BAB 9

Romance Completed 43521

"Angah! Jom siap cepat. Kita nak pergi rumah Danish ni." Mummy memintaku bersiap.

"Okay. Tunggu sekejap." Aku melangkah menuju ke almari pakaianku. Dress? Mana lah pernah ada. Jubah? Erm, apa benda tu? Baju dengan kain? Kain not my taste. Secara amnya, aku tak ada baju.

"Eh, Angah pakai baju ni. Baru mummy belikan. Nanti pakai dengan kasut along warna hitam tu ye? Mummy nak pergi bersiap ni." Aku mencapai baju dress berwarna mustard dari tangan mummy. Lawanya baju ni. Mesti ramai tergoda kan? Perasan!

Aku menyarungkan pakaian baruku ke tubuhku. Nampak padan di badan aku yang sedang-sedang ni. Pakej perasan, aku pusing-pusing ala- ala princess disney channel tu. Yang namanya sofia tu. Ha, betullah. Sofia the first.

"Lawanya anak mummy ni. " puji mummy kepadaku. Ni yang rasa nak riak ni. Tak elok riak. Aku bermuhasabah diri.

"Jomlah mummy, nanti lambat." Aku menarik tangan mummy keluar rumah. kasut heel kakakku dibawa keluar dan dipakai olehku.

Mummy membuka lock kereta dan kami membolos masuk ke dalam perut kereta. Setelah beberapa minit, kami tiba di perkarangan rumah Riel. Rumahnya, bukan jauh sangat pun. Kalau nak tahu lah.

"Eh, dah sampai. Masuklah. Jangan malu-malu." Mama Riel menyambut kami. Rasa macam VIP la pula.

"Assalamualaikum. Saya ni mak kepada Adriana. " mummy menyalamai tangan mama Riel. Eratkanlah hubungan mummy dengan besan mummy tu, mummy. Eh? Bakal besan okay?

"Eh, sayang dah sampai? Jom, aku teman kau masuk. Jom pergi dating?" Mummy dan mama Riel memandang aku dengan pandangan mengizinkan. Aku akur dengan ketentuan tuhan.

"Okay. Jom! Tapi dekat belakang rumah ajelah, okay kan?" Aku mengangguk. Sekurang-kurangnya aku tahu aku selamat. Selamat dari apa pun aku tak tahu.

"Eh, Rian. Tak sangka dah nak kahwin dah kita ni." Masuk dah bab-bab kahwin ni. Tak suka betul aku. Tapi aku anggukkan saja.

"Kan. Aku still terkejut kau sanggup kahwin dengan aku." Aku meluahkan perasaanku. Aku melirik ke arah Riel. Riel memandang ke arahku sambil menunjukkan riak kosong.

"aku tahu, kau tak cintakan aku Rian. Tapi yang pasti, aku tak akan dan tak mungkin akan lepaskan kau. Ingat tu, semat dalam jiwa." Aku terpempan. Aku anggukkan saja. Riak Riel berubah menjadi serius.

"Abang, bawa Adriana tu masuk. Buat apa la dekat luar ni" mama Riel memanggil kami berdua masuk. Sebagai anak yang taat perintah mamanya, Riel mengajakku masuk semula ke dalam rumahnya.

"Ha, Adriana. Ni mama nak cerita sikit pasal si Riel ni. Budaknya baik sebenarnya tapi annoying sikit. Kadang-kadang menyakat mama sampai naik angin. Tapi, lepas tu dia pandai pujuk. Terubat la hati ni sikit. Riel ni, suka mengemas juga. Rumah ni, hari-hari dia yang kemas. Yelah, mama pun busy kan? Dia bantu mama kemas rumah hari-hari. Yang lain tu, mama urus sendiri. Beruntung betul Adriana dapat Riel ni. Harapnya nanti korang berdua bahagia lah ye?" Aku mengangguk mengiyakan. Riel pula dah tersengih-sengih macam kerang busuk je dipuji.

Selepas itu, kami berempat menuju ke ruang makan. Subhanallah, besar dan cantik yang amat. Candelier dia, perghhhhhh kalah rumah aku kot. Mejanya panjang dan mempunyai banyak kerusi. Mungkin family besar dia selalu datang sini kot, andaiku sendiri.

"Aku tahu la lawa, tapi cover mulut tu jangan ternganga. Hancur keayuan kau tu nanti." Riel menegurku. Aku memandang ke arah dia sambil mencebik. Aku terus berlalu menuju ke arah mummy dan duduk disebelahnya.

"Riel, baca doa makan ye?" Riel membca doa makan dan kami mula makan malam. Aku dan Riel saling membalas pandangan sewaktu sedang makan.

"Apa yang korang pandang satu sama lain ni?" Mummy menegur. Aku dan Riel menayangkan senyum kambing kami. Aku pun tak tahu kenapa kami berbalas pandangan.

Setelah selesai makan malam, aku membantu mama Riel dan bibik Intan mengemas meja. Aku yang nak tolong, sudah puas mama Riel melarang aku tapi aku tetap mahu menolong. Setelah mengemaskan meja, mama Riel meninggalkan aku dengan bibik Intan di dapur. Dia mahu menemani mummyku yang bersendirian di ruang tamu.

"Cik Adriana, bibik nak ngomong sesuatu sama cik Adriana. Bisa ngakk?" Aku mengangguk. Boleh korek rahsia Riel sekali.

"Bertuah sungguh cik Adriana karena dipilih Riel. Riel itu baik orangnya. Hormat orang tua, bik Intan pun kadang-kadang rasa kagum sama Riel. Pokoknya, Cik Adrian jangan mensia-siakan Riel ya?" Aku mengangguk. Siapa nak lepaskan Riel? Dahlah baik, caring, bertanggungjawab dan hensem pula tu. Kembang juga si Riel kalau dengar aku puji dia ni.

"Terima kasih ye bik Intan puji saya. Rian, bila nak puji aku?" Baru sekejap tadi desisku di dalam hati.

"Tak ingin aku nak puji kau." Ewah, sebenarnya teringin kan, Adriana? Mengaku jelah.

"Aku yang sudah cukup hensem macam Izzue Islam ni pun kau tak nak puji? Sedih hati aku, Rian." Riel berdialog sedih.

"Perasannya diri tu hensem. Geli lah, nak puji kau hensem. " aku membuat muka menyampah.

"Aku merajuk dengan kau." Riel terus berlalu dari dapur. Aku menyambung kembali kerja yang tergendala tadi dengan perasaan bersalah. Riel yang cepat merajuk, siapa suruh. Aku menuju ke ruang tamu setelah selesai.

"Bila diaorang nak disatukan ni?" Mama Riel bertanya.

"Erm, mama, mummy kalau lepas kami selesai SPM boleh tak?" Mama dan mummy tersenyum dan mengangguk.

Setelah berbual untuk beberapa minit bersama mama Riel, mummy mengajakku pulang. Disebabkan esok aku bersekolah, aku akur dengan ajakan mummy. Kalau ikutkan hati, mahu je aku duduk sini. Boleh tatap muka hensem Riel hari-hari. Tadi, Riel suruh puji tak nak, ni apa cerita?

"Bye mama. Nanti ada masa, Adriana datang lagi ye? " aku menyalami tangan mama Riel dan melagakan pipiku dengannya.

"Okay. Datang selalu tau? Nanti mesti mama rindu Adriana. " aku mengangguk. Tidak mahu menaburkan janji yang belum pasti.

"Riel pun akan rindu Adriana nanti. Bye Rian." Riel yang datang entah dari pelusuk mana tiba-tiba sudah berada di sisi mamanya. Ilmu hitam apa dia guna ni? Tak nak ajar aku ke? Khurafat la Adriana.

"Mengadalah kamu ni. Padahal, esok pun jumpa juga. Gatal betul anak mama ni." Mama Riel membebel kepada Riel. Padan muka ucapku di dalam hati.

"Bye Aunty. Nanti Danish datang rumah hari-hari ye?" Mummy mengangguk melayankan saja perangai si Riel ni.

Kami berdua meloloskan diri ke dalam kereta mummy. Kamu berlalu pulang ke rumah.

"Mummy suka sangat dengan Danish tu. Daddy pun berkenan sangat kalau dapat Danish tu sebagai menantu dia. " aku mendiamkan diri mendengar pujian mummy terhadap Riel.

"Mummy, bila tarikh kitaorang disatukan?" Aku bertanya sambil memandang keluar tingkap kereta. Lampu-lampu jalan menarik perhatianku.

"Erm, dua bulan dari sekarang. Kena get ready mental and fizikal okay?" Aku mengangguk. Lagi dua bulan, aku akan menjadi isteri kepada Riel. Satu keluhan dilepaskan.

Setelah tiba di rumah, aku meloloskan diri masuk ke dalam rumah. Mummy seperti biasa, akan menonton tv dahulu sebelum masuk tidur.

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I'll be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

"Hello" aku mengangkat malas panggilan telefonku.

"Hai, Adriana. Kau okay ke nak jadi isteri aku dalam masa dua bulan lagi? Aku takut kau rasa terpaksa je nanti." Suara Riel kedengaran risau.

"Aku..okay je. Tak adanya aku rasa terpaksa. Kau tu, dah ready ke nak jadi suami aku? Bimbing aku ke syurga in shaa allah?" Aku mengujinya.

"Aku ni Riel kot. Mestilah aku ready. Aku akan cuba membimbing kau ke jalan syurga. Tapi kau kenalah dengar cakp aku yang kacak lagi hensem ni. " aku menjegilkan mata kepadanya walaupun aku pasti dia tidak nampak perlakuanku itu. Perasannya bakal laki aku ni.

"Eii, gelinya aku dengar. Drama betul lah kau ni, Riel." Riel hanya ketawa mendengar kata-kataku.

"Yelah, terikut drama sebab selalu teman mama tengok drama dekat TV. Hu, aku dah kantoi." Aku tergelak mendengar ayat terakhirnya. Boleh tahan comel juga dia ni, kan?

"Eh, Riel haritu Anies ada call aku. "

"Dia nak apa? "

"Dia suruh aku jauhkan diri dari kau. Dia kata dia je yang layak berdiri sebelah kau, bukan aku. Siap bagi amaran yang aku akan hidup macam dalam neraka kalau berdegil. " aku terdengar dengusan geram dari hujung talian panggilan.

"Apa lagi lah, yang dia tak puas hati dengan kau ni?" Ton suara Riel sudah berubah geram.

"Entah la weh. Yang pasti aku ada penjaga nak jaga aku. Tak adalah aku risau kalau dia nak serang aku ke. " aku memberitahunya riang.

"Siapa penjaga kau?" Aku membuat muka bosan. Dia ni buat-buat blur ke memang lumrahnya dia blur?

"Nama penjaga aku tu Danish Ariel."

"Hensem tak? Sebab orang nama macam tu hensem." Riel memuji dirinya.

"Gelilah, kau asyik puji diri sendiri je. Cubalah, puji aku sekali-sekala. " aku tersenyum menanti pujiannya.

"Rian, kau tak perlu dipuji pun. Baik kau puji aku lagi best." Aku ternganga. Putus harapan di tengah lautan kegembiraan dan sedang berada di dalam ribut kesedihan. Sadis betul hidup kau, Adriana.

"Ni yang aku menyampah ni. Aku nak pergi mandi dengan tidur. Kau ni, geram aku kau tak nak puji aku. Dahlah, bye. Sweet dream of me, Riel." Ketawa kecil Riel kedengaran di telingaku.

"Bye my honey. Of course you gonna be my sweet dream tonight. Sweet dream of me too. Bye." Panggilan antara kami ditamatkan. Dan aku mandi dan tidur seperti biasa sambil menanti pagi akan tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience