Bab 15 : Tersentap

Romance Series 15521

Nik Hadif memarkirkan kenderaan pacuan empat rodanya di dalam garaj. Tubuh ditolak keluar dari dalam kereta lalu mendapatkan Datin Masdira yang sudah pun membuka pintu keretanya untuk keluar. Perlahan dia memimpin lengan si mumy sehingga masuk ke dalam rumah. Matanya meliar cuba mencari susuk tubuh si isteri. Sungguh dia sangat kecewa dengan sikap Sufi yang boleh dikatakan sangat melampau. Walaupun dia tahu yang kedua-dua merekanya salah. Tetapi, Sufi tidak boleh bertindak kasar seperti itu kepada mumynya. Ucapan maaf pun jauh sekali hendak keluar dari dua ulas bibir Sufi Ajmina.

“Mumy berehat dalam bilik, ya. Nanti Nik buatkan bubur dan air milo panas untuk mumy.”

Datin Masdira hanya menganggukkan kepalanya. Dia hanya mengekori langkah si anak sehingga masuk ke dalam bilik. Nampaknya suaminya masih belum lagi balik ke rumah. Pasti sibuk menguruskan syarikat memandangkan Nik terpaksa mengambil cuti separuh hari ini.

Pintu ditutup semula setelah menghantar Datin Masdira sehingga ke dalam bilik. Laju langkahnya menuju ke bilik. Hatinya sangat sakit dengan perangai Sufi yang semakin menjadi-jadi. Dah buat salah, langsung tak tahu nak minta maaf. Bahkan, langsung tidak bertanya tentang keadaan Datin Masdira.

“Sufi Ajmina,” panggil Nik dengan nada suaranya agak keras. Melihatkan Sufi yang meniarap di atas katil sambil mengilap kuku jarinya. Memang tak ada rasa bersalah langsung!

“Yes? Dah balik dah? Lamanya bawa pergi klinik? Teruk sangat ke lukanya sampai berjam-jam I tunggu you.”

“Sufi, look at me. Why you did all this? Kenapa you bersikap macam ni? Tak cukup baik lagi ke I ni layan you?”

Sufi berdecit. Pengilap kuku tadi dihempas ke atas tilam. Sebal hatinya dengan perangai suaminya. Lebihkan si datin tu daripada dirinya. Sedangkan Datin Masdira yang mencari fasal dengannya tadi. Bukan dia yang mulakan.

“I tak mulakan, okey. Dia yang tiba-tiba nak mengamuk sakan. Semua I buat semua tak kena. Selama ni, I diam je tau. I perhatikan aje mumy you tu. Too anoyying.”

Nik memejamkan matanya sesaat. Kemudian dicelikkan semula. Dia harus bersabar. “Sayang… please. Mumy tu dah lama bersabar dengan you jugak. Mumy dengan dady banyak mengadu pasal you dekat I. Tapi, I sendiri tak tahu nak nasihatkan you macam mana dah. Kita ni makin lama makin tua, sayang. Bukannya sentiasa muda. Amalan kita entah banyak ke tidak. You sedar tak, yang kita ni dah banyak buat dosa?”

Sufi tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya. Dia menayangkan wajah sepertinya mengejek ke arah Nik. “You nak cakaplah yang I ni bukan isteri yang baik untuk you. I ni tak layak jadi isteri you dah sebab diri I ni penuh dengan dosa. Eh, you tak ingat ke yang you pun terlibat dalam semua ni? Jangan buat-buat lupa pulak.”

Nik menghelakan nafasnya. Begitu hitam dan kerasnya hati Sufi Ajmina ini. Bagaimana dia hendak mengajak isterinya itu berubah kepada kebaikan? Sungguh dia tidak sampai hati membiarkan Sufi terus-terusan dalam keadaan jahil seperti itu.

“You know what, sayang? I sayangkan you. Cinta I tak pernah mati untuk you. Sedikit pun tak pernah pudar. Apa yang you nak. Semua I tunaikan. But please, tak boleh ke you berubah slowly? I suami you. I sepatutnya bimbing you ke syurga. Why you susah sangat nak dengar nasihat I? Even once?” Air mata Nik sudah bertakung. Sungguh dia berasa penat melayan perangai isterinya itu.

Sufi terkedu seketika melihat air mata Nik yang bergenangan. Dia hanya duduk di atas katil tanpa respons. Kaku saja.

“You tak nak ke ikut I masuk syurga? You tak nak sehidup semati dengan I ke? You kata you sayang dan cintakan I? Mana buktinya? Susah sangat ke permintaan I ni, sayang? I sedar I pun jahil, but at least I’m trying. Hari-hari I cuba untuk betulkan diri I sendiri. I tunaikan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Can you do that together with me?”

Sufi membisu. Ungkapan ayat Nik sepertinya menembak-nembak hatinya. Dia sedar yang dirinya sudah tersasar jauh dari jalan yang sebenar. Tapi entah kenapa susah sangat dia nak mendengar nasihat Nik. Dia lebih suka dan selesa dengan kehidupannya yang sekarang ini.

“You tahukan Allah Maha Melihat. Allah memerhati saja apa yang hamba dia buat. You nak terkena pada batang hidung you sendiri baru you nak berubah ke, sayang? Macam mana masa you kena balasan tu, I dah tak ada? Macam mana you nak buat?”

Zup! Tersentap hati Sufi mendengarkan soalan yang diajukan oleh Nik. Sungguh menusuk jiwanya. Dia sendiri tidak ada jawapan untuk soalan Nik. Tapi, cara Nik bercakap sepertinya Nik mahu dia terkena dengan balasan Tuhan.

“You… you nak I kena balasan Tuhan ke? You doakan macam tu sebab nak I sedar?” Air mata Sufi sudah berjuraian laju ke pipi. Sungguh dia tersentap dengan kata-kata Nik sebentar tadi. Perlu ke seorang suami mendoakan seperti itu kepada isterinya?

Nik tersedar yang dia sudah tersalah dalam bicara. Wajahnya diraup sekali. “Sayang, I tak ada niat nak cakap macam tu. Jauh sekali I nak doa you kena balasan Allah. Bukan, sayang. I just mintak you berubah. Slowly. I cuma takut yang I tak sempat nak ubah you sebelum I pergi.”

“You nak pergi mana? Nak tinggalkan I, huh? Dah bosan dengan I ke? Tinggallah! Tinggalkan I!” jerit Sufi melepaskan geram. Sungguh dia sakit hati dengan Nik yang dari tadi bercakapkan hal yang sama.

“No, I tak nak tinggalkan you. I tak akan pernah tinggalkan you. Tapi I tak boleh halang kalau ajal dah sampai. You pernah dengarkan ayat ni, tiada siapa yang boleh pisahkan kita kecuali ajal dan maut.”

Sufi terdiam. Air matanya masih lagi mengalir laju. “You nak mati sangat ke, Nik Hadif?” Keras nada suaranya bertanya. Kepalanya didongakkan sedikit ke arah Nik yang sudah berdiri betul-betul di hadapannya.

Nik hanya mendiamkan diri. Dia sendiri pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, dia asyik memikirkan tentang kematian. Dia takut sekiranya dirinya tidak sempat bertaubat sebelum Allah menjemputnya untuk kembali.

“I tanya you ni. You nak mati sangat ke? Dah banyak amalan sangat dah nak mati awal?” tengking Sufi. Dari duduk, dia terus bangkit berdiri. Anak matanya menikam anak mata si suami yang turut merenung dalam ke arahnya.

Pang!

Sufi terkesima. Kepalanya terteleng ke tepi tatkala menerima tamparan dari tangan kasar Nik. Nafasnya semakin laju. Air matanya kembali deras mengalir.

“Jangan kurang ajar, Sufi Ajmina. I tak pernah didik isteri I tinggikan suara dekat I. I sendiri pun tak pernah tinggikan suara dekat you. How dare are you, Sufi?” marah Nik.

“Hisk… hisk…” Sufi menangis teresak-esak. Punggung dihenyakkan kembali di atas tilam sambil memegang pipi yang terasa pijar.

Nik tersedar yang dia sudah hilang kawalan sehingga tangannya naik menampar pipi si isteri. Matanya turun pada telapak tangannya yang menggeletar. Kemudian, dia mengangkat semula pandangannya ke arah Sufi yang menangis teresak-esak.

“I… I am sorry, sayang. I didn’t mean too.”

“No. You mean it. You slapped me, Nik Hadif.”

“Sayang…”

“Don’t… touch me…” Sufi berlari masuk ke dalam kamar mandi. Pintu dikunci.

“Sayang… I am sorry. Please…”

Sufi hanya memekakkan telinganya. Bertalu-talu Nik mengetuk dedaun pintu kamar mandi itu. Namun, dia langsung tidak bergerak mahu membuka pintu. Dia hanya duduk di dalam bathtub kosong sambil memeluk kedua-dua belah betisnya. Dia menghamburkan tangisannya sehabis mungkin.

“Sayang…” Lirih nada suara Nik memanggil Sufi. Sungguh dia berasa serba-salah pada isterinya itu. Dia tidak sengaja. Sumpah, dia tak sengaja. Tak ada niat langsung di dalam hati hendak menampar Sufi.

“Ya Allah, apa aku dah buat ni? Kenapa aku tampar isteri aku? Aku dah cuba kawal diri aku. Aku cuma nak nasihat dia saja. Allahuakhabar…”

“Sayang… I mintak maaf. Come out, please. I sapukan krim kat pipi you. Sufi Ajmina…” Nik masih tidak jemu memujuk Sufi agar isterinya itu keluar dari kamar mandi.

“Just leave me alone! Nak tinggalkan I sangat, kan? Nak mati sangat, kan? Pergilah! Pergi!” jerit Sufi dari dalam bilik air.

“Astaghfirullah…” Mengucap Nik di dalam hati. Macam mana dia nak pujuk isterinya ini?

“Sayang… I betul-betul mintak maaf. I love you. I tak sengaja. I terlalu marah. I tak sedar. I tak akan pernah tinggalkan you, sayang. You jangan lama-lama dalam tu. Sejuk, sayang. Come out as soon as possible. I tunggu you. I nak buatkan mumy bubur. I bawakan masakkan untuk you sekali ya, sayang. I suap you makan. Please…”

Sepi.

Nik meraup wajahnya. “Sayang, I turun sekejap. I masuk balik bilik nanti pastikan you dah keluar, ya. Please… hear me out. I love you so much…” Pujuk Nik sebelum dia melangkah keluar dari dalam bilik. Kasihan pula mumynya sudah menunggu dirinya lama untuk membawa semangkuk bubur dan secawan milo panas. Sudahlah Datin Masdira tidak berapa sihat.

“Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati isteri aku. Minta-mintalah dia dah keluar dari bilik air tu bila aku dah masuk bilik tu balik. Sungguh aku rasa berdosa tampar isteri aku sendiri. Ya Allah…”

Jemput baca :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience