Bab 8

Romance Series 11111

Arissa mengetap bibirnya. Rasa geram dan kesal pada Fendi, adik Farid masih lagi membuak-buak dihatinya. Kata-kata Fendi tengahari tadi ditelefon benar-benar membuat hatinya rasa sakit dan kesal. Sejak Farid menceraikanya 3 minggu lalu hidupnya bertambah baik, ceria dan bahagia. Pastinya Allah telah memakbulkan doanya supaya dia menjadi lebih kuat, bahagia dan dapat melupakan Farid sepenuhnya.

Arissa merebahkan badanya ke sofa. Penat baru pulang dari kerja masih terasa. Kata-kata Fendi tengahari tadi masih lagi terniang-niang ditelinganya.

"Arissa, we all satu family baru last few days dapat tahu you dan Farid dah bercerai. We all semua minta maaf pada u". Itulah kata-kata awal yang keluar dari mulut Fendi yang begitu senang didengari oleh Arissa.

"Its okay, bukan salah sape-sape. Tak perlu minta maaf. Dah tak ada jodoh kan". Jawab Arissa ikhlas.

"You okay ke? " Soal Fendi

" Yer ok sangat. Alhamdulillah". Jawab Arissa jujur.

" You ni macam happy jer, macam suka jer Farid ceraikan you". Soal Fendi menyindir.

Arissa tersentak. Dia tidak menyangka Fendi akan berkata begitu padanya. Fendi adalah adik Farid dan umurnya sebaya Arissa.

" Then what do you expect from me? Menanggis? meraung , merayu-rayu kat Farid?" soal Arissa yang tersinggung dengan kata-kata Fendi tadi.

"Hurmm I tengok kan you ni macam langsung tak kesah pada Farid kan...You just let him go and become like a bum" Fendi meyalahkan Arissa kerana membiarkan abangnya seperti hidup tidak terurus.

" Hello Fendi.....he himself decided to leave his home and family.. I tak pernah halau dia keluar dari rumah. In fact, I selalu suruh dia balik rumah. He was the one who insisted not going back home, then ape I boleh buat?" Arissa membela dirinya.

" You sepatutnya pujuk Farid sampai dia balik rumah. Itu peranan you sebagai seorang isteri. Ini you biarkan husband you dengan perempuan lain sewenang-wenangnya." Fendi terus-terusan menyalahkan Arissa.

" So you nak suruh I buat ape? Halang orang nak bercinta?" soal Arissa sinis

"Yes. That's what you're supposed to do. Pertahankan suami you and serang perempuan tu" balas Fendi .

"Serang?" Hahaha tak kuasa aku. Aku bukan perempuan murahan sampai harus menyerang orang " getus hati Arissa geram.

"You suruh I pergi serang perempuan tu?" Sorry, I won't do stupid and embararasing things." Jawab Arissa sinis.

" My mom just wants you to be Farid's wife. Dia tak boleh accept perempuan tu jadi wife Farid". Fendi meneruskan kata-katanya.

"Itu bukan masalah I, hal tu biar Farid yang settlekan dengan mak you " . balas Arissa tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh Fendi.

" You tahu tak, since Farid keluar rumah, hidup dia terus jadi susah!" "Suddenly duit dia semua habis tak tahu pergi mana, and now dia selalu pinjam duit dari family". sambung Fendi seakan kesal dengan keadaan Farid sekarang.

"Yer i tahu. Farid juga pernah mintak I tolong bayarkan duit kereta dia" Balas Arissa.

"Mana pergi duit-duit dia'?" Soal Fendi ingin tahu.

"Mana la I tahu, haritu dia bagitahu pada I dia kena tipu RM46 ribu dengan kawan dia, kawan dia ajak dia masuk masuk saham ape benda tah. Then all saving dia habis" Arissa teringat beberapa bulan lepas Farid ada menelifonnya dan meminjam wang darinya untuk membayar duit kereta Farid.Ketika Arissa bertanya itulah alasan yang Farid berikan padanya.

" Farid ada bagi you duit untuk nafkah anak?" Soal Fendi pada Arissa.

" Ada but not every month lah. It's ok la dia dah bayar installment rumah I kat bank. I just kira macam offset jer la dengan nafkah dia kat anak-anak. I pon malas nak bising-bising hal ni sume. Lagi pun I faham dia tengah susah sekarang ni." Jawab Arissa.

"One more thing, you tau tak yang Farid kena sihir? I got friend yang boleh tengok. After he saw Farid's picture, dia cakap Farid kena sihir pemisah. You tau tak, Farid sekarang dah macam orang bodoh jer I tengok. Farid selalu termenung. Last few days tu Farid menanggis depan kita satu family, dia cakap dia sayang sangat kat you lagi tapi dia tak tahu kenapa dia sanggup ceraikan you. Semua marah dia sebab dia ceraikan you. Farid cakap dia mesti kena kawin dengan Nora, dia cakap dia takut. Takut ape pon kita semua tak tahu". Sambung Fendi.

"5 kali Farid telah failkan tuntutan cerai.. boleh tak sedar??? tak payah nak drama sangat la " getus hati Arissa sendirian yang tidak berapa percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Fendi kepadanya.

" Pasal sihir tu , I memang dah tahu lama. I ada check dengan satu ustaz sebab masa tu badan I sakit-sakit, tak boleh tidur malam dan selalu mimpi buruk. Then ustaz ada bagitahu yang I and Farid kena sihir pemisah. I pernah bagitahu mak you dan Farid pasal ni. Semua orang pon macam tak ambil kisah and tak peduli. Masa I bagitahu Farid, Farid marah teruk pada I. Dia cakap I sengaja buat-buat cerita dan fitnah girlfriend dia. Farid sendiri tak nak percaya dan tak nak pergi berubat dengan ustaz tu, so I tak boleh buat ape-ape" Jelas Arissa.

" Then kenapa masa tu you tak usaha ubatkan Farid juga? You sengaja biarkan keadaan Farid melarat dan sampai jadi macam sekarang ni" Fendi terusan menyalahkan Arissa.

" Dia yang tak nak. What can I do. Macamni la Fendi, Farid is your brother... kalau u sayang abang you, better you all usaha untuk ubat dia ok. I dengan Farid dah bercerai dah tak ada apa-apa lagi.I pon malas nak ambil tahu pasal benda-benda ni lagi.

What do you mean malas nak ambil tahu? you dah tak nak Farid lagi ke?"

"Dia dah ceraikan I untuk perempuan lain, so buat ape I nak mengharap kat dia lagi.I dah tak nak lagi fikir pasal ni semua and I just nak start new life" jawab Arissa tegas.

" Oh okay lah kirim salam kat boy friend baru you". Fendi terus memutuskan talian telefon.

Mendidih darah Arissa dengan apa yang diperkatakan Fendi kepadanya.Kalau Farid tidak susah pasti keluarganya tidak mengambil kesah dengan apa yang telah berlaku antara dirinya dan Farid. Ketika Farid mula-mula meninggalkanya dan anak-anak, tidak ada pun sesiapa pun yang ambil peduli melainkan bekas ibu mertuanya. Kini apabila Farid telah melibatkan keluarganya dengan kesusahanya, dirinya pula dipersalahkan.

Arissa termenung. Kuasa Allah melebihi segala-galanya. Beberapa bulan setelah Farid keluar dari rumah meninggalkannya dan anak-anak, dengan sekelip mata hidup Farid telah berubah menjadi susah.

Farid yang selama ini mewah dan berduit tiba-tiba kesemua wang simpanan Farid habis ditipu orang.

"Mungkinkah ini pembalasan Allah terhadap Farid yang telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan anak-anak?" Arissa termenung jauh Selama ini, walaupon sekejam mana yang telah Farid lakukan ke atas dirinya, dia tidak pernah tergamak untuk mendoakan yang buruk-buruk terjadi pada Farid.

Malahan dia benar-benar ikhlas telah memaafkan Farid dan melepaskan Farid pergi untuk Farid mencari kebahagiaanya sendiri. Tiada sedikit dendam pon tercalit dihatinya pada Farid.

Arissa mengakui, semenjak dia ikhlas memaafkan dan melepaskan Farid keluar dari hidupnya dan hanya berserah segala-galanya pada takdir Allah, kehidupannya menjadi semakin baik dan bahagia. Rezekinya juga bertambah baik dan sentiasa mencukupi untuk dirinya dan anak-anak. Dia benar-benar dapat merasakan Allah benar-benar telah menjaga dan melindungi dirinya dan anak-anak dari segala kesusahan. Allah juga telah memberikan kekuatan pada hatinya dan anak-anaknya sehingga dia dan anak-anak sentiasa berasa gembira dan tidak merasa kekurangan dengan kehidupan tanpa Farid dalam hidup mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience