Bab 1

Romance Series 11111

Arissa mengambil surah Yassin, lama ditenung surah Yassin tersebut. Tiba-tiba setitik demi setitik air matanya jatuh menitis ke atas Surah Yassin tersebut.

"Mungkin ini lah balasan Allah kepadaku. Yang melebihkan cinta pada manusia dari Sang Pencipta Maha Agung. Ya Allah ampuni lah segala dosa-dosaku ini... Aku terima segala hukumanmu di atas kelalaian ku" semakin sebak dada Arissa menahan kekesalan yang terbuku dihatinya.

"Sedangkan pada Sang Pencipta dia tidak mampu taat, ini kan pula pada diriku?" getus hatinya sambil mengetap bibir menahan kepedihan dihati.

Semakin deras air matanya mengalir, tanggisan ini bukan kerana sedih dikhianati oleh seorang yang bergelar suami, tetapi kesal yang sangat mendalam kerana terlalu mencintai lelaki tersebut melebihi segala-galanya. Akhirnya segala cinta , pengorbanan dan kesetiaannya dibalas dengan kecurangan yang akhirnya menghancurkan mahligai yang dibina selama 17 tahun dalam sekelip mata.

Surah Yassin dibuka dan dibaca sambil linangan airmata. Hatinya amat kesal kerana selama ini dia telah alpa dengan segala nikmat Allah yang telah memberikan rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan cinta dalam rumahtangga yang begitu mengasyikkan dan akhirnya kebahagiaan itu telah lenyap dan hancur dalam sekelip mata.

Suami yang diagung-agungkan sebagai suami contoh, suami romantis, suami yang mengasyikan telah berpaling tadah pada perempuan yang 10 tahun jauh lebih muda dari dirinya.

Seperti dilanda Tsunami, hidup dan rumahtangganya yang penuh bahagia, aman dan damai selama 15 tahun hancur dan musnah dalam sekelip mata. Kuasa Allah siapa yang dapat menahannya?

Surah Yassin yang selesai dibaca dicium berkali-kali.

"Aku punya Allah, aku tidak perlu gusar dengan masa hadapanku dan anak-anaku. Allah pasti akan menjaga aku dan anak-anakku sebaik- baiknya" Arissa berkata sendirian dengan penuh semangat sambil membuka telekungnya.

Hatinya terasa tenang, segala beban perasaan yang menghimpit dadanya beransur hilang.

"Aku perlu redha, terima dan memaafkan. Segala yang ada didunia adalah pinjaman semata. Allah telah pinjamkan Farid selama 17 tahun padaku. Selama 15 tahun Farid telah menjadi suami yang sangat romantis, pemurah, penyayang dan mencintaiku dan anak-anak seperti menatang minyak yang penuh. "

"Aku perlu kuat demi anak-anakku. Aku yakin aku mampu. Allah sentiasa ada bersamaku".

Kini air mata mengalir lagi. Arissa ingin menjadi wanita yang kuat dan menerima segala ujian Allah sebagai takdir untuknya. Akan tetapi dia juga tidak dapat membendung segala kesedihan dan keperitan yang menyelubungi hatinya. Walaupun Farid telah keluar rumah lebih dari 2 tahun, kepedihan dan keperitan masih terasa walau pun rasanya tidak sehebat 2 tahun yang lalu.

Tiba-tiba perasaan Arissa merasa sayu. Bermacam perasaan bercampur baur. Arissa meyembamkan mukanya ke bantal agar tanggisan dan keperitannya tidak didengari oleh anak-anaknya. Arissa tidak mahu anak-anaknya melihat keperitan dan kesedihan yang ditanggungnya. Dia tak sanggup membuat anak-anaknya terluka dan terkesan dengan kemusnahan hubungannya dengan suaminya. Dihadapan anak-anaknya Arissa akan tersenyum dan ketawa riang, sepertinya tiada apa-apa yang berlaku antara dirinya dengan suaminya walaupun anak-anak sudah mengetahui kehancuran rumahtangga kedua ibubapanya.

Farid telah keluar dari rumah lebih dari 2 tahun. Namun hatinya amat berat untuk menceraikan Arissa. Rasa sayang dan cinta Farid masih ada untuk Arissa. Farid mengakui Arissa adalah seorang wanita sempurna, cantik, berpewatakkan menarik, berkulit putih dan mulus, mempunyai Ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan dan berkerjaya di sebuah syarikat terkenal di sekitar bandaraya. Tetapi hubungan skandalnya bersama Nora telah mengatasi segala-galanya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia sanggup meninggalkan Arissa dan anak-anaknya kerana Nora.

Niatnya hanya untuk saja-saja berseronok kini telah menjadi serius sehingga dia sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya yang tersayang kerana perempuan tersebut. Dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya sendiri. Dirinya seolah-olah dikuasai oleh sesuatu sehingga dia tidak mampu lagi menolak Nora keluar dari hidupnya dan membiarkan sahaja rumahtangganya yang selama ini bahagia hancur begitu sahaja.

Nora tidak pernah berhenti mendesak Farid untuk menceraikan Arissa. Dia mahu Farid menceraikan Arissa dan berkahwin dengannya. Ketelanjurannya bersama Farid juga menjadi salah satu penyebab dia mahu Farid menikahinya. Nora tidak pernah peduli akan perasaan Arissa atau anak-anak mereka. Pada Nora ' the best women win'. Dia sanggup menggunakan apa cara sekalipun, walaupun caranya haram disisi agama untuk mendapatkan Farid. Dia juga berasa sangat puas kerana berjaya merampas Farid dari Arissa.

"Kau fikir kau lawa dan hebat sangat?? puas hati aku rampas suami kau.. dan hancurkan hidup kau" getus Nora sendirian sambil tersenyum puas. Tetapi hatinya masih belum puas sepenuhnya selagi Farid tidak menceraikan Arissa. Nora sangat bencikan Arissa, pada mata Farid Arissa seorang isteri dan wanita sempurna. Farid yang selalu memuji-muji Arissa padanya membuatkan dia merasa sangat benci dan irihati pada Arissa. Walaupun dirinya yang menjadi punca utama kehancuran rumahtangga Arissa dan Farid, Arissa masih tetap bercakap dengannya mahupun Farid dengan nada dan cara yang baik. Arissa juga masih melayan Farid dengan baik, sepertinya Farid tidak melakukkan apa-apa kesalahan padanya.

Kebaikkan yang dimiliki Arissa yang membuatkan Nora bertambah benci padanya. Walaupun Arissa berumur awal 40-an, rupanyanya sangat cantik, menarik, bergaya dan sentiasa mengenakan pakaian-pakaian dan hijab yang berfesyen moden. Gayanya langsung tidak menggambarkan umurnya sudah menjangkau usia 40-an. Pasti orang akan menyangka Arissa berumur lewat 20-an atau awal 30-an. Raut wajah Arissa yang aslinya cantik, sempurna dan moden benar-benar kelihatan persis artis ditambah pula dengan kulitnya yang putih mulus tanpa jerawat, benar-benar membuat Nora berkobar-kobar untuk merampas Farid darinya.

Membandingkan dirinya dengan Arissa memang jauh ketinggalan. Meski pun dia jauh lebih muda dari Arissa, dia tidak mampu menandingi segala yang ada pada diri Arissa. Padanya wajarlah Arissa lebih menarik berbanding dirinya kerana Arissa memang berasal dari Kuala Lumpur dan dari keluarga yang senang, sedangkan dia budak kampung dan dari keluarga yang susah. Dia tidak dimanjakan dengan produk-produk kecantikan yang mahal, dia terpaksa membantu kedua orang tuanya berniaga di pasar malam untuk menampung kehidupanya sekeluarga.

Ketika Nora belajar diploma dahulu, Farid yang banyak berhabis duit memberikanya duit belanja. Dia pula dengan rela memberikan maruahnya sebagai balasan. Lelaki yang sebaya dengannya semua tidak mampu memberikan duit belanja seperti mana yang diberikan oleh Farid kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience