Shazwan melihat jam ditangannya menunjukkan pukul 10.00 pagi. Kesemua barang-barang yang disenaraikan telah disediakan oleh PAnya Halimaton dan telah diletakkan ke dalam kereta oleh pemandunya.
Seperti biasa, setiap pagi dari jam 9.00 - jam 10.30 pagi Shazwan akan mengadakan mesyuarat dengan pasukan jualan syarikatnya. Hari ini mesyuarat ditamatkan lebih awal kerana dia tidak mahu lewat untuk bertemu Arissa.
Dadanya terasa sedikit berdebar kerana telah lama tidak bersua muka dengan Arissa. Kali terakhir dia bertemu Arissa 17 tahun yang lalu ketika dimajlis persandingan Arissa dan Farid di rumah aunty Amilia.
Shazwan tidak mahu mengingatkan tentang Farid. Dia tidak mahu merosakkan moodnya hari ini kerana memikirkan tentang orang yang telah merampas Arissa darinya.
Shazwan memanaskan enjin keretanya, harini dia akan memandu sendiri kerana tidak mahu pemandunya mengambil tahu tentang hal yang berkaitan dengan peribadinya.
Shazwan menurunkan cermin atas tempat pemandu dan melihat wajahnya di cermin.
" Handsome aku lagi dari si Farid" Bisik Shazwan sendirian sambil tersenyum megah.
Seminggu ni masanya banyak dihabiskan bersama Jack. Jack merupakan image consultant dan pychological advisor terkenal untuk VVIP dan artis.
Jack telah menukar potongan rambut Shazwan dari Classic Quiff Business Haircut kepada potongan Low Fade Haircut supaya dia kelihatan lebih casual dan stylish. Jack menyuruhnya mengenakan pakaian simple hanya dengan t-shirt putih berkolar lengan pendek dan straight fit denim jeans supaya sifat kelakianya lebih teserlah.
Shazwan mengenakan white collar short sleeved slim fit Polo RL t-shirt dan seluar jeans Levis 513 slim straight stretch bewarna biru denim. Dia membiarkan sahaja t-shirtnya tidak dimasukkan ke dalam kerana t-shirt tersebut juga slim fit dan tidak panjang. Untuk kelihatan simple, Shazwan hanya memakai jam tangan Fossil bewarna hitam serta memadankan dengan kasut moccasins jenama Hugo Boss bewarna dark blue. Jarang dia mengenakan pakaian yang sesimple seperti ini.
Berdasarkan analisa Jack terhadap Arissa, Arissa lebih cenderung menyukai lelaki yang berketerampilan moden, simple, dan kemas. Dari aspek kelakuan pula, Arissa lebih mudah terpikat pada lelaki yang humble, optimistic, soft spoken, intelligence, kindness, honest, family oriented, patience, religious oriented, protective, funny, easy going and respectful. Sifat lelaki yang akan dihindari oleh Arissa boosful, egotistical, violent, vain, brazen, frightened, cheating, nosy, dominan and ilogical.
Shazwan menarik nafasnya dalam-dalam, sepertinya ciri-ciri lelaki idaman Arissa tidak banyak yang ada pada dirinya dan dia kini lebih faham kenapa dahulu Arissa telah memilih Farid berbanding dirinya. Ternyata Farid lebih memenuhi kriteria lelaki yang dikehendaki oleh Arissa berbanding dirinya malah sepertinya hampir kesemua sifat yang tidak disukai oleh Arissa ada pada dirinya.
"Demi kau Arissa, aku akan berusaha berubah menjadi lelaki yang lebih baik seperti yang kau inginkan". Bisik Shazwan sendirian sambil termenung jauh.
"Mungkin ini lah juga penyebab kenapa sehingga kehari ini aku sukar menemukan pasangan yang sesuai dan mendapat jodoh". Bisik Shazwan sendirian.
Jari Shazwan laju mendail nombor telefon Arissa. Dia harus memastikan Arissa benar-benar boleh berjumpa dengannya sebelum dia memulakan perjalanan.
"Asalamualaikum"
"Walaikumaalam"
"Arissa, dalam kol 2 petang aku sampai sana. Bawak anak-anak kau sekali" . Jelas terdengar suara ceria Shazwan dicorong telefon.
"Anak-anak aku takde, ikut nenek dia gi KL"
"Yer ke? balik bila?". Soal Shazwan.
"Petang ni atau esok. Kau kat JB ke? Dah start meeting?" Soal Arissa.
Shazwan terkedu kerana sebelumnya Shazwan sengaja mereka-reka cerita bahawa dia ada meeting di JB supaya Arissa menerima pelawaanya untuk minum bersama.
"Aku tengah meeting lagi, rehat kejap tea break. Okay, takpe la. Jumpa kau jer la camtu. Nanti kau bagi location aku fetch kau jer" Sambung Shazwan.
"Kau tak payah fetch, just bagitahu kat mane nak jumpe jer, nanti aku pergi sana" Balas Arissa.
"Takut sangat kau ni kan.. macam lah aku nak wat ape-ape pulak"
"Eh mane lah tau" jawab Arissa selamba.
"Eh aku pon tak nak" seloroh Shazwan
Arissa terkedu, terasa seperti dirinya yang terperasan lebih.
"Okay nanti aku bagi location" balas Arissa mendatar.
Shazwan tersenyum lebar, dengan Arissa kena pandai psiko sikit dan tidak boleh terburu-buru sebab Arissa jenis yang berhati-hati dan sangat peka dengan niat orang terhadapnya.
Arissa melihat ada kereta Audi Q8 bewarna hitam parking di sebelah keretanya. Kereta tersebut menurunkan cermin tingkap sebelah kiri dan Arissa melihat seperti susuk Shazwan yang berada di dalam kereta tersebut. Arissa keluar dari keretanya dan membongkokkan sedikit badan ke cermin kereta shazwan.
" Jom minum kat Starbucks" Arissa mengangkat tangan kananya dan menunjukkan lokasi starbucks yang kedudukannya lebih kurang 100m dari situ.
"Masuk lah dulu, aku dah booked tempat lain" Shazwan membuka pintu keretanya dari dalam dan menyuruh Arissa masuk ke dalam keretanya.
Arissa terpingga-pingga dan memikir samaada dia perlu untuk menaiki kereta Shazwan atau tidak.
"Masuklah cepat..kang cair make-up kau... ke kau nak aku dukung kau bawak masuk dalam kereta" Shazwan berkata sambil ketawa apabila dia melihat Arissa seperti sedang memikir-mikir pelawaanya untuk naik keretanya.
"Minum kat area mane?" Soal Arissa yang masih berada di luar kereta Shazwan.
"Dekat-dekat sini jer la.. " balas Shazwan sambil menjengokkan sedikit kepalanya kepada Arissa yang berada di luar keretanya.
" Aku follow kau dari belakang jer". Balas Arissa sambil memandang ke keretanya.
"La... tak payahlah naik sampai 2 kereta. Kereta kau parking sini je la.. cepat la masuk.. panas kat luar". Balas Shazwan menyakinkan Arissa.
"Adui lahai Arissa, takut betul kau kan.. macam baru kenal aku satu dua hari. Padahal dari sekolah rendah kita dah kenal" bebel Shazwan sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
Arissa yang serba salah masuk ke dalam kereta Shazwan yang pintunya telah terbuka dari sejak tadi. Shazwan tersenyum lebar melihat Arissa yang telah duduk di sebelahnya. Wajah Arissa di tenung dalam-dalam oleh Shazwan. Sepertinya Arissa sedikit kurus berbanding sebelumnya, masih cantik dan masih kelihatan muda remaja dengan mata bulatnya yang sangat mempersona.
Arissa memakai Guess black long sleeve sweater, Guess slim fit denim jeans, black high heels, blue black keknis plain shawl dan LV sling bag. Siapa sangka umurnya 40 tahun dengan saiz badan yang just nice tidak terlalu keding dan dengan make-up yang natural nude color, lipstik soft pink, kulit muka yang licin dan langsung tiada bekas jerawat atau garisan kedut.
"Kau macam acah-acah budak jer kan... patutnya cam kau ni dah kena pakai baju makcik-makcik macam geng-geng sekolah kita yang lain" Shazwan memulakan bicara sambil mengalihkan badanya ke kiri memandang ke arah Arissa atas bawah.
"Hurmm.. dah start dah.. dari sekolah sampai sekarang, inilah kerjaan Si Shazwan , mulut tu gatal jer nak komen pasal penampilan orang lain" Getus Arissa sendirian.
" Aku memang muda remaja lagi ape" Jawab Arissa selamba.
Shazwan hanya ketawa kecil mendengar jawapan Arissa.
Arissa memandang Shazwan, dia ingin membalas balik komen Shazwan kepadanya.
"Eh , lain macam pulak nampak Shazwan harini.. apesal nampak macam so simple and so good looking... dengan gaya rambut yang stylo dan pakaian nyer yang simple membuat Shazwan kelihatan charming.. eh.. apesal dengan mata aku ni... mata aku okay ke tak okay ni" bisik Arissa sendirian .
"Apesal kau tengok aku lama sangat ni? handsome sangat ke aku ni? " Tegur Shazwan sambil ketawa .
"Lain jer aku tengok kau hari ni" Arissa bersuara setelah dari tadi diam.
"Ape yang lain?" Soal Shazwan ingin tahu.
"Mana pergi aksesori kau yang sarat tu?" Soal Arissa dengan muka tak bersalah.
"Hurm" Shazwan tersenyum.
"Inilah Arissa yang dia kenal sejak dulu, walaupun hatinya suci bersih, mulutnya bila bercakap memang selamba takde insuran" Bisik hati Shazwan sambil tersenyum.
"Nape? suke ke tengok aku pakai aksesori sarat?" soal Shazwan pada Arissa sambil tersenyum.
Arissa ketawa kecil.
"Wanginyer kereta kau ni, kau pakai perfume perempuan ke" Soal Arissa kepada Shazwan sambil hidungnya seperti menghidu-hidu.
"Eh..eh... agak-agak ler perfume perempuan, aku camni punyer sado takkan pakai perfume perempuan" Balas Shazwan sambil menunjukkan lenganya yang sedikit berisi.
"Sado?" Arissa ketawa lucu. Arissa merasa lucu apabila Shazwan mengakui dirinya sado. Apa yang dilihat Arissa, Shazwan kelihatan sedikit berisi atau chubby dan exactly bukan sado.
"Kau kenapa suke sangat ni Arissa dari tadi asyik ketawa sorang-sorang ni" soal Shazwan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia dah tahu sangat perangai Arissa kalau ketawa tak berhenti adalah benda yang difikirkanya.
"Eh kereta kau wangi macam bau bunga.. " Balas Arissa sambil melihat keadaan sekeliling kereta Shazwan.
" Ape yang ada dalam kotak kat seat belakang ni" soal Arissa. lagi.
"Wah Inspektor Arissa dah mulakan siasatan.... " Balas Shazwan sambil ketawa.
" Barang-barang kerja aku" . Sambung Shazwan sambil membelokkan keretanya ke kiri untuk keluar dari kawasan bandar.
" Eh kita nak nak ngopi kat mane ni?" soal Arissa yang tiba-tiba kaget melihat Shazwan memilih susur kiri untuk keluar dari kawasan bandar.
"Ada la.. ikut jer la". Jawab Shazwan sambil tersenyum, lucu hatinya bila melihat keadaan Arissa yang cemas dan gelisah.
"kerja ok?" Soal Shazwan mengalihkan perhatian Arissa.
"Ok. Aku baru tukar keje kat TH group." jawab Arissa mendatar.
"Company Datuk Tengku Hisham?" Soal Shazwan sambil memandang Arissa
"Eh.. kenal ke?" Soal Arissa yang terperanjat Shazwan mengenali boss barunya.
"Tau la.. business pusing-pusing situ jugak". balas Shazwan.
"Kenapa tukar keje? Company kau dulu kan okay. Singapore Public Listed lagi" Soal Shazwan.
"Tak larat la hari-hari balik lewat malam". balas Arissa mendatar.
"Singaporean company memang lah macam tu. Takpe la lepas-lepas ni tak payah keje dah. Rehat jer kat rumah, jaga anak-anak ngan laki " Balas Shazwan serius.
"Eh..hahaha habis tu kereta, maintenance aku ngan anak-anak dara aku .. sape nk tanggung?" Soal Arissa sambil ketawa.
"Laki kau la tanggung. Ape guna ada laki kalau tak boleh nak sediakan semua tu untuk bini". Jawab Shazwan sambil matanya memandang ke depan jalan raya.
"Aku tak suka lah nk susah-susahkan laki. kalau dapat laki kaya dan tak kedekut takpe lah.." balas Arissa mendatar
"Abestu pergi lah cari laki kaya.. yang kau..." Shazwan tidak meneruskan kata-katanya.. Dia tersedar yang dia telah tersalah cakap.
Arissa memandang tajam ke arah Shazwan. Dia menggangkat kedua-dua belah matanya yang bulat untuk shazwan menghabiskan kata-katanya tadi.
Shazwan menjadi serba salah dan terus mengalihkan siaran radionyer ke siaran lain. Tiba-tiba kedengaran lagu cinta muka buku Najwa Latif dicorong radionya.
"Hiish lama tak dengar lagu ni... nyanyi cepat Arissa,
aku nak dengar kau nyanyi lagu ni".
" Tak reti" Jawab Arissa malas melayan.
" Alahai... kau janganlah tipu aku kau tak reti.. takkan diva smule tak reti nyanyi lagu ni"
Arissa tersentap. Terperanjat bila Shazwan tahu pasal aktiviti smulenya.
"Ape smule?" Soal Arissa berpura-pura tidak faham dengan apa yang diperkatakan Shazwan.
"Ha.. dah pandai menipu ea kau sekarang Arissa" Shazwan menjeling Arissa sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
" Kau stalk aku?" Arissa menunjukkan jari telunjuknya ke arah Shazwan.
"Eh.. tolonglah siket.. banyak lah aku kerja lain dari stalk kau. Ingat aku free sangat sampai nak stalk-stalk kau" Balas Shazwan sambil mencemikkan mukanya mengejek Arissa.
"Abestu?" Soal Arissa sambil memandang tepat pada Shazwan.
"Kau lupe sape kawan baik adik kau?" jawab Shazwan sambil tergelak.
" Dini citer kat Saleena? Pastu Saleena pulak gi citer kat abang dia yang kepo ni? korang ni memang takde kerja lain kan.. seronok dok mengumpat pasal aku kan" Sambung Arissa sambil menjeling Shazwan.
"Eh kau pon macam baik sangat kan...kau ngan si Dini takde ngumpat pasal aku??? ..ha..ha... baik kau mengaku..." Soal Shazwan sambil menjeling Arrisa.
Arissa terkedu dan hanya membatukan dirinya kerana memang dia ngan adiknya Dini selalu mengumpat tentang Shazwan.
"Tengok.. diam... btol lah tu... kau ngan adik kau yang nakal tu pon takde kerja lain gak kan.. mengumpat jer kerja"...Macam aku tak tau". Balas Shazwan sambil menggelengkan kepalanya.
"Eh... Shazwan... macam jauh jer ni. Minum kopi ape sampai jauh sangat macam ni?" Arissa tiba-tiba tersedar kereta Shazwan benar-benar telah pergi jauh dari bandar dan kini melewati kawasan-kawasan yang sangat asing baginya.
Shazwan tersenyum nakal.
" Ni dah jauh sangat dari bandar ni. Apa siap masuk hutan-hutan bagai ni??" kita nak pergi mana?? Soal Arissa yang semakin cemas.
" Aku nak kidnap kau " Jawab Shazwan sambil ketawa kecil.
"Jangan bergurau lah.. nak pergi mane ni? Aku tak pernah lalu rempat-tempat macam ni" Soal Arissa terusan kepada Shazwan. Arissa tiba-tiba merasa menyesal kerana telah manaiki kereta Shazwan.
"Dah nama pun kidnap, takkan nak bawak tempat ramai orang ". Balas Shazwan sambil ketawa. Kali ini ketawanya lebih kuat kerana lucu dengan reaksi Arissa.
"Jangan main-main lah... aku lepuk kau karang".Arissa yang tidak tahan dengan gurauan Shazwan meninggikan suaranya sambil sekuat hati mencubit lengan kiri Shazwan.
"Adoiiiii..." kuat giler tangan kau Arissa eh.. cer try cubit sekali lagi rasa macam best pulak" Shazwan terusan menyakat Arissa.
Tiba-tiba Arissa ternampak ada sebuah banglo peribadi di kawasan atas bukit yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan.
"Kau nak bawak aku pergi rumah tu ke?" Soal Arissa kaget.
" Aah.. nak kidnap kau kat situ.. Takut tak???" Shazwan memalingkan badanya menghadap Arissa.
Arissa diam membatukan diri. Dalam kepalanya ligat memikirkan bagaimana cara untuk dia menyelamatkan dirinya jika Shazwan benar-benar berniat tidak baik kepadanya.
"Pasni aku aku nak bawak kau lari kat Siam pulak.."sambung Shazwan sambil tersenyum.
" Apesal pulak?" Soal Arissa yang runsing dengan apa yang diperkatakan oleh Shazwan kepadanya.
"Kawen lari kat Siam la" Balas Shazwan terusan ketawa.
"Giler". Balas Arissa geram.
Pegawal keselamatan membuka pintu pagar besar sebaik melihat kereta Shazwan tiba di banglo tersebut.
Shazwan memberhentikan keretanya berhadapan dengan pintu masuk utama banglo tersebut.
"Nak aku bukakkan pintu kereta ke atau kau boleh keluar sendiri?" Soal Shazwan mengusik Arissa.
"Kalau aku tak nak keluar?" Soal Arissa serius kepada Shazwan.
"Aku dukung kau. kau ingat aku tak kuat?? tengok tangan aku. " Balas Shazwan sambil menyelak sekali lagi lengan bajunya.Ternampak warna biru kesan cubitan Arissa di lengannya.
"Giler" Arissa menarik nafasnya dalam-dalam menahan rasa geram, dan takut yang bersarang di dalam hatinya.
Arissa membuka pintu kereta Shazwan dan keluar memerhatikan keadaan disekeliling banglo tersebut.
"Sangat indah dan cantik". Bisik Arissa sendirian.
Arissa melihat terdapat beberapa pekerja sedang membersihkan taman yang dipenuhi bunga yang bewarna warni di sekitar banglo tersebut. Sepertinya hanya ada satu pintu gate besar untuk dia keluar dari sini dan terdapat pondok pengawal dan pengawal berjaga di situ. Selainya hanya tembok batu yang tinggi yang tidak mungkin mampu dipanjat olehnya.
Tiba2 Arissa tersentak apabila merasakan tapak tanganya digenggam lembut oleh seseorang.
Dengan pantas Arissa melepaskan pegangan tangan Shazwan.
" Arissa, jangan takut lah. Kat sini ramai pekerja. Aku ada hal nak bincang dengan kau, sebab tu aku bawak kau kat sini. Sebab tu juga aku ajak anak-anak kau ikut sama supaya kau tak takut macam sekarang ni" Pujuk Shazwan lembut sambil memegang kemas lengan Arissa dan menariknya masuk ke banglo tersebut.
"Aku takkan buat bukan-bukan pada kau lah" sambung Shazwan sambil tersenyum manis.
" Tapi kalau kau yang nak buat bukan-bukan kat aku tak tahu lah" sambung Shazwan sambil ketawa lucu.
" Giler" Balas Arissa sambil mencebikkan mulutnya.
Arissa menarik nafas lega apabila melihat terdapat lebih 3 orang pembantu rumah yang sebaya mamanya di dalam banglo tersebut.
Shazwan menarik lengan Arissa menuju kearah meja makan mewah yang tidak jauh kedudukanya dari ruang tamu dan pintu masuk utama.
Arissa melihat di atas meja telah terhidang pelbagai jenis makanan termasuk dessert dan buah-buahan yang enak.Tiba-tiba mata Arrisa tertumpu pada Macadamia Nuts Brownies yang terhidang sama di atas meja. Arissa memandang ke arah Shazwan.
" Aku tahu tu favourite kau tu. Ada lagi satu kotak untuk kau bawak balik nanti".Jawab Shazwan sambil tersenyum.
"Dah jum makan, aku lapar giler ni". Shazwan menarik kerusi untuk Arissa duduk.
" Jangan malu-malu, kita berdua jer kat sini buat macam rumah sendiri." Shazwan menuangkan jus Oren ke dalam gelas Arissa.
"Arissa tolong ambikkan spagetti tu" pinta Shazwan sambil menunjukkan mangkuk spagetti yang berada di hadapan Arissa.
Arissa mengangkat pinggan Syazwan dan mengisikanya dengan spagetti dan 3 ketul chiken wings dan meletakkanya semula ke atas meja shazwan.
"Thank you sayang". Ucap Shazwan sambil tersenyum manis memandang Arissa.
" Eh?" Balas Arissa.
" Eh tak boleh eh? kena kahwin dulu baru boleh panggil sayang?" Balas Shazwan sambil ketawa kecil.
Arissa mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Ee... rasa macam nak lepuk jer kau ni" getus Arissa sendirian.
"Ape benda yang tadi kau cakap nak bincang kat aku?" Soal Arissa sambil mengupas kulit buah anggur.
"Adalah... makan dulu. Pas dah kenyang baru citer". Balas Shazwan yang sedang meletakkan sos black paper ke dalam pinggannya.
" Kau nak bincang pasal ape, cakap lah" desak Arissa.
"Arissa kau kalau nak tahu sesuatu, dari dulu sampai sekarang pun camni gak... tak sabar-sabar.. makanlah dulu... kalau tak aku cium kau karang". Jawab Shazwan sambil mengacah-ngacah mahu mencium Arissa.
"Eee"
"Ape eee..eee kang aku cium betul-betul baru tahu"
"Giler kau.. " balas Arissa sambil mencemikkan mukanya.
"Tau pon takot" Balas Shazwan sambil ketawa lucu.
Setelah selesai makan, Shazwan menyuruh pembantu rumah mengemas meja dan mengambilkan failnya di atas meja ruang tamu.
Shazwan juga menyuruh pembantu rumahnya mengeluarkan sesuatu di dalam kereta.
Arissa melihat pembantu rumahnya membawa satu bouquet bunga mawar yang besar kepada Shazwan.
" Arissa, untuk kau sebab sudi luangkan masa jumpa aku"
"Wow banyaknyer rose" Arissa membelek -belek bunga mawar tersebut sambil tersenyum.
"Eh jap, tadi kau simpan bunga ni dalam kereta ke? " Soal Arissa tiba-tiba.
" Yer.. yang kau dok cakap aku pakai perfume perempuan, bunga ni lah tadi" Jawab Shazwan sambil melihat telatah Arissa yang tersenyum sendirian sambil membelek-belek bunga mawar pemberianya.
Arissa tersenyum.. lucu bila teringat yang dia telah menuduh Shazwan memakai perfume perempuan.
Arissa meletakkan bunga mawar pemberian Shazwan ke atas meja. Sepertinya Shazwan ingin membincangkan sesuatu dengannya.
"Arissa..." Shazwan memandang tepat ke mata indah Arissa.
Arissa tidak menjawab, dia hanya membulatkan matanya memandang kearah Shazwan.
"Aku dah tahu apa yang telah terjadi antara kau dan Farid."
Arissa terkedu, terus dia mengalihkan pandangannya ke bawah.
"Kau tak payah nak sembunyi status kau pada aku. Aku dah tahu semuanya". Sambung Shazwan sambil membuka fail yang diberikan oleh pembantu rumahnya.
"Ni" Shazwan mengeluarkan salinan sijil cerai Arissa dan gambar-gambar perkahwinan Farid dan Nora.
"Mana kau dapat semua -semua ni?" Soal Arissa terkejut.
" Tak payah tahu lah.. tak penting" jawab Shazwan mendatar.
"Arissa, aku straight to the point la.. aku malas nak cakap berbunga-bunga sebab tu aku bagi kau bunga tu".
"Aku masih sayang dan cinta kat kau macam dulu-dulu, walau pun kau tak pernah terima aku sebagai kekasih kau dan kau jugak telah mengecewakan aku, aku nak mencuba sekali lagi" sambung Shazwan serius.
"Bagilah aku peluang kali ini. Aku dah tak nak ajak kau bercinta-cinta, aku dah letih. Aku nak terus kahwin jer"
Shazwan memandang tepat ke wajah Arissa.
Arissa terkedu. Dia tak bersedia untuk mendengar dan memikirkan hal-hal seperti ini pada ketika ini.
"Arissa..."
Sahzwan mengeluarkan kotak baldu berwarna biru dari poketnya dan membuka kotak tersebut.
Arisa melihat ada sebentuk cincin emas putih yang sangat indah yang berbatukan sebiji belian di dalam kotak tersebut.
Shazwan memegang kedua-dua belah tangan Arissa.
"Arissa, sudi lah jadi isteri aku.. please...."
Arissa memandang Shazwan. Dia benar-benar merasa serba salah. Otaknya juga beku dan tidak dapat memikirkan apa-apa.
Setelah lama berdiam akhirnya Arissa bersuara.
"Shazwan, sepertinya aku ni tak layak untuk kau. Kau boleh dapat yang jauh lebih baik dari aku" Jawab Arissa mendatar.
" Aku tak cari yg lebih hebat atau lebih baik. Aku cuma nak Arissa. Arissa yang ada depan mata aku sekarang ni" Balas shazwan sambil tangannya masih memegang kedua belah tangan Arissa.
Shazwan mengeluarkan cincin tersebut dari kotak dan menyarungkanya ke jari manis tangan kiri Arissa.
"Arissa, cincin ni aku tempah khas untuk kau. Ada nama aku dan kau kat cincin ni. Please pakai jer dan jangan bukak-bukak yer".
"Kenapa kau senyap? Kau nak aku merayu atau melutut ke? Okay.." Shazwan berdiri dan menolakkan kerusinya ke belakang.
" Eh, jangan! jangan melutut atau merayu aku lemas" Jawab Arissa laju kerana dia tidak mahu Shazwan membuat perkara yang bukan-bukan.
Shazwan tersenyum.
"Arissa....."
"Terima aku please.... Inshaallah aku akan berusaha sedaya upaya untuk jadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak kau dan anak-anak kita nanti" Shazwan kembali mengenggam kedua-dua belah tangan Arissa sambil memandang Arissa dengan penuh pengharapan.
"Alamak... anak-anak kita? .. aku dah tutup kilang weh.." Bisik Arissa sendirian.
" Shazwan aku dah tua la... kau cari la perempuan yg lebih muda yg lebih sepadan dengan kau, yang mampu berikan kau zuriat. Aku tak sesuai la" Balas Arissa bersungguh.
"Tua??.. kita sebaya kan.. apa yang tuanya? Makksud kau? Tak boleh bagi zuriat ke?.... Che Ta pon bole dan Siti Nurhaliza pon baru jer bersalin anak nombor 2 masa umur dia 42 thn ... Takkan lah kau tak boleh Arissa
... Jangan lah bagi alasan bukan-bukan Arissa.. Tapi kalau betul pon tak boleh takpe la, nanti kau carikan lah aku bini nombor 2..haha.." Shazwan ketawa nakal
.
"Tak kelakar" Arissa mencemikkan mukanya.
" Tak bole ada 2 eh??? Ala-ala majuk ke.. sorry-sorry ..
aku gurau la... takde pon takpe, anak kau kan dah ada. Anak kau anak aku jugak. Tak yah pikir benda ni sume, just fikir bila kita boleh kahwin". Sambung Shazwan yang tidak sabar untuk mendapatkan persetujuan dari Arissa.
"Shazwan...aku tak boleh bagi apa-apa kuputusan sekarang. Bagilah masa untuk aku berfikir." Balas Arissa yang merasa serba salah.
"Bagi-bagi masa yang bahaya ni..." Balas Shazwan seperti tidak setuju.
Setelah melihat Arissa gelisah dan membatukan diri Shazwan bersuara kembali.
"Okay, aku bagi kau masa sebulan untuk berfikir. Tapi kalau kau reject aku Arissa, siap kau tau.. .. aku memang bawak ko kawin lari jer... Aku tak main-main..." Sambung Shazwan dengan muka serius.
"Giler". Balas Arissa sambil mengelengkan kepalanya.
" 17 tahun aku tunggu...tau.. sape-sape pon boleh gila" Shazwan membalas kata-kata Arissa.
" Eh... ape tunggu.., kau melambak jer girl friend.. macam lah aku tak tahu". Balas Arissa sambil menjeling Shazwan.
" Girlfriend-girlfriend jugak... tunggu -tunggu jugak.. " balas shazwan sambil tersenyum dan mencubit pipi comel Arissa.
Arissa menepis tangan Shazwan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Tiba-tiba telefon Arissa berbunyi. Arissa bangun dan terus keluar dari banglo tersebut dan mengangkat panggilan yang diterimanya
"Hello"
"Kat mane?" Kerja ke arini?" Terdengar nyaring suara Farid keluar dari corong telefon.
"Tak kerja, keluar ngan kawan" jawab Arissa mendatar.
"Siapa? Keluar dari kol berape? sampai sekarang tak balik-balik lagi ni. Tu mesej tu tak tengok ke? Beratus mesej hantar bukan nak jawab". Bebel Farid ditelefon.
Arissa menarik nafas dalam-dalam menahan sabar.
" Ada apehal sebenarnya ni?" Soal Arissa menahan marah.
"Arissa kat mane sekarang ni? Kol berapa nak balik ni?" Farid terus-terusan menyoalnya.
"Kenapa? Ada ape?" Arissa mula meninggikan sedikit suaranya.
"Abg nak ambik tangga kat umah, dari kol 2 abang pergi sana sampai sekarang tak balik-balik lagi ni.. kol berapa nak balik?" Farid terusan menanyakan soalan yang merimaskan Arissa.
"Okay-okay, nanti dah sampai Arissa bagitahu". Arissa terus memutuskan talian. Semak otaknya dengan karenah Farid yang suka menyibuk pasal dirinya.
"Shazwan dah jum hantar balik" Arissa memandang Shazwan dengan wajah yang gelisah.
"Siapa call? Farid?" Soal Shazwan kesal.
Arissa tidak menjawab hanya menggangguk lemah.
"Apa dia nak? " Soal Shazwan sambil mengerutkan dahinya.
"Dia cakap nak guna tangga yang kat rumah". Jawab Arissa dengan wajah yang kesal.
Shazwan menggeleng-gelengkan kepalanya dan terus mencapai kunci keretanya.
.
Arissa membelek-belek cincin pemberian Shazwan. "Indah dan Cantik" . Bisik Arissa sendirian sambil tersenyum.
"Jangan suka benci-benci orang, nanti orang yang kita benci tu yang akan kita kahwin" Adoii.. padan muka kau Arissa...gelak-gelakkan orang lagi.. Allah tu kalau nak membalikkan sesuatu sekelip mata jer" bebel Arissa sendirian sambil mengetuk-ngetuk kepalanya dengan bantal.
Arissa melihat barang-barang pemberian Shazwan.
"Macam ni punya banyak, siap ada untuk mama , Dini, Kak Ira, anak-anak aku, kek, bunga, perfume favourite aku...." Adoii ape aku nk cakap kat diaorng nanti.. mesti aku kena bahan cukup-cukup... Rase nk jerit kuat2 lah.."
"Shazwan apesal kau nampak dah macam lain sekarang?? Tak macam dalam live atau iklan-iklan kau yang selalu aku tengok.. Apesal kau nampak lebih handsome sekarang? Lebih handsome dari masa sekolah dulu.. Perangai kau pon dah berubah 360 darjah .. Kau dah kena sampok antu ape ?? Tiba-tiba jadi baik. Sebelum ni perangai kau macam syaiton... asyik nak marah-marah, panas baran, perasan bagus, cakap kau sorang jer yang betul, suka hina orang, suka membuli.. Aku benci kau yang dulu Shazwan.... Tapi sekarang dengan kau yang dah chubby sikit.. nampak comel, sweet, cool...." Arissa berkata sendirian...
"Weh Arissa... kau dah kenapa? Dah gila ke sewel ke dah kena mandrem ngan Shazwan..??" kau kenape Arissa?? dah cair ngan Shazwan ke .... owh.. TIDAK.....
Arissa menekup mukanya dengan bantal dan menjerit sekuat hati..
Share this novel