Seperti yang dinantikan telefonnya berdering.
"Asalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Nora?" Lunak kedengaran suara Arissa dicorong telefon namun begitu ada nada tegas pada suara tersebut. Sepertinya Arissa juga telah mempersiapkan diri untuk menyerang Nora.
"Walaikumusalam, yer Nora bercakap, ni kak Arissa kan?". Jawab Nora yang berpura-pura ramah, agar dapat melonggarkan ketegangan antara mereka.
"Yer saya"
" Nora, straight to the point yer, akkak ade beberapa perkara yang akak nak tanya pada Nora". sambung Arissa pantas.
"Sila la tanya kak". Jawab Nora lembut. Tetapi di dalam hatinya penuh sumpahan pada Arissa. "Ape kau
fikir aku kaunter pertanyaan ke?" getusnya di dalam hati.
"Nora, bukan ke 8 tahun yang lepas masa akkak telefon Nora, Nora cakap yang Nora hanya menjual insuran pada abang Farid dan Nora siap bersumpah pada akak yang Nora tidak ada apa-apa hubungan dengan abang Farid?".
Nora terkedu, walaupun perkara ini telah berlaku 8 tahun yang lalu ternyata Arissa masih lagi mengingatinya.
8 tahun yang lepas, Farid pernah menghantar mesej "Nora sayang, nanti jumpe abg kat tempat biase ke?" ke handphone Arissa.
Untuk menyelamatkan hubungan gelapnya dengan Farid, Nora telah menipu Arissa dan berpura-pura sebagai agen insuran dengan memberitahu Arissa bahawa dia hanya ingin menjual insurannya kepada Farid dan panggilan sayang Farid kepadanya hanyalah satu gurauan. Keterangan Nora ketika itu telah membuat Arissa percaya dan tidak lagi menghubunginya sehingga ke hari ini.
Dengan penuh berhati-hati Nora mulakan bicaranya. Dia tidak mahu usahanya ini gagal kerana telah lama dia menantikan peluang ini.
"Sebenarnya kak, ini semua rancangan abang Farid. Abang Farid yang paksa Nora menipu akkak dan berpura-pura kononya Nora agen insuran dan ingin menjual insuran pada abang Farid. Nora sebenarnya tak sampai hati nak tipu akkak tapi abang Farid yang paksa-paksa Nora cakap macam tu" Nora menjawab soalan Arissa dengan nada seperti perempuan polos.
Dalam hatinya ketawa riang. Dia masih teringat 8 tahun yang lepas. Setelah Arissa dapat menghidu ada sesuatu antara Nora dan Farid, Farid telah berkeras mahu meninggalkanya kerana bimbang akan melukakan hati isterinya Arissa. Nora tidak sama sekali membenarkan Farid meninggalkannya dan dia sendiri yang mengajar Farid cara menipu Arissa dan merancang segala-galanya.
Walaupun umurnya muda ketika itu, kesusahan yang dialaminya menjadikanya lebih dewasa. Dia tidak mahu hidup susah lagi dan berfikiran dengan bersandar pada Farid hidupnya akan jadi senang. Semua teman lelaki yang sebaya dengannya seperti tidak berguna, tidak berduit hanya ingin mengambil kesempatan mencerobohi tubuhnya.
Dengan Farid dia boleh mendapatkan wang dan kepuasan biologis. Dia tidak peduli akan umur Farid yang lebih tua belasan tahun darinya dan telah berkeluarga. Farid yang mempunyai ketinggian berukuran176cm, 'bersaiz sederhana, berkulit sawo matang dan mempunyai raut wajah yang manis dan tampan benar-benar sudah cukup sempurna buat dirinya. Permainan Farid juga amat mengasyikkan. Dia nekad tidak akan melepaskan Farid dan tidak peduli dengan cara halal atau haram.
"Nora dah tahu abg Farid dah berkhawin kan.. kenapa Nora masih lagi menggangu abang Farid? Bukan ke banyak jer lelaki bujang kat luar sana.. kenapa perlu ganggu suami orang?" Arissa melepaskan ape yang terbuku di hatinya.
Lamunan Nora terganggu dan tiba-tiba hatinya merasa menyirap. Dia sudah menggagak pasti soalan ini akan ditujukan kepadanya.
"Nora dah banyak kali minta abang Farid putus. Tapi abang Farid yang terus-terusan mengejar Nora sampai Nora dah tak boleh nak mengelak" jawab Nora dengan nada seperti orang yang menjadi mangsa.
Nora tersenyum puas. Dalam hatinya berkata-kata "Kau ingat kau boleh lari dari aku Farid??? Aku dah ikat kau... sampai mati kau akan terus-terusan mengejar aku"
Arissa merasa tersinggung dengan jawapan dari Nora. Selama ini Farid yang didepan matanya seorang suami yang sangat penyayang dan romantis rupa-rupanya bersendiwara dan mengejar-ngejar perempuan lain.
"Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi Nora, kalau Nora tak melayan tak mungkin semua ini terjadi. Nora pun perempuan macam akkak juga, cuba Nora bayangkan jika ada perempuan lain yang nak rampas ayah Nora dari ibu Nora, Nora bole terima tak?" Arissa yang tidak mahu kalah terusan menekan Nora.
" Eh main ayah-ayah aku pulak dah dia ni" getus Nora di dalam hati. Dia harus bertenang agar segala rancangannya berjaya.
"Nora ingat akkak dan abang Farid dah bercerai" jawab Nora selamba.
"Kenapa pula Nora ingat akkak dengan abang Farid dah bercerai?" Soal Arissa kaget.
"8 tahun lepas masa akkak bergaduh dengan abang Farid, Abang Farid cakap yang dia dengan akkak dah nak bercerai. Abang Farid siap tanya Nora lagi sanggup tak jaga anak-anak abang Farid. Abang Farid pun selalu jer menggelak bila Nora tanya pasal status dia. Jadi Nora ingat abang Farid dah single" Jawab Nora pura-pura tidak tahu.
" Nora, jangan la berlakon tak tahu, Fac dan Ig abang Farid penuh dengan pictures akak sekeluarga pergi bercuti, makan-makan, sambutan hari raya dan birthday bersama-sama. Ada ke macam orang yang bercerai-berai?" soal Arissa yang tidak percaya dengan jawapan yang diberikan oleh Nora tadi.
"Nora takde akaun FB atau Ig ni sume kak" jawab Nora menipu kerana dia tidak mahu terus membahaskan perkara ini lagi dan tidak suka diperendahkan oleh Arissa kerana sengaja merampas suami orang. Ternyata Arissa memang seorang yang bijak dan sukar ditangani seperti yang selalu diperkatakan oleh Farid tentang isterinya.
"Kalau aku tidak boleh tundukkan kau dengan cara kasar pasti aku akan lakukanya dengan cara halus" bisik hati Nora dengan senyum sinis.
Sememangnya dia sentiasa melihat FB Farid. Sakit hatinya melihat Farid membawa anak bininya pergi bercuti di Bangok, Krabi, Bali, Jakarta, Bandung, Vietnam dan macam-macam tempat dalam Malaysia. Sedangkan dia? Hanya terkurung didalam bilik hotel dan melayan nafsu serakah Farid. Bila jam 6.00 petang, Farid mulai cemas dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah dan kembali ke dalam pelukan isterinya dan berpura-pura seperti suami mithali. Dan dia? diperlakukan tak ubah seperti pelacur oleh Farid. Nora mengetap bibirnya menahan amarah.
"Akkak rasa pelik sangat, bila masa Nora dan Farid check-in hotel? Farid setiap malam ada je kat rumah tak pergi ke mana-mana" soal Arissa ingin tahu.
"Abang Farid selalu ponteng kerja atau ambil Emergancy Leave, Nora pon sama juga". Jawab Nora selamba.
"Ha???" terperanjat Arissa mendengar jawapan Nora. "ponteng kerja?" ape dah jadi dengan Farid ni, Arissa berasa cemas takut-takut Farid mungkin akan dibuang kerja disebabkan berkelakuan seperti ini.
"Berapa kerap you all check in hotel?" Arissa meneruskan soalan.
"Setiap minggu. semua hotel dekat bandar ni kitaorang dah pernah check-in" jawab Nora dengan penuh bangga.
Arissa merasa pelik dengan sikap Nora yang begitu bangga dengan kemaksiatan yang dia lakukan.
"Kesian budak ni, sebab kau nak duduk hotel sampai sanggup bergadai maruah " bisiknya di dalam hati.
Ini soalan yang sangat privacy, tapi Arissa benar-benar ingin tahu.
"Boleh tak akkak nak tahu, setiap kali check-in berapa round korang main?" tanya Arissa gugup. Dia sendiri berasa malu dengan soalan yang ingin dia tanya. Tetapi dia benar-benar ingin tahu.
" Biasanya dalam 3-4 round. Abang Farid ni dalam kepala dia asyik nak benda tu aje" jawab Nora dengan ketawa miangnya dan penuh bangga.
Jawapan Nora kali ini benar-benar telah mengguris hati kewanitaanya. selama ini dia berfikiran Farid tidak berkemampuan seperti itu, rupa-rupanya Farid telah kenyang makan di luar. Sekarang baru dia benar-benar mengerti siapa Farid sebenarnya. Bukanlah lelaki budiman seperti yang dia kenali tetapi lebih kepada syaitan bertopeng manusia.
Share this novel