Bab 9

Romance Series 11111

Elyna dan Riena memasukkan beg dan barang-barang sekolahnya ke bonet belakang kereta Arissa. Arissa yang berada di luar kereta hanya berdiri memerhatikan anak-anaknya yang keluar masuk dari rumah bekas ibu mertuanya sambil tersenyum.

Muka monyok Elyna yang sepertinya baru bangun tidur petang buat Arissa merasa lucu.

Beginilah rutin harian Arissa yang akan mengambil anak-anaknya dari rumah bekas mertuanya setiap hari setelah pulang dari kerja.

Walaupun Riena dan Elyna telah meningkat remaja, demi keselamatan anak-anaknya Arissa telah meminta kenderaan sekolah menghantar pulang anak-anaknya ke rumah nenek mereka yang jaraknya lebih kurang 3 km dari sekolah.

Arissa tersenyum manis memandang bekas ibu mertuanya, Pn Latifa yang datang dari arah dapur. Seperti biasa Arissa akan bersalaman dan mencium tangan bekas ibu mertuanya.

"Arissa..., mak ada perkara nak bagitahu Arissa, tapi mak rasa serba salah ... tak tahu nak bagitahu macam mana." Pn Latifa memulakan bicara. Matanya mulai merah dan berkaca-kaca.

Arissa sudah dapat menggagak. Dari raut wajah bekas ibu mertuanya ketika mereka bersalaman tadi jelas menampakkan kerunsingan dijiwanya.

" Nape mak?... .. Farid dah nak kawin ke?" soal Arissa sambil tersenyum manis.

Pn Latifa tersentak mata sayunya terus mengeluarkan air mata yang tidak dapat terbendung lagi.

" Mak... kenapa ni mak.. " Arissa kaget.. bahu bekas ibu mertuanya diusap-usap.

"Ahad minggu depan Farid akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nora" jawab Pn Latifa tersekat-sekat bersama linangan air matanya.

Degupan jantung Arissa terhenti seketika. Walaupun dia memang telah menggagak perkara ini akan berlaku tetapi dia tidak menyangka secepat ini Farid akan berkahwin dengan Nora.

Arissa kembali tersenyum manis.

" La..dah tu kenapa pulak mak menanggis sampai bengkak-bengkak mata ni. Arissa ingat tadi ada sesiapa sakit ke". Aissa ketawa kecil sambil mengurut -urut bahu Pn Latifa.

Pn Latifa memeluk erat Arissa.

"Arissa maafkan mak, mak tak terdaya nak menghalang. Mak tetap sayangkan Arissa lebih dari mak sayangkan anak-anak mak sendiri. Mak doa kan Allah pertemukan jodoh Arissa dengan lelaki yang baik, beriman dan benar-benar layak untuk Arissa" Pn Latifa meneruskan kata-katanya dalam linangan air mata.

"Amin" jawab Arissa berseloroh.

"Mak... mak... Arissa melonggarkan pelukkan Pn Latifa.

" Kenapa mak menanggis sampai macam ni... Arissa memujuk Pn Latifa sepertinya memujuk anak kecil.

"Mak tak boleh terima, mak nak Arissa jer yang jadi isteri Farid". Jawab Pn Latifa sambil mengelap air matanya dengan lengan bajunya.

" Mak, dengar cakap Arissa" Arissa memegang kedua-dua bahu Pn Latifa .

" Mak tak kesian kat Farid ke mak? Biarkanlah Farid mendapatkan kebahagiaan yang dia cari. Janganlah halang-halang dia lagi. Kalau tak nanti kita sama-sama kena tanggung dosa-dosa yang dia buat. Biarkanlah dia... kita doakan je supaya dia bahagia ". Arissa memujuk lembut Pn Latifa.

" Arissa okay ke? Mak risau sangat bila memikirkan tentang Arissa". Soal Pn Latifa sambil memandang sayu pada Arissa.

"Okay jer mak.. napenya tak okay pulak " jawab Arissa sambil tersenyum manis dan ketawa kecil.

Arissa sedar dia harus mententeramkan jiwa bekas ibu mertuanya kerana Pn Latifa menghidapi penyakit darah tinggi. Stress yang keterlaluan akan membahayakan diri Pn Latifa.

" Mak yang tak okay sebenarnya. Mak takut, keputusan Farid ini akan menghancurkan hidup dia sendiri" Sambung Pn Latifa sambil mengelap air mata dengan kedua belah tanganya. Arissa membuka pintu keretanya dan mengeluarkan tissue untuk diberikan kepada bekas ibu mertuanya.

"Mak, janganlah cakap macam tu ye... Kata-kata seorang ibu tu kan doa . Mak doakan lah baik-baik untuk Farid, inshaallah pilihan Farid betul, dan Nora akan jadi menantu mak yang lebih baik dari Arissa. Mak kena selalu doa yang baik-baik taw mak" pujuk Arissa pada bekas ibu mertuanya sambil mengusap -ngusap belakang Pn Latifa.

"Mak minta maaf Arissa" sambung Pn Latifa sambil memandang Arissa dengan pandangan sayu.

" Mak jangalah minta maaf, mak tak ada buat apa-apa salah pun pada Arissa. Apa yang berlaku ni memang kehendak Allah mak. Mak janganlah susah-susah hati lagi ye". pujuk Arissa pada Pn. Latifa.

Pn Latifa mengelap air matanya dengan tissue yang diberikan oleh Arissa tadi . Lega hatinya melihat Arissa yang kelihatan tidak tersinggung dengan berita yang disampaikanya. Pn Latifa menggagumi kekuatan jiwa yang ada pada diri bekas menantunya. Sejak dari dulu, ketika Farid susah kerana tidak mempunyai pekerjaan dan sehinggalah sekarang Farid telah berlaku curang dan meninggalkannya, Arissa tetap juga menjadi seorang sabar, ikhlas, kuat dan baik hati. Itu yang membuatnya sangat sayang pada Arissa.

Arissa merebahkan badanya ke sofa.

"Alhamdulillah Nikmatnya..."
Sofa empuk inilah tempat tuju utama Arissa setiap kali pulang dari kerja.

Kata-kata bekas ibu mertuanya tadi masih lagi terniang-niang ditelinga Arissa. Entah mengapa hatinya seperti tidak merasa apa-apa dengan berita perkahwinan Farid dan Nora. Mungkin dia telah puas menderita sehingga tiada lagi sisa kesakitan yang tinggal.

" Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah kerana kau benar-benar telah memberi kekuatan pada hati dan jiwaku". Arissa bersyukur dan yakin akan segala kekuatan dan kesabaran yang ada pada dirinya semuanya datangnya dari Allah SWT.

Tiba-tiba fikiran Arissa beralih pada kedua-dua anaknya. Bagaimanakah perasaan anak-anaknya bila mendapat tahu papanya akan berkahwin lain.

"Elyna ... Riena..."
"Sayang......"
"Comel....:"

Riena dan Elyna yang sedang berbual di dalam bilik terus keluar mendapatkan Arissa setelah mendengar suara mamanya memanggil mereka.

Arissa memang akan selalu memanggil anak-anaknya dengan gelaran sayang, comel, cantik, baby dan anak-anaknya juga tahu gelaran sayang dan cantik biasanya panggilan Arissa kepada Riena dan panggilan comel dan baby adalah panggilan Arissa untuk Elyna.

"Riena dan Elyna tahu ke papa nak kahwin Ahad minggu depan" Soal Arisaa kepada anak-anaknya.

" hurmm.. tau.." jawab Elyna.

Arissa merenung wajah anak-anaknya. Tiada sebarang reaksi diwajah kedua-duanya.

" Riena dan Elyna okay tak?" soal Arissa ingin tahu.

" Okay " Jawab Riena mendatar

"Elyna?" soal Arissa pada Elyna.

" Tak kisah. Biarlah dia" jawab Elyna seperti orang yang tiada perasaan.

Arissa merenung anak-anaknya. Sepertinya anak-anaknya juga sudah tidak peduli dengan apa yang akan dilakukan oleh Farid.

" Eh tadi Papa ada bagi RM300, papa suruh beli baju untuk pakai masa majlis kahwin dia nanti " Elyna mengeluarkan wang RM300 dari beg sekolahnya.

"Beli baju?" Arissa mengerutkan dahinya.

" Baju -baju raya Riena dan Elyna kan melambak, semua baru pakai sekali jer. Buat ape nak kena beli baju baru?"

" Papa suruh beli baju warna purple".. jelas Riena sambil memandang Arissa.

" Ade tema ke?" Soal Arisaa mengerutkan dahinya.

"Aah.. warna purple" jawab Elyna mencebik.

"Wow kemain, siap ada tema warna bagai yer kau Farid" bisik hati Arissa sendirian sambil tersenyum dan ketawa lucu.

"Ape yang kelakarnya mama" soal Riena hairan kerana melihat Arissa tiba-tiba ketawa sendirian.

"Eh suka hati mama la nak ketawa " balas Arissa sambil tersenyum dan meneruskan ketawanya.

"Ok hari ni Jumaat, so besok mama bawa korang berdua pergi mall cari baju ok. Rasanya haritu mama ada nampak satu butik jual baju kurung moden yang cantik kat area office mama, kalau tak berkenan kita cari kat Aeon, ada banyak butik kat sana" sambung Arissa.

"Cukup ke RM300 ni untuk 2 orang?" soal Elyna mencebik.

" Cukup la ... kita beli yang simple-simple je la" balas Riena pada adiknya.

Elyna menjeling pada kakaknya Riena.

Arissa tersenyum, tiba-tiba Arissa teringat kata-kata Dini tempohari yang anak-anaknya materialistik. Yang sememangnya agak materialistik hanya anak bongsunya Elyna. Kakaknya Riena tidak berapa cerewet dan kurang meminta.

" Nanti mama tambah la..." Arissa ketawa lucu melihat wajah Elyna yang mencemik.

" Nanti kita cari baju kurung moden yang half or full lace warna pastel purple, Shawl Riena dan aksesori rambut Elyna nanti mama belikan warna purple gelap sikit" sambung Arissa memberi cadangan pada anak-anaknya.

"Mama nak high heels baru gak" pinta Elyna

"Eh, tak payah la... pakai jer la kasut raya kita tu, cantik lagi. Kita pon bukannya selalu pakai, lagi pun papa bagi RM300 mana cukup nak beli high heels sume" Riena yang geram dengan karenah adiknya terus memotong kata-kata Elyna.

"Nak high heels baru..." Elyna terusan merengek.

"Nak kasut high heels ye?.. pergi call Farid mintak dia tambah duit" balas Arissa sambil ketawa lucu.

"Tak nak call papa" jawab Elyna sambil memuncungkan mulutnya. Elyna tahu kalau dia minta pada Farid pasti Farid akan memujuknya supaya tidak membazir dan akan memberi seribu alasan kepadanya.

"Okay-okay high heels brand Vinci jer". Balas Arissa mengalah.

Arissa tidak mahu merosakkan mood anaknya dihari perkahwinan papa mereka. Arissa tahu pasti hati anak-anaknya terluka dan dia akan sedaya upaya penuhi segala permintaan anak-anaknya agar mereka gembira dan dapat mengurangkan kelukaan tersebut.

Elyna yang dari tadinya mencebik terus tersenyum lebar sampai ke telinga. Arissa mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Elyna.

" Nanti hari Sabtu minggu papa kahwin tu, mama mungkin ambil cuti dan balik KL jumpa nenek , Ucu Dini dan Mak ngah Ira tau. Isnin atau selasa baru mama balik sini. So Riena dan Elyna stay umah nenek yer or kalau tak selesa suruh papa atau sesiapa hantar balik rumah. Nanti mama siapkan makanan dalam freezer banyak-banyak" sambung Arissa.

Arissa merancang untuk mengambil cuti beberapa hari untuk bersama keluarganya di KL pada hari perkahwinan Farid. Dia tidak mahu keseorangan disini dihari perkahwinan Farid nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience