Nora merenung Farid dengan tenungan tajam. Kata-kata Farid tadi benar-benar buat hatinya sakit dan geram. Farid sedar Nora sedang marah padanya. Permintaan Nora padanya tidak berasas. Masakan dia perlu menghalau Arissa keluar dari rumahnya. Rumah yang Arissa duduki itu Perjanjian Jual Beli adalah atas namanya dan Arissa walaupon gajinya dipotong setiap bulan untuk membayar ansuran bulanan bank rumah tersebut.
Dia dan Arissa telah mengeluarkan wang KWSP untuk membayar 10% deposit rumah tersebut kerana pinjamanya hanya lulus 90%. Kalau diikutkan gajinya mana cukup 10% itu dibayarnya sendirian termasuk renovation, pemasangan dan barang-barang elektrik, perabot dan kelengkapan rumah semua. Semua kos dikongsi bersama Arissa dan booking fees RM5,000 untuk rumah tersebut dibayar sepenuhnya oleh Arissa. Mana mungkin dia tergamak menghalau Arissa dan darah dagingnya keluar dari rumah itu. Arissa juga masih lagi isterinya yang sah dan dia masih belum lagi menceraikan Arissa.
Dia membiarkan sahaja Nora menarik muncung panjang. Walau apa pun yang diperkatakan Nora tidak akan mengubah keputusanya. Arissa dan anak-anaknya boleh tinggal di situ selama mana mereka mahu dan selepas dia berkahwin dengan Nora, dia akan mencari rumah lain yang lebih murah dan mampu untuk dibayar.
"Habis tu lepas kita kawin nanti kita nak tinggal mana? Takkan kita nak menyewa pulak?" Nora terus membentak. Dia memang sudah lama mengidamkan rumah Farid yang diduduki Arissa sekarang.
"Lepas kawin nanti kita cari la rumah sewa dulu, pastu cari la rumah murah-murah untuk dibeli" jawab Farid selamba. Penat dia mengulang benda yang sama setiap kali pertikaian pasal rumah timbul antara dirinya dan Nora. Tidak mungkin la dia dapat membeli rumah yang mahal dengan umurnya yang sudah mencecah 45 tahun. Pasti tinggi bayaran bulanan jika jadual pembayaran dibuat dalam tempoh masa yang pendek. Bayaran untuk rumah yang duduki Arissa juga telah dipotong siap-siap oleh pihak bank dari gajinya.Gaji Nora yang bekerja sebagai kerani kilang bukanya banyak, untuk perbelanjaan diri Nora sendiri pon tidak lepas.
Nora mengetap bibirnya menahan marah. "Sial punya perempuan, pasal kau aku tak dapat rumah tu". Nora menyumpah Arissa di dalam hati "Nak tunggu kau berambus sampai mati rasanya kau tak akan keluar dari rumah tu. Apa aku nak tunjuk pada kawan-kawan aku?? dah lah kahwin orang tua pastu tinggal merempat? Bodoh lah!" getusnya geram.
"Kau tunggu je Arrisa, aku akan buat kau keluar dari rumah tu dengan sendirinya" Nora mengecilkan matanya menahan geram. Dendamnya sangat membara pada Arissa ketika ini.
Nora tidak dapat fokus pada kerjanya, dia ingin menelifon Arissa dan berbincang sendiri dengan Arissa perihal rumah yang Arissa duduki sekarang. Mungkin dia akan berjaya menghalau Arissa keluar dari rumah itu.
Arissa melihat telefonya, ada panggilan dari Nora.
"Ape perempuan ni nak call waktu-waktu kerja ni?" getus Arissa sendirian. Dia tidak suka waktu kerjanya diganggu dengan urusan peribadi. Dia tidak mahu percakapannya akan didengari oleh rakan-rakan pejabatnya yang lain. Tiada seorang pon yang tahu tentang pergelutan rumahtangga yang dihadapinya ini. Dia tidak suka hal peribadinya dicanang di tempat kerja.
"Walaikumsalam, ye ada ape Nora?"
"Sehat. yer budak-budak semua okay". Ada, Farid hari-hari ada tengok anak-anak dia".
"Sial punya Farid, kau nak tengok anak-anak dia ke mak dia" getus hati Nora geram.
"Abang Farid tak balik-balik rumah lagi ke akkak? kesian akkak ngan anak-anak. Nora selalu nasihatkan abang Farid balik rumah. Akkak masih lagi isteri dia, mana boleh dia buat akkak macam ni". Nora mula mencucuk jarum.
"Biar la dia, ikot suka dia nak buat apa pon. Asal dia bahagia sudah". Jawab Arissa acuh tak acuh. Malas dia nak melayan lagi-lagi diwaktu kerja macamni.
"Sial!" getus Nora dalam hati. Jarumnya tak masuk.
" Kalau Nora jadi akkak, Nora ajar abang Farid cukup-cukup. Nora lari rumah bawak anak-anak balik KL. Biarkan dia sorang-sorang kat sini". Sambung Nora sungguh-sungguh dengan harapan kali ini Arissa termakan dengan kata-katanya.
"Akak nk lari rumah??? hahaha..." Arissa ketawa gelihati.
"Takde masa akkak nak buat kerja bodoh macam tu la Nora, banyak lagi kerja lain akkak boleh buat. Akkak bukan bodoh nak tinggalkan kerja dan sekolah anak-anak untuk benda yang sia-sia" jawab Arissa seperti mengejek apa yang diperkatakan Nora tadi.
"Setan la kau" getus nora sendirian menahan geram. Sakit hatinya bila diejek-ejek begitu oleh Arissa.
"Akkak, abang Farid cakap rumah akkak duduk sekarang ni dia yang bayar bulan-bulan kat bank". Nora semakin berani.
Arissa terdiam. Kata-kata Nora kali ini telah membuat darahnya mendidih.
"Dah tu kenapa? Dah dia suami, memanglah tanggungjawab dia untuk bayar segala-galanya termasuk rumah dan ke hapa-hapa pon. Ape masalahya kat situ? Dan kau ni kenapa nak cakap pasal ini semua??" Arissa menjawab dengan kasar. Nasib dia telah keluar dari pejabatnya kalau tidak satu pejabat dengar perbualanya.
Nora kaget. Dia tahu Arissa sudah mulai marah padanya. Bila Arrisa sudah mula menggunakan perkataan kau aku tandanya temperature Arissa sudah naik.
"Okay la kak, bos Nora panggil Nora ni. Asalamualaikum". Nora cepat-cepat memutuskan talian belum sempat Arissa menjawab salamnya.
"Apehal dia ni nak suruh aku lari rumah?? Farid pon tak ada kat rumah, then apa motif aku nak lari dar rumah. Tak ke bingai?"
"Pastu cakap pasal Farid bayar duit rumah bulan-bulan kat bank, dah nama pon laki, takkan sampai rumah pon aku nak kena tanggung??" Arissa mengurut dadanya menahan geram.
"Kurang ajar betol budak ni! Si Farid ni pon satu lagi kurang ajar, kenapa perlu mengungkit-ungkit pasal bayar rumah? Kau nak halau aku dari rumah ke ape?". Getus hati Arissa geram.
Arrisa merasa dadanya meluap-luap dengan perbualan telefonnya dengan Nora sebentar tadi. Laju tanganya menghantar pesanan whatsapp kepada Farid.
"Salam abang,
Arissa nak tanya, abang nak suruh Arissa ngan anak-anak keluar dari rumah ke?"
Farid terkejut menerima pesanan whatsapp dari Arissa yang tiba-tiba seperti hendak menyerangnya.
"Eh, mana ada abang nak suruh Arissa ngan anak-anak keluar dari rumah. Rumah tu kan ada nama Arissa juga."
"Arissa dan anak-anak tinggallah kat rumah tu selama mana yang Arissa nak".
"Abang takpe la... nanti pandai-pandai lah abang cari rumah lain " balas Farid.
"Ceh ikhlas macam tak ikhlas" getus hati Arissa. Malas dia nak balas balik jawapan mesej Farid.
Share this novel