Bab 1 : Pertemuan Pertama

Romance Series 15515

Kaca mata hitam yang tergantung pada hidung ditolak naik ke atas kepala. Pemegang bagasi dilepaskan membuatkan beg itu berdiri tegak di sisinya. Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, diamati dengan kadar tempoh masa yang lama. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

"Wah, tak sangka dah lima tahun aku tak balik ke tanah kelahiran sendiri. Dan sekarang ni, mana pemandu peribadi daddy?" Kasut bertumit tinggi yang tersarung pada kedua-dua belah kakinya dihentak-hentak halus ke atas lantai. Sebelah tangannya dicekakkan ke pinggang. Jam tangan yang terlilit pada pergelangan tangannya dikerling buat seketika.

"Aku paling pantang manusia yang tak tepati masa ni. Memang minta aku maki agaknya." Dengus Sufi. Sudah beberapa kali dia mengerling ke arah jam tangan Bonia miliknya.

"Assalamualaikum, Cik Sufi Ajmina ke?" Sopan saja Shafik menyapa Sufi dari belakang.

Sufi menoleh ke belakang dengan reaksi wajah angkuhnya sambil tubuhnya dibawa pusing menghadap lelaki itu. Penampilan Shafik diperhatikan dari atas sehingga bawah. Mengambil masa 30 saat untuk dia menilik sekaligus menilai lelaki itu.

"Kau siapa?" Soalan pertama diajukan dengan riak wajah kosong. Tiada perasaan langsung.

"Saya Shafik. Pemandu peribadi baru Tuan Anuar." Ikhlas Shafik menghulurkan senyuman kepadanya. Namun hanya sia-sia, senyumannya tidak langsung disambut oleh Sufi.

"Oh. Kau pemandu baru ke? Memang patutlah lambat nak mampus. Kau tahu tak aku tunggu kau dari tadi? Kau ingat aku siapa? Sepatutnya aku yang tunggu kau atau kau yang tunggu aku?" pekik Sufi tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Langsung tidak peduli tentang perasaan Shafik ketika itu.

Shafik menundukkan wajahnya. Hatinya tertanya-tanya, betul ke dia lambat? Tak silap dia, dia sudah sampai awal dan sempat lagi singgah ke tandas. Dia sudah menunggu ketibaan Sufi Ajmina hampir dua jam. Dan saat dia pergi ke tandas, kedengaran pengumuman diberikan bahawa penerbangan yang dinaiki Sufi baru saja tiba.

"Hoi jantan! Aku tengah cakap dengan kau ni. Bukan dengan lantai! Bila aku tengah cakap pandang aku, bukannya tunduk! Bodoh!" herdik Sufi. Bukan setakat herdik, dahi Shafik ditunjal sebanyak tiga kali sehinggakan Shafik terundur beberapa langkah ke belakang.

"Aku memang pantang tau orang tak tepati masa. Panas hati aku!" marah Sufi.

"Maafkan saya, cik. Saya..."

"Dah. Aku tak dengar apa-apa. Siap kau! Last warning daripada aku. Kau ingat sampai kau mati." Keras peringatan yang diberikan oleh Sufi kepada Shafik.

Shafik hanya mampu menganggukkan kepala. Dia terkedu sejuta bahasa. Dirinya langsung tak pernah terfikir yang anak kepada majikannya bersikap seperti ini. Sungguh dia terasa malu pada khalayak ramai. Namun, hatinya berbisik supaya bersabar. Ini semua ujian ketika dia bekerja.

"Daddy!" jerit Sufi sambil berlari anak ke arah bapanya.

Shafik yang berada di belakang hanya mendiamkan diri. Bagasi milik Sufi Ajmina diletakkan di tepi pintu utama.

"I miss you, daddy!" Tubuh bapanya dipeluk erat.

Anuar tersenyum sambil membalas pelukan anak tunggalnya itu.

"I miss you too, my baby. So how are you? Doing great?"

Sufi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"But daddy, sampai-sampai saja Sufi rasa panas hati sangat. Daddy tahukan yang Sufi tak suka manusia yang menepati masa. Kenapa pemandu baru daddy ni lambat ambil Sufi?" rengek Sufi Ajmina.

Shafik terdiam. Lagi sekali dia terkedu. Teruk dia kena marah sekejap lagi ni. Tak sangka dia, Sufi akan mengadu pada tuan majikannya sendiri. Sumpah, dia datang awal dua jam dari masa yang diberitahu. Cumanya dia ke tandas sekejap dan selepas itu dia terus mencari kelibat Sufi Ajmina.

"What?" Berkerut dahi Anuar seketika sebelum pandangannya dipaku pada Shafik yang tidak jauh daripada mereka.

"Kau pergi mana?" soal Anuar. Dingin. Bila-bila masa saja suaranya akan naik seoktaf.

"Maafkan saya, tuan. Saya dah sampai dua jam awal sebelum cik sampai. Cumanya saya ke tandas sekejap saja dan saya terus cari Cik Sufi. Masa tu ramai sangat orang, jadi agak sukar saya nak jumpa Cik Sufi." Terang Shafik dengan penuh kejujuran.

Anuar berdengus kasar. Dia menjeling ke arah Shafik. Sungguh tajam jelingan diberikan kepada Shafik membuatkan Shafik menelan air liur kesat.

"Aku dah cakapkan yang anak aku tak suka orang lambat-lambat ni. Apa masalah kau? Bodoh sangat ke sampai tak boleh nak ingat apa yang aku pesan?" sindir Anuar.

"Maafkan saya, tuan. Saya janji saya tak buat lagi." Bersungguh-sungguh Shafik meminta maaf meskipun dia berkecil hati dengan kata-kata Anuar. Sungguh kesat sekali bahasanya. Dia sedar yang dia tiada kelulusan dan tidak dapat menghabiskan zaman persekolahannya. Terpaksalah dia menahan hati bekerja dengan majikan seperti ini. Selagi dia mampu bertahan, dia akan bertahan sebaik mungkin.

"Amaran terakhir aku ingatkan dekat kau, Shafik. Kau buat lagi sekali sampai anak aku mengadu. Aku tak teragak-agak nak viralkan kau dekat seluruh Malaysia. Dan masa tu juga kau kehilangan punca pendapatan kau." Ugut Anuar.

Shafik menganggukkan kepala bagaikan burung berlatuk. Tak berhenti. Kalau diberhentikan kerja biarlah ekonomi kewangannya sudah stabil. Sungguh dia mahu masuk meminang seorang gadis yang berasal dari kampung yang sama dengannya.

"What daddy? Dia akan jadi driver Sufi? No way. Sufi lebih rela drive sendiri daripada hadap orang selekeh macam dia ni."

Shafik terdiam. Telinganya hanya mampu menadah kata-kata hinaan yang dilemparkan kepadanya.

"It's for your own safety, Sufi. Nak atau tak nak, keputusan daddy muktamad. Sufi ingkar cakap daddy, bila-bila masa saja daddy boleh tarik semua yang ada pada Sufi sekarang ni. Please choose it carefully."

Sufi mendengus sambil menyilangkan tangan ke dada. Sungguh dia tidak puas hati dengan bapanya itu.

"Okay fine. Daddy memang suka ugut Sufi. Nasib baik Sufi sayang, kalau tak dah lama Sufi memberontak lebih teruk daripada ni." Sufi mencebikkan bibirnya.

Anuar tersenyum senang. Senang saja mahu membuatkan Sufi Ajmina mendengar kata-katanya. Bukannya dia tak tahu, perangai Sufi macam mana. Terlalu liar. Keluar masuk kelab malam. Pergi melepak dekat rumah kawan sampai tak balik. Setakat ini dia hanya mampu memerhati saja. Sudah puas dia mengingati Sufi namun kata-katanya bagaikan angin lalu.

"Good girl. Senang kan?"

Sufi menjeling. Matanya meliar sepertinya mencari seseorang.

"Where's mummy?"

Anuar mengeluh. Ini lagi sorang. Sama saja dua beranak ini. Dua-dua sama kaki merayau. Memang tak reti duduk diam dekat dalam rumah. Ada saja kaki tu nak melangkah ke mana-mana. Agaknya kalau tak ada kaki, sanggup merangkak demi nak keluar semata-mata.

"Macam biasa. Persatuan dengan kawan-kawan sehidup semati dia. Sampaikan daddy pun diabaikan. Makan minum daddy bibik yang jaga. Baik daddy kahwin dengan bibik je."

Sufi melepaskan tawa besar sambil mengangkat ibu jarinya.

"Padan muka, daddy. Berani nak kahwin dengan bibik? Kena penggal kepala tu dengan mummy, tak aman daddy dekat dalam kubur nanti."

Shafik yang mendengar dari tadi tergamam mendengar bahasa kasar yang dilontarkan oleh Sufi kepada bapa kandungnya sendiri. Anuar hanya mampu menggelengkan kepala. Isteri dengan anak sama saja. Dua-dua sekepala. Tinggallah dia saja menyendiri.

"Shafik, mulai hari ni kau akan jadi pemandu peribadi anak aku. Apa-apa rujuk dia. Gaji kau macam biasa aku yang bagi. Aku serahkan anak aku di bawah tanggungjawab kau. Apa-apa terjadi, kau yang aku soal dulu."

Shafik terdiam. Mampukah dia? Kenapa dia berasa berat untuk memikul tanggungjawab itu?

Salam ramadan kepada semua umat Islam. Maaf saya lambat update. Terima kasih kerana sudi baca karya pertama saya. Tinggalkan komen di ruangan disediakan sekiranya ada yang mahu diperbetulkan. Terima kasih, Mr. Alpha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience