BAB 8

Romance Completed 43521

"Assalamualaikum" aku dan Riel memberi salam serentak. Pintu dibuka dan terjegul muka mummy di balik pintu.

"Dah balik dah? Ni kawan ke? Jemputlah masuk." Riel mengangguk. Kakinya melangkah masuk selepas aku. Aku membawa Riel menuju ke ruang tamu rumah.

"Duduklah. Nanti aunty suruh si Dana ni buatkan air." Aku melangkah naik ke tingkat atas untuk mandi sebentar.

Selesai membersihkan badan, aku turun ke dapur untuk menyiapkan makanan tengahhari dan air untuk dihidangkan.

Aku membawa air sirap bandung menuju ke ruang tamu. Aku berjalan lambat-lambat agar dulang yang aku bawa tidak terjatuh.

"Ha, ni aku ada bawakan air sirap bandung. Minumlah, Riel." Riel tersenyum memandangku. Aku menuangkan air ke dalam gelas dan menghulurkan kepadanya. Dia menyambut dan meneguk rakus.

"Mummy, yang lain mana?" Aku melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Riel.

"Dekat sana lagi. Urusan dekat sana tak selesai lagi." Aku mengangguk faham.

"Rumah macammana? Okay kan?" Aku mengangguk. Riel hanya memerhatikan aku.

"Bila semua nak balik sini?" Aku memerhatikan riak wajah mummy.

"Erm... tak lama pun. Lagi 5 tahun, diaorang baliklah." Aku memandang ke arah Riel mencari kekuatan.

"What? Another 5 years? Then how about me?" Aku luahkan perasaan tidak puas hatiku.

"Actually, mummy balik pun sebab nak uruskan hal kamu la ni. " mummy mula tidak senang duduk.

"Hal apa ?" Rasa tidak sedap hatiku mendorong pertanyaanku itu.

"Perkahwinan kamu dengan hal anak luar nikah tu. Kamu bukan anak luar nikah sebab kamu anak mummy dengan daddy. So, no worries anymore okay?"

"Perkahwinan? Dana tak ready nak kahwin. Siapa bakal suami Dana?" Aku membentak.

"Depan mata kamu ni apa? Boyfriend kan? Dari tak ada faedah bercinta yang terhapa-hapa tu, baik terus berkahwin. Senang sikit sebab ada yang nak jaga kamu, Dana. Danish ni pun, mummy tengok baik budaknya. Berkenan sungguh mummy dengan dia ni." Riel sudah tersenyum malu dipuji mummy.

"Hurm, daddy bagi ke Dana kahwin ni?" Aku menguji mummy. Kadang-kadang daddy ada juga menunjukkan keprihatinannya terhadap aku.

"Daddy yang suruh. Mummy laksanakan saja. Nanti, esok mummy pergi rumah Danish ye?" Riel mengangguk setuju. Gatal nya lahai kau ni Riel.

"Buat apa kena pergi rumah dia?" Aku bertanya blur.

"Bincangkan pasal kamu dengan dia la. Nak buat apa lagi?" Aku tersengih malu sendiri. Kan dah malukan diri sendiri.

"Aunty, Danish balik dulu ya? Assalamualaikum" Riel menyalami tangan mummy sebelum berlalu pulang.

"Tengok tu,baik je mummy tengok. Lagipun, dah ada hubungan kan? Apa salahnya." Aku menarik muka masam. Aku memanjat tangga menuju ke tingkat atas dan terus ke bilikku.

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I'll be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

Aku mencapai telefon iphone6 milikku hasil pemberian Riel dulu. Riel sememangnya prihatin terhadap aku.

"Hello, assalamualaikum." Aku menyapanya malas.

"Hurm, waalaikumussalam. Eh, Rian kau tak marah aku kan?"

"Erm, tengoklah dulu. Aku kalau rasa nak marah, aku marahlah. Kalau tak ada rasa nak marah tu, tak adanya aku marah." Kedengaran Riel bersorak di hujung talian.

"Kau gembira sangat ni kenapa?" Aku bertanya.

"Sebab sayang tak marah aku lah. Sukanya aku dekat sayang." Sayang?? Erkk

"Apa sedap-sedap panggil aku sayang ni? Belum kahwin lagi dah gatal. " aku mencebik. Tak nak atau nak? Nak ke tak nak kahwin dengan mamat ni?

"Nanti lepas kita kahwin kau kena panggil aku abang, aku panggil kau sayang tau. Tak sabarnya. Cepat-cepatlah kahwin tu. " ujar Riel teruja. Perasaan teruja mahu menjadi milik seseorang untuk dicintai dan disayangi. Bertambah teruja apabila dapat disatukan dengan orang yang memang dia sayang.

"Ikut feel lah kalau nak panggil ke tak. " aku menjawab malas. Malas memikirkan masa depan.

"Aku tak kira, sebagai suami kau kena ikut cakap aku nanti. Aku nanti paksa kau panggil aku 'abang'. Kalau tak, aku kendurikan kau tiga hari tiga malam. Amacam?" Meremang bulu roma aku dibuatnya. Kenduri kendara ya?

"Dahlah. Aku nak tidur. Bye. Kendurilah kau diam-diam dekat rumah kau. Pervert!" Pamggilan telefon aku tamatkan. Gelinya, Riel pervert malam-malam macam ni.

Aku baru mahu melelapkan mata dek kerana terlalu kepenatan. Solat asar? Lambat lagi. Aku setkan waktu solat asar di telefonku dan mula tidur petang.

Tritt Tritt Tritt Tritt

Perlahan-lahan aku mencapai telefon bimbitku. Alarm di telefon menunjukkan waktu asar sudah bermula. Aku bangun dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan memulakan solat asarku.

Selesai bersolat, aku menyidai kain telekungku dan membuka laptopku di atas katil. Youtube dibuka.

"Sedapnya suara dia ni. Untung betul siapa yang jadi isteri dia ni. Suara sedap. Tapi sayang, dia tak tunjukkan muka pula. Teringin nak tahu siapa dia. Mana tahu jumpa tengah-tengah jalan. Boleh minta autograph." Komen aku sambil menilik video yang memaparkan seorang lelaki sedang menyanyi sambil bermain piano.

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I'll be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

Dengan penuh kemalasan, aku pun menjawab panggilan telefonku.

"Hello, Sya." Suara Anies menjegah telingaku.

"Waalaikumussalam. Nak apa?" Aku menyindirnya.

"Eh, aku nak bagi amaran dekat kau. Kalau kau masih rapat dengan Riel, kau akan hidup dengan penuh kesengsaraan. Kau akan hidup umpama dalam nerakalah, Adriana. Kau ingat apa yang aku cakap ni elok-elok. Riel tu hanya untuk aku. Aku yang berhak!" Aku memutuskan panggilan. Gila apa, call aku sebab nak menjerit. Pergilah cari nombor telefon langsuir ke, cik ponti ke. Silap-silap berlawan-lawan koramg menjerit nanti.

"Hish, ni baru kawan. Macam mana kalau dah kahwin? Erm, pandai-pandai aku tanggung nanti. " aku terus ralit menonton kesemua videonya berulang kali.

"Apa nama dia ni?" Aku mencari namanya di setiap pelosok youtube channelnya. Setelah puas mencari, akhirnya aku terjumpa komen yang bertanyakan namanya. Namanya Dariel. Sedapnya nama.

"Nanti kita jumpa ya, Dariel. " aku terus berangan-angan mahu bertemu dengan Dariel yang cover nyanyiannya sudah mencecah 1 juta like dan 3 juta view. Tepuk tangan sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience