Bab 3 : Hamil

Romance Series 15518

Tangan dibawa naik ke dahi. Perlahan jari-jemarinya memicit-micit dahi yang berdenyut-denyut dari tadi. Sakitnya tak tertanggung. Sekiranya dia bangun untuk duduk sepertinya terasa bumi berputar laju. Dari malam tadi dia sakit kepala. Tak tahu apa puncanya. Nak kata migrain. Dia tidak mempunyai penyakit itu.

" Aduh... daddy dengan mummy kat luar. Macam mana aku nak bangun ni? Apa masalahlah kepala hari ni. Menyusahkan betul." dengus Sufi. Dia menepuk-nepuk dahinya berkali-kali.

"Mamat tu ada kat luar tak? Ke kat dalam bilik?" gumamnya seorang diri. Lambat-lambat dia mencapai telefon di atas meja lampu bersebelahan dengan katilnya.

Nombor Shafik didail. Tak sampai dua kali bunyi, Shafik terus mengangkat panggilannya.

"Ya, cik?" sahut Shafik di hujung talian. Berkerut dahi Shafik dibuatnya. Serumah pun masih berhubung menggunakan telefon.

"Kau naik atas. Aku tak boleh bangun. Aku nak makan. Lapar!" jerkah Sufi. Terperanjat Shafik dibuatnya. Secara refleks dia menjauhkan telefon bimbit dari telinganya.

"Tapi tuan tak bagi saya..."

"Hoi jantan! Aku suruh naik tu, naiklah! Apa ke bebal sangat kau ni? Naiklah, naik!!" tengking Sufi. Geram dia dengan sikap Shafik yang suka berinya alasan setiap kali memberi arahan.

"Ba... baik." ujar Shafik sebelum talian dimatikan.

Sufi mendengus kasar. Wajahnya diraup-raup. Semua serba-serbi tak kena. Ada karang makan amukan dia sekejap lagi. Dia tengah tak ada mood. Satu badan rasa sakit. Kepala macam nak tercabut.

Tok. Tok.

"Cik..."

"Masuk!" jerit Sufi.

Perlahan pintu bilik Sufi ditolak dari luar. Terjengul wajah Shafik di sebalik pintu biliknya.

"Kau apa hal tercegat situ? Masuklah, bodoh. Aku cakap aku tak boleh bangun. Apalah kau ni jenis tak faham bahasa. Aduh!"

Shafik segera mendekati Sufi. Dalam hatinya sudah tidak keruan. Berdua-duaan dalam bilik, apa-apa saja boleh terjadi. Boleh mendatangkan fitnah. Bibik Diah pula keluar pergi ke kedai. Kalau tidak tadi dia sudah minta tolong Bibik Diah.

Pap! Sufi menepuk muka Shafik kasar. Meringis Shafik dibuatnya. Matanya terpejam menahan sakit.

"Dukunglah aku, setan. Apa kena dengan kau ni? Asal kau ni dilahirkan bodoh sangat, eh? Aku tak fahamlah. Berapa kali aku nak cakap yang aku ni tak boleh bangun?" marah Sufi. Beberapa kali dia menampar dada Shafik yang meninggung di tepi katilnya.

Shafik dengan tak relanya mendukung Sufi. Dia akur saja segala arahan Sufi. Dalam hati tak sudah meminta keampunan daripada Tuhan.

"Aku nak makan."

Shafik menganggukkan kepalanya sebaik saja membaringkan Sufi di atas sofa berhampiran dengan dapur.

"Bik Diah masak apa?" tanya Sufi sambil memejamkan matanya.

"Bubur ayam. Tuan tadi minta Bibik Diah masakkan bubur. Tekaknya terasa katanya."

Sufi mencebik. Pelik pula daddynya tiba-tiba terasa nak makan bubur ayam. Tak pernah dimintanya sebelum ini.

"Bolehlah. Cepat. Lapar!" arah Sufi.

Shafik melangkah ke dapur. Sebiji mangkuk yang berada di dalam laci kabinet diambil. Tudung periuk dibuka dan bau aroma bubur ayam menusuk rongga hidungnya. Dia pun belum jamah apa-apa dari tadi. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan membersihkan dan memeriksa keadaan kereta Sufi. Tak boleh ada sebarang bau yang tidak enak atau kotor. Memang meminta makian daripadanya.

"Cik, ni buburnya."

"Suap!"

Sekali lagi Shafik akur dengan arahan anak majikannya itu. Dia duduk bersila di tepi Sufi. Sudu berisi bubur ayam disua ke bibir Sufi.

"Buwerkk!!" Baru saja bubur ayam itu mahu menyinggah ke anak tekaknya tetapi tidak sempat. Dia terus memuntahkan isi perutnya sehingga terkena pada baju Shafik. Terpinga-pinga Shafik dibuatnya.

"Argh! Bencinya!" raung Sufi. Dia memang tak suka sekiranya muntah sehingga perit tekak dibuatnya.

"Sabar, cik. Saya bersihkan. Jangan menangis." pujuk Shafik. Risau pula dia melihat keadaan Sufi yang sepertinya semakin teruk.

"Kita pergi klinik nak, cik?"

Sufi masih lagi menangis. Shafik terus membawa mangkuk ke singki. Dia berlari anak ke biliknya. Segera dia menukar t-shirtnya yang terkena muntahan Sufi.

"Cepatlah hoi!!" jerit Sufi. Mujur pakaiannya tak terkena muntah. Nasib Shafik lah dapat muntahnya tadi. Selamat pakaian mahalnya itu.

"Ya ya, cik!" sahut Shafik yang sudah pun siap berjaket. Tubuh Sufi didukungnya lalu dibaringkan di seat belakang kereta.

Kereta dipandu laju penuh berhati-hati di jalan raya.

"Doktor tak payah nak buat cerita boleh tak? Doktor macam ni tahu nak duit aje. Bukan nak kerja!" herdik Sufi kepada doktor yang baru saja merawatnya. Dia tak dapat menerima hakikat bahawa dia sedang mengandung. Kandungannya sudah berusia tiga minggu. Masih di peringkat awal.

"Astaghfirullahalzim, Cik Sufi. Saya tak buat cerita. Memang cik mengandung. Saya dah skan dan dalam gambar ni terbukti yang cik mengandung." Tak pasal-pasal dia dituduh sebegitu oleh Sufi. Inilah kali pertama dia merawat pesakit seperti Sufi Ajmina ini. Sangat memeranjatkan.

Sufi meraup-raup wajahnya. Nik lupa pakai protection ke apa hari tu? Selama ini dia buat perkara terkutuk itu di Las Vegas tak pernah pula lekat. Kali ni kenapa boleh lekat? Sudah. Ini kalau daddy dengan mummy dia tahu. Memang habis dia dikerjakan. Macam mana dia nak buat sekarang ni? Perlu ke dia jumpa Nik?

"Sudahlah." Sufi mengambil gambar ultrasound itu kemudian disumbat ke dalam beg tangannya. Punggung diangkat sebelum kaki dibawa langkah keluar dari bilik itu dengan dengusan kasar.

"Cik?" Terkejut Shafik melihat Sufi yang baru saja keluar secara tiba-tiba.

"Semua salah kau!" tengking Sufi sehingga menarik perhatian orang ramai di dalam klinik itu. Terkebil-kebil Shafik dibuatnya. Apa salah dia? Kenapa dia disalahkan secara tiba-tiba?

"Apa salah saya, cik?"

Sufi menggenggam penumbuknya. Gambar ultrasound bayi itu ditepuk pada dada Shafik. Secara spontan, Shafik mengambil gambar itu sebelum direnung lama.

"Sebab kaulah aku mengandung. Asal kau tak halang aku hari tu? Bodoh."

Hati Shafik seperti ditusuk dengan pisau. Kenapa dia disalahkan? Bukankah ini semua kehendak Sufi sendiri? Ya Allah, kenapalah dia kena hadap ujian seberat ini? Kenapa Sufi menyalahkannya?

Maafkan saya lambat update. Memang sibuk sangat. Sila baca ya. Terima kasih, Mr Alpha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience