan I sanding tu cuma lawak tau. Jangan you berani nak ambil serious. I pun nak ada hubby dah, jangan risau." Aku ketawa mendengar kata-kata Nurin yang seakan-akan memahami persoalanku.

"Mama, ni siapa?" Imran bertanya kepadaku.

"Ni, kawan mama waktu sekolah dulu. Nama aunty ni, Nu-rin." Imran tersenyum dan menyalami Nurin. Nurin pula seakan-akan malu dan gembira melihat Imran senang akan kehadirannya.

"Aunty Nurin kerja apa?" Nurin bercangkung untuk berada di sama paras dengan Imran.

"Aunty kerja model. Imran pula kerja apa?" Nurin bertanya sekadar mengusik.

"Makan, tidur,makan, tidur je, aunty. "Kami semua ketawa mendengar jawapan Imran.

"Ouh, lupa nak tanya. Ni anak you yang nombor berapa?" Nurin menunjuk ke arah Imran.

"Ni yang sulung. " Nurin mengangguk.

"Mesti havoc kan, rumah you?" Aku mengangguk dan tergelak kecil.

"Mana kau tahu ni?" Kami berdua ketawa kecil.

"My nephew pun suka main-main. Memang havoc rumah disebabkan dia je. Kadang-kadang sampai menjerit-jerit my brother dengan sister. Tapi, dia lah permata dalam rumah tu. Kalau tak ada dia, sunyi macam padang pasir je rasanya." Aku mengangguk faham sambil gelak kecil.

"Nurin, datang sini nak breakfast ke? Kalau ya, jomlah join kitaorang" pelawa Riel.

"No, I datang sini sebab ada hal sikit. I pergi dulu ya, enjoy your meal." Sebelum sempat Nurin melangkah pergi, aku manahannya.

"Nak number kau." Aku tersengih malu. Nurin memberikanku sekeping kad namanya.

"Nanti, apa-apa hal just give me a call okay? Bye." Kami semua melambai ke arahnya dan terus masuk ke dalam restoran.

"Tak percaya betul dia tu dah nak kahwin."ujar Riel sambil ketawa kecil.

"Kenapa?" Aku tidak berpuas hati.

"Dulu, kan dia kata nak tackle abang sampai dapat. Tapi last-last give up. Nasib baik dia dah move on dengan abang, kalau tak mesti berebut macam dalam drama kan?" Imran tertawa kecil. Eh, budak kecil ni sibuk je nak gelak.

"Kalau berebut, sayang ganyang dia cukup-cukup sebagai amaran jangan kacau hubby Adriana. "Aku membuat muka bangga. Imran juga bertepuk tangan menyokongku.

"Dahlah, malas nak sebut pasal keganasan ni. Abang peace lover punya orang. Jom, order." Aku mengangguk. Setelah makanan tiba, kami makan seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience