Bab 15

Romance Series 11111

Arissa melihat pesanan whatsapp yang baru masuk ke telefonnya dan kemudian tersenyum sendirian sambil ketawa kecil.

"Shazwan.. Shazwan" bisiknya sendirian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Cincin pemberian Shazwan dijari manis kirinya ditenung sambil tersenyum.

"Minggu lepas baru jumpa, minggu ni nak jumpa lagi, tak penat ke drive jauh-jauh" bisik Arissa pelahan sambil tersenyum.

Tiba-tiba lamunan Arissa terhenti apabila mendengar suara yang kuat keluar dari bilik mesyuarat.

Bulat mata Arissa memandang Anita.

Kuat kedengaran suara Datuk Tengku Hisham (DTH) dan Datin Zulaikha sedang marah di dalam bilik mesyuarat tersebut. Tetapi butiran kemarahan tidak begitu jelas kedengaran dari luar.

"Anita, ni meeting dengan team projek dan kontrak kan?". Soal Arissa cemas.

"Aah... Tengku Harith pun ada kat dalam meeting tu" Balas Anita dengan memuncungkan mulutnya.

"Ape kes ni? Soal Arissa gusar kerana selepas ini giliranya pula untuk membentangkan kertas kerja cadangan pemasarannya kepada Datin Zulaikha.

Arissa meneliti semula kertas kerja cadangan pemasaran yang telah dibuatnya. Terasa jantungnya berdegup kencang setelah mendengar suara kemarahan DTH dan Datin Zulaikha yang kuat sehingga kedengaran di luar.

Arissa merasakan semua maklumat strategi pemasaran yang disediakanya sudah cukup lengkap. Oleh kerana dia tidak dimaklumkan jumlah peruntukan sebenar syarikat, Arissa telah menyediakan beberapa pilihan dan pelan strategi pemasaran yang dirasakanya bersesuaian dengan projek sedia ada.

"Relax la kak Rissa, DTH ngan Datin jarang lah marah-marah. Ni mesti ada masalah besar ni" pujuk Anita sambil tersenyum manis.

Setelah hampir 2 jam kumpulan projek dan kontrak bermesyurat bersama DTH dan Datin Zulaikha akhirnya kesemuanya keluar dari bilik mesyuarat dengan muka yang hambar.

"Kak Rissa, Datin panggil masuk ke bilik mesyuarat" . Anita memberitahu sambil memberi isyarat tangan supaya Arissa masuk ke bilik mesyuarat tersebut.

Arissa mengangkat laptop dan kertas cadangan pemasarannya menuju ke bilik mesyuarat.

Sebaik tiba di pintu masuk bilik mesyuarat kelihatan Tengku Harith masih lagi berbincang dengan Datin Zulaikha dan DTH, Arissa memberhentikan langkahnya dan hanya berdiri di luar pintu bilik tersebut.

"Ayah, please... tiles tu memang tak boleh return or exchange.. sebabnya tiles tu customized ikut tempahan kita". Pujuk Tengku Harith bersungguh-sungguh pada ayahnya DTH.

"Harith dah checked dengan Marsha, according to Marsha memang tak boleh return or exchange with other tiles. Tiles tu imported tiles". Harith terusan memujuk ayahnya DTH.

" Jangan jadi bodoh lah Harith !.. macam tu punya kualiti customized? Itu bukan customized, itu barang tak laku lepastu dia humban bagi company kita dengan harga yang mahal tak masuk akal. Kalau customized mana customize instructions dari syarikat kita dan customize proposal dari syarikat dia?". DTH meninggikan suaranya kepada Tengku Harith.

"Ayah... please... kali ni jer.. please.." Pujuk Tengku Harith kepada DTH. Dia benar-benar tersepit dan tertekan. Isu ini telah membuatnya bergaduh besar dengan kekasih kesayangannya Marsha.

"Since you are the one who bought this idiot tiles, you have to solve this problem or otherwise I will not pay the balance of 60% and 40% loss will be deducted from your monthly salary. Ask our contract team to return all the tiles back asap." Balas DTH tegas tanpa menghiraukan rayuan Tengku Harith.

Mata Tengku Harith telah mula kemerahan dan berkaca menahan sakit di hatinya dengan keputusan tegas yang dibuat oleh ayahnya DTH.

" Harith, ni dah kali ke-4 Marsha supplied materials untuk company kita with the nonsense quality standards. Kalau baru sekali maybe ayah and ibu boleh accept." Sampuk Datin Zulaikha serius sambil memandang tepat ke wajah anak lelaki tunggalnya Tengku Harith.

"You should know that our company complies with ISO, all approvals, transactions or purchase orders must accordance to the SOP".

"Kontrak department sepatutnya kena dapatkan at least 3 quotations from 3 different suppliers and process the Purchase Orders accordance to the SOP sebelum you sign the approval and release the payment". Sambung Datin Zulaikha mengingatkan Harith.

" Harith, please la, be more responsible and professional bila buat kerja. Ini syarikat, your personal life jangan bawak masuk dalam company ni . This company is belongs to me dan Ayah. You jangan sewenangnya mess- up this company with your nonsense decisions.

You think this RM800k is RM8?? Boleh thow away macam tu aje?? RM8 pon kalau beli nasi, makan kenyang tau tak.. Then your mistakes yang sebelum-sebelum ni lagi?? kalau accumulate almost 3.5 mil tau tak. .. perangai you boleh buat my company lingkup dan hancur.

Lepas ni your signature dah tak valid. Ibu dan cancelled your signatory . All approvals or payments perlu dapatkan my signature or ayah signature only. Memo regards to this matter has been circulated to all departments and banks this morning". Sambung Datin Zulaikha sambil memandang tepat pada Tengku Harith.

Terbeliak mata Tengku Harith mendengar kata-kata ibunya Datin Zulaikha. Hanya kerana RM800 ribu, ibu dan ayahnya sanggup memperlakukanya sebegini buruk. Keputusan kedua ibupanya benar-benar telah menghancurkan reputasinya dan membuat dia menjadi seperti orang yang tidak berguna di dalam syarikat.

Tengku Harith merasakan hidupnya telah hancur dan musnah. Dia seperti manusia yang tidak berguna di syarikat kedua ibubapanya.Pasti pengaruhnya di syarikat
hilang sekaligus menimbulkan masalah besar dalam hubungan cintanya dengan Marsha, satu-satunya gadis pujaanya yang paling cantik, popular dan seksi . Tiada satu wanita pun yang dapat menandingi kecantikan dan kehebatan yang dimiliki oleh Marsha di mata Tengku Harith.
.
Arissa hanya tercegat di tepi pintu bilik mesyuarat dan melihat aksi ketiga-tiga anak beranak yang masing-masing dalam keadaan dingin.

Datin Zulaikha mengalihkan pandangannya ke pintu bilik mesyuarat. Dia hampir terlupa bahawa dia telah menyuruh Arissa masuk ke bilik tersebut.

Datin Zulaikha melambai tangannya kepada Arissa, memberi isyarat supaya masuk ke bilik mesyuarat. Tengku Harith yang sedar kehadiran Arissa terus bangun dan keluar dengan rasa kesal tanpa memperdulikan DTH, Datin Zulaikha mahu pun Arissa.

DTH dan Datin Zulaikha hanya mengeleng-gelengkan kepala melihat perlakuan anak bujang tunggal mereka.

Arissa menyerahkan salinan proposal pemasarannya pada DTH dan Datin Zulaikha dan membuka slide presentationnya di laptop ke LCD agar lebih mudah untuk dibentangkan kepada Datin Zulaikha dan DTH.

"Datin, due to Marketing budget is to be discussed later, I just proposed the relevent marketing strategies together with the cost and SOPs involved.

I ada prepare few mix strategies plans and forecast outcomes untuk setiap plan tersebut.

Arissa menerangkan setiap strategi pemasaran yang dirancang beserta kos dan prosedur yang terlibat. Datin Zulaikha dan DTH melihat pembentangan Arissa dengan penuh tekun sambil mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan strategi yang dibentangkannya.

Thanks Arissa for a such an excellent Marketing proposal. Let me review your proposal first and will revert back with the estimated budget in the next coming meeting.

"Most welcome and well noted Datin". Arissa mengganggukkan kepalanya dan mengemas barang-barangnya dan keluar dari bilik mesyuarat tersebut dengan senyuman manis dan dibalas dengan senyuman manis dari Datin Zulaikha dan DTH. Lega hatinya apabila proposal pemasaranya di terima baik oleh DTH dan Datin Zulaikha.

"You see.... Marketing proposal Arissa... ini baru nama buat keje pakai otak. Complete dengan costing, authorities SOPs, R&D studies, plan A,B,C, D,E.' dan forecast outcomes, komen Datin Zulaikha yang sangat berpuashati dengan propasal dan presentation yang dilakukan oleh Arissa.

" You tengok la working experiences dia banyak mane, then you compare dengan anak bujang manja you tu. Anak you tu ape dia tau? Pergi Club, shopping pandai la dia. Girl friend dia bodohkan dia pon dia tak sedar. Lagi pujuk kita jadi bodoh macam dia jugak. Ape dia tau pasal kerja?? Dapat pulak girl friend macam Marsha tu lagi... memang jahanam lah.. balas DTH sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Kalau dibiarkan si Harith dengan Marsha ni boleh lingkup company ni" bebel DTH kesal.

Datin Zulaikha menarik nafasnya dalam-dalam. Dia perlu melakukan sesuatu agar dapat menghentikan hubungan Harith dengan Marsha secepat yang mungkin sebelum companynya benar-benar lingkup seperti yang diperkatakan oleh suaminya DTH.

"Kak, tadi Tengku Harith mengamuk kat Simon, Kontrak Manager" . Bisik Anita pelahan pada Arissa

"Ha?". Balas Arissa sambil memandang Anita.

" Kau nak tahu pasal ape tak kak". Sambung Anita tak sabar ingin bergossip sambil matanya meliar memandang sekeliling.

"Simon pecah lobang eh, pasal issue Purchase Order Tengku Harith tak ikot SOP?"Soal Arissa sambil tersenyum lucu pada Anita.

"Eh.. power kau kak... aku ingat aku sorang je kepoh, kau lagi hebat dari aku eh kak...". gelak Anita.

"Haha yer lah tu... " jawab Arissa sambil ketawa kecil.

.
"Halimaton, tolong siapkan barang-barang dalam list ni. Jumaat petang sebelum jam 4 petang letak dalam bilik saya. Meeting hari sabtu ni cancell."

" Dato tak masuk ke Sabtu ni?"

" Ye saya ada personal matter nak buat. Awak pon Sabtu off lah tak payah masuk office".

"Dato' meeting pasal launch produk baru slimming dan glowing supplement sepatunya Sabtu ni kan" Soal Halimaton mengingatkan Shazwan

Shazwan menepuk dahinya. keterujaanya untuk menemui Arissa telah membuatkannya lupa tentang perkara yang sangat penting yang perlu dibuat pada Sabtu ini.

" Awak tolong ambik minit mesyuarat lah, Suruh Malik our Sales director chair the meeting. Nanti apa-apa issues berkenaan launch produk baru suruh Malik handle and update saya". Balas Shazwan dan terus keluar dari pejabatnya

Halimaton hanya mengganggukkan kepalanya.

Banyak perubahan telah berlaku pada diri Shazwan sejak sebulan ini. Penampilan Shazwan juga banyak berubah. Shazwan kelihahan begitu tampan dengan pakaian yang simple dan kemas. Style rambut Shazwan yang pendek dan kemas benar-benar menyerlahkan ketampananya. Kelakuanya juga telah berubah 360darjah. Tidak lagi memekik-mekik seperti selalu. Cara percakapan Shazwan juga lebih sopan dan matang berbanding dahulu.

" Ini lah kuasa penangan cinta" . Bisik Halimaton sendirian sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience