Bab 14 : Geram

Romance Series 15518

Shafik Izdin terdiam seketika. Jari naik mengusap dadanya yang dihempas dengan kejutan yang melampau. Beberapa kali dia meraup wajahnya. Berita yang disampaikan oleh doktor sebentar tadi benar-benar mengetarkan dunianya. Dia memandang kedua-dua belah tangannya. Jari-jemarinya sedikit menggeletar efek terkejut. Wajah diangkat semula. Mata dibawa pejam seketika. Nafas dihela panjang.

“Aku kena kuat. Untuk Syifa. Kau jangan lemah, Shafik.” Bisiknya perlahan. Seolah-olah memberi semangat kepada diri sendiri.

Plastik ubat yang dijinjit erat. Perlahan dia mengatur langkahnya keluar dari hospital. Fikirannya tidak lari dari nama Syifa yang sentiasa menghuni hatinya. Mengingatkan berita tadi membuatkan dirinya diselubungi dengan perasaan takut dan risau. Tanpa dia, bagaimana keadaan Syifa?

Buk!

“Oh, sorry! I tak sengaja.”

Shafik tersentak dari lamunan. Berderai semua fikirannya dek dirinya terlanggar dengan seseorang. Dengar dari suara sepertinya seorang perempuan yang melanggarnya. Punyalah jalan besar, nak juga gadis itu berlanggar dengan dirinya.

“Tak apa.” Shafik mendongakkan wajahnya.

Sepi. Masing-masing terkaku. Saling bertatapan anak mata sesama sendiri.

“Shafik…” Perlahan nada suara Sufi menyebut sebaris nama itu. Entah kenapa jiwanya bergoncang sedikit tatkala melihat Shafik berada di hadapan matanya. Tercari-cari juga dia sekiranya Syifa turut ada sekali. Boleh dia melepaskan rindu walaupun dengan hanya memandang.

“Maafkan saya. Saya tak perasan.” Ucap Shafik dengan sekali anggukkan. Tidak betah dia mahu terus menghadap gadis yang pernah meninggalkan luka yang paling dalam. Luka yang hampir sembuh mampu berdarah kembali setiap kali dia melihat wajah itu.
“Wait. Wait. Shafik, can we have a drink together?” Lengan Shafik disentuh lembut. Niat kerana mahu membantutkan langkah lelaki itu dari terus pergi meninggalkannya. Itu semua secara spontan. Dia sendiri tak ada merancang mahu mengungkapkan ayat seperti itu kepada Shafik.

Shafik memandang sekilas lengannya sebelum ditarik sedikit kasar. Dia tidak suka Sufi bertindak seperti itu. Sedangkan gadis itu sudah mempunyai suami. Sepatutnya batas harus dijaga. Bukannya selamba saja boleh bersentuhan dengan sesiapa.

“Kalau nak halang saya lain kali jangan sentuh saya. Ingat sikit yang awak dah berkahwin, Sufi.” Ujar Shafik dengan nada suaranya sedikit ditegaskan.

Sufi sedikit terkedu dengan panggilan Shafik di hujung ayat lelaki itu. Bukankah bekas suaminya itu dahulu memanggilnya dengan panggilan Mina? Hanya Shafik saja yang menggelarkan dirinya dengan nama itu. Kenapa sekarang sudah bertukar? Apakah lelaki itu terlalu membencinya kerana kejadian silam tiga tahun lepas?

“Erm… sorry. I tak sengaja. Spontan. Boleh kita pergi minum sekejap dekat kafe sana? I ada benda nak cakap sikit.”

Shafik mengerling ke arah jam tangan yang terbelit pada pergelangan tangan kirinya. Dia meliar memandang suasana sekeliling sebelum pandangannya dihentikan betul-betul pada Sufi yang masih lagi berdiri di hadapannya dengan wajah penuh harapan.

“Saya dah lambat. Syifa dah tunggu saya. Lagipun tak manis kalau nak minum berdua. Lain kali ajak Nik. Saya gerak dulu.” Shafik terus mengatur langkahnya pergi menuju ke keretanya yang diparkir sedikit jauh dari bangunan hospital itu.

“Cet!” Sufi melepaskan decitan kasar sambil menghentak kakinya. Salah ke kalau nak minum berdua dekat kafe? Kan tempat yang ramai orang? Bukannya dia ajak tempat yang sunyi pun. Shafik memang sengaja nak mengelat dari bertemu dengannya.

“Aku nak berbaik dengan kau, Shafik. Tapi kau buat aku macam halimunan saja. Kau jangan sampai aku rampas Syifa daripada kau. Syifa tu anak aku dengan Nik. Bukan anak kau. Tiada kaitan langsung dengan kaulah!”

Tangan kirinya mengenggam penumbuk. Sebal di hati tidak dapat dibendung lagi. Shafik sengaja mencabar dirinya. Niatnya mahu berbaik dengan lelaki itu hanya kerana Syifa. Dia kasihankan Nik yang sentiasa bercerita tentang Syifa tidak kira masa. Suaminya itu terlalu merindui anak kandung mereka yang tak pernah dibelai sejak lahir lagi.

Datin Masdira yang sedang sibuk membelai anak-anak tanamannya tertoleh tatkala pintu pagar rumahnya dihempas oleh seseorang. Mahu gugur jantungnya mendengar bunyi kuat itu. Mujur dia tiada penyakit lemah jantung. Ada juga yang tercabut pintu pagar rumahnya itu.

“Hah, cantiknya perangai tu. Tak ada hormat langsung. Salam jauh sekali nak bagi. Kau nak hempas pintu pagar aku tu sampai tercabut ke apa?” perli Datin Masdira kepada Sufi yang sedang menanggalkan kasut tumitnya.

Sufi menjeling. Kaki dihentak-hentak lantai sehingga masuk ke dalam rumah. Datin Masdira melepaskan dengusan marah. Tubuhnya yang membongkok, ditegakkan semula. Kedua-dua belah sarung tangan kain ditarik dari tangannya. Dia menyusun langkah masuk ke dalam rumah. Kesabarannya sudah mencecah maksima melihat perangai Sufi yang semakin menjadi-jadi.

“Hoi, aku cakap dengan kau nilah! Kau ni memang kurang ajar, eh. Mak bapak kau memang tak didik kau dengan perangai yang elok sikit ke? Aku ni mak mentua kau tau. Kau buat aku macam kawan kau aje, kan?” tengking Datin Masdira sambil tangannya merentap ekor rambut Sufi dari belakang. Tangan sebelah mencekak pinggangnya.

“Sakitlah!” Sufi cuba menepis tangan ibu mentuannya itu. Namun, gagal. Datin Masdira mengenggam rambutnya erat. Tiada tanda-tanda mahu dilepaskan.

“Tahu pun sakit. Sakit hati aku lagi bila tengok perangai menantu aku ni macam nilah. Memang menguji kesabaran aku. Aku dah lama perhatikan kau. Aku banyak diamkan diri sebab fikirkan anak aku tu aje. Macam manalah anak aku boleh terfikir nak jadikan kau isteri? Perangai macam celaka!”

Sufi menjerit kuat sambil menolak tubuh Datin Masdira sekuat hatinya. Sehinggakan tangan ibu mentuannya itu terlepas dari terus mengenggam ekor rambutnya.

“Aduh!” Datin Masdira jatuh terhentak. Kepalanya terhantuk pada bucu meja kopi.

“Boleh tak jangan nak ganggu urusan aku? Suka hati akulah nak buat apa pun? Kenapa kau semak sangat?” marah Sufi.

Pandangan Datin Masdira mula kabur dek pening terhantuk pada bucu kopi. Perlahan tangannya naik menyentuh dahinya tatkala terasa ada cecair yang mengalir. Darah merah melekat pada jari-jemarinya. Serentak itu, dirinya seperti mahu pitam. Dia memang tidak boleh melihat darah. Secara automatik dia terasa mahu pengsan.

“Darah sikit dah nak pitam bagai. Siapa suruh attack aku? Kau memang menyusahkan aku!”

“Sufi Ajmina!” Nik yang baru saja balik. Terdengar suara bising di ruang tamu. Segera dia menapak masuk ke dalam rumah dan apa yang dilihatnya sungguh mengejutkan dirinya. Dia tidak sangka isteri yang dicintai sanggup mencederakan ibunya.

“Nik…” Perlahan Datin Masdira menyeru anaknya. Tangan dihulur agar Nik mendekatinya.

“Kenapa you buat mumy I macam ni?” Luruh hati seorang suami apabila melihat kelakuan isteri yang begitu biadab dengan ibunya. Walaupun ibu mentua, kelakuan harus dijaga sama seperti ibu kandung sendiri.

“Mumy you tu yang suka cari gaduh dengan I. Dia tarik rambut I. Lepas tu, nak marah-marah. Semua tak kena! Dari awal kita kahwin sampai sekarang, mumy tak pernah sukakan I!” suara Sufi sudah naik seoktaf. Sakit hatinya ketika ini. Ditambah pula, Shafik menolak ajakannya mahu minum bersama di sebuah kafe terdekat dengan hospital itu.

“Tapi perlu ke nak tolak mumy sampai berdarah macam ni?” Nada suara Nik kini sudah meninggi.

“Dia yang mulakan dulu. Dia yang tarik rambut I. Cengkam. Sakitlah. I tarik dia tak nak lepas. You apa tahu! You sampai-sampai saja you hanya nampak I tolak dia!” balas Sufi. Langsung tidak mahu mengalah.

“Mumy, Nik bawa mumy ke klinik.” Tubuh Datin Masdira dicempung perlahan. Dia terus meninggalkan Sufi seorang diri di ruang tamu. Kalau dilayan, makin rancak pergaduhan mereka. Ada baiknya, dia mengutamakan ibunya yang sedang menahan sakit ketika ini.

“Arghhhh!” jerit Sufi. Melepaskan geram yang semakin membara di dalam hati.

“Sekor, sekor nak cari pasal dengan aku! Bodoh!” Dia terus naik ke tingkat atas sambil menghentak-hentak kakinya.

Maaf lambat update. terima kasih sudi baca dan setia menunggu. do support me :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience