BAB 4

Romance Completed 43521

"Kau jangan dekat dah dekat budak baru tu. Aku tak suka. Aku nak beritahu kau yang dia tu bakal boyfriend aku. So, stay away boleh tak?" Aku ketawa mendengar kata- kata Nurin. Muka Nurin sudah berubah merah.

"Kau ni, nak buat lawak antarabangsa bukan dekat sini. Kau nak suruh aku berhenti dekat dengan 'budak baru' tu? Apa dia? Bakal boyfriend. Weh, belum tentu dia nak dekat kau la. Takpelah, sambunglah berangan-angan ye." Aku terus berlalu ke tempatku. Dan pada waktu itu, Riel melangkah masuk ke kelas sambil bersiul-siul kecil.

"Weh Riel, kau ni baru first day masuk pun dah hot. Sampai aku kena warning lagi, siap ada yang datang merisik kau jadi pakwe lagi." Berkerut dahi Riel.

"Merisik? Siapa yang gila sangat tu? Bukan merisik ni selalunya lelaki ke? Muka aku muka gayboy ke ape? Aku straight la weh" aku ketawa melihat mukanya yang beriya-iya terkejut sampai berkerut dahinya.

"Kau ni fikir aku aku tak tahu ke kau straight? Tak adalah, tadi ada minah datang cakap aku jangan dekat dengan kau sebab kau bakal boyfriend dia. Katanyalah." Kali ini, Riel pula yang ketawa. Sampai meleleh air matanya ketawa. Apa yang kelakar sangat ni?

"Dahlah tu gelak. Story sikitlah." Aku mendesak Riel. Dalam keadaan tercungap- cungap, dia membetulkan posisi badannya.

"Macam ni, kau tak nak teka berapa banyak yang ajak aku couple waktu aku ke tandas tadi?" Aku menggeleng. Malas nak teka, mestilah ramai kan?

"Ramai tau. Ada lebih kurang 15 orang aku kira. Tak pernah pun yang tiba- tiba ajak aku couple dalam perjalanan nak pergi membuang air. Kira rekod ni." Aku ketawa. Gadis- gadis sekolah ni pelik ke? Ye aku mengaku pelik. Ada kes dulu pasal perempuan sekolah sini. Sebab minat sangat dekat senior yang merupakan kapten pasukan ragbi gadis itu sanggup berkurung lama dalam tandas lelaki sebab nak bercakap dengan senior tersebut. Dengar cerita, gadis tersebut merupakan adik kepada kapten pemain bola sepak. Alamatnya, harulah sekolah akibat dua kapten ni bergaduh. Sejak dari peristiwa itu, virus pelik pun mula tersebar. Ok, merepek.

"Semua budak nak tahu nama kau lah Riel" Riel hanya membatukan diri.

"Riel, tolonglah. Ramai yang datang jumpa aku sebab nak tahu nama kau, nak suruh aku stay away dari kau. Aku takut nanti ada menyerang aku." Riel menghentak mejanya. Aku tergamam dan begitu juga satu kelas.

"Bagi sesiapa yang nak tahu nama aku, tolong jangan minta dekat Adriana. Dia ni bff aku, jadi kau orang jangan sentuh dia sebab aku akan pastikan sesiapa yanh sentuh Adriana akan merana sepanjang hidup." Rasa lega datang menyerbu hatiku. Betul ke dia ni Riel yang suka gelak-gelak tadi? Nampaknya masih banyak lagi yang aku tak tahu tentang dia.

"Riel, kau ok tak ni?" Aku memandang ke arah Riel.

"Aku ok. Aku nak pastikan bff aku selamat baru aku ok, kalau tak K.o la aku." Aku terharu mendengar kata- kata dari mulut merahnya itu.

"Riel, petang ni lepak jom. Kau free tak?" Riel menganguk setuju. Kemudian,bcikgu Nurlinda melangkah masuk. Pembelajaran mata pelajaran sains pun bermula.

"Baiklah, saya nak awak fahamkan bab 5 ni dan buat nota ringkas. Hantar pada saya minggu depan." Semua mengangguk faham dan cikgu Nurlinda pun berlalu. Tanpa berlengah, aku mula membuat nota sains seperti yang disuruh oleh cikgu.

"Rian, tak payahlah rajin sangat. " aku menoleh memandang Riel. Aku menjelirkan lidah dan menyambung notaku sebentar tadi.

"Tapi kenapa setiap kali cikgu suruh buat nota, kau akan buat terus? Kenapa? Aku usyar je dari tadi dan terfikir." Pen ditangan aku letakkan di tepi. Aku menghadap ke arah Riel.

"sebab aku ni tak ada banyak masa dekat rumah. Lagi satu, aku dengan Anies dah biasa. " Riel tergelak kecil.

"Kenapa?" Riel tersenyum sinis memamdangku.

"Anies buat ikhlas ke terpaksa?" Apa pula yang dia tanya ni?

"Ikhlas lah. Setiap kali cikgu suruh, kitaorang buat sama-sama. Tak merungut pun. " jawabku dengan yakin.

"Apa yang aku nampak, Anies tak ikhlas langsung. Nak tahu kenapa? Sebab dia duduk dengan Wati dekat sana, dia asyik borak saja dari waktu first cikgu Nirlinda masuk pun tak reti nak senyap. Tu yang kau kata ikhlas?" Aku terpempan. Aku memandang Anies yang sedang elok bergelak ketawa di bahagian belakang kelas. Mataku mula berkaca-kaca.

"Bencilah aku cakap dengan kau ni" aku memandang ke arah Riel semula. Mataku cepat-cepat aku lap pada hujung lengan baju sekolah.

"Aku tak pasti tujuan dia buat macam itu tapi aku pasti Anies memang tetap akan jadi sahabat aku." Riel hanya mengangguk redha.

Selepas berbunyinya loceng sekolah, Anies berlalu menuju ke tempat duduk Adriana.

"Weh Ad, harini aku tak turun dengan kau tau. Aku turun dengan Wati. Lagipun, aku balik dengan dia." Aku mengangguk dan tersenyum tawar. Pedih!

"Dahlah Rian jangan nak layan sangat kalau orang tu dah tak sudi. Yang depan mata kau ni sudi. Jom." Perli Riel. Aku bangun dan menuruti langkah Riel. Aku hanya senyap menuju ke luar kawasan sekolah.

"Rian, janganlah sedih ok?" Air mataku turun mencurah-curah. Aku memandnag ke arah Riel.

"Aku cuma nak buka mata kau, Rian. Persahabatan kau dengan Anies memang fake. Aku tahu sebab aku pun pernah lalui benda yang sama dan aku rasa betapa sakitnya kena tikam belakang dengan kawan yang kau rasa dia sayang kau, bela kau bila kau buat salah dan bersama saat susah dengan senang." Aku terdiam. Air mataku makin galak mengalir.

"Aku tahu dia fake Riel. Lama dah aku tahu. Tapi dari persahabatan yang fake tu aku kenal apa itu bahagia. Kau tak faham dan tak pernah akan faham." Kali ini, Riel pula terpempan. Riak mukanya seakan-akan tidak percaya.

"Aku tak pernah rasa dikasihi. Aku datang ke sekolah dan tiada siapa nak bersahabat dengan aku. Cuma dia seorang je, tapi dia fake. Aku terima sebab aku nak terima bahagia dan aku cukup pasti yang aku boleh handle duka. Aku dah lali sakit hati, membenci dan dibenci." Aku terus melangkah keluar dari sekolah dan berjalan kaki pulang ke rumah.

Kenapa Riel nak sibuk selamatkan aku dari persahabatan aku yang fake? Aku lagi tak faham kenapa dia nak aku jadi bff dia. Ke sebab haritu yang dia kata dia tak suka strangers.

Pin pin

Kedengaran hon kereta berdekatan denganku. Aku hanya mampu berdoa ianya bukanlah penculik. Perlahan-lahan aku menoleh....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience