bab 12

Romance Series 11111

"Arissa, kau terima ke offer kerja kat TH Group?" soal Zarina sambil menyuap nasi goreng pattayanya yang baru dihantar oleh pelayan restoran tadi.

"Aah terima. Penatlah aku kerja kat sini, hari-hari balik lewat". Jawab Arissa sambil termenung jauh.

Arissa tidak pasti keputusan yang diambilnya untuk berpindah ke syarikat lain adalah keputusan yang tepat atau pun tidak. Semenjak keadaan ekonomi merundum, syarikatnya telah membuat pembekuan pengambilan pekerja baru. Dia terpaksa menanggung beban kerja 3 orang rakan perjabatnya yang telah berhenti kerja.

Akibatnya setiap hari Arissa terpaksa pulang kerja lewat dan anak-anaknya terpaksa menunggunya sehingga jam 9-10 malam untuk dibawa pulang ke rumah.

Nasib baik anak-anaknya dijaga oleh bekas ibu mertuanya. Namun begitu ada masanya Pn. Latifa tidak masak dan ketiga-tiganya terpaksa menahan lapar sementara menunggu Arissa membawa balik makanan untuk makan malam.

Pn Latifa dan anak-anaknya sudah jelak dengan makanan segera yang selalu dipesan oleh Arissa dan sering meminta Arissa membeli makanan di restoran Thai kegemaran mereka di mana restoran tersebut tidak mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan.

Farid? Farid sepertinya sudah tidak wujud. Semenjak berkahwin, Farid benar-benar melepaskan segala tanggungjawabnya kepada Arissa. Farid langsung tidak memperdulikan makan minum anak-anaknya mahupun ibunya sendiri.

Segala duit belanja sekolah atau perbelanjaan keperluan anak-anaknya ditanggung sepenuhnya oleh Arissa. Arissa kesal dengan sikap Farid yang yang sepertinya langsung tidak bertanggungjawab setelah berkahwin.

Arissa dibawa ke ruangan bilik mesyuarat oleh Anita . Di ruangan tersebut Dato Tengku Hisham dan Datin Zulaika, pemilik TH Group telah menunggunya.

Dato Tengku Hisham dan Datin Zulaika menyambut kehadiran Arissa dengan senyuman dan mempersilakan Arissa duduk disisi sebelah kiri Datin Zulaika.

Arissa memerhatikan boss barunya Datuk Tengku Hisham yang umurnya dalam lingkungan awal 60-an berkulit putih merah kemerahan, masih segak dengan mengenakan kemeja lengan panjang bewarna biru muda dan Isterinya Datin Zulaika yang juga sepertinya berumur awal 60an masih cantik dan bergaya mengenakan blouse yang sama warna dengan suaminya, skirt labuh A shape bewarna hitam dan Instant Shawl Bokitta yang bewarna biru gelap putih serta handbagnya yang bewarna blue Sapphire berjenama Hermas benar-benar menyerlahkan dirinya sebagai wanita koprat yang berwibawa.

" Okay Arissa, seperti yang telah saya maklumkan semasa interview tempohari, branch kita kat sini baru beroperasi 6 bulan and our HQ located at Jln Tun Razak, KL"

"Me and Dato will be based in HQ Office KL and Tengku Harith will manage our branch here" Jelas Datin Zulaika kepada Arissa.

"HR, Admin, Accounts semua control by our HQ in KL dan dekat sini cuma ada you as our Marketing Manager, Sales Team, Project Team and ada seorang admin Anita". Sambung Datin Zulaika pada Arissa.

Arissa hanya menggangguk faham.

"Where is Harith?" Soal Datin Zulaika pada Dato Tengku Hisham.

Dato Tengku Hisham hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya kepada Datin Zulaika.

"Hurmm tak apelah, nanti bila-bila masa kan kenal jugak" jawab Dato Tengku Hisham mendatar.

"Anyway Arissa, Datin is a our Sales and Markerting Vice President, even though we are based in KL you are report directly to Datin. Sambung Dato Tengku Hisham.

Tengku Harith handles land and project matters. All projects details you boleh dapat dari Anita or project team and also can refer to Tengku Harith" . Sambung Dato Tengku Hisham.

"Currently cuma you seorang sahaja Marketing staff I kat sini, anyway if you need any assistace you may ask Anita or Salwa our Sales Coordinator to assist you.

"Sekarang I just nak you prepare Marketing proposal dulu after that baru I akan tengok berapa manpower yang perlu. Sebab project ni baru nak start, I rasa tak perlu banyak manpower at this moment." sambung Datin Zulaika. Arissa mengganguk faham.

"Arissa, Sabtu depan aku ada meeting kat JB, kalau sempat lepas habis meeting aku singgah jumpa kau kejap kita g ngopi . Jum.. lama x jumpa"

Terperanjat Arissa tiba-tiba menerima pesanan whatsapp dari Shazwan

" Pergi minum kopi je pun apa salahnya" bisik hati Arissa sendirian walaupun hatinya merasa cuak dengan perlawaan Shazwan.

"Okay boleh, nanti dah sampai roger lah" balas Arissa.

Shazwan tersenyum lebar, hatinya terasa berbunga-bunga.

"Thanks Arissa, see you on Saturday" balas Shazwan.

"Halimaton, aku nak kau siapkan barang-barang dalam list ni" . Shazwan menyerahkan satu senarai kepada Halimaton.

"Sabtu ni sebelum jam 9 pagi, makesure kau letak kesemuanya atas meja aku" Sambung Shazwan dengan mata yang bercahaya.

" Lunch nanti order pizza ngan dessert untuk semua staff kat office, suruh Alice sediakan petty cash". Sambung Shazwan lagi sambil tersenyum dan terus keluar dari pejabatnya.

"Baik Dato". Jawab Halimaton sambil mengerutkan dahinya. Dari minggu lepas dia perasan mood bossnya baik. Takde bunyi tepekik telolong macam selalu.

Halimaton melihat senarai barang yang diberikan oleh Shazwan yang perlu disediakannya untuk hari Sabtu nanti.

1. 1 Full set - SS Veteran Care & Supplement
2. 3 Full sets - SS Cosmetic
3. 2 Full sets - SS Kids Supplement
4. 1 Bouquet of 100pcs red roses
5. 1 Chocolate bouquet basket
6. 1 YSL Perfume set for her
7. 2 boxes Macadamia Nuts Brownies.( L Size)

Halimaton mengeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa kecil.

"Nampaknya boss aku betul-betul serius nak memancing kali ni." bisiknya sendirian.

Halimaton menadah tanganya.
"Ya Allah kau tolong lah bagi pancingan boss aku mengena kali ni kerana aku dah tak larat nak uruskan pencarian jodoh untuk dia dan dah tak larat nak dengar maki hamun dia ..Aminnn"

"kalaulah tak mengena pancingan bossnya kali ini mau ade terbakar office ni nanti" bisik Halimaton sendirian sambil mengurut dadanya.

Arissa melihat ada satu susuk lelaki yang berbadan sasa, rupa paras yang tampan dan sempurna serta berketerampilan menarik masuk ke pejabatnya. Bau harum perfume jenama mahal yang yang digunakan lelaki tersebut kuat semerbak sehingga dapat dihidu oleh semua yang berada di dalam pejabat.

Lelaki itu tidak mengendahkan sesiapa yang berada di dalam pejabat termasuk dirinya. Dengan angkuh lelaki tersebut masuk ke dalam satu bilik yang tertera nama Tengku Harith diluarnya.

Arissa memandang Anita. Anita hanya mengangkat sebelah keningnya dan menggangguk. Mungkin ini lah Tengku Harith yang disebut oleh Datuk Tengku Hisham, Datin Zulaika dan juga Anita.

Beria sungguh Anita mengumpat tentang Tengku Harith kepadanya semalam. Setelah dia melihat dengan matanya sendiri memang layak lelaki yang berada di dalam bilik tersebut dijadikan umpatan.

Arissa meneruskan kerjanya menyiapkan Marketing proposal seperti yang dikehendaki oleh Datin. Dia tidak mahu ambil kisah tentang Tengku Harith kerana kerjanya tiada bersangkutan dengan lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience