"Danny, who the hell Arissa?" Soal Tengku Harith pada PAnya.
" She is our new Marketing Manager". Jawab Danny sambil melihat jam di dinding biliknya menunjukkan.11.30 malam.
"Kenapa Tengku?" soal Danny kepada Tengku Harith.
"From last few days Dato ngan Datin non stop mentioned about this idiot. Bagus sangat ke dia?" soal Tengku Harith dingin.
"Tengok cara dia kerja, macam okay la. She just do her own work jer ". Jawab Danny jujur.
"Eyeing her, I don't like her" Arah Tengku Harith dan terus memutuskan talian telefonya.
Danny mengeleng-gelengkan kepalanya tidak setuju dengan perlakuan Tengku Harith yang kebudak-budakan dan tidak matang walau pun umurnya telah menjangkau 35 tahun.
"Halimaton, mane darling I Dato' Shazwan? Dari tadi I tak nampak dia pon" Soal Diana sambil matanya meliar-liar mencari kelibat Shazwan.
"Dato tak ada hari ni. Malik will chair the meeting". Jawab Halimaton sambil menjeling Diana. Artis gedik yang sedang meningkat naik namanya merupakan duta produk terbaru syarikat Shazwan.
"What??? Mane boss you pergi?? Ini kan meeting penting! I cancel shooting schedule I hari ni sebab nak attend this meeting and jumpe boss u, boleh pulak dia tak.ada kat sini" bebel Diana sambil menjeling pada Halimaton.
"Boss I jumpa orang yang lebih penting dan bermakna dari you okay. Semua urusan produk you boleh liaise directly with Malik" Jawab Halimation dengan nada menyampah.
"Hey Halimaton, you ingat you tengah bercakap dengan siapa sekarang ni? you baru jadi PA jangan nak belagak dengan I. I boleh buat sampai you kena buang kerja tau". Bentak Diana yang sakit hati dengan layanan Halimaton padanya.
"Suka hati you la nak buat apa. I just follow my boss instruction. Tu Malik, anything you may refer to him okay". Halimaton menunjukkan Malik pada Diana dan terus pergi meninggalkan Diana yang masih tidak puas hati kerana Shazwan tiada di situ.
"Baru berlakon drama bersiri jam7 malam belagak macam primadona". Bebel Halimaton sendirian.
"Shazwan, da kenyang tengok aku ke?" Soal Arissa sambil tergelak kecil kerana dari tadi Shazwan hanya merenungnya tanpa menjamah sedikit pun makanan dihadapanya.
"Hahaha betul la tu. Tengok kau yang manis ni aku terus kenyang. Tak makan seribu tahun pon takpe asal kau berada di depan mata" Balas Shazwan sambil tersenyum manis.
"Amboi bersemut... sampai potong kaki".. Makan.ler.. aku rasa tak selesa kot tengah makan orang dok perati jer.. aku dah le tengah lapar ni" Balas Arissa sambil mengerutkan mukanya.
"Alolo comelnyer... Sayang I miss you so much"
Tiba-tiba Arissa tersedak apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Shazwan.
Shazwan yang kaget segera mendapatkan Arissa dan memberikanya air sambil mengusap belakang Arissa dengan penuh kasih sayang. Tindakkan Shazwan telah menarik perhatian pelanggan lain yang berada di dalam restoran tersebut.
"Eh tu macam Dato Shazwan kan pengasas produk SS. Handsome dia bila tengok depan-depan kan.." Datin Maimunah mengalihkan perhatian Datin Zulaikha kepada Arissa dan Shazwan.
"Arissa...." spontan terkeluar dari mulut Datin Zulaikha.
"Sapa Arissa? You kenal ke girl cantik with Dato Shazwan tu?" soal Datin Maimunah kepada Datin Zulaikha.
" My Marketing Manager" Jawab Datin Zulaikha bangga.
"Wah, hebat staff you kan. Boyfriend tak calang-calang, businessman jutawan viral lagi. Tak lama lagi sure resign la tu. I dengar gossip Dato Shazwan da jumpa kekasih hati first love dia dulu dan bakal menamatkan zaman bujangnya soon" Balas Datin Maimunah beria.
"Ha?" Soal Datin Zulaikha terkedu. Hatinya mula dilanda kerisauan. Dari pandangan matanya Dato Shazwan seperti benar-benar menyayangi dan mencintai Arissa. Berkemungkinan besar gadis yang diperkatakan oleh Datin Maimunah adalah Arissa. Dia juga tahu bahawa status Arissa juga adalah bercerai.
Share this novel