Bab 2 : Risau

Romance Series 15518

Jarum jam menunjukkan tepat pada angka 7:15 malam. Ketika itu azan Maghrib baru saja berkumandang. Shafik sudah bersiap sedia dengan berpakaian t-shirt hitam dan kain pelikat berwarna biru. Doa selepas azan dibaca sebelum berdiri tegak di atas tikar sejadah. Niat dibaca selepas beberapa kali beristighfar.

Sufi yang baru saja menuruni anak tangga untuk ke dapur, mengerling ke arah pintu bilik Shafik yang tidak tertutup rapat.

"Ceh, solat konon. Nak tunjuk alim sangat ke dalam rumah ni? Ke nak menunjuk? Nak memerli agaknya." tuduh Sufi yang bukan-bukan. Memang dia tidak berminat langsung dengan setiap apa yang Shafik buat. Ada saja yang tak kena pada pandangan matanya.

"Hoi! Cepat sikit. Tak payah nak berdoa lama-lama sangat. Bukannya baik sangat pun." sindir Sufi sebaik saja melihat Shafik mengaminkan doanya.

Shafik menoleh sedikit. Sungguh hatinya cukup terasa dengan sikap Sufi. Tetapi setiap kali berdoa, dia tak pernah lupa untuk mendoakan majikannya.

Kereta yang dipandu oleh Shafik diberhentikan di dalam petak kosong. Bercantum kening Shafik dibuatnya saat satu bangunan seperti kelab malam menyapa kornea matanya.

"Hoi! Unlock lah kereta! Kau nak kurung aku sampai bila?" tempik Sufi membuatkan Shafik terkejut sehingga terhinjut bahunya.

"Cik, ni kelab malam ke?" soal Shafik dengan keberanian yang tersisa. Tak akan dia mahu membiarkan anak majikannya dibelenggu dengan dosa. Pergi ke kelab malam, sudah pasti banyak perkara yang tidak baik dilakukan.

"Lah, bodoh tahap dewa kau ni rupanya. Yelah! Kelab malam. Habis kau ingat apa? Surau?" sindir Sufi.

"Allahu. Bukan itu maksud saya, cik. Cik tahukan yang..."

"Hoi! Aku tak nak dengarlah ceramah kau. Pergi tanam sana ceramah kau tu. Aku nak enjoy. Soalan kau buat aku panas je! Rimas!" marah Sufi sebelum dia melangkah keluar dari kereta.

BAM! Pintu dihempas kuat sehingga terpejam mata Shafik dibuatnya. Beberapa kali dia beristighfar. Sungguh dia rasa berdosa kerana membiarkan Sufi Ajmina menjejakkan kaki ke dalam kelab malam. Dengan pakaiannya yang terlalu menjolok mata. Apa-apa saja boleh terjadi dalam sekelip mata.

"Ya Allah, apa aku nak buat ni? Janganlah jadi apa-apa dekat Cik Sufi. Dia tak tahu ke bahaya bila jejakkan kaki dekat sana? Allahuakhbar." Shafik meraup wajahnya beberapa kali. Stereng kereta digenggam kuat. Sungguh hatinya tidak keruan.

Dang! Dung! Dang!

Bunyi alunan muzik yang bergendang-gendung itu menarik perhatian orang ramai untuk menari dan meneguk air haram sehingga tidak ingat dunia.

"Fify, you look hot la hari ni. Nasib you la kalau malam ni Nik datang. Dia ngap you terus bila tengok you pakaian macam ni." ujar Jesnita sambil mencuit bahu Sufi.

Sufi tersengih seperti kerang busuk. Selamba saja dia meneguk air arak yang diisi di dalam cawan kecil.

"Dah lama rasanya tak pergi sini. Last masa kita belajar dekat Las Vegas kan?"

Jesnita ketawa sambil menganggukkan kepalanya.

"Lepas Nik sampai sini hari tu, korang berdua tak jumpa lagi?"

Sufi menggelengkan kepala. Bibirnya mencebik. Nik langsung tak ada menghubunginya sejak mereka berpisah di Las Vegas.

"Alah, chill babe. Nik kan anak Dato' Nik Fazrif. Macam tak kenal. Mesti busy nak handle company family dia tu."

Sufi tak menjawab sebaliknya meneguk air arak buat kali kelima. Tiba-tiba saja dia tertawa kecil.

"Can we dance?" soal Sufi sambil kepalanya digoyang-goyangkan mengikut rentak muzik yang dimainkan.

"Baby..." Nik merangkul pinggang Sufi dari belakang. Leher gadis itu dikucup lama. Wangian Sufi menusuk rongga hidungnya. Sungguh dia rindukan bau gadis ini.

"Nik... I miss you. Why you don't call me, huh?" rengek Sufi. Sengaja mahu menggoda kekasih hatinya itu.

"I'm so sorry, baby. I banyak sangat kerja. You tahu-tahu ajelah macam mana family I tu. Langsung tak nak bagi I peluang na enjoy. Asyik nak kena hadap company aje. I miss you a lot. So much." Pipi Sufi dicubit-cubit lembut berkali-kali.

Sufi tertawa kecil seraya menganggukkan kepala.

"Jom. Kita menari. I dah lama tak menari dengan you. Lepas tu kita book satu bilik khas, okey? Only us."

Sufi tersenyum suka. Laju saja dia menganggukkan kepala. Hampir seminggu dia tidak berjumpa dengan Nik, itu sebab dia mahu meluangkan masa dengan Nik sebaiknya.

Shafik mengerling ke arah jam tangan yang terlilit pada pergelangan tangannya. Sudah pukul 2:30 pagi dan dia masih setia menunggu Sufi keluar dari bangunan kelab malam itu. Berjam-jam dia berdiri di luar kereta dengan perasaan risaunya yang semakin menggunung.

"Manalah Cik Sufi ni? Ya Allah. Kau lindungilah dia. Sungguh aku risau akan keselamatannya." Shafik mengaminkan doanya. Ikutkan hati mahu saja dia masuk ke dalam kelab malam itu. Tetapi hatinya sungguh berat sekali.

"Buwerk..."

Tertoleh kepala Shafik secara mengejut. Kelihatan Sufi bersama seorang perempuan yang berada di hadapan sebuah longkang kecil tak jauh dari situ. Mungkin perempuan itu kawannya. Dari tadi mengurut tengkuk Sufi yang sedang memuntahkan isi perut.

"Allahuakhbar. Cik Sufi, kenapa ni?" soal Shafik penuh nada risau.

"You mesti driver dia tu kan? Ni Fify banyak sangat teguk air  sebab tu sampai muntah macam ni. Over sangat minum."

Mengucap Shafik mendengarnya. Memang betullah apa yang dia rasakan. Sufi memang tidak tahu apa yang halal dan haram di sekelilingnya. Semuanya dia sapu.

"Tak apa. Saya bawa dia balik." ujar Shafik sambil memapah Sufi masuk ke dalam kereta. Terpaksa dia menyentuh helaian baju Sufi untuk dipapah.

"Cik okey? Nak saya bawa pergi klinik ke?"

Sufi menjeling. Meluat pula dia dengan Shafik ni. Sudahlah kepala dia pusing. Lagi mahu tanya soalan bodoh macam tu.

"Kau rasa aku sakit ke sekarang ni? Kau tak dapat bezakan mabuk dengan sakit ke? Aku tak sakitlah, bodoh. Aku mabuk. Tahu tak mabuk?" tempik Sufi.

Shafik terdiam.

"Hantar aku baliklah! Kau tunggu apa lagi? Dasar jantan tak guna! Menyusahkan aku ajelah. Memang lembap betul!"  herdik Sufi walaupun dalam keadaan mabuk.

Shafik akur. Segera dia masuk ke bahagian pemandu kemudian enjin kereta dihidupkan. Sufi sudah terbaring di atas seat belakang. Tangannya naik memicit kepala sendiri.

"Cik okey?"

Sufi mendengus kasar. Memang sengaja mamat ni cari pasal dengannya. Sudah beberapa kali mengulang pertanyaan yang sama. Memang suka lelaki ni nak dengar dia memaki agaknya.

"Lagi sekali kau tanya soalan tu dekat aku, aku tak teragak-agak nak maki kau habis-habisan tau. Jangan sampai aku mengadu dekat daddy aku. Kau jangan nak masuk campur hal aku." Keras nada suara Sufi memberi amaran kepada Shafik.

"Tapi cik, saya risau cik..."

BAP! Sufi menendang seat pemandu dari belakang. Terkejut Shafik dibuatnya. Mujur saja dia sempat menahan tubuhnya dari terhantuk stereng.

"Kau kenapa tak faham bahasa?!" tengking Sufi.

Shafik terdiam. Hatinya bagaikan terhiris dengan sikap Sufi yang semakin biadab ini. Mujur saja dia sedar yang dia cuma seorang pekerja.

"Maafkan saya, cik. Saya cuma risaukan cik."

Sufi tertawa sinis.

"Hoi, kau tak payah nak risaukan aku sangatlah. Kubur pun masing-masing. Kau jangan nak sibuk hal akulah, gila." ujar Sufi dalam keadaan mabuk. Kemudian dia menghamburkan tawanya. Entah apa yang lucu pun Shafik sendiri tidak tahu.

"Kau diam dan drive. Jangan nak melalak aje kerjanya."

Shafik angguk sekali. Dia memakukan pandangannya pada jalan raya. Fokus kepada pemanduannya. Tidak lagi pada Sufi yang berada di dalam dunianya sendiri. Membebel sendirian seperti orang tidak waras.

"Ya Allah, kau bukakanlah hati dia supaya dia sedar yang mana haram dan halal. Sungguh aku tak sampai hati nak biarkan dia terus-menerus dalam jalan tidak lurus." doa Shafik dengan nada perlahan.

Selamat berpuasa semua. Hari ni saya update awal sikit. Sebab malam takut tak sempat. Saya tak janji yang boleh update selalu. Terima kasih kerana menunggu. Terima kasih, Mr. Alpha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience