"Ni ape benda ni?" Nora membaling kasar telefon Farid ke atas sofa.
"Eh apehal ni Nora?" Farid merenung tajam Nora.
" Kau jangan selalu kurang ajar sangat dengan aku ya Nora, aku ni suami kau tau. Ingat sikit" Farid berdiri sambil mencekakkan sebelah pinggangnya menghadap Nora.
"Kalau suami baik, takde lah isteri jadi kurang ajar". Nora membalas kata-kata Farid dengan pandangan sinis.
"Apa lagi yang tak kena ni Nora? Hari-hari ada jer benda nak cari pasal". Farid mengerutkan mukanya memandang Nora.
Farid benar-benar kesal, sejak hari pertama dia berkahwin dengan Nora sehingga kehari ini hampir setiap hari dia bertengkar dengan Nora. Ada sahaja isu dan perkara yang tidak menyenangkan hati Nora.
"Yang abang hari-hari mesej Arissa tu dah kenape? Yang sebok sangat nak tahu pasal janda tu apesal?" Nora meninggikan suaranya.
"Eh... aku dah kawin dengan kau kan? Tak puas? Apa lagi yang kau nak?" sindir Farid sinis.
" Tahu pon dah kahwin. Dah kahwin buat perangai macam orang dah berkahwin...tak payah nak menggatal menyebok nak ambil tahu hal perempuan lain".. bentak Nora kesal.
"Sukahati aku lah.. kau tak payah masuk campur. Arissa ibu pada anak-anak aku. Aku punya hal la nak sebok hal dia ke ape. Aku dah kawin dengan kau pon dah cukup bagus". bentak Farid marah. Walaupun dia tahu dia sudah berkahwin dengan Nora, tetapi dia tidak dapat menahan dirinya dari mengambil tahu hal yang berkaitan Arissa.
Nora ketawa kuat.
" Oh boleh pulak macam tu?.." Soal Nora sambil mengejek Farid.
"Sedarlah diri tu sikit, sekarang ni abang jer muka tembok yang terhegeh-hegeh kat janda tu, dia sikit pon tak pandang kat abang. Abang jer yang macam orang bodoh menyibuk hal dia. Si Janda tu mesti dah ada boyfriendlah... tu sebab dia malas nak layan abang. Pergi lah terkejar-kejar perempuan tu macam orang bodoh ..macam orang tak ada harga diri.. ..dah ludah pastu jilat balik..eeeee uweek.."" Nora sengaja menunjukkan reaksi hendak muntah untuk membakar hati Farid.
" Kau diam lah ... hari-hari memekak, bingit telinga aku". Farid mengambil telefon serta kunci keretanya dan terus keluar dari rumah. Pintu dihempas dengan kuat dan meninggalkan Nora keseorangan di dalam rumah. Nora dari tingkat atas pangsapuri hanya melihat Farid menaiki keretanya dan berlalu pergi.
"Setan sial punya jantan! Kau ngan family kau sume sama macam sial". Nora menjerit sekuat hati. Sakit hatinya dengan kelakuan Farid.
Nora mengetapkan bibirnya menahan marah.
"Kau, mak kau, adik-adik dengan anak-anak kau semua sama jer macam sial, korang suma layan aku macam sampah!" Nora mengalirkan air mata deras.
Impiannya untuk hidup bahagia bersama Farid setelah merampasnya dari Arissa rupa-rupanya mengundang malapetaka yang besar untuknya.
Harapanya untuk menjadi seperti Arissa dapat hidup mewah, menjadi menantu kesayangan, tinggal di rumah idaman, bercuti diluar negara, makan direstoran mewah satu pun tidak kesampaian. Malah hidupnya lebih malang setelah berkahwin dengan Farid.
Farid sudah tidak seperti dulu, kasih sayang Farid terhadapnya selama ini semakin hambar. Segala kemewahan yang dipamirkan Farid kepadanya selama ini juga telah lenyap sekelip mata dan ditambah lagi dengan layanan buruk dari keluarga mertuanya benar-benar membuat hatinya sangat sakit dan pedih.
Nora diperlakukan seperti orang asing di dalam keluarga Farid. Kesemua ahli keluarga Farid seperti telah berpakat memulaunya. Anak Farid sendiri, Elyna langsung tidak pernah menegur dan menghormatinya sebagai ibu tiri. Semua keluarga Farid termasuk Farid sendiri melayani karenah anak-anak Farid seperti puteri kayangan yang langsung tidak boleh ditegur. Nora merasakan dirinya seperti tidak wujud dan kewujudanya seperti tidak dialukan dalam keluarga Farid.
Farid sendiri selalu memperkecilkan dirinya didepan keluarganya dan akhirnya menjadikan dirinya sebagai bahan untuk ditertawakan oleh keluarga Farid sendiri. Baru kini dia tahu siapa diri Farid yang sebenar. Tidak seindah yang dibayangkan dan diharapkan.
Farid juga merupakan kelaki yang selalu memihak pada keluarganya. Farid sentissa memenangkan dan meyebelahi keluarganya dari setiap sudut. Setiap kali Nora mengutarakan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan keluarga Farid atau anak-anak Farid terhadap dirinya, pasti dirinya juga yang akan dipersalahkan.
Farid selalu mengatakan bahawa Nora berperangai tidak matang dan suka memperbesar- besarkan perkara yang kecil.
Setiap kali Arissa mengambil atau menghantar anak-anaknya ke rumah mertuanya pasti Farid dan keluarga mertuanya berdiri di depan pintu rumah dengan senyuman yang manis dan menegur Arissa dengan penuh kemesraan . Mereka akan masuk ke rumah apabila kereta Arissa benar-benar hilang dari penglihatan mereka.
"Kalau aku datang, tak ada seorang pun yang ambil peduli. Kurang ajar kau orang ni sume!" Bentak Nora dalam tanggisan.
" Kau ni betul-betul syaitan Arissa.. Syaitan..sangat...!!!... Walaupun aku dah singkirkan kau tapi bayang-bayang kau terusan mengganggu hidup aku.. SETAN !!!!" Jerit Nora geram.
"Kau dah salah ambik tempat, tempat yang kau ambik tu tak layak untuk kau... melainkan kalau kau boleh jadi lebih baik dari Kak Arissa.. bukan senang bergaul dalam keluarga ni... good luck..." Senyuman sinis Sara isteri Fendi benar-benar membuatnya rasa seperti ingin melempang muka Sara.
Setiap kali Farid mengajak Nora pergi kerumah keluarga mertuanya pasti akan berlaku pertengkaran diantara Farid dan Nora. Keengganan Nora untuk menziarahi ibu dan keluarga Farid menimbulkan kemarahan Farid pada Nora.
Nora juga selalu mengungkit tentang Farid yang jarang mahu balik kerumah kedua-ibubapanya dan lebih mementingkan keluarga Farid sendiri berbanding keluarganya.
Nora benar-benar benci apabila berada dirumah ibu atau adik beradik Farid kerana pasti dirinya akan terpinggir dan nama Arissa juga yang sentiasa disebut-sebut dan di puji-puji oleh mereka. Farid pula akan tersenyum manis apabila nama Arissa disebut-sebut oleh keluarganya.
" Ini makanan kegemaran Kak Arissa, nanti simpankan sikit dan suruh abang Farid hantar pada kak Arissa " atau pon "kalau kak Arissa ada ni mesti dia dah beli kueh, kek, sate, kfc, breakfast...beli itu.. beli ini...buat itu.. buat..ni....."
" Aku yang ada di depan kau orang ni ape? kayu? Tak pernah pun kau orang bungkuskan apa-apa barang atau makanan buat aku. Balik-balik Arissa juga yang disebut-sebut. Jadi bila Arissa takde sume jadi kebulur? selama ni Arissa ni ape? Supplier untuk korang mencekik ke ape? Bila dia dah takde konon-konon nak bagi hints kat aku nk suruh aku pulak jadi supplier ganti Arissa??? Memang tak lah.. Cantik muke korang sume.. nak mengena kan aku??? Boleh blah...tak kuasa aku nak melayan.... Bodoh!".. bentak Nora geram..
Share this novel