BAB 7

Romance Completed 43521

Setelah pesanan kami sampai, aku seperti biasa membaca doa makan dan makan. Riel di hadapanku juga makan.

"Eh, siapa bagi kau makan? Kata nak bagi aku makan sorang-sorang?" Aku memerlinya. Dia hanya tersengih sehingga menampakkan baris giginya yang cantik.

"Bagi aku makan eh? Aku lapar. Nurin tu yang paksa aku bawa kau lari sini." Dia membuat muka comel. Hodoh yang amat aku habaq. Tapi paling comel dalam hati aku.

"Makan jelah. Aku saja je, memang aku order untuk kau lah." Riel tersenyum lebar sebelum menyambung kembali proses menyuap makanan.

Aku pun tersenyum gembira melihat dia makan. Adakah ini cinta? Huhu. Tiba-tiba.

Setelah selesai makan, kami pulang ke rumah dan menjalankan rutin biasa di rumah sampai tertidur. Macammana aku tahu? aku cerita part aku, nanti part Riel, kau tanya dia sendiri.

Keesokkan paginya, aku sebagai pelajar yang berdedikasi bangun awal. Bangun awal sebab terpaksa. Riel awal-awal lagi dah call pukul 5 pagi suruh aku bangun. azan subuh pun tak dengar lagi time ni.

"Haish, Riel nak mengacau aku je. Sampai sekolah nanti, aku kick budak ni cukup-cukup." Aku merungut sambil menuju ke dapur.

Pintu peti ais dibuka. Aku capai susu kakakku dan setin tuna.

aku membuat sarapan dan menanti ketibaan Riel untuk menjemputku untuk ke sekolah nanti. Riel yang bertegas mahu aku pergi dengannya, walaupun aku nak berjalan kaki saja.

"Mana lah si Riel ni. Bangun bukan punya awal. Lembab nya dia ni." Aku duduk di hadapan pintu rumahku. Riel lambat tiba untuk menjemputku.

Aku melangkah keluar dan mengunci pintu utama rumahku. Aku nekad mahu berjalan kaki ke sekolah memandangkan Riel datang lambat. Aku tak nak lambat sebab dia.

"Eh, Adriana. Kau nak ke mana?" Anies menegurku apabila ternampak aku berjalab sendirian.

"Pergi memancing dekat laut. Ha, tak sabarnya nak jumpa pasir pantai." Aku bernada sarkastik. Typichal Malaysian.

"Ish kau ni, mana Riel?" Aku memandang ke arah Anies.

"Nama aku ni, berbintikan sama ke dengan bapak dia sampai semua benda aku kena tahu pasal dia?" Anies membuat muka menahan sabar. Sabar demi mendapatkan Riel.

"Kau nak tumpang? Kau kan tak mampu nak beli kereta semahal aku." Anies menukar corak permainannya.

"Tak payah, dia naik dengan aku. Kau? Boleh pergi balik dengan kereta murah kau." Suara.. Riel. Aku pusing belakang dan ternampak Riel bersama beg sekolahnya.

"Kau tumpangkan dia? Nampak sangat tak malu dia ni." Aku membuat muka jelik. Jeles? Cakap ajelah.

"Biarlah. Aku yang baik hati nak tumpangkan girl kesayangan aku ni. Kau, boleh pergi beritahu semua yang dia ni, Adriana ni girl aku. Okay? Jom Rian." Riel menarik tangan aku masuk ke dalam keretanya.

"Kau nak apa do? Kenapa mengaku aku ni girl kau?" Aku membentak Riel. Terkejut lelaki tu, aku buat.

"Dari kau kena hina macam tu , baik aku mengaku. Lagi baik, aku rasa" aku hanya bernafas lemah dan menerima. Benda tu dah jadi pun.

"Jom pergi sekolah." Dia mengangguk dan memulakan pemanduannya.

Kringgg

"Weh laju sikit do. Aku tak nak lambat masuk kelas." Aku berjalan pantas sambil menoleh ke belakang memandang Riel yang dah macam siput sedut berjalan.

"Hmmmm" Dia ni kan, aku hempuk juga karang.

"Okaylah, bye. Nanti dah masuk kelas, roger aku dekat sebelah." Aku pantas berlalu menuju ke kelas meninggalkan Riel yang jalan macam siput sedut. Riel mengangguk pasrah.

Tokk Tokk Tokk

Aku melangkah masuk. Kesemua pelajar perempuan memandang aku dengan pandangan benci atau menyampah. Aku buat tahu tak tahu saja dan terus duduk di tempatku.

"Eh, kau bagi Riel tu makan apa eh sampai dia mengaku kau ni girl dia?" Puteri orang pertama menghampiri aku. Aku mengeluarkan novel dan membacanya.

"Beraninya kau berkurang ajar dengan aku. Kau memang nak kena kan?" Puteri sudah mengangkat tangannya tinggi dan melayangkannya. Aku cuma pasrah dan menanti tamparannya di sebalik buku novelku.

"Kau nak tampar dia?" Aku tolehkan pandanganku ke arah Puteri. Puteri terkaku dan mataku dapat menangkap tangannya dipegang. Dipegang oleh Riel? Nasib baik berlapik.

"Aku ulang lagi sekali, kau nak tampar dia?" Nada suara Riel dinaikkan sedikit. Puteri mengangguk. Riak wajahnya berubah dari marah ke naif dan lemah. Lakonan sungguh kau, Puteri!

"Untuk apa?" Puteri terkelu sendiri. Tangannya dilepaskan oleh Riel.

"Untuk you, Riel." Terjongket sebelah kening Riel. Gila apa tiba-tiba cakap untuk aku?

"Ye, sebab entah perempuan anak luar nikah tu dah bagi you makan apa sampai tak boleh berenggang terus dengan dia. Ke dia sapu minyak pengasih dekat you, sebab tu you macam orang gila tergila-gilakan dia ni. " Anies tiba-tiba mencelah. Riel memandang ke arah Anies dan menghamburkan ketawanya. Aku menjeling tajam ke arah Riel tanda dia perlu berhenti ketawa sekarang.

"Dia? Bagi aku makan apa? Dia entah pandai masak ke tidak nak bagi aku makan apa benda kurafat semua tu. Minyak pengasih? Ya allah, korang ni buat aku gelak lah. Kalau aku terkena minyak pengasih dia, aku ikut semua kata dia tak tinggal satu pun. Baru sekejap tadi, aku melawan cakap dia. Tu ke kesan minyak pengasih?" Semua pelajar perempuan tergamam. Budak lelaki keluarkan gitar dan berjamming di belakang kelas.

"Girls, dengar sini okay? Aku, Riel tak pernah akan jatuh cinta dengan korang." Riel menjadi serius.

"Tapi kita boleh cuba. Bagi peluang tu." Anies mencelah.

"Korang semua sama. Typical girl yang ada belambak dekat mana-mana tempat. Jenis yang tergila-gilakan lelaki yang belum tentu korang dapat. Sanggup bergaduh sebab lelaki?. Aku tak nak bercinta dengan jeins macam tu."

"Habistu, apa istimewa sangat perempuan anak luar nikah tu?" Seorang gadis bertanya. Riel menguntumkan senyuman.

"Adriana. Dia pelik sikit sebab aku fikir dia seorang yang kuat menggedik berdasarkan namanya tapi tak. Dia pandai, pandai buat aku gelak, senyum dan buat jantung aku berdegup laju. Dia ni, jenis yang tabah dan kuat sebab family dia keluar pergi luar negara without dia tahu pun, dia berkeras nak duduk rumah dia dan tunggu family dia balik yang entah bila tu. Korang semua, fahamlah yang Adriana ni ciri-ciri kekasih yang aku nak buat isteri. I'm seriously madly in love with her." Luahan Riel menyebabkan aku ternganga. Riel betul-betul nak buat aku naik gila kot agaknya.

"Err, kenapa kau tak jijik dengan anak luar nikah tu?" Haih, masih perlu tanya ke?

"Tak. Aku pun tak tahu mana korang kutip cerita tong sampah ni, tapi kalau dia anak luar nikah pun apa salahnya? Dia akan tetap menjadi orang yang aku sayang." Aku menangis terharu sebab Riel yang aku sangka nak main-main je sepanjang masa rupanya sayang aku.

Sepanjang hari persekolahan, tiada lagi yang membakitkan isu aku dengan Riel even junior dan senior sebab Riel pesan awal-awal jangan menyibuk hal kitaorang berdua.

Kringgg

"Jom, aku hantarkan kau balik." Aku mengangguk. Malas aku nak bercakap sebab tengah haus sekarang ni.

"Kau marah ke?" Aku menggeleng.

"Habistu? Kau kenapa?" Aku menunjukkan isyarat air. Dia mengangguk dan hilang dari pandanganku. Aku berlalu menuju ke tempat perhentian bas dan menanti keetibaan Riel.

"Nah, ambillah. Aku tak sure pun kau suka apa." Dia menghulurkan aku setin air fanta strawberi. Aku mengangguk tanda terima kasih dan mula meneguk air tin yang diberikan Riel. Leganya rasa.

"Jom, lambat balik nanti lagi lambat kita sampai rumah. Berpeluh badan aku ni, jom!" Aku mengikut jejak langkahnya menuju ke keretanya.

Sepanjang perjalanan pulang, kami berdua senyap. Bukan sebab bergaduh atau kekok, tapi sebab masing-masing penat.

Di persimpangan menuju ke rumah aku, aku ternampak seakan-akan ada kereta mummy di garaj.

"Riel, mummy aku dah balik. Kau teman aku jumpa dia eh? Aku nak kenalkan kau dekat dia." Riel mengangguk setuju.

"Apa yang tak boleh kalau jumpa bakal mak mertua kan?" Riel berkata riang. Aku mencubit lengan yang agak sasanya.

"Sakitlah." Dia mencebik dan memakirkan keretanya elok- elok di hadapan rumahku.

"Gatal lagi, padan muka!" Aku keluar daripada kereta dan menuju ke rumahku. Tak sabar nak jumpa mummy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience