BAB 11

Romance Completed 43521

"Tahniah, angah dah jadi tunangan orang." Daddy datang memelukku. Okay, for the first time my dad nak peluk aku. Kerana teruja,aku membalas pelukkannya.

"Thank you, daddy. " aku tersenyum simpul memandang daddy. Daddy nampak kacak dalam baju melayunya.

"My pleasure." Aku meminta diri mahu berjumpa dengan Riel, tunangku. Ah, malunya nak menyebut tunang.

Sebaik tiba di bahagian dapur yang agak tersorok, aku terdengar seakan-akan suara orang merayu. Aku lekapkan telingaku di balik dinding.

"Riel, just take me as your wife. I sayang you. I tahu you datang sini nak balas dendam dekat I sebab dump you dulu kan? I nak minta maaf dan lepas I tinggalkan you, hidup I terasa kosong. " along merayu kepada Riel. Siapa Riel sebenarnya?

"Sayang I? My wife? Seriously? I pasti yang I tak pernah ada rasa cinta pada you lepas you blah dari hidup I macam tu je. You ingat I ni pendendam ke sampai nak jejak family you? Your sister yang buka hati I balik untuk bercinta. Adriana akan jadi isteri I dan bukan you." Suara mereka tidak kedengaran lagi. Aku menanti beberapa saat sebelum mahu melangkah pergi. Malas aku nak ambil tahu hal mereka berdua ni. Pandai-pandai settle sendiri.

"Rian!" Riel menegurku terkejut. Aku menunjukkan simbol 'V' kepadanya.

"Yo, ssup?" Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.

"Angah, buat apa dekat sini? Dating dekat dapur ke?" Along pula menegurku. Haih, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu?

"Bukan ke, angah yang patut tanya along apa yang along buat dekat sini?" Aku menjongketkan sebelah keningku ke atas. Riel dan Along nampak gelisah. Woah, chill lah korang berdua ni.

"Mana ada buat apa-apa." Tergagap-gagap along menjawab.

"Eleyh, angah dah dengarlah semuanya." Aku malas mahu bermain lagi dalam permainan yang agak kekok ini.

"Kau tahu, Rian?" Riel memandangku memancarkan riak terkejutnya. Aku penuh selamba mengangguk.

"Kau tak marah?" Along bertanya kepadaku dengan riak risaunya.

"Nak marah untuk apa? Bukan tadi kata dah tinggalkan dan ditinggalkan kan? Nak takut apa, angah dah nak kahwin dalam masa 1 bulan je lagi. " aku terus mencapai segelas air dan meninggalkan dapur. Bara cemburu perlu dihilangkan.

"Eh, Rian" Riel mencapai lenganku. Nasib baiklah berlapik.

"Nak apa?" Aku memandang ke arah selain wajahnya. Orang cemburu lah, dikatakan.

"Pandanglah muka aku." Aku masih lagi degil. Mataku melilau-melilau melihat ke arah selain wajahnya. Apabila buat Adriana cemburu inilah padahnya.

"Kau degil? Kau nak aku cium pipi kau or kau nak pandang muka aku. Aku kira sampai tiga. Satu... dua... ti.." Gulp! Cium? Orang ramai kot. Cepat-cepat aku memandang tepat ke arah wajahnya tanpa berfikir panjang. Yang bermain di fikiranku, jangan aku dicium sudah.

"Ga. Bagus, ku dah pandang muka aku. " aku menutup mataku. Takut andai aku diugut akan dicampak ke dalam gaung kalau membongkarkan hal mereka berdua ni. Ya tuhan, bantulah hambamu ini. Jauhilah dia daripada musibah yang bakal melanda nanti.

"Aku minta maaf sebab tak pernah beritahu kau selama ni. Aku tak tahu kau adik perempuan kepad ex girlfriend aku dulu, aku tak pernah sangka dia ada adik sebaik dan secantik kau. Siapa sangka kau rupanya adik kepada zhira. Aku tak datang dan bercinta dengan kau sebab dendam aku dekat kakak kau, tapi sebab aku ikhlas dan betul-bwtul cintakan kau. " sebaik saja aku membuka mata, Riel sedang berada di dalam keadaan melutut dihadapanku.

"Habistu, yang dekat belakang tu apa? Bukan nak bersama balik ke?" Aku bertanya secara rambang mengikut salah satu drama yang pernah aku tonton.

"Tak. Aku dah ada kau kot, mana mungkin aku nak tinggalkan kau." Aku terharu mendengar pengakuannya.

"Tapi, aku takut kau tinggalkan aku nanti. Kau tahu kan,perempuan kan ramai yang terkejar-kejar dekat kau macam tak ada jantan lain je nak kacau." Riel tersenyum manis kearahku.

"Kalau diaorang kejar, aku lari. Kalau kau yang kejar, kena tangkap berkali-kali pun aku sanggup."

"Dahlah, kau tak sakit kaki ke? Bangunlah." Dia bangun dan berdiri di hadapanku.

"Demi kau, Rian. Selama- lamanya pun aku sanggup. Tiupkan milo ais kau pun aku sanggup." Aku ketawa sendiri.

"Nak tiup milo ais buat apa?" Aku ketawa lagi. Riel yang banyak perangai pelik.

"Yelah, kalau nak redah lautan api tak mampu. Sebab, teh o' panas tu pun aku suruh mama aku tiup. Takkan nak suruh mama aku tiup satu lautan api tu? Betul tak?" Aku anggukkan saja. Riel memang pandai mencuit hatiku.

"Nanti kita keluar dating nak tak?" Aku memandang lama ke arah dia.

"Tak naklah. Dah banyak kali dating. Bosan." Riel menghampiri aku.

"Ni first time sebagai tunang kan?" Aku mengangguk.

"Then, kau dengan aku patut date secara rasmi sebagai tunang. Date yang pertama tu malam ni. No excuse. 8pm nanti aku datang ambil. Bye." Riel terus mengajak mamanya pulang ke rumah. Aku melirik ke arah jam dinding. Sudah hampir pukul 7 malam. Kena bersiap cepat.

Aku cepat-cepat membersihkan diri. Aku meneliti pakaian yang akan aku kenakan sebentar lagi.

Setelah selesai menunaikan kewajipan wajibku, aku menyarungkan dress hitam yang agak kembang dan dihiasi lace. Aku mengenakan mekap yang agak tebal di mukaku. Sekali-sekala tak apa kan?.

"Angah, Danish dah tunggu.." mummy menerjah masuk ke dalam bilikku. Aku menoleh ke arah mummy yang tercegat fi hadapan pintu bilikku. Beku ke apa ni?

"Mummy?"

"Ya allah, lawanya anak mummy ni. Kenapa lah baru sekarang nak lawa-lawa?" Aku tersenyum lebar mendengar pujian mummy. Aku berpusing di hadapan mummy umtuk menunjukkan penampilanku pada malam itu.

"Ouh, terlupa pula mummy. Tunang kamu, Danish dah tunggu dekat bawah tu. Cepat sikit." Aku mengangguk. Aku mencapai beg tanganku dan melangkah turun tangga dengan perasaan gementar.

"Mummy, daddy, angah pergi dulu. Bye. Assalamualaikum." Aku melangkah keluar pintu. Kasut tumit tinggiku aku capai dan sarungkan ke kaki. Aku lantas meluru ke arah Riel yang tercegat di hadapan pintu pagar. Ni pun beku juga ke macam mummy tadi?

"Sayang, buat apa lama-lama dekat luar tu? Jom, date." Giliran aku pula yang tercegat di tepi pagar. No way, along baru panggil Riel sayang?!

"Eii, sanalah. Aku nak keluar date dengan sayang aku ni. Sibuk jelah kau ni. Jom, sayang." Along memeluk lengan Riel.

"Kau nak apa lagi Zhira? Kita dah tak ada apa-apa hubungan kan? Kau dah kenapa nak menggedik dengan aku?" Riel menepis tangan along. Aku hanya terpaku memandang situasi dihadapan mataku.

"But, Riel." Along menikus melihat wajah Riel yang menyinga itu.

"Murah!-" ucap Riel sebelum dia menarikku menuju ke keretanya. Aku memandang ke arah along dengan pandangan sorry-tapi-dia-aku-punya.

"Sorry sebab kena tengok drama murah depan mata tadi." Riel meminta maaf kepadaku sambil memandu.

"Sekali-sekala layan drama pun best juga." Aku berseloroh.

"Nak tengok drama hari-hari pun hero ni tak kisah." Aku tersengih.

"Cuba lah buat kalau tak nak tengok heroin yang fake tu lebam sebelah mata, patah kaki dengan kekurangan organ nanti. Buatlah kalau berani." Dia tersenyum memandangku yang sedang membuat muka tidak puas hati.

"Teringin lah pula tengok real heroin ni ganas. Mesti comel kan?" Dia mengenyitkan matanya kepadaku. kemarahan yang membara tadi mulai reda.

"Diamlah." Aku cuba menutup rasa malu.

"Malu lah tu. Cewah, tengok sikit muka yang malu-malu tu?." Aku menutup mukaku sedikit.

"Dahlah, aku malulah. Kita nak pergi mana ni?" Aku bertanya dan menukar topik. Tak sanggup nak kena usik lagi.

"Kedalam hati kau. Chia chia chia."

"Macam budak-budaklah. Cepatlah bagitahu kita nak pergi mana ni?" Aku mencebik tanda tidak puas hati. Main-main pula dia nih. Babap karang.

"Kau duduk jelah diam-diam macam donald duck dekat sebelah aku ni." Aku memalingkan mukaku melihat ke arah lampu-lampu jalan.

"Boleh tak kalau aku.." aku menoleh kembali ke arahnya.

"Apa dia?"

"Aku tak nak kita panggil 'aku' 'kau' dah. Boleh?" Dia malu-malu melirik ke arahku.

"Habis, nak panggil apa? 'Sayang'? 'Baby'?" Aku buat rolling eyes.

"'Saya' 'awak' pun dah cukup. Ke kau nak lebih-lebih?" Aku cepat-cepat menggeleng. Saya awak tu pun dah cukup geli bagi aku.

"Okay, aku terima." Dia berdehem menyedarkan aku.

"Okay, saya terima."

"Terima apa? Terima saya sebagai suami awak yang sah?" Aku secara spontan mengangguk. Dan aku, memandang dia yang sedang tersenyum memandangku. Malunya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience