bab 17

Romance Series 11111

"Arissa, macamane?" Soal Shazwan bersungguh.

"Macamane?? tak faham.." balas Arissa sambil tersenyum memandang Shazwan.

"Jangan la mengada buat-buat tak faham.. kang aku cium kau depan semua orang baru tau" Balas Shazwan serius.

" Amboi.. hahaha" Arissa ketawa lucu.

" Ingat sikit, kau tu banyak orang kenal, viral nanti". Balas Arissa menyakat Shazwan.

"Peduli apa aku" jawab Shazwan sambil berdiri untuk menghampiri Arissa.

"Eh..eh.. tak sopan kau kan..." Balas Arissa kaget.

"Tahu takut kan.. cepat jawab" Balas Shazwan yang masih berdiri memandang tepat Arissa.

"Okay-okay aku jawab sekarang, duduk la... tolong jangan wat drama dalam restoran, banyak orang tengok kita ni. Viral nanti.. malu jer".. pujuk Arissa pada Shazwan.

"Haha.. okay, cepat jawab" balas Shazwan tersenyum sambil duduk semula.

" Shazwan, aku masih ada seminggu kan untuk buat keputusan". Balas Arissa lembut.

" Aku nak tahu sekarang, tak nak tunggu lagi seminggu atau sehari". Balas Shazwan serius.

"Hurmmm... aku camne nak cakap, aku rasa rendah diri la, rasa aku tak layak. Kau sepatutnya dapat yang jauh lebih sesuai dan baik dari aku". Balas Arissa mendatar.

"Benda ni kan kita dah bincang sebelum ni, jangan la bagi alasan yang sama berulang". Balas Shazwan kesal.

"Kau ada orang lain ke?" Soal Shazwan kaget

"Takde la" jawab Arissa pantas.

Shazwan menarik nafas lega.

"Kau boleh terima aku yang macam sekarang ni?" Soal Shazwan ingin tahu.

"Boleh.. kau okay sangat... tapi....." belum sempat Arissa menghabiskan kata-katanya Shazwan telah menghentikannya dengan menutup mulut Arissa dengan jarinya.

"Kau da jawab boleh terima aku tadikan... tu jer jawapan yang aku nak tahu. Aku tak nak dengar lagi apa-apa alasan lain. Aku dah penat menunggu" potong Shazwan serius.

Arissa menarik nafasnya dalam-dalam. Dia benar-benar masih belum memuktamadkan keputusannya dan masih memikir baik buruk jika berkahwin dengan Shazwan. Arissa bimbang perkara yang sama antara dirinya dengan Farid akan berulang atau mungkin Shazwan akan memperlakukanya dengan lebih buruk dari apa yang dilakukan oleh Farid memandangkan kelebihan yang ada pada Shazwan jauh lebih hebat berbanding Farid.

" Nape termenung jauh ni Arissa, kau bimbang ke? Aku janji akan jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab, beriman, baik dan penyayang untuk kau dan anak -anak kita Riena dan Elyna. Percaya la pada aku Arissa" Sambung Shazwan lembut.

Arissa hanya membisu dan menarik nafasnya dalam-dalam. Trauma dengan apa yang dilakukan oleh Farid terhadapnya masih belum hilang sepenuhnya.

Namun jika begitu takdir dan perancangan yang ditetapkan oleh Allah kepadanya bagaimana mampu untuknya menolak. Perancangan Allah tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Shazwan yang satu ketika dahulu pernah dibenci olehnya tiba-tiba merupakan jodoh buatnya dimasa hadapan. Maha besar Allah yang membolak balikkan hati manusia dan keadaan mengikut kehendakNya.

"Jika begitu takdirku yang ditetapkan Allah, untuk kita hidup bersama pastilah aku menerima dengan hati yang terbuka dan gembira". balas Arissa lembut setelah lama berdiam.

"Terima kasih Arissa sayang, inshaallah aku akan jadi suami seperti yang kau harapkan. Meski pon aku bukan lelaki yang baik, tapi cinta aku pada kau adalah yang terbaik dan ikhlas kerana Allah SWT." Balas Shazwan lembut sambil mengucup tangan kanan Arissa.

"Terima kasih Shazwan kerana masih lagi sudi untuk menerima aku walau dalam keadaan aku seperti ini" Balas Arissa sebak.

"Arissa sayang, kau pun tahu kan aku cinta kan kau dari dulu sepenuh hati, aku bersyukur sangat kerana akhirnya Allah memakbulkan juga doa aku, masih memberi kesempatan untuk aku memiliki kau". Jawab Shazwan lembut memujuk.

"Arissa, minggu depan aku dah tak dapat datang sini lagi tau sayang, aku ada launch produk baru. Aku akan busy sikit dalam 3-4 bulan untuk buat road show promotion di serata Malaysia, Singapura dan Brunei. Lepas habis promosi kita terus kahwin ye sayang". Sambung Shazwan sambil memengang erat tangan Arissa.

" Okay tak ada masalah" jawab Arissa menggangguk sambil tersenyum manis.

" Arissa kau berhenti la kerja, stay umah mama kau kat KL, at least ada orang jaga kau sementara tunggu kita kawin nanti. Bil-bil kau semua aku akan settlekan dan aku akan bagi duit belanja bulanan untuk kau dan anak-anak kita. Sini jauh sangat la, aku pula busy takut nanti apa-apa jadi susah".

"Jangan lah Shazwan, aku tak suka macam tu. Selagi kita bukan pasangan sah aku tak mahu guna duit kau walau satu sen. Jangan risau Allah ada jaga aku ngan anak-anak aku. Nanti bila dah confirm tarikh, lagi 2-3 minggu aku akan berhenti kerja okay". Balas Arissa lembut.

Walaupun Shazwan tidak setuju, dia tetap akur dengan keputusan kekasih hatinya Arissa kerana dia tahu keras hati Arissa sukar untuk ditakluki.

"Nanti aku akan suruh Halimaton check schedule aku dan dapatkan tarikh yang sesuai untuk majlis perkahwinan kita secepat yang mungkin. Pasal kursus kahwin atau dokumen perkahwinan semua nanti Halimaton akan uruskan dan aturkan semuanya ". Balas Shazwan bersungguh.

Arissa hanya menggangukkan kepalanya dan tersenyum manis.

"Hi you, sejak you balik dating dengan bff you Datin Moon semalam I tengok u monyok dan banyak termenung jer. Gaduh ngan bff you ke or gelang emas dia pakai lebih tebal dari gelang you" sapa DTH Pada Datin Zulaikha yang kelihatan termenung kosong memandang swimming pool dari tadi.

"I runsing lah" jawab Datin Zulaikha

"Aik, biasa bila datang sini pastu dapat dating dengan bff you, you jadi happy. Sekarang ni runsing pasal apa pulak" Soal DTH ingin tahu.

"Semalam I nampak Arissa dating dengan Dato Shazwan pengasas produk SS yang viral tu." balas Datin Zulaikha.

"Arissa? buat dating?.. haha.. eh laki dia tak marah ke?" Soal DTH sambil ketawa .

"Dia da divorced lah". Jawab Datin Zulaikha serius.

"Aik lawa camtu pon divorced, dah tu ape hal you nak monyok pulak.. biar lah dia nak buat ape dia suka bukan urusan kita pon" Balas DTH sambil memandang pelik ke arah isterinya Datin Zulaikha.

"Moon cakap dah viral diaorang nak kahwin tak lama lagi, kalo diaorang kahwin sure Arissa resign ... runsing lah I" balas Datin Zulaikha kesal.

" Eh you ni, baguslah orang nak kahwin, yang you pulak nak runsing kenape?" Soal DTH kehairanan.

" Mesti la runsing, I dah plan nak jadi kan dia Marketing Director kat HQ nak suruh dia control Sales dan Marketing HQ and all branches kita sebab I tahu cara dia bekerja bagus dan boleh tingkatkan sales dan kurangkan banyak kos yang tak penting untuk department Sales and Marketing syarikat kita. So far you pernah jumpa staff macam tu? Kalau you nak info macam tu kita kena hire consultant, consultant cost mahal gila tak masuk akal then anytime diaorng boleh bocorkan maklumat strategi syarikat kita kepada syarikat pesaing. Kalau ada Arissa semua dia bole buat". Nak harapkan si Harith, menjahamkan lagi ada lah.... Datin Zulaikha meluahkan apa yang terbuku di hati dan fikiranya.

" Ibu ni apesal tak habis-habis dari minggu lepas asyik nak puji perempuan tu and why re' you comparing me to that women?" Tiba-tiba tanpa disedari oleh Datin Zulaika dan DTH Tengku Harith telah mendengar sedikit perbualan antara ibu dan ayahnya.

"Memang lah... you see your self, kalau you boleh harap ibu tak macam ni desprate nak harap Arissa untuk tolong company kita tahu tak" balas Datin Zulaika dingin.

" Melambak orang yang lebih bagus dari dia, yang ibu puji dia melangit kenapa? Entah-entah dia dah bomohkan ibu jadi bodoh mengikut jer cakap dia. Ni la style orang-orang kampung nak dapat kesenangan". Balas Tengku Harith .

"Dia tak perlu buat semua tu, she has a good brain and she uses her good brain wisely... bukan macam you..

" Betul la Marsha cakap.. perempuan tu sure dah bomohkan ibu sampai ibu jadi bodoh macamni, sehingga melebih-lebihkan kan orang luar dari anak sendiri" pintas Tengku Harith.

" Eh Harith, cuba cakap macam orang ada otak dan iman, Marsha tu tu kot yang ayah rasa dah bomohkan kamu, tu sebab ayah tengok kamu dah semakin bodoh sekarang sampai habis banyak duit company kamu salur kat company dia." Bidas DTH mempertahankan isterinya Datin Zulaikha dan Arissa.

"Tengku Harith yang berang dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh DTH terus pergi dan keluar dari rumah meninggalkan kedua ibu bapanya. Di dalam hatinya semakin menebal perasaan benci dan dendamnya terhadap Arissa.

" Dasar perempuan kampung tak guna!!! muka jer nampak suci but you such a Devil!!!" Getus hati Tengu Harith geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience