Bab 5 : Perubahan

Romance Series 15521

Air mata jatuh mengalir ke pipi saat hatinya tidak mampu menerima satu berita yang sangat memedihkan hatinya itu. Sungguh, dia berasa kecewa. Kenapa hidupnya dia di dunia ini perlu menghadapi ujian yang sangat berat seperti ini?

"Apa maksud Ati? Ati tak sayang abang?" soal Shafik. Esakannya ditahan sehabis mungkin.

"Abang tu miskin. Hidup sebatang kara. Sampai bila Ati nak tunggu abang kumpul duit? Sampai bila pun tak akan dapat kumpulnya. Lambat. Ati dah terima pinangan Aiman."

Setiap ayat yang dilontarkan menyengat hati Shafik. Berbisa rasanya. Dia tak tahu apa yang dia harus balas ketika ini. Hatinya sakit.

"Sudahlah abang. Lupakan aje impian abang nak dapatkan Ati. Biarlah Ati bahagia kalau betul abang sayangkan Ati."

Shafik mengukir senyuman. Kalau itu permintaan Melati, akan dia turutkan. Jujur dia memang sayangkan Melati. Tapi nak buat macam mana lagi? Jodohnya bukan dengan Melati.

"Baiklah kalau itu yang Ati mahukan. Abang doakan Ati berbahagia dengan Aiman. Maafkan abang." Shafik terus mematikan talian. Sungguh dia tidak sanggup mahu mendengar suara Melati lagi. Perit hatinya.

"Buwerkkk.... uwerkkkk..."

Shafik tersentak. Kepala dibawa paling ke belakang. Semakin teruk alahan mengandung Sufi. Walaupun mempunyai ubat, alahannya tetap teruk. Sampaikan susut berat badannya. Nampak lebih kurus dan tidak bermaya. Selera makan pun hilang. Kena banyak kali pujuk barulah nak makan.

"Sha... Shafik....." Sufi memanggil Shafik dengan tangan terkapai-kapai dari dalam bilik air berhampiran dapur. Sungguh dia berasa lemas dengan keadaannya sekarang ini.

"Ya Allah, cik." Pantas Shafik memaut pinggang Sufi dari rebah ke lantai.

"Sakit... sakit..." adu Sufi sambil menangis teresak-esak.

Shafik mencempung tubuh Sufi untuk dibawa ke ruang tamu. Tuan dan puan majikannya tiada di rumah. Seperti biasalah masing-masing sibuk dengan kerja. Bibik pula sibuk menyiram pokok di halaman hadapan rumah.

"Cik nak ubat ke?"

Sufi menggelengkan kepalanya. Shafik mendudukkan Sufi di atas sofa berangkai dua. Baru saja dia hendak berlalu ke dapur, pantas Sufi menarik tangannya sehingga dia terduduk di sebelah gadis itu. Tergamam dirinya. Jarak kedudukan mereka sangat rapat.

"Jangan." Sufi merangkul pinggang Shafik dengan selambanya. Shafik terkaku saat terasa tangan Sufi menyentuh pinggangnya. Apa yang Sufi cuba buat sekarang ni?

"Cik... cik..." Shafik cuba untuk leraikan pelukan mereka tetapi gagal. Sufi semakin erat memeluk tubuhnya. Kepala disembamkan pada bidang dada Shafk. Semakin terkedu Shafik dibuatnya. Sufi seolah-olah menggoda dirinya.

"Jangan pergi mana-mana. Aku sakit. Kau tak rasa badan aku ni menggigil."

Shafik tak nafikan yang sememangnya tubuh Sufi sedang menggeletar kuat. Tapi tak akan sampai berpelukan seperti ini? Mahunya bibik nampak, habis dia dibelasah oleh tuan majikannya.

"Cik Sufi kita tak boleh. Saya... saya bukan mahram awak..."

Sufi mencebik. Kenapalah lelaki macam Shafik Izdin ni suka bagi alasan yang membuatkan hati dia panas? Dia nak peluk sekejap saja. Tak  akanlah tak boleh? Semuanya tak boleh.

"Dahlah! Sana sana!" marah Sufi sambil menolak tubuh Shafik sehingga jatuh ke atas karpet.

Shafik terkejut. Kuat betul Sufi menolaknya. Sakit ke tak sakit sebenarnya Sufi ni?

"Erm cik..."

Sufi mengajuk. Shafik menggaru pipinya. Apa kena dengan Sufi ni? Lain macam pula dia hari ini.

"Cik, cik. Tak habis cik, cik. Dah macam cicak." bebel Sufi. Shafik berkerut. Selama ini dia panggil cik tiada pula disoalkan. Kenapa hari ni tiba-tiba Sufi mempersoalkan? Dah nama pun majikan, mestilah panggil dengan panggilan yang hormat.

"Nama aku Sufi Ajmina. Kalau kau nak panggil cik tu depan daddy ke mummy tak apalah. Ini 24 jam tak habis-habis bercik-cik. Rimaslah aku dengar." marah Sufi sambil meramas rambutnya.

"Erm, baiklah. Saya panggil Mina, boleh?" Shafik ikutkan saja rentak Sufi. Mungkin emosi gadis itu dalam keadaan tidak stabil. Serba-serbi tak kena. Ikutkan saja asalkan Sufi tak mengadu pada daddy dan mummynya.

"Apa-apa jelah. Janji nama."

Shafik tersenyum.

"Mina nak makan ke? Mina kena makan ubat, kan?"

Sufi menggelengkan kepalanya. Sungguh selera makannya mati sejak mengandung ini.

"Mina tak boleh macam tu. Mina kena makan, ya? Kesian pada diri sendiri dan..."

"Shuh!" marah Sufi. Shafik pantas menekup mulutnya. Hampir saja mahu terlepas, takut-takut juga kalau bibik dengar. Mati.

"Maaf, cik. Eh, Mina." Boleh pula dia tersasul. Dah biasa panggil cik. Begitulah jadinya.

Sufi terhibur dengan telatah Shafik. Tapi disebabkan egonya, dia tahan saja tawanya di dalam hati. Hatinya tersentuh setiap kali Shafik memberikan perhatian sepenuhnya kepada dia. Walaupun dia selalu sakitkan hati Shafik, lelaki itu tetap setia dengannya.

"Mina okey kalau saya pesankan makanan segera secara online?"

Sufi menganggukkan kepalanya sekali. Dia sendiri tak tahu nak makan apa. Biarlah Shafik yang beli. Janji tak banyak tanya. Perutnya yang masih kempis disentuh lembut. Kenapalah dia ditakdirkan untuk mengandung? Sejujurnya dia memang tak boleh terima kehadiran anak ini. Disebabkan anak inilah, hubungan percintaannya dengan Nik terhalang.

"Saya dah pesankan. Lagi 45 minit sampai. Mina nak apa-apa?"

Sufi angguk. Sekali lagi dia menarik Shafik supaya dekat dengannya. Lengan Shafik dipeluk kemudian kepalanya disandarkan pada bahu lelaki itu.

"Duduk diam. Jangan gerak mana-mana kalau tak nak aku mengamuk." ugut Sufi. Sengaja dia mahu menarik perhatian Shafik dengan lebih rapat. Senyumannya dari tadi ditahan setiap kali memandang wajah Shafik.

Rela tak rela, Shafik terpaksa nembiarkan mereka dalam posisi begitu. Angin monsun apalah yang merasuki Sufi sampaikan dia kena hadap perangai gadis itu yang tiba-tiba saja berubah.

"Kenapa kau boleh tahan dengan aku?"

Shafik berkerut seketika sambil mengerling ke arah Sufi yang sedang memejamkan matanya. Sedap saja landing atas bahu dia. Nak tarik semula lengannya kenalah bersiap sedia dengan amukan Sufi Ajmina. Tapi memikirkan semula keadaan Sufi, membantutkan hasratnya.

"Sebab seorang pekerja perlu bersabar dengan majikan dia. Selagi saya boleh sabar, saya akan sabar." jawab Shafik dengan senyuman kecil. Lama dia merenung wajah mulus milik Sufi yang berada sangat dekat dengannya. Tak semena-mena jantungnya berdetak kencang.

"Oh. Macam tu. Walaupun aku buat jahat kat kau banyak kali?" Sengaja Sufi mahu bermain soal-menyoal denga Shafik. Mahu menghilangkan rasa bosannya.

Shafik terdiam. Tidak tahu jawapan apa yang harus dia berikan. Siapa saja yang tak sedih dapat majikan yang buat dirinya seperti kuli batak. Buat dia seperti seorang insan yang tiada hati dan perasaan.

"Kenapa diam?" tanya Sufi. Kepalanya diangkat lalu disandarkan pada kusyen sofa. Matanya dipakukan ke arah Shafik yang masih lagi termenung tidak memberikan sebarang jawapan.

"Tak apalah. Aku tak paksa. Aku nak tidur. Kau pimpin aku naik atas boleh?" Inilah kali pertama Sufi meminta pertolongan Shafik dengan nada lemah-lembut. Sampaikan Shafik pun sepertinya tidak percaya yang sekarang dia berhadapan dengan Sufi Ajmina. Betul ke ini Sufi yang dia kenal selama ni?

"Baiklah." Shafik akur. Kalau diberi pelbagai alasan, ada sekejap lagi kena makan makian. Elok-elok angin dia sekarang ni nanti berubah 360 darjah.

"Thanks." Sufi menutup pintu biliknya sebaik Shafik menghantarnya sehingga ke muka pintu bilik. Rasanya dia boleh saja jalan sendiri sehingga ke katil.

Tanpa sedar, Shafik mengukir satu senyuman yang tidak dapat disuratkan. Kenapa Dia tersenyum? Tak mungkin dengan perubahan Sufi yang terlalu sedikit ini membahagiakan dirinya saat hatinya lara selepas melepaskan Melati kepada Aiman. Kalau betullah Sufi berubah dan boleh menerima dirinya, dia berjanji akan menjaga Sufi sebaik mungkin.

Dia janji...

Harini berkesempatan untuk update. Terima kasih, Mr Alpha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience