Shazwan menarik nafas dalam-dalam. Temuduga yang diatur oleh Halimaton untuk mencari calon bakal isterinya gagal lagi.Tidak ada seorang pon yang menepati citarasanya.
"Kau ni Halimaton, entah hape-hape orang yang kau panggil untuk temuduga... kau ingat ini temuduga nak cari tukang masak atau pembantu rumah ke?" bebel Shazwan pada Halimaton.
" Dato yang suruh letak kat FB nak cari yang rajin kemas rumah.., yang pandai masak..." jawab Halimaton mengingatkan Shazwan.
"Ha.. menjawab... habis tu kau ingat aku nak cari calon isteri untuk driver aku ke? Aku ni businessman, pakai lah otak tu sikit". Shazwan membalas kata-kata Halimaton sambil menunjukkan jari telunjuknya ke kepala.
"Dah kau tak payah lagi aturkan temuduga. Cancel jer semua. Buang masa aku jer.. Taste kau ni semua tak boleh pakai" bebel Shazwan pada Halimaton sambil berlalu pergi keluar dari pejabat.
Terkedip-kedip mata Halimaton dimarahi Shazwan.
Halimaton menghempaskan punggungnya ke kerusi empuk di ruangan kerjanya. Profile calon-calon isteri Shazwan diselak satu persatu oleh Halimaton.
"Aku tengok okay jer semua, lawa jer, dah kau tu yang cerewet... memilih tak tentu pasal" bebel Halimaton sendirian.
"Eh.. perempuan yang memenuhi taste kau tu dah Sold Out... awal-awal dah laku keras.. yang tinggal-tinggal ni semua pon macam kau jugak lah... .. pastu pandai kau nak memilih sangat" bebel Halimaton geram dengan karenah Shazwan.
3 bulan lepas Halimaton telah menggunakan perkhidmatan agensi mencari jodoh. Itu pon bossnya tidak berkenan. Balik-balik dia juga yang marahi oleh Shazwan. Sehingga akhirnya agensi tu sendiri tidak sanggup melayan karenah Shazwan.
Kawan-kawan bossnya juga pernah memperkenalkan bossnya dengan model-model produk kecantikkan, selepas keluar sekali dua terus senyap macam tu jer.
"Memang tak akan ada perempuan yang tahan dengan perangai kau la Dato Shazwan, kalau ada meh aku kerat jari ni" getus Halimaton sendirian.
"Aku ni sebab memikirkan komitmen aku tinggi jer tau, kalau tak dah lama aku cari kerja lain". Getus Halimaton sendirian. Gaji yang diterima oleh Halimaton di syarikat Shazwan jauh lebih tinggi berbanding jika dia bekerja di syarikat lain. Oleh itu dia terpaksa bertahan walau ada masanya dia merasa sakit hati seperti ingin mengoyak -ngoyakkan mulut puake bossnya Shazwan.
Arissa melihat ada notifikasi pesanan whatsapp masuk ke telifonnya.
"Salam.kak Arissa. Ritu g kl x contact Shifa pon ea"
"Wsalm Shifa, haha.. sorry x sempat la Shifa"
Shifa adalah isteri kepada Adlan, rakan sekampung Farid. Adlan dan Farid sangat akrab sehingga membuatkan Arissa juga rapat dengan isteri Adlan, Shifa. Semenjak Adlan dan Shifa berpindah ke Kuala Lumpur mereka sudah jarang berjumpa.
"Mana Shifa tahu akk g kl?" Soal Arissa pelik.
"Tgk fb adik kak rissa dini. Wah meriah tengok Kak Rissa gathering ngan family . Elyna ngan Riena x ikot lak akk balik kl?" soal Shifa.
Arissa tersentap. "Betul-betul teliti si Shifa ni" getus hatinya.
" Tak ikut sbb Isnin bdk-bdk ni sklh" jawab Arissa mengelak.
" Kak Rissa ok ke tu? bole Shifa nk tanya sikit x".
Berderau darah Arissa.Belum sempat Arissa menjawab Shifa meneruskan lagi soalanya.
"Akk ngan abg Farid dah bercerai ke kak?"
Arissa merasa serba salah. Dia sebenarnya tidak mahu hal rumahtangganya dicanang-canang orang.
"Aah" jawab Arissa setelah lama senyap.
" Mana Shifa tahu akk dan abg Farid dah bercerai" soal Arissa ingin tahu.
"jap Shifa whatsapp akk"
Shifa menghantar beberapa gambar majlis perkahwinan Farid dan Nora kepada Arissa.
"Shifa jumpe ni kat FB sepupu Lan"
Arissa melihat kesemua gambar perkahwinan Farid yang dihantar oleh Shifa kepadanya. Arissa menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak mahu emosinya terkesan dengan melihat gambar-gambar tersebut.
"Sakitnya hati Shifa kak, Shifa sampai menanggis tau bila dapat tahu abg Farid kahwin dengan perempuan lain. sampai hati abg Farid wat kak Rissa mcm ni. Dulu tengok kemain syg lagi dia kat Kak Rissa. Tiba-tiba bole pulak dia buat macam ni. Lan pon bising ckp abg Farid buang tebiat. Dah elok dpt bini lawa ank2 dah besar2 buat perangai camni". sambung Shifa beremosi.
"takpe la Shifa, nak wat camne dah takde jodoh". balas Arissa
"Berapa umur bini dia? sebaya akk ke tua dari akk?" Soal Shifa ingin tahu.
"Dalam 30 tahun" balas Arissa
" hahaha... 30 tahun? x nmpk mcm umur 30 thn pon. Shifa ingt dia sebaya kak Rissa.Lawa kak Rissa 10x dari dia"
"Biar la, dah itu yg dia nk". balas Arissa
"Bdk ni ada pakai2 mandrem ke kak?" Soal Shifa.
"Nape" balas Arissa ingin tahu.
"Entah lah kak.. Shifa tengok muke dia semacam lah kak. Kak Rissa x perasaan ke? " Soal Shifa
" semacam macamane?" Soal Arissa.
"Macam Mona Fendey" balas Shifa.
"hahaha gila la ko Shifa, dengar Farid nanti ngamuk plak dia". balas Arissa.
" Kak Rissa t balik kl roger2 Shifa kak. Rindu nak jumpa akk tau" sambung Shifa
" Inshaallah" balas Arissa.
Arissa melihat kembali beberapa gambar yang dihantar oleh Shifa kepadanya. Ini baru pertama kali Arissa melihat gambar perkawinan Farid setelah seminggu Farid berkahwin.
Terusik hati kecil Arissa apabila melihat senyuman Farid yang meleret sampai ke telinga disamping Nora. Terlihat wajah kebahagian Farid dan Nora. Sepertinya pasangan yang sangat bahagia dan saling mencintai.
"Semoga Allah memberi kebahagiaan pada kau dan orang yang kau cintai hingga ke akhir hayat". Bisik Arissa sendirian.
Shazwan membelek-belek akaun Facnya. Tiba-tiba matanya terlekat pada status Ardini Azman.
Shazwan melihat tarikh status tersebut dimuat naik.
"Baru minggu lepas" bisik Shazwan sendirian.
Laju jari Shazwan menukar-nukar gambar yang di muatnaik Dini sehingga dia menjumpai dengan apa yang dicarinya.
Lama Shazwan merenung gambar Arissa. Shazwan zoom gambar Arissa menjadi besar sehingga gambar Arissa memenuhi skrin telefonya.
"Kau sangat cantik pada aku Arissa, dari dulu sampai sekarang... walaupun berapa usia kau.. pada aku kau tetap sangat cantik" bisik Shazwan sendirian.
Shazwan memuatnaik kesemua gambar Arissa yang ada distatus Dini. Shazwan mengelamun, segala kenanganya bersama Arissa ketika di sekolah dahulu terimbas kembali.
Arissa bukan satu-satunya wanita yang dikenalinya. Sebelum Arissa atau selepas Arissa melambak perempuan yang telah dikenalinya sehingga tidak terkira jumlahnya. Kesemuanya juga mempunyai kecantikkan tersendiri, malah banyak juga yang lebih cantik dan menarik dari Arissa.
Tetapi Arissa berbeza dari kesemua perempuan yang dikenalinya. Arissa mempunyai hati yang sangai baik, tulus, ikhlas, bijak dan.positif. Sifat ini lah yang keluar ke wajah Arissa dan menjadikan kecantikanya terselah.
Walaupun hati Arissa begitu baik, tetapi amat sukar untuk dimiliki. Arissa sepertinya tidak berperasaan dan tidak memperdulikan cinta lelaki.Selama dia mengenali Arissa, tidak ada sesiapa pun yang berjaya menawan hati Arissa termasuklah dirinya sendiri.
"Pelik aku kenapa kau memilih Farid sebagai suami kau, sedangkan kau boleh dapat yang jauh lebih bagus dari Farid". Getus hati Shazwan geram.
Tiba-tiba baru Shazwan perasaan tidak melihat kelibat Farid dan anak-anak Arissa distatus Dini.
Shazwan melihat jam ditanganya menunjukkan jam 5 petang. Seperti yang dijanjikan orang yang ditunggunya telah tiba dan duduk di hadapannya. Shazwan memanggil pelayan restoran untuk mengambil pesanan.
Shazwan memesan hot chocolate dan lelaki di hadapannya memesan coffee latte.
Shazwan menyerahkan satu sampul kepada lelaki tersebut.
" Semua maklumat ada kat dalam envelope tu. Aku nak tahu segala-galanya selewat-lewatnya minggu depan. Aku tak suka menunggu. Deposit 40% juga ada dalam envelope tu."
"Lelaki di hadapan Shazwan meneliti maklumat yang terdapat di dalam sampul yang diberikan oleh Shazwan kepadanya sambil meminum coffee latte.
"Ok boss maklumat ni da cukup" Paling cepat dalam tempoh 3 hari "
Shazwan menggangukkan kepalanya.
Share this novel