"Abang, sampai bila kita nak hidup macam ni?" Tak baik abang buat Arissa macam ni, berdosa besar". Suara Arissa kedengaran sedikit tegas walaupon dalam nada lembut dicorong telefon.
Kakak dan mama Arissa baru sahaja menghubungi Arissa bertanyakan hal rumahtangganya dengan Farid. Sudah lebih 2 tahun Farid meninggalkan Arissa gantung tidak bertali. Arissa merupakan anak kesayangan arwah bapanya dan menjadi kesayangan di dalam keluarganya. Tindakkan Farid terhadap Arissa benar-benar membuat keluarga Arissa berasa marah dan kesal. Sikap Arissa yang selalu membela Farid membuat keluarganya tidak dapat mengambil apa-apa tindakkan terhadap Farid.
"Dah lah, buat ape nak tunggu-tunggu si Farid lagi? pergi Mahkamah Syariah failkan tuntutan fasakh" terniang-niang suara keras kak Ira yang memang sangat tidak puas hati dengan perlakuan Farid terhadap Arissa.
" Abang, kalau memang abang dah tak sayang dan dah tak nak lagi pada Arissa, pergilah daftar cerai ke Mahkamah Syariah dan selesaikan semuanya dengan betul. Jangan gantung-gantung Arissa macam ni. Kak Ira dan mama ada call tadi, diaorang bising pasal kita "
senyap.. tiada respon dari Farid.
"Tapi kalau abg betul-betul dah berubah dan masih sayangkan Arissa dan anak-anak, abang balik lah. Arissa ikhlas dan sedia maafkan abang. Arissa sanggup kita mulakan hidup baru" sambung Arissa merendahkan diri.
Walau perit hatinya diperlakukan sebegitu kejam oleh suaminya, entah mengapa hatinya masih menginginkan suaminya berubah dan kembali seperti dulu. Mungkin ketakutan anak-anaknya akan merana akibat penceraian mengatasi segala keegoaan yang ada dalam dirinya.
Perasaan dan kepentingan anak-anaknya yang selalu difikirkan sehingga mengatasi kepentingan dirinya sendiri. Terbayang wajah comel dan manja anak-anaknya Riena dan Elyna kini yang sudah meningkat remaja 15 dan 13 tahun. Perasaanya kesal bila mengenangkan keputusan UPSR Elyna yang tidak sebegitu cemerlang seperti kakaknya Riena.
Elyna merupakan pelajar top 5 disekolahnya. Elyna lebih pintar dalam pelajaran berbanding kakaknya. Masaalah rumahtangganya benar-benar telah memberi kesan kepada anak-anak dan juga dirinya. Arissa tidak mampu memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap Elyna ketika anak bongsunya itu menghadapi tahun peperiksaan UPSR. Berbeza ketika Riena mengambil peperiksaan UPSR, dia telah meluangkan sekurang kurangnya 3 jam sehari untuk mengajar anaknya dirumah walaupun telah menghantar anaknya Riena ke tuesyen. Masih jelas diingatanya, dia dan Elyna akan sama-sama mengikut Farid menghantar dan mengambil Riena ke pusat tuesyen. Pada ketika itu keluarganya benar-benar bahagia.Hasilnya Riena memperolehi 5A 1B dalam UPSR dan menjadi antara pelajar cemerlang di sekolah.
Berbeza keadaanya ketika tahun Elyna menghadapi peperiksaan UPSR, masanya hanya terbuang dengan mengurungkan dirinya di dalam bilik dan membiarkan Elyna belajar sendirian dan beranggapan anaknya pintar dan mampu untuk belajar sendirian. Farid pula langsung tidak menghiraukan anaknya dan asyik dengan dunia percintaanya dengan Nora. Hasilnya anaknya hanya memperolehi 2A dan 4B. Kekesalan dan kesedihan dengan keputusan UPSR yang kurang cemerlang jelas tampak pada wajah anak bongsu comelnya ketika keputusan UPSR diumumkan di sekolah.
Setelah sekian lama senyap, akhirnya Farid merespon Arissa.
"Abang minta maaf, abang tak mungkin akan balik semula pada Arissa"
"Abang minta maaf.. "
"Abang dah buat keputusan, pilihan abang tetap hanya Nora"
"Nanti abang akan failkan semula tuntutan cerai kita di Mahkamah Syariah". respon Farid mendatar.
"Aku pon tak hingin nak balik kat kau, aku cuma kesian kat anak-anak kita tau tak" getus Arissa sendirian sehingga bergenang air matanya menahan kesakitan dihatinya.
Arissa merasa dirinya sangat bodoh dan hina. Bukan sekali dua dia pernah menanyakan Farid soalan yang sama dan bukan baru kali ini juga dia mendengar jawapan seperti ini dari Farid. Entah mengapa pada kali ini Arissa merasakan jawapan Farid itu seperti duri tajam yang menusuk hati Arissa yang membuat luka dhatinya kembali mengalirkan darah dan pedih.
"Baik, inilah kali terakhir aku akan offer kau balik pada aku dan anak-anak. Aku tak akan ulang lagi offer ini. Tak akan... Sampai bila-bila pun tak akan..." Arissa benar-benar nekad pada kali ini. Dia tidak mahu lagi terhegeh-hegeh pada Farid untuk kembali padanya dan anak-anaknya. "Tak mengapa sayang.. biar mama jer yang jadi mama dan papa Riena dan Elyna. Mama yakin, mama mampu... Allah ada je bersama-sama dengan kita". bisik Arissa sendirian sambil mengelap airmatanya dengan tuala mukanya.
Farid telah 4 kali mendaftarkan pencerainya dengan Arissa di Mahkamah Syariah. Setiap kali tiba tarikh tersebut dia tak sanggup menghadirkan diri ke mahkamah dan menangguhkan atau membatalkan pendaftaran penceraian tersebut. Setiap kali itulah dia akan bergaduh besar dengan Nora sehingga Nora tergamak mengeluarkan kata-kata kesat padanya. Untuk meninggalkan Nora dia benar-benar tidak mampu. Dia telah mencuba banyak kali untuk memutuskan hubunganya dengan Nora, tapi tidak berhasil. Malah Nora pernah menyerangnya di tempat kerja sewaktu dia membuat keputusan untuk memutuskan hubunganya dengan Nora. Tindakan berani Nora mengganggunya di tempat kerja benar-benar membuatnya kesal.
Isterinya Arissa sangat menghormati kerjayanya dan tidak pernah melakukan sedemikian terhadapnya.Nasib dia yang cepat sedar kehadiran Nora di tempat kerjanya berjaya menarik Nora keluar dan menghalangnya dari membuat kecoh. Dia tidak dapat membayangkan apa yang terjadi pada dirinya kalau tidak berjaya menghalang perlakuan Nora. Mungkin sahaja syarikatnya akan mengambil tindakan berat terhadapnya memandangkan dia merupakan pegawai khidmat pelanggan di sebuah insitusi kewangan terkenal di negara.
Nora sempat memberi amaran keras kepada Farid sekiranya Farid berani meninggalkannya dia akan membuat huru hara di pejabat Farid dan akan memalukan Farid di hadapan semua orang. Walaupun sebegitu buruk perlakuan Nora, sepertinya ada satu kuasa yang kuat yang membuat Farid tidak mampu meninggalkan Nora.
Ibunya sangat menyayangi Arissa, sikap Arissa yang sangat pemurah, penyayang dan baik hati telah menjadikan Arissa menantu kesayangan ibunya. Ibunya juga adalah antara punca utama mengapa penceraianya dengan Arissa selalu tidak dapat berlangsung.
Setiap kali tiba tarikh untuk menghadirkan diri ke Mahkamah ibunya akan diserang penyakit darah tinggi. Dia tidak mampu untuk menyorokkan tarikh perbicaraan penceraianya dengan Arissa kerana sekarang dia tinggal serumah dengan ibunya. Ibunya seolah-olah dapat menghidu segala aturanya. Sejak dia keluar rumah meninggalkan Arissa dan anak-anak, dia telah tinggal bersama ibunya. Rumah ibunya dan Arissa tidak begitu jauh lebih kurang 6 km sahaja. Ibunya juga tinggal bersendirian kerana adik-adiknya mempunyai keluarga dan rumah sendiri dan sebahagian bekerja di Kuala Lumpur.
Farid tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap pagi dan mengambil tahu tentang anak-anaknya. Tanggisan Pn Latifa hampir setiap hari kerana tindakanya terhadap Arissa membuat hatinya kesal akan tetapi sedikit pon tidak mengubah pendirianya. Walaupon Farid tahu tindakan nya adalah salah, tangan dan kakinya seolah-olah sudah terikat, dia tidak mampu untuk meninggalkan Nora. Ada seperti satu perasaan aneh di dalam dirinya terhadap Nora dan perasaan tu tidak ada pada Arissa. Perasaan yang sangat sukar dia mengertikan.
Ketika dia melakukan hubungan biologis bersama Nora, dia dapat merasakan satu kepuasan dan kenikmatan yang teramat sangat dan sukar untuk dingertikanya. Kenikmatan itu juga telah membuat dia ketagihan dan sukar meninggalkan Nora. Dia telah bersama Nora lebih 8 tahun dari semenjak dia dipindahkan ke kawasan pedalaman iaitu kampung Nora sehingga dia kembali dipindahkan ke bandar. Dia mengenali Nora ketika Nora berusia 22 tahun dan sehingga sekarang Nora sudah pun memasuki umur 30 tahun.
Dia banyak membantu dan menghabiskan wang ringgitnya ketika Nora belajar diploma kerana keluarga Nora tidak mampu menanggung kos belanja Nora ketika belajar. Mulanya niatnya hanya untuk suka-suka, berlagak dengan kawan-kawan sekerjanya yang berhidung belang yang dia mampu mempunyai awek muda remaja serta mempunyai isteri yang cantik menawan. Tapi akhirnya benda yang sia-sia ini telah memakan dirinya sendiri. Dia telah hanyut jauh dari landasan dan termakan dengan pujuk rayu Nora dan hasutan syaitan sehingga terlanjur dengan kemaksiatan yang tidak dapat dihentikankan.
Kelicikannya mampu menutup segala perbuatanya dari pengetahuan isterinya, Arissa. Sehinggalah pada satu malam ketika dia bermain badminton bersama rakan sekerjanya, Arissa tergerak hati untuk memeriksa kereta lama Gen2 miliknya. Kereta Gen2 tersebut merupakan kereta yang dibeli oleh Arissa untuk Farid 15 tahun yang lalu. Ketika itu Arissa tidak mempunyai lesen memandu manakala Farid tidak mempunyai pekerjaan. Arissa yang bakal melahirkan cahayamata pertamanya Riena mengambil keputusan membeli kereta tersebut untuk kegunaan mereka sekeluarga.
Malangnya kereta Gen2 yang bayaran bulananya dilunas oleh Arissa menjadi saksi utama kecurangan dan kemaksiatan Farid bersama Nora.
Setelah Farid menukar keretanya ke kereta baru, Farid membiarkan sahaja kereta Gen2 ini tersadai di porch rumah mereka. Hasil pemeriksaan kereta Gen2 tersebut, Arissa telah menjumpai beberapa keping gambar Nora dan beberapa helai resit hotel yang tertera nama Norahiza bt Hussein disitu. Bagaikan di panah petir, terkaku Arissa dengan apa yang baru dijumpanya. Tarikh pada resit-resit tersebut juga masih baru.
Sejak itu segala-galanya terbongkar. Pergaduhan yang tidak pernah berlaku selepas 8 tahun yang lalu kini berulang kembali. Melibatkan orang yang sama tapi situasi yang lebih tegang sehingga akhirnya Farid mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan meninggalkan Arissa dan anak-anaknya. Dia sendiri tak tahu kenapa dirinya tiba-tiba merasa benci untuk melihat wajah Arissa. Tinggal di dalam rumah juga membuat hatinya merasa panas dan tidak selesa. Ditambah lagi dengan pelbagai soalan yang diajukan oleh Arissa kepadanya. Semua ini membuatkan dia berasa rimas dan ingin keluar dari situ.
Airmata Arissa sudah tidak membawa apa-apa erti pada dirinya. Pujuk rayu Arissa benar-benar membuatnya rasa loya dan meluat. Dia sedikit pun tidak merasa bersalah dengan perlakuanya terhadap Arissa dan anak-anaknya. Dengan penuh bangga dia mengumumkan perasaan cinta dan sayangnya terhadap Nora dihadapan Arissa. Dia merasa rimas dan marah apabila Arissa menyentuhnya dan mengajaknya untuk berbicara.
Arissa benar-benar tidak menyangka suami yang selama ini romantis, pelembut,menatangnya seperti minyak yang penuh sekelip mata berubah menjadi seorang lelaki pembengis dan tidak berhati perut.
"Aku nak Nora dan nak kawin dengan Nora itu hak aku"
"Kau tak ada hak untuk menentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh aku buat"
" Eh Arissa, aku ni lelaki, semua keputusan atas diri aku sendiri. Aku mampu jer kalau aku nak kawin dua. Tapi aku hanya nak satu isteri jer.."
"Perasaan aku pada kau da tak ada.. Tak ada.."
"Aku cuma cinta dan sayangkan Nora seorang dan kau tak payah nak mengharap apa-apa lagi pada aku".
Bentak Farid pada Arissa sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu dan tak kembali lagi.
Kata-kata Farid itu cukup memedihkan hati Arissa dan sehingga ke hari ini Arissa tidak pernah melupakannya.
Sebelum Farid mengambil keputusan untuk keluar dari rumah, Farid sama sekali tidak membenarkan Arissa menyentuh dirinya. Seingat Arissa 2 minggu sebelumnya Farid telah memohon ampun dan maaf padanya dan berjanji akan berubah dan meninggalkan Nora. Setelah itu kelakuan Farid tiba-tiba berubah menjadi manusia pelik. Farid juga membahasakan dirinya aku kau dengan Arissa dan perkara begini tidak pernah dilakukan oleh Farid sebelum ini.
Nora tersenyum puas apabila Arissa telah menghidu hubunganya dengan Farid. Lagi menjadi kemenangan buatnya apabila Farid keluar dari rumah tersebut. Sepatutnya Farid menghalau Arissa keluar dari rumah itu agar dia dapat bersenang lenang tinggal disitu. Tetapi yang terjadi, Farid pula yang keluar rumah. Namun begitu dia tetap puas kerana Farid melakukan semua ni kerana dia. Nora tersenyum puas kerana segala usahanya dan modal yang telah dikeluarkan telah menunjukkan hasil.
Kini hubungan terlarangnya tak perlu di sorok-sorok lagi. Dia pasti Arissa akan menelifonya dan panggilan telefon dari Arissa akan dimanfaatkan sepenuh olehnya . Dia akan pastikan Arissa akan membenci Farid hingga ke mati. Segala strategi telah dipersiap sediakan.
Share this novel