BAB 1

Romance Completed 43521

"Angah, bangun cepat. Adik dengan kakak nak bangun pula lepas ni." Mummy mengejutkanku. Rutin harianku. Setiap hari dan setiap pagi. Aku akan dikejutkan dahulu berbanding adik beradikku yang lain.

Lambat- lambat aku bangun dari katil bujangku. Aku menggeliat dan menggosok- gosok mataku.

"Angah, cepat. Mandi. Kakak dengan adik pun pergi sekolah, bukan angah je. Jangan nak pentingkan diri sangat boleh tak? Jangan buat mummy stress pagi- pagi ni. Mummy suruh buat tu, buat je." Bebelan panjang lebar mummy aku abaikan dan melangkah cepat masuk ke dalam bilk mandi.

Setelah melangkah keluar dari bilik air, aku menghampiri bilik kakakku pula. Aku megetuk bertalu- talu pintunya.

"Kakak, bangun. Sekolah." Tiada jawapan.

"Kakak.... bangun. Sekolah nanti mummy marah. " masih lagi tiada balasan darinya. Aku mengetuk pintunya bertalu- talu. Sehingga aku terdengar bunyi pintu dikuak.

Tiba- tib aku terasa pijar di pipi. Aku memegang pipiku yang terasa panas dan pedih. Aku lihat kakakku sedang memandangku dengan muka yang menyinga.

"Kau ni kan, memang tak boleh nak tengok aku senang ke apa? Pagi- pagi dah memekak. Malang betul aku ada adik macam kau ni." Kecil hatiku bila mendengar kata- kata kakakku.

"Mummy suruh bangun pergi sekolah." Takut takut aku memberitahunya.

"Beritahu mummy aku tak pergi sekolah." Pintu biliknya dihempas kuat sehingga mengejutkan aku.

Aku berlalu menuju ke arah bilik adikku pula. Pintu biliknya aku ketuk bertalu- talu.

"Adik, bangunlah. Pergi sekolah." Senyap sunyi keadaan biliknya.

"Adik, bangunlah adik." Pintu biliknya terbuka. Muk adikku terjengul dari balik pintu

"Adik, bangun mandi. Sekolah harini." Aku memberikan senyuman buat adikku.

"Angah, jangan sibuk hal oranglah. Orang tak nak pergi sekolah harini. Cakap dekat mummy tau. Adik nak sambung tidur balik ni. " pintu biliknya ditutup. Aku mengeluh berat.

Aku melangkah ke bilik dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Sebaik saja aku melabuhkan punggung di meja makan, mumny dan daddy memandangku dengan pandangan yang tajam.

"Angah, mumny suruh buat apa tadi?" Aku menunduk. Takut melihat renungan mata mummy dan daddy. Ah, kedua- dua mereka ni memang tak pernah nampak kebaikkan aku.

"Mummy tanya kan? Jawablah angah." Daddy memback-up mummy. Aku mencari kekuatan dan semangat.

"Adik dengan kakak kata tak nakbpergi sekolah." Aku menunduk kembali.

"Ouh, mummy nak pergi check diaorang. Ni, adriana pergi sekolah jalan kaki tau. Mummy dengan daddy ada hal sikit." Aku mengangguk dan mencedok mi goreng ke dalam pinggan. Aku mula bersarapan.

"Angah, dah pukul berapa ni? Nanti lambat pula nak sampai sekolah. Nanti orang mengata. Kata dahlah tak pandai, buat hal pulak tu. Daddy tak suka." Aku menganggukkan kepalaku. Dan terus mengambil duit belanja harianku.

Setelah menyarungkan kasut, aku menapak ke luar rumah. Aku berjalan dengan agak laju. Walaupun rumahku dalam kategori dekat dengan sekolah, tetapi berjalan kaki ke sekolah mengambil kira lebih kurang 15 minit untuk sampai. Dan aku sememangnya bertawakal jika hari ini aku lambat.

"Mummy tu, kalau aku kata tak nak datang sekolah membebel kata aku pemalaslah. Sedangkan aku sakit waktu tu. Kenapa dia sayang kakak dengan adik je? Kenapa aku tak dapat kasih sayang macam tu? Kenapa?" Aku bermonolog sendiri. Bagiku tak adil layanan yang ibu bapaku berikan kepadaku.

Kakakku, Zhira sememangnya seorang yang pandai, UPSR,PMR dan SPM dia berjaya mendapatkan semua A. Aku cuma mampu mendapat 2A dan 3B dalam UPSR dan 4A untuk PMR. Adikku, Rayyan pula seorang yang sama spesies dengan kakakku. di dalam kelas. Jujur aku katakan, aku terasa dengan keluargaku sendiri.

"Hai adriana. Kau ni termenung je, okay tak?" Aku tersenyum melihat kelibat sahabatku, anies disisi.

"Hai. Okay je. Kau pun kena berjalan ke sekolah ke?" Aku baru perasan anies berada di sisiku dan berjalan.

"Eh, tak adalah. Aku nak ajak kau tumpang aku sebab kita seriously late." Dia menarik tanganku masuk ke dalam perut kereta audi miliknya. Anies seorang yang periang dan sungguh happy- go-lucky. Aku suka bersahabat dengan dia sebab dia yang membantu aku atasi semua masalahku.

"Thanks uncle." aku turun dari perut kereta Anies. Aku dan dia bersama- sama menuju je arah kelas. Walaupun aku tidak sebijak kakak dan adikku, aku masih tergolong di antara pelajar-pelajar kelas pertama. Sungguh, aku bersyukur walaupun mummy dengan daddy tak pernah sedar benda ni.

"Eh, Adriana datang hari ni lah." Ramai pelajar meluru ke arahku. Aku terjeda seketika. Sejak bila pula aku jadi terpenting dekat sini?

"Weh, serious ke kau anak luar nikah?"

"Betul ke yang kau ni anak haram sia?"

"Jijik ilerr do dia kelas ni."

"Tengok je baik, anak haram rupanya."

Terpinga- pinga aku mendengar komen mereka kepadaku. Aku memandang ke arah Anies meminta pertolongan.

"Tumpang lalu. Aku nak duduk. Sorry aku tak boleh nak jawab soalan korang sebab pasal tu, korang kena tanya mummy dengan daddy aku. Sekian." Aku terus berlalu dan meletakkan beg dengan kasar ke atas kerusi. Anies kelihatan sedikit tersentak dengan perbuatanku.

"Anies, apa yang diaorang kata tu? Aku tak faham. Kau tahu apa- apa tak?" Aku memandang Anies yang sedang ligat menyiapkan kerja sekolahnya.

"Ye, aku pun ada dengar. Tapi not sure betul ke tak. Aku dengar ramai yang kata kau ni sebenarnya anak luar nikah. Sebelum kau dilahirkan, daddy kau duduk luar negara about 3 years tak silap aku sebab urusan business dekat sana. About 2 years daddy kau dekat sana, mummy kau pun mengandung. Persoalannya ialah siapa yang mengandungkan mummy kau? Ada perang besar jugalah kata diaorang. Tapi last- last daddy kau terima mummy kau balik. Tamat." Aku terkedu mendengar ceritanya. Timbul perasaan malu yang menebal dalam hatiku.

Patutlah adik dengan kakak tak nakndatang sekolah. Sebab malu beradikkan dan berkakakkan aku. Nur Adriana. Aku yang pada awal harinya ceria, bertukar murung dan pendiam sepanjang hari. Aku memikirkan sejauh mana kebenaran kata- kata mereka. Aku buat keputusan, selagi mummy daddy tak kata apa-apa aku still anak diaorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience