BAB 14

Romance Completed 43521

Aku ragu-ragu mahu melangkah masuk ke dalam dewan sekolah untuk mengambil result SPMku. Takutnya, sampai menggeletar tulang lutut dibuatny.

"Sayang? Kenapa tak masuk lagi ni?" Aku menoleh ke arah Riel. Aku berdiam diri.

"Takut ke?" Soal Riel seolah-olah memahami.

"Haah, risaulah kalau tak dapat result yang best macam Along." Riel menepuk bahuku.

"Jangan risau. Kalau result tak best pun, kita still kahwin juga." Riel tersengih gatal.

"Nak cari kerja susah lah kalau result tak best." Ujarku lemah.

"Tak payah kerja. Jadi je isteri saya dan ibu kepada anak-anak saya. Cukuplah tu." Aku tersenyum sendiri. Pandai dia carikan aku kerja ye?

"Tak naklah, tak ada gaji."

"Alah, dapat Riel dengan kebahagiain tu tak cukup ke?" Ujarnya tidak berpuas hati.

"Mana cukup dapat Riel je?" Riel membuat muka geramnya. Woah, chill lah kesayanganku.

"Habistu nak siapa lagi?" Aku tersenyum. Seronok melihat mukanya menahan geram.

"Nak anak-anak kitalah." Riel yang menahan geram tadi ketawa kecil.

"Pandai awak kenakan saya ye?" Aku tersenyum bangga.

"Jomlah, Riel, Ad masuk ambil result." Tegur Alif dari jauh.

"Jomlah, tapi ni Rian ni takut pula nak masuk macam masuk rumah hantu pula." Aku mencubit lengan Riel. Pandai-pandai je buka aib aku.

"Tak ada apalah nak ditakutnya. Jom, masuk ambil result lepastu kita gi lepak sekejap. Amacam? Okay tak?" Aku mengangguk boleh. Bukannya selalu jumpa pun nanti.

"Kami semua melangkah masuk ke dalam dewan dan mengambil keputusan masing-masing.

"Weh, tahniah. Tak sangka orang yang paling kuat main-main dalam kelas pandai macamni." Aku memuji Alif.

"Kau dapat berapa A, Rian?" Aku menghulurkan resultku kepada Riel.

"Fuh, pandai gila bakal bini aku ni. Jelesnya aku." Aku tersenyum kecil. Percaya atau tak, aku dah berjaya dapatkan semua A. Tak sabar nak beritahu dekat family aku.

"Woah, wait. Bakal bini kau? Siapa? Adriana pendek depan ni ke?" Riel mengangguk dan aku menunduk.

"Tahniah bro! Jinak juga si Ad ni weh. Ingatkan nak kekal jadi singa betina je." Riel dan Alif berpelukan. Aku menahan marah terhadap Alif.

"Apa kau kata tadi? Singa betina? Aku sepak kau sampai paris sekajap lagi jangan tanya kenapa. Awak, tengok dia kata saya singa betina. Marahlah dia ni, awak." Aku mengadu manja kepada Riel. Riel tersenyum melihat gelagatku.

"Geli sia aku tengok. Nak sweet pergi sewa hotellah bengong. " aku menjelirkan lidah kepada Alif. Dengki cakap jela.

"Jomlah, kata tadi nak lepak-melepak kan?" Alif mengangguk.

"Pergi mana?" Masing-masing mengangkat bahu.

"Nanti dalam keretalah kita decide. Panas lah kat sini." Aku memberikan cadangan. Mereka semua bersetuju.

"Korang pergilah tunggu dekat kereta. Aku nak pergi tandas sekejap." Aku mengangguk mengizinkan. Kelibat Alif hilang dari pandangan.

"You all, nak pergi mana? I nak ikut boleh?" Nurin semak datang menyibuk sewaktu kitaorang nak naik kereta Riel.

"Bukan masalah kau." Aku masuk ke dalam kereta Riel tanpa menghiraukan kehadiran Nurin.

"Riel, I nak ikut boleh tak?" Nadanya berubah seperti kucing mahu mengawan.

"Tanya Rian." Senang je Riel menjawab.

"Mana alif ni? Lembab betul. Pergi tandas ke buat tandas?" Aku berkata geram. Orang nak lari cepat dari minah meroyan ni kau buat lambat-lambat pula. Siap lah kau alif, aku ketuk kepala kau nanti.

"Riel, bagilah I ikut. I naik eh?" Nurin sudah berdiri di tepi pintu penumpang. Dia cuba membuka pintu tapi tak berjaya.

"You, janganlah kunci. Bagilah I masuk. Please?" Aku membuat muka jelik. Perasaan aku sekarang ni, rasa macam dikerumuni sotong kurita. Geli!

"Hello? Ouh, okay. Kejap lagi aku sampai. Kau tunggu situ jangan gerak mana-mana." Riel meletakkan telefonnya dan memandu pergi meninggalkan Nurin perempuan gila tu.

"Riel, you nak pergi mana tu? Riel!" Laung Nurin sekuat mungkin memanggil Riel. Tapi sayangnya, Riel sikit pun tak memandang ke belakang. Aku punya gembira jangan tanyalah, sampai tahap langit ketujuh kot agaknya.

Sedang kereta mahu keluar pagar sekolah, Riel memberhentikan keretanya di pondok pengawal keselamatan.

"Weh, nasib baik kau sempat lepas dari minah gial tu. Seram sejuk do aku tengok dia tu." Alif yang tiba-tiba masuk kereta sambil membebel mengejutkan aku.

"Yang kau ni, tumpang tandas pak cik Osman ke? Bapak jauh kau punya tandas." Aku memarahi Alif. Alif membuat simbol 'V' kepadaku.

"Kau ni, aku pergi tandas sekejap je. Sekali nampak minah meroyan tu memang taklah aku nak risikokan hidup mati aku. Seram bakhang dia meroyan kat Riel aku tengok. Korang tak rasa apa-apa ke?" Aku ketawa kecil. Pandai juga Alif ni guna perkataan meroyan.

"Aku adalah rasa. Rasa nak sepak terajang je minah tu. Ada ke nak digodanya si Riel ni. Bakal hubby aku ni, weh." Ujarku bangga.

"Uyoo, dah mengaku weh. Proceed cepat sikit." Aku menutup mukaku kerana malu. Halamak Alif ni, buat aku malu je. Aku melirik ke arah Riel yang sedang memandu kereta, dia tengah senyumlah. Mana nak sorok muka ni?

"Tak payah nak malu-malu lah. Sejak bila kau jadi gedik ni?" Aku menjeling Alif.

"Sejak ada aku, dia dah jinak sikit." Celah Riel. Alif di tempat duduk belakang gelak macam orang gila.

"Kau ni, Alif. Aku suruh Riel turunkan kau dekat tepi jalan ni baru kau tahu. Menangis tak berlagu nanti." Aku mengugut Alif.

"Tolonglah, aku tahu Riel ni takkan buat macam tu punya. Konfirm." Aku menjongketkan keningku sebelah.

"Kenapa pula?" Aku bertanya kepada Alif.

"Sebab dia gay mate aku lah." Terus ketawa Alif meledak.

"Tak guna kau, Alif. Bila masa aku gay pun aku tak tahu. Kau yang gay tarik aku sekali, geli aku. Rian, nak Riel turunkan si Alif ni tepi jalan mana tadi?"

"Weh, tak payah do. Kejam lah korang dua ni. Dua-dua tak sayang member. Memang patut sangatlah korang berjodoh." Aku dan Riel ketawa melihat kekalutan Alif.

"Nasib baik kau kata kitaorang ni patut sangat berjodoh. Jom, kita lepak." Alif menunjukkan riak lega.

"Fuh, lega ceq. Nasib baik, hampa sayang ceq. Muah ciked, Riel." Riel membuat muka geli.

"Tolak kenapa, dulu waktu gay boleh je."

"Alif!-" aku dan Riel memarahi Alif. Senget betul Alif ni. Kalau tak ada dia ni, mahunya kelam dunia.

Kami lepak sekejap di SCM, setia alam. Diaorang kata best, tapi macam okay-okay je. Datang sekali memang excited, datanf selalu bosan. Akhirnya kami membuat keputusan untuk pulang.

"Weh, jemputlah datang nanti majlis kitaorang." Alif membuat simbol 'OK'.

"Nanti kau balik macammana? Nak aku hantar tak?" Tanya Riel prihatin.

"Tak payah mengada-ngada nak pujuk aku balik, Riel. Kita dah break pun jadi gay mate kan?" Riel membuat muka kau-blah-sana.

"Geli aku nak cakap dengan kau." Aku ketawa kecil melihat gelagat dua manusia depan mataku.

"Dah, I balik dulu. Muah cikedddddd. Bye Ad, jaga husband you elok-elok. Kalau tak, nanti I ngap. Bye, Riel." Ujar Alif dalam nada gediknya. Tangannya juga turut melambai-lambai lembut ke arah kami berdua.

"Dahlah, jom balik. Dah selesai lepak kan?" Aku mengangguk dan kami pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience