BAB 15

Romance Completed 43521

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu.

Aku tersenyum melihat diriku yang sedang disolek oleh Ain, sepupuku. Mekapku pada hari ini lebih tebal sedikit berbanding kebiasaannya.

"Ain, macammana ni? Takutlah, dah nak jadi isteri orang." Aku meluahkan rasa gementarku kepadanya. Tangannya terhenti dari menyolekku.

"Ish, apa nak ditakutkan? Rasa seronok apa. Lepas ni, dah tak sunyi. Adriana dah, Ain bila lagi?" Ain membuat muka sedih. Aku mencubit pipinya.

"Carilah calon dulu baru boleh kahwin." Dia mencebik.

"Lelaki sekarang ni bukannya boleh percaya. Banyak tak guna punya orang. Lelaki zaman sekarang ni, buat aku stresslah. Menggatal sangat." Aku tergelak kecil.

"Nanati kau kahwin dengan lelaki juga. Bukannya beruk. Ke kau berkenan dengan orang utan dekat sabah sana?" Aku mengusiknya.

"Boleh juga. Nanti raya, aku tak balik kampung. Aku balik sabah duduk dalam hutan dengan orang utan tu." Ketawa kami berdua terus meledak.

"Kau ni, macam-macamlah. Eh, kejap. Jom, selfie?" Aku membuka aplikasi kamera dan menangkap beberapa keping ganbar bersama Ain sambil membuat pelbagai gaya.

"Nanti send kat whatsapp tau. "Aku menunjukkan simbol 'OK'.

"Pengantin perempuan, encik pengantin lelaki dah sampai. Keluarlah." Mak cikku memanggilku. Aku kembali gementar.

"Jomlah, keluar. Pengantin lelaki dah sampai tu." Ain mengajakku keluar.

"Ain,kalau tak nak keluar boleh tak? Gementarlah." Aku membuat muka comelku kepada Ain.

"Kepala hotak kau. Pengantin lelaki kat luar kot. Sedap kerabu kau je, tak nak keluar. Aku tak kira, keluar juga kalau tak." Dia menjongketkan sebelah keningnya.

"Kalau tak apa?" Dia tersenyum licik.

"Aku panggil Riel suruh angkat kau nanti." Dia ketawa sambil keluar dari bilik.

"Eh, janganlah! Ain ni!" Aku keluar dari bilik. Aku membetulkan pakaianku dan perlahan-lahan menuju ke arah bantal kecil untuk aku duduk. Di sekelilingku mummy, mama Riel, Ain, opah dan along.

"Semua dah sedia?" Daddy mengangguk.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Adriana Binti Firdaus dengan mas kahwinnya sebanyak RM 500 tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Adriana Binti Firdaus dengan mas kahwinnya sebanyak RM 500 tunai."

"Sah?" Tok kadi bertanyakan kepada saksi.

"Sah" ujar daddy.

"Sah" ujar Alif.

"Sah" ujar tok kadi. Kami semua menadah tangan membaca doa. Sambil mengaminkan doa, aku melirik ke arah Riel. Dia nampak segak memakai baju pengantinnya yang berwarna krim sedondon denganku.

"Angah, Riel datang nak sarung cincin" Aku meraup mukaku. Tanganku dicapai olehnya dan disarungkan cincin yang aku pilih. Aku menyalamnya dan aku berbuat perkara yang sama kepadanya. Apabila dia mencium dahiku, aku dapat rasakan satu perasaan damai dan tenang.

"Tahniah, anak mummy." Aku menyalam dan memeluk mummy.

"Tahniah, Adriana. Adriana dah jadi menantu mama." Aku menyalami mama Riel.

"Adriana, nanti awak ikut saya ye?" Aku mengangguk mendengar arahan Riel. Nak apa suruh aku ikut dia?

Tanpa berlengah, aku pun bangun dan mengikutinya dari belakang. Riel yang membawa aku masuk ke dalam bilik pemgantin kami. Gulp, apa yang di nak buat ni?

"Pergilah ambil wuduk. Saya nak bentang sejadah ni sekejap."

"Apa dia? " Riel tergelak kecil.

"Pergi ambil wuduk, kita solat asar sama-sama. Awak berangan apa sampai tak dengar ni?" Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aku tetap melangkah untuk mengambil wuduk.

"Apalah yang aku berangankan sampai tak dengar apa yang dia cakap tadi. Haih, Adriana Adriana. Memang cuai betullah kau ni. " aku membebel seorang diri.

"Akak Adriana." Seseorang menyergahku dari balik dinding.

"Eh, astaghfirullahalazim. Nasib baik tak jadi apa-apa tadi." Aku mengurut dadaku. Aku memandang ke arah orang yang mengejutkanku sebentar tadi.

"Ada apa ni, Adriana?" Aku menoleh dan terlihat kelibat Riel sedang menuju ke arahku.

"Tak ada apa-apalah, abang. Ni, adik tegur kak Adriana tadi. Terkejut dia dibuatnya. Adik minta maaf ye, akak?" Aku keliru sebentar. Adik? Bukan Riel ni anak tunggal ke? Mana datang adik pula ni?

"Adik?" Terpancul juga soalan itu dari mulutku.

"Yelah, adik. Tak kenal ke, adik saya?" Riel memandang tepat ke anak mataku. Aku menggelengkan kepala.

"Lah, apa pula tak kenal. Adik kan, wedding planner korang berdua." wedding planner aku rupanya. Buat malu je, tak kenal adik ipar sendiri.

"Tak kenal pun. Kenapa muka tak familiar dengan akak pun?" Dia hanya tersenyum kecil.

"Sebab, apa-apa hal kan mummy akak yang handle. Kita pernah bercakap pun sekali je. Waktu akak tengah kelam-kabut buat apa entah. Ingat tak?" Aku memandang ke atas cuba mengingati kembali pertemuan kami.

"Ada apa dekat atas tu, sayang?" Riel menegurku.

"Tak ada apalah. Akak tak ingatlah, tapi it's nice to meet you." Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepada adik iparku. Apa nama dia eh?

"Nice to meet you too. By the way, nama adik Alisha. Alisha Farhana, panggil je adik FarFar." ujarnya selamba seakan-akan memahami persoalan yang bermain di dalam mindaku.

"Nama akak"

"Adriana. Tahu dah, panggil adriana juga kan?" Aku mengangguk tak perlu susah payah nak kenalkan diri lagi.

"Eh, adik. Akak dengan abang minta diri dulu ya? Nak pergi ambil wuduk. Assalamualaikum." Kami meminta diri dan berlalu pergi menginggalkan Farfar sendiri.

"Abang, nak tanya?" Aku meminta izin untuk bertanya kepada Riel. Riel tersenyum mendengar panggilan abang yang baru aku bahasakan untuknya.

"Boleh sayaaaang" ujar Riel sambil tersenyum meleret memandangku.

"Kenapa Farfar yang muda tu dah jadi wedding planner? Dia tak sekolah lagi ke?"

"Dia kan anak bongsu, memang semua kena ikut cakap dialah. Dia kata dia nak jadi wedding planner lepas tengok drama 'Cinta si Wedding planner' tu. Puas dah family abang pujuk, tapi tak jalan. Nak tak nak, kenalah juga tunaikan.

Alhamdulillah, perniagaan Farfar pun maju. Jadi, keputusan bagi dia berniaga tak pernah kami kesali. Cuma, adik kurang bersosial sikit. Abang risau." Aku faham perasaan risau tu. Adik aku pun lebih kurang juga. Tak pernah dia keluar dari bilik pada waktu cuti sebab busy main game online.

"Risau apa?" Aku pelik, nak risau kenapa? Tak ke bagus bagi Farfar tu berniaga macam sekarang ni? Dapatlah dia buat duit dia sendiri. Setuju?

"Risau tak dapat anak buah dari dia."

"Tak apalah, kita buat anak kita sendiri jelah. " aku memcubit pinggangnya sehingga dia mengaduh.

"Gatal, tak malu betul." Aku mencebik dan berpeluk tubuh.

"Tak payah nak muncung-muncung tu. Jom." Aku membuat muka blur ketika Riel menghulurkan tangannya.

"Jom kemana, bang?"

"Buat anaklah-"ujar Riel tanpa segan silu sampaikan aku menjadi segan.

"Eii, mengadalah abang ni. " aku keluar dari bilik untuk berjumpa dengan ahli keluargaku yang lain.

"Angah" along memanggilku sewaktu aku melintas di hadapan biliknya. Matanya sembab seakan-akan baru saja lepas menangis.

"Ye, ada apa along?" Soalku sebaik saja aku memasuki ruang biliknya dan duduk di atas katilnya.

"Along nak minta tolong sikit boleh?" Aku mengangguk lagipun apa salahnya. Setakat pertolongan buat kakakku tak salah aku rasa.

"Tolong jagakan baby along nanti."

"Along, betul ke along nak bagi baby ni dekat angah? Along tak kesian ke dekat dia? Tak ada mak ayah sejak lahir lagi?" Aku menyoal bertubi-tubi.

"Angah tak happy ke? Tak apalah. Along faham, kau pun tak nak terima baby yang entah siapa-siapa bapak dia kan?" Aku menggeleng laju.

"Tak payah nak sangkal lagi. Mengaku jelah. Along faham." Aku meraih tangan along sambil menangis.

"Along, please jangan cakap macamtu. Along lah satu-satunya kakak angah. Angah akan terima baby tu dan akan jaga dia sebaik mungkin." Along mengangguk dan turut sama menangis.

"Janji, jaga dia macam anak sendiri?" Dia menghulurkan jari kelingkingnya kepadaku.

"Janji" aku menyambut jari kelingkingnya dan membuat pinky promise. Kami berpelukan seketika.

"Angah nak pergi jumpa daddy dengan mummy ya?" Aku meminta diri. Aku keluar selepas along mengizinkan aku keluar.

Aku berjalan ke ruang tamu mencari kedua ibu bapaku. Akhirnya, aku bertemu juga dengan kedua-dua mereka.

"Daddy, mummy. " mummy melemparkan senyuman kepadaku manakala daddy hanya memaparkan riak biasa dan dingin.

"Nak apa datang cari mummy dengan daddy ni?" Soal mummy.

"Nothing. Nak cakap terima kasih je." Aku tersenyum lebar.

"Terima kasih, untuk apa tu?" Giliran daddy pula bertanya.

"Sebab lahirkan angah sampai besar macamni. Dah kahwin pun angah. Tak sangka." Aku ketawa kecil.

"Angah, daddy nak minta maaf" Tanganku diraih oleh daddy. Drama mana pula ni?

"Kenapa? Daddy dah bagi semua cukup dekat Adriana." Mummy di sebelah daddy mula bergenang air mata. See? Drama.

"Tak, kami tak bagi cukup. Tak cukup semua, kami minta maaf." Aku pun masuk sama jadi cengeng. Aku menangis sambil memeluk mummy.

"Sebab semua yang kurang, Adriana dapat belajar berdikari, berjiwa kental dan mencintai orang sekeliling Adriana. walaupun dulu, Adriana pernah ucap kata benci dekat mummy dan daddy. Tapi, sekarang 'I love both of you guys.'" Aku memeluk daddy dan mummy. Aku mengambil kesempatan yang ada untuk memohon daddy menerima along semula.

"Jangan ditolong orang macam tu. Pandai buat, pandai tanggung." Ujar daddy tegas.

"Anak kita tu, bang. Janganlah buat macam tu." Pujuk mummy sambil mengusap lembut bahu daddy. Nak redakan marah daddy kot.

"Saya tak kira. Dia bukan lagi anak saya. Saya tak ada anak seteruk dia." Daddy masih lagi tegas dalam membuat keputusannya. Aku baru saja mahu menyampuk.

"Jangan sesekali nak masuk campur urusan kami berdua." Amaran daddy membantutkan niatku. Aku meminta diri untuk pulang semula ke bilik.

"Abang, oh abang." Aku memanggil Riel. Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam bilik, mataku tidak menangkap kelibatnya.

"Apa ni?" Mataku ditutup oleh sesuatu. Jangan-jangan aku nak kena culik macam dalam drama dekat tv tu tak? Eh, merepeklah kau ni. Banyak sangat pengaruh tv.

"Sayang, cuba teka siapa?" Aku tahu akan jawapannya dan kenal suaranya.

"Abang." Aku meleraikan tangan yang menutup mataku dan berpusing menghadap Riel.

"Kita kena bincang sesuatu." Aku berkata kepadanya tegas.

"Boleh, tapi bagi abang paki baju dulu. Karang, ada yang kata abang nak goda dia pula." Aku mengangguk sambil mukaku merona merah. Aku memandang Riel dari atas hingga ke bawah. Dia memakai tuala dan rambutnya basah menunjukkan dia baru selesai mandi.

"Apa tenung lama-lama? Tergoda eh?" Soal Riel nakal.

"Mana ada. Geli lah abang ni. Pergilah pakai baju dekat sana." Aku mamalingkan wajahku.

"Abang dah siap pakai baju pun, sayang. Sayang berangan apa sampai tak perasan ni? Blur sangat ni kenapa ha?" Riel mencubit hidungku sehingga merah.

"Sakitlah, abang ni." Aku memukulnya lembut di bahagian dada.

"Okay, okay. Saya nak bincang apa tadi?" Aku dan dia berbaring di atas katil sebelah menyebelah.

"Sayang rasa kan..."

"Abang tak akan paksa kalau sayang tak ready. Abang akan tetap tunggu sampai masanya tiba. Tapi, jangan nak mengada-ngada curang. Kalau abang jumpa sayang curang, abang karate lelaki tu sampai patah semua tulang dia." Aku ternganga. Dah kenapa, suami aku ni? Aku nak bincang benda lain, dia cakap pasal benda lain.

"Abang ni bukan" aku mahu membetulkan keadaan.

"Abang faham sayang. Sayang, abanag relakan dan setuju je. Asalkan sayang tak curang." Anak-anak, ini semua sebab pengaruh drama yang berlebihan. Elakkan jadi seperti Danish Ariel yang 24 jam masanya dihabiskan dengan tengok drama.

"Abang-! Bukan ni yang sayang nak bincangkanlah." Aku menunjukkan riak tidak puas hati.

"Habistu pasal apa?" Riel menunujukkan riak blur.

"Ni pasal along."

"Kenapa dengan along? " Soal Riel prihatin.

"Sayang dah buat keputusan, along nak serahkan anak yang dikandungnya tu kepada sayang. Sayang akan terima dan tak kisah dengan apa yang abang nak bantah." Aku menutup mata tanda tidak mahu mendengar sebarang bantahan dari suamiku.

"Seriously? Kita nak ada anak dah, yahoo!" Aku membuka mataku dan kwlihatan Riel sedang menari zapin. Ni kes overdose ubat mana ni?

"Abang kenapa menari zapin ni, abang?" Zapin Riel terus terhenti. Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan baris giginya yang tersusun .

"Happy sangat. Berita gembira tu. Abang tak sabar nak azankan anak kita tu." Aku tersenyum gembira. Kalau tadi, aku risau tapi sekarang tak lagi.

"Abang tak kisah ke kalau baby tu bukan dari benih abang?" Takut-takut aku menyoal. Risau kalau-kalau Riel tiba-tiba melenting.

"Tak kisah pun, janji ada anak. Lagipun, anak kan rezeki. Rezeki jangan ditolak, tak elok. Kesian juga dekat baby tu kalau along campak dia dekat mana-mana." Aku mengangguk setuju dengan pendapat Riel.

Aku memeluk Riel dan dia membalas pelukanku. Dari jauh, tanpa aku atau Riel sedar ada sepasang mata yang memerhatikan kami berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience