"Arissa dah sampai mana tu?"
"Arissa drive baik-baik, jangan drive laju-laju sekarang ni musim hujan"
" Ingat, jangan drive lebih 110km"
" Kalau penat atau mengantuk, stop kat R&R dulu. Pastikan pintu kereta berkunci"
8 missed called
"Kenapa tak reply, call pon tak angkat?"
"Angkat call pon tak boleh ke?"
" Dah sampai mana ni?"
Arissa melihat pesanan whatsapp yang masuk ketelifonya. Ini pesanan entah yang keberapa yang diterima oleh Arissa dari Farid. Dari mula dia keluar rumah sehingga kini setelah hampir 2 jam setengah pemanduanya ke Kuala Lumpur Farid tidak henti-henti menghantar pesanan whatsapp dan panggilan telefon kepadanya.
"Ya Allah... apa yang kau sebok sangat dari tadi ni Farid" getus hati Arissa geram.
"Kau pergi fokus perkahwinan kau besok sudah lah". Arissa mula menyirap.
Arissa memang tidak suka membalas pesanan atau mengangkat panggilan telefon ketika memandu kecuali jika ianya benar-benar penting dan perlu kerana perbuatan tersebut padanya sangat berbahaya.
Arissa hanya membiarkan sahaja pesanan whatsapp atau panggilan Farid masuk tanpa membalas atau mengangkatnya.
Arissa tidak pernah memandu ke KL atau tempat yang jauh bersendirian. Kebiasaanya Arissa akan ditemani oleh anak-anaknya. Ini kali pertama Arissa memandu sendirian pulang ke KL.
Farid gelisah. Pandangannya hanya tertumpu pada handphonenya. Dia membelek-belek akaun whatsappnya sekiranya ada balasan dari Arissa.
"Satu mesej pon dia tak balas". bebel Farid sendirian.
Entah kenapa Farid merasakan hatinya benar-benar gelisah. Sekiranya Arissa masih lagi isterinya pasti sekarang dia telah mengambil kunci kereta dan mencari keberadaan Arissa.
Laju jari Farid mendail nombor telefon Arissa.
Tiada jawapan.
Farid mengetap bibirnya menahan geram. Ini satu perangai Arissa yang sejak dari dulu tidak disukai Farid. Arissa memang selalu sengaja membiarkan pesanan-pesanan yg dihantar kepadanya dan panggilan darinya tidak berjawab. Sudah beratus kali rasanya dia telah menegur malah memarahi Arissa untuk perkara yang sama, tetapi sepertinya Arissa tetap sama dan sedikit pun tidak mengendahkannya. Alasan yang selalu diberi oleh Arissa, sibuk, tak perasan dan tak sempat balas.
Farid terus-terusan menghantar pesanan whatsapp kepada Arissa. Dia tidak dapat menahan hatinya dari untuk tahu keberadaan Arissa. Arissa tidak pernah dibiarkan memandu atau keluar bersendirian ke destinasi yang jauh. Segala pergerakkan Arissa memang dipantau ketat oleh Farid, meskipun pada ketika dia telah keluar rumah meninggalkan Arissa, dia tetap mengawasi pergerakkan Arissa. Ini pertama kali Arissa memandu dan bergerak bebas sendirian ke KL.
Bermacam-macam perkara bermain difikiran Farid.
"Apasal susah sangat nak balas atau angkat telefon ni Arissa, apa kau tak berhenti isi minyak atau beli minuman ke". getus Farid kesal.
" Kau ni pergi balik jumpa family ke atau pergi jumpa jantan ni sampai telefon pun tak boleh nak jawab" getus Farid sendirian yang mulai berasa marah pada Arissa.
"Kau ni Farid, macam tak reti bahasa kan... kalau aku tak jawab tu maknanya mestilah aku sedang memandu. Tak payahlah terusan hantar pesanan atau call" getus Arissa geram.
Tiba-tiba Arissa melihat ada panggilan video dari Elyna masuk. Arissa menyangkut handphonenya diphone stand dan membuka pembesar suara.
" Hello comel"
"Mama dah sampai mana tu" Soal Elyna manja
" Mama dah nak sampai tol Sungai Besi sayang" jawab Arissa sambil mengalihkan kamera handphonenya kehadapan supaya Elyna boleh nampak jauh dihadapan ada tol.
"Mama dengan siapa" Soal Elyna ingin tahu.
"Mama sorang lah, ada nampak orang lain dalam kereta ke? Sambil ketawa Arissa mengalihkan semula kamera handponenya menghadap dirinya.
Arissa melihat ada Farid di belakang Elyna yang memerhatikanya dari tadi.
" Elyna, mama nak masuk tol ni, nanti mama dah sampai kita VC lagi ye sayang". Sambung Arissa.
"Arissa bawak kereta tu baik-baik. Lain kali kalau messege tak nak jawab, bila orang call tu jawablah. Tak boleh fikir ke? Memang suka buat orang risau kan?" tiba-tiba Farid mengambil alih telefon dari tangan Elyna.
"Okay-okay bye" Arissa terus memutuskan talian.
" Eh, apahal pulak kau nak marah-marah aku ni Farid, suka hati aku lah" getus Arissa sendirian. Sakit hatinya dimarahi Farid.
"Bagus perangai kau Arissa, aku belum habis cakap kau dah putuskan panggilan". Getus Farid sakit hati.
Arissa memberhentikan keretanya di stesen minyak Petronas. Laju jarinya mendail nombor telefon Dini.
" Walaikumsalam"
"Dini, jumpa kat Depalma Hotel tau. Kak Rissa dah booked bilik untuk Dini ngan mama sekali".
"Esok lepas check-out baru stay umah mama, Kak Nina dan kawan smule kak Rissa yang Tasha tu ada sekali, tu yang kak Rissa booked hotel malam ni".
" Kak Rissa dah masuk tol Sungai Besi ni. Okay jumpa sana jer".
Setiap kali balik KL Arissa akan duduk di rumah mamanya. Adiknya Dini sekeluarga tinggal bersama Pn Amilia kerana mamanya tinggal berseorangan semenjak ayahnya meninggal dunia. Tetapi sekiranya Elyna merengek hendak duduk di hotel, Arissa akan tinggal di Depalma kerana hotel ini berdekatan dengan rumah mama, Along dan kak Ira. Sekiranya Arissa duduk di situ pasti mama dan adik beradiknya akan datang melawatnya dan sama-sama lepak dengan Arissa dan anak-anaknya di hotel tersebut.
" Eh Apple, pe citer ngan si Farid" Soal Nina tidak sabar.
"Esok kawin la dia" jawab Arissa tersenyum.
" Jadi jugak diaorang tu kawen eh" Nina menunjukkan muka geramnya.
" Ha..ha jadilah" Arissa menjawab sambil ketawa kecil.
" Tasha, apa cerita?" Arissa memandang Tasha yang sedang membetul-betulkan baju anak-anaknya.
" Macam ni lah kak, habis madu sepah dibuang" jawab Tasha dengan wajah kesal.
Arissa membongkokkan badannya dan membelai pipi anak-anak Tasha.
"Comelnya anak-anak Tasha. Comel sangat" komen Arissa .
"Bestnya ada anak sepasang kan.. berapa umur anak-anak Tasha ni" soal Arissa sambil membelai rambut anak Tasha yang perempuan.
"Kakak 5 tahun, adik 3 tahun" jawab Tasha.
"Ya Allah kasihannya, anak sekecil begini sudah harus menghadapi nasib yang serupa sepertimana menimpa anak-anaknya. Dan lebih kasihan kerana Tasha tidak bekerja. Kenapalah lelaki begitu kejam" getus Arissa sendirian kesal.
" Ni kunci bilik Tasha tau, Tasha stay dengan anak-anak Tasha satu bilik. Kak Nina dan Kak Apple stay satu bilik lain". Arissa menyerahkan kunci bilik kepadaTasha.
" Lepas siap simpan barang-barang datanglah bilik akak kita borak sama, bilik akkak selang satu bilik jer dari bilik Tasha " Arissa menunjukkan biliknya kepada Tasha.
" Kak Rissa, Dini ngan mama dah sampai"
" Naik tingkat 6 jer, Kak Rissa tunggu kat lift. "
"Eh, kak Nina lama tak jumpa... wah bestnyer reunion kita ramai-ramai" seloroh Dini sambil memeluk Nina.
" Ni satu bilik mama dan satu lagi bilik Dini ngan family, nanti suruh anak Dini sorang teman mama tau " Arissa menyerahkan kunci bilik pada Dini.
"Bilik kak Rissa sini jer " Arissa menunjukkan biliknya pada Dini. Arissa memang meminta pihak hotel memberinya 4 bilik yang berdekatan ditingkat yang sama.
Malam itu kesemuanya berborak sakan ditambah dengan kehadiran Kak Ira dan anak-anaknya yang datang menyinggah.
Arissa memesan servis penghantaran KFC dan pizza untuk makan malam.
" Hai besok dah nak kahwin pon, sampai 3 kali call" Kak Ira menegur setelah melihat sudah 3 kali Arissa mengangkat panggilan telefon dan Video Call dari Farid dan anak-anak Arissa sejak dia tiba di hotel tadi.
"Biasa la dia tu" jawab Arissa sambil ketawa kecil.
Dari reaksi wajah Mama, Kak Ira dan Dini Arissa dapat menggagak keluarganya tidak senang dengan panggilan telefon dari Farid.
"Tak senang duduklah si Farid tu bila si Rissa balik KL sorang-sorang" balas Kak Ira yang memang menyampah pada Farid.
"Lelaki memang macam tu lah, bila diaorang buat takpe, bila time kita, diaorang pandai mendengki. Dah nak kahwin besok pun masih nak menyebok-nyebok lagi. Menyampah betol aku dengan jantan macam ni" sambung Dini dengan nada geram.
" Oi.. dah tu ngumpat..Farid kirim salam kat korang semua" jawab Arissa sambil tersengih.
Dalam hatinya juga geram pada Farid kerana tidak henti-henti menelifonnya, sedangkan Farid sendiri tahu dia sekarang bersama keluarganya. Sejak keluarganya tahu kecurangan Farid terhadap Arissa, keluarganya sangat marah dan membenci Farid. Kalau bukan dia yang menghalang, telah lama keluarganya menyerang Farid dan bekas ibu mertuanya.
Kak Ira dan Dini menunjukkan muka menyampah apabila mendengar Farid kirim salam pada mereka.
"Tak hingin lah aku nak jawab" . Balas Kak Ira dengan dengan nada menyampah.
Nina dan Tasha ketawa lucu melihat reaksi keluarga Apple yang benar-benar geram dan sakit hati apabila membincangkan hal yang bersangkutan dengan bekas suami Apple, Farid.
Share this novel