BAB 6

Romance Completed 43521

"Tapi..." aku cuba memberi alasan.

"Kenapa? Tak suka ke?" Aku menggeleng.

"Aku suka tapi parents aku tak suka aku datang sini." Riel membuat muka keliru. What?

"Tapi asal? Tempat makan je kot." Aku menggeleng laju.

"Ni, restoran family aku. Okay, kecuali aku punya. Ni mummy, daddy, adik, kakak aku punya. " aku menerangkan kepada Riel.

"eh? Kenapa bukan kau punya pula?" Aku perasan ada air jernih di tubir mataku.

"Sebab aku anak luar nikah." Aku menangis malu. Risau, andainya Riel tinggalkan aku disebabkan status aku.

"Macammana kau tahu kau anak luar nikah?" Aku memandang ke arah Riel. Air mataku aku kesat menggunakan tangan.

"Budak-budak dekat sekolah sibuk bercerita sini sana. Macam tulah, aku tahu." aku dengar Riel ketawa. Aku membuat muka pelik.

"Weh, kenapa kau gelak?" Aku memukul bahu Riel. Dia ni, aku tengah mood sedih kot tadi.

"Sebab kelakar." Dia menyambung kembali tawanya. mukaku bertukar merah kerana malu diketawakan oleh dia.

"Kelakar kenapa?" Aku memeluk tubuh. Sungguh, aku tak puas hati.

"Sebab kau pun tak pasti apa status diri kau. Kenapa dengar cakap orang, bukan family sendiri? Kau minta penjelasan dan buat ujian kalau kau tak pasti." Aku mengangguk faham.

"So, nak makan sini tak?" Aku menggeleng.

"Mcdonald jom. Craving burger pula." Aku mengusap perutku.

"Buncit." Ujar Riel sambil ketawa. Nasib baik dia sedang memandu. Kalau tak, memang aku terajang dia melayang keluar tingkap.

"Diamlah." Aku memalingkan muka tanda merajuk.

Sesampainya kami di MCD, Riel menyuruh (memaksa) aku duduk dahulu semasa dia membuat pesanan. Aku sebagai kawan yang baik lagi berdedikasi turutkan sajalah.

"Nah, aku tak tahu pun apa fav kau. So, aku beli yang typichal girl punya. Double chesse burger dengan miranda strawberry." Riel menatang sedulang penuh burger aku dan dia. Terasa terharu la pula. Sob sob.

"Thanks, Riel." Aku menanti dulang yang ditatangnya diletakkan untuk aku menerkam burger yang aku craving dah lama.

Riel meletakkan dulang dan aku mencapai burger milikku sepantas kelajuan cahaya.

"Kau lapar sangat ke do?" Aku mengangguk. Kalau tak lapar, aku tak adanya nak capai burger ni laju-laju kataku di dalam hati.

Aku menyambung makan dengan separa gelojoh. Terasa sedih pula nak tengok diri sendiri makan.

"Slow down, Rian. Tak lari mana pun burger kau tu." Aku hanya memandang Riel seperti tiada apa-apa.

"Kau palaukan aku? Balik sendiri lepas ni." Ugut Riel.

"Buruk gila do muka kau ugut aku." Dia masih meneruskan kunyahannya.

"Merajuk konon. Kaki ke tangan yang kau minta ni?" Dia masih mengabaikan aku.

"Hati batu." Riel memandang ke arahku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.

"Tak payah panggil aku hati batu. Aku benci benda tu. Faham?" Aku mengangguk faham. Serta-merta aku menikus dengan Riel.

"Eh, Riel. You buat apa dekat sini? Omg so called Jodoh." Nurin datang menghampiri Riel dan mahu memeluknya. Tangan Nurin cepat-cepat ditepis laju oleh Riel selaju flash.

"Eh, adab mana adab? Tiba-tiba nak peluk aku. Kejadah kau? " Riel menyembur Nurin dihadapannya. Padan muka kau, aku ucapkan dalam hati berserta bunga api kemenangan dalam imaginasiku.

"Hey, tak perlu nak marah-marah I. Chill lah babe, setakat peluk je kan? Tak buat apa-apa pun." Tangan Nurin menjalar ke bahu Riel pula kali ini.

"Weh, sumpah tak boleh do aku dengan kau ni. " Riel merungut tidak puas hati.

"I dah berjaya dapatkan cinta you kan?" Aku menggeleng dan sedaya upaya menahan tawa.

"Cinta? Dengan you? Geli lah! " Nurin membuat muka terkejut beruk. Bukan setakat beruk, gorilla, cimpanzi, orang utan semua ada.

"Mengaku sajalah, Riel. I boleh terima you seadanya." Aku dan Riel sama-sama memandang antara satu sama lain.

"Terima aku seadanya?" Nurin mengangguk.

"Maksud kau apa?" Aku mencelah. Dramanya lahai.

"Si Riel ni ada penyakit berbahaya kan? Dah nak mati kan?" Aku ketawa selepas terdengar kata-kata si Nurin ni. Sila masuk pertandingan lawak lepas ni.

"Kenapa korang gelak?" Nurin membuat muka tidak puas hati.

"Sebab benda tu drama la, Nurin." Aku tolong jawabkan.

"Just.. whatever okay? Yang penting, Riel I ni perlukan I untuk masa-masa terakhir dia sebelum dia mati." Nurin mengambil nafas sebentar dan menyambung.

"So, babe. You should take me as your girlfriend supaya masa-masa terakhir you jadi lebih indah, manis je nanti. " Tangan Nurin menjalar ke muka Riel pula. Namun cepat-cepat ditepis.

"Kau dah kenapa? Kata aku nak mati bagai ni. Kau tuhan ke nak tentukan hidup mati aku? Kau, sebagai girlfriend aku? Memang mati hidup balik pun aku tak akan jadikan kau girlfriend aku. Gedik macam sotong. Geli aku dibuatnya." Tangan aku ditarik oleh Riel untuk berlalu pergi setelah Riel menghabiskan ayatnya. Aku bernasib baik, aku sempat capai fries dengan air aku. Burger, aku dah makan waktu diaorang berdrama tadi.

Setelah kami tiba di tempat parkir kereta, dia melepaskan tanganku. Lock kereta dibuka dan Riel masuk ke dalam perut kereta tanpa berkata-kata.

"Eh, Riel kau okay tak?" Aku bertanya prihatin sebelum memakai tali pinggang kaledar. Dia mengangguk.

"Kenapa senyap? Lapar? Sedih?" Aku bertanya lagi. Dia hanya menggeleng. Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembuskan.

"Mamak jom. Hehehe, aku lapar lagi lah." Aku membuat muka comel.

"Fikir comel? Aku nak balik terus ni." Aku mencebik.

"Kau dah tarik aku jauh dari MCD tadi, lepastu bila aku lapar kau sisihkan. Apa kau ni, pisahkan aku dengan boyfriend aku?" Aku merungut tidak puas hati. Aku pun ada hati la.

"Tapi kau makan sorang, eh?" Aku mengangguk.

"Jom." Aku tersenyum gembira sambil bertepuk tangan.

Setelah tiba di mamak berdekatan dengan taman perumahan kami, Riel memakirkan keretanya.

Aku orang pertama yang keluar dari kereta kerana excited dapat makan lagi. Riel hanya menggelengkan kepalanya melihat karenah aku yang macam kanak-kanak terlebih gula.

"Kau nak makan apa?" Riel bertanya kepadaku. Aku tersenyum.

"Eh dia ni, aku tanya senyum pula. Gila ke?" Aku menggeleng.

"Mau minum apa?" Si tukang ambil order bertanya.

"Kasi kuey teow ladna dengan teh o' ais satu." Dia mengambil masa untuk mencatat di buku kecilnya. Setelah selesai, dia menunding jarinya ke arah Riel.

"Dia, bagi roti canai banjir dengan milo ais satu." aku tolong orderkan sebelum sempat di menghalau mamak itu. Setelah selesai mencatat, dia beredar.

"Kau ni, aku tak nak makanlah." Riel merungut.

"Lantak kau lah nak makan ke tak nak."

"Habis, yang kau order untuk aku tadi tu kenapa?" Aku senyum.

"Aku nak makan lebih lah. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience