BAB 12

Romance Completed 43521

Dan akhirnya kami tiba di restoran tepi laut. Pemandangannya betul-betul cantik.

"Jomlah masuk. Tunggu apa lagi?" Riel mengajakku masuk.

"Tunggu putera raja datang jemput."

"Tak payah dah nak tunggu. Dah sedia depan mata dah putera raja awak ni." Aku membuat gaya mahu muntah. Riel hanya tergelak kecil melihat perlakuanku itu.

"Encik dengan cik ni nak masuk ke tak? Sweet-sweet pula depan restoran ni. Fikir orang nak tengok sangat ke?" Pedas sungguh mulut penyambut tetamu lelaki restoran ni. Terasa deep sampai ke hati campur dengan marah sebab tak jaga mulut tu.

"Ye, kami nak masuk. Awak ni, jangan garang sangat. Nanti tak ada perempuan lekat. Kami masuk dulu lah, ye?" Riel dan aku terus berjalan masuk ke dalam restoran yang boleh dikatakan agak mewah tu.

"Encik Danish Ariel ke?" Riel mengangguk dan kami dibawa oleh pelayan tersebut ke tempat duduk kami.

"Terima kasih." Aku ucapkan kepada Riel yang telah menarikkan kerusi kepadaku. Riel mengangguk kecil.

Sebaik saja duduk, kami dihidangkan air oleh pelayan. Aku diberikan air jus tembikai kegemaranku dan Riel jus mangga kegemarannya.

"Saya nak makan spagetti carbonara." Riel menggeleng kecil. Dah kenapa pula tak boleh?. Aku berkerut memandangnya.

"Tak payah order. Saya dah tahu dah." Ujar Riel bangga. Eh eh eh dia ni, sekeh karang.

"Selamat malam, ini spagetti carbonara untuk cik dan spagetti oglio olio untuk encik. Selamat menjamu selera." Aku senyum kepada pelayan perempuan tersebut sebelum dia berlalu.

"Suka?" Aku melirik ke arah Riel yang sedang tersenyum memandangku. Aku mengangguk suka. Sweet kot, dah siap order. Lagi-lagi pula makanan yang kita nak makan, lagi sweet.

"Makanlah." Aku menyuapkan spagetti carbonara ke dalam mulutku. Wa tabik sama ini chef. Sedap yang amat.

"Rian, saya nak ucap terima kasih sangat sebab mewarnai hidup saya. Terima kasih sebab sudi jadi kawan, tunang, isteri, ibu kepada anak-anak saya dan nenek kepada cucu-cucu saya. Saya bersyukur sangat sebab kehadiran awak memberikan seribu satu makna yang mendalam. Terima kasih sekali lagi." Aku tersenyum memandang Riel dan dia juga memandang ke arahku.

"Awak pun, terima kasih. Sebab awak, hidup saya yang normal tu bertukar jadi huru-hara. Sebab awak juga, saya kenal apa itu erti persahabatan. Erti cinta, hidup dan keluarga yang sebenarnya. Saya harap, awak tak menyesal nak kahwin dengan saya." Aku menunduk malu.

"Pandanglah saya, Rian." Aku ragu-ragu sama ada mahu mengangkat muka atau tidak. Usah kau ragu- ragu sayang.

"Rian" aku mengemam bibirku.

"Rian" aku perlahan-lahan mengangkat kepalaku. Riel sedang berlutut betul-betul dihadapanku. Aku menekup mulutku kerana terkejut melihat posisinya.

"Rian, sudikah awak menjadi zaujah buat saya?" Aku mengangguk dengan air mata mengalir di pipi. Orang ramai disekeliling kami bersorak riang dan ramai mengucapkan tahniah kepada kami berdua.

"Tahniah bro."

"Sepadan sangatlah diaorang berdua ni"

"Lastlong for both of you."

"Lovebirds. So, sweet."

Tak kurang juga, ada yang membenci. Apalah boleh buat kan?

"Perempuan tu kahwin dengan lelaki tu sebab harta je."

"Tak lawa pun perempuannya."

"Tak setaraf pun sebenarnya. Geli aku tengok."

"Lelaki tu, so hot. Perempuan tu, gross. Datang dari negeri mana, eh silap, negara mana? Hahahaha"

Tapi aku dengan Riel? Tak kisah pun semua tu. Kalau yang mendoakan kebahagiaan kami, kami aminkan saja. Kalau yang mengata, mengutuk dan mengumpat aku dekat belakang ke, depan ke, aku maafkan sajalah. Nanti-nanti tu allah bayar cash jatuh tangga nanti. Jahat juga aku ni, tak eloklah macam tu.

"Cium, cium, cium" orang ramai bersorak. Aku memandang sekekliling, mak oi ramainya yang tengok. Kejap, cium?

"Ready?" Riel membuat gerak mulut. Aku menggeleng dan menjegilkan mataku. Riel datang semakin dekat. Aku cuba melangkah ke belakang tetapi nampak jelas, badanku tidak mahu memberikan kerjasama.

Riel semakin dekat dan dekat. Aku menutup mataku dan merancang strategi membuat mata dan badan Riel lebam-lebam kerana telah mencium aku nanti.

"Takkanlah saya nak cium bakal zaujah saya dekat khalayak ramai. Kalau dekat tempat tersorok pun saya tak akan cium dia selagi kami belum halal. Kami berdua ada maruah yang perlu dijaga. Dan buat pengetahuan tuan- tuan dan puan-puan saya akan menjauhi zina selagi mampu." Aku membuka mataku. Lega sekejap hatiku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Riel.

Sebaik saja Riel menoleh, aku melemparkan senyuman kepadanya dan dia membalasnya kembali. Aku membuat bentuk hati menggunakan tangan dan menunjukkan kepadanya. Riel tersenyum sebelum memberikanku flying kiss.

"Perampas!" Aku tersentak. Drama apa pula malam ni? Drama dekat Tv tak cukup ke sampai bawa masuk drama dalam life aku pula?

"Nurin?! Kau buat apa dekat sini?" Aku bertanya sebaik saja terlihat Nurin yang berdiri di hadapanku. Long time no see, sohabat.

"Buat apa? Cuba nak dapatkan balik bakal suami aku ni yang kau dah rampas." Orang sekeliling mula membuat bunyi nada terkejut. Impressive, serentak pula tu.

"Please, aku tak rampas dialah. Kau yang tiba-tiba datang serang kenapa? Terdesak sangat ke?" Nurin mula naik tangan. Dia menampar wajahku. Aku mula naik hantu. Aku rentap bajunya dan koyakkannya. Kini, hampir separuh badan Nurin terdedah. Nasib baik, dia pakai inner kalau tak memang banjir restoran ni dengan air liur lelaki.

"Kau memang buat aku hilang sabarlah, Adriana!" Dia mula menyerang aku secara ganas lagi. Kali ini, dia menarik rambutku dan menghentak kepalaku ke dinding. Riel tidak mampu menghalang kerana Nurin menolak Riel jatuh ke lantai dengan kuat.

Setiap kali Riel cuba membantuku, dia akan ditolak jauh oleh Nurin. Selalu pergi gym ke apa, kuat semacam je dia ni. Aku tidak menunnggu lama untuk menyerang balas. Aku menamparnya sehingga menyebabkan dia tertolak ke belakang sedikit. Aku bangun dan berlari mendapatkan Riel yang sedang berbaring di lantai akibat tolakan Nurin sebentar tadi.

"Adriana!" Aku cepat-cepat melarikan diri dan meluru ke arah kereta Riel. Riel menghidupkan keretanya dan kami pun berlalu pergi dari situ.

"Sorry sebab tak mampu lindungi awak." Aku tersenyum kecil memandangnya.

"Tak apa, saya kena biasa hidup berdikari. Tak semua manusia kekal disisi kita kan?" Riel mengangguk dan kami mula berbicara tentang perkara-perkara yang pelik. Kadangkala, perbualan kami diselang-selikan oleh lawak jenaka oleh Riel.

"Bye sweetheart. Jumpa nanti." Aku melambai ke arah Riel sebelum melangkah keluar dari keretanya. Aku menghantar Riel pulang melalui pandangan mataku. Nak tengok kesayangan balik pun terasa berat hati nak lepaskan.

"Baru balik ke?" Kedengaran suara sinis along 'menyapa'. Cubalah bagi salam ke, hi, hello, ssup ke? Ini ayat drama lagi.

"Tak adalah, baru nak panjat gunung Everest ni. Tak nampak?" Aku memerlinya.

Tanya lagi benda merepek dekat aku. Sendiri mahu hingatlah.

"Not funny okay?" Aku menunjukkan ketawa pura-puraku.

"Sekarang, dah lawak sebab angah dah gelak. So, bye. Nak tido. Penat melayan orang gila." Aku cepat-cepat melarikan diri dan masuk ke dalam bilikku.

Sebaik sampai ke bilikku, aku terus menukar pakaian, membasuh kaki dan muka. Next mission, tidur. Penatnya rasa nak menghadap drama-drama hidup ni.

"Angah!" Terkejut aku dibuatnya. Along main terjah-terjah pula dalam bilik aku ni. Tak boleh ke lepak macam adik tu, chill je.

"Nak apa? Orang nak tidur ni. Dah, keluar-keluar." Aku berbaring dan menyelimutkan diriku. Aku abaikan keberadaan along di dalam bilikku.

"Kau tak boleh tidur selagi aku belum dapat apa yang aku nak." Aku membuat nuka malas nak layan. Aku penat nak menghadap drama dia ni. Aku duduk di birai katil.

"Along nak apa? Nak kaki ke tangan? Ke nak angah campak along dalam lombong?" Aku membuat andaian merepekku.

"Along nak Riel. Kau pulangkan balik Riel dekat along." Aku membuat muka keliru.

"Dah kenapa? Bila masa angah pinjam Riel tu? Pelik betul along ni. Nak suruh angah ambilkan ubat tak?" Along menunjukkan muka bengisnya. Fikir Nur Adriana nak takut?

"Along kata pulangkan pulangkan jelah. Banyak pula tanya." Aku membuat muka derpku.

"Tiba-tiba minta orang pulangkan Riel. Riel tu milik angahlah, sedar sikit. Along sayang dia sebagai adik ipar along jelah nanti. Bye." Aku mengheret tubuh kakakku keluar dari bilikku.

"Tak payah tunjuk, aku tahulah mana pintu. Aku pun tak hadap nak jejak dalam bilik kau ni." Along melangkah keluar denganuka jeliknya.

"Angah pun tak ingin along ingat jalan nak ke bilik angah ni. Buat kotor lantai je. Pijak maruah diri ke tadi?" Mendengar hentakan pintu bilik along membuat aku ketawa.

"Terasa lah tu. " aku menyambung tawaku sebelum menuju ke katil dan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience