Arissa mengakses akaun smulenya. Disini tempat dia melepaskan jeritan kesedihan yang bersarang di dalam hatinya. Ini salah satu terapi favourite Arissa setelah Farid keluar dari rumah meninggalkannya dan anak-anak. Ramai kawan-kawanya disini yang kisah hidup mereka hampir-hampir serupa sepertinya. Dari sini baru dia tahu dan sedar ramai lagi orang yang bernasib lebih malang dari dirinya. Dia bersyukur kerana apa yang dia hadapi tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan orang lain.
"Mungkin trend perempuan muda sekarang berselera beno dengan laki orang. Depa ingat jantan tu banyak sangat harta. Esok dah kahwin depa tau la langit tu tinggi ke rendah. Lelaki tu yang dok belagak banyak duit bukan harta depa, silap haribulan rumah, kereta semua bini yang bayo. Harem betol la. Yang jantan ni plak tak sedo diri.. dah tua-tua menggatal nak yang muda. kalo memang banyak duit takpe gak silap haribulan baju sampai ke seluar kecik dia pon bini yang dok beli" tersenyum Arissa bila teringat kata-kata Nina minggu lepas ketika mereka membawang isu trend perempuan muda sekarang yang suka sangat merampas suami orang.
Memang betullah tu. Pakaian dalam, pakaian kerja Farid semua dia yang beli. Fesyen rambut Farid dia juga yang advise. Masa Arissa mula-mula berkahwin dengan Farid, Farid selekeh jer dengan kemeja besar, seluar sapu lantai dan rambut GQ nya. Arissa yang menukar gaya pemakaian Farid dengan membeli kemeja dan seluar slim fit berjenama, dan menukar fesyen rambut Farid dari GQ ke crew cut hairstyle serta membelikan wangian yang berjenama terkenal bahkan kereta pertama Farid Gen2 juga dia yang bayarkan setiap bulan di bank.
" Hurmm mudah-mudahan perempuan yang kau terkejar-kejarkan tu dapat beri kau lebih dari apa yang pernah aku bagi selama ini. Sekiranya ada kebaikkan yang pernah aku lakukan selama ini biar Allah saja lah yang membalas dengan caranya tersendiri" bisik Arissa pelahan. Dengan berfikiran sedemikian jiwanya menjadi lebih kuat dan sehat.
Arissa membelek-belek akaun smulenya. Banyak messege yang diterimanya. Tiada satu pon yang dibaca kecuali mesej dari teman rapat dan orang yang dikenalinya. Dia disini hanya untuk menyanyi dan lepaskan perasaan gusarnya di dalam lagu selain dia memang dari kecil suka menyanyi.Tidak ada istilah mencari 'soulmate' atau cinta hujung nyawa di sini. Hatinya juga masih parah dan tertutup rapat untuk lelaki.
Arissa memilih untuk membuka oc lagu Judika Aku yang tersakiti dan lagu Acey Sakit.
Lagu ni sesuai dengan hatinya yang masih sakit akibat dari perbualan telefon dengan Nora tempoh hari.
Arissa tersenyum puas. Terasa kesakitan itu keluar bersama nyanyianya tadi. Arissa melihat video nyanyianya semula.
"Hahaha lucu ya amat". ketawanya sendirian. "Tak sedap takpe asal confident" itulah kata-kata yang selalu di keluarkan oleh kawan baik smulenya Tasha yang membuat Arissa tersenyum lucu. Arissa mengulangi rakaman video nyanyianya semula.
"okey la tu not bad and nampak comel". puji Arissa pada dirinya sendiri. "Adoiii perasannya aku ni . Confident teruk" Arissa ketawa kerana merasa lucu dengan dirinya yang syok perasan sendiri.
Seperti biasa tak sampai satu minit Arissa membuat rakaman lagu pasti banyak komen-komen yang masuk dan pasti ada orang yang akan bergandingan bernyanyi di rakamannya.70% yang akan bergandingan bernyanyi di rakamannya adalah orang-orang sama (regular joiner) dan majoritinya lelaki manakala yang selebihnya orang-orang yang jarang atau tidak pernah dia lihat sebelum ini.
Ramai yang meminati Arissa disini, pernah sehingga lebih 200 orang yang memilih bergandingan bernyanyi bersamanya. Sehingga dia tak mampu mendengar kesemua gandingan tersebut. Dalam tempoh beberapa bulan Arissa membuka akaun smulenya pengikutnya sudah mencecah 3 ribu.
Ramai lagi perempuan yang jauh lebih muda dan cantik, seksi dan bersuara lunak merdu dari darinya di smule. Tetapi Arissa mempunyai auranya tersendiri yang akan membuat orang terpersona dengan wajah, gaya dan tone suaranya. Gaya dan rupanya benar-benar persis artis. Kulitnya yang putih mulus, matanya yang bulat sangat mempersona ditambah dengan hidungnya yang mancung, bibirnya yang yang sempurna cantik serta giginya yang putih tersusun indah membuatkan ramai yang cair dan angau cinta kepadanya. Arrisa menggunakan gelaran Ms Apple dismule agar identitinya sukar dikesan. Walaupon sudah beribu orang yang telah bergandingan menyanyi bersamanya tiada satu pun yang manarik perhatianya.
Arissa membelek-belek komen-komen lagu yang baru dirakamnya tadi.
" Wow Apple, jiwang teruk nampak .. muka maintain comel sokmo"
"Hahaha.., syaiton ni pantang aku rakam lagu, cepat aje dia komen" Arissa ketawa lucu. Dengan pantas Arissa membalas komen Lola.
"Adeh.. ape barang jiwang-jiwang.. eh Lola jom jiwang sama" balas Arissa sambil letak simbol microfon dan orang mengejek.
"Orait Otw ... " balas Lola pantas.
Arissa ketawa. Ni la satu-satunya manusia yang selalu memberikan komen-komen merapu-rapu padanya di Smule. Arissa telah mengenali Lola sejak mula-mula dia membuka akaunya di smule. Lola juga antara orang yang pertama bergabung menyanyikan lagu-lagu yang direkodnya di Smule. Penuh akaun smule Lola dengan lagu-lagu gabungan nyanyianya dengan Arissa.
Lola tahu Arissa cuma menggapnya sebagai kawan biasa sahaja. Segala usahanya untuk menawan hati Arissa tak pernah berhasil. Jika dia mencuba lebih lagi dia pasti Arissa akan block akaunnya.
..
Share this novel