Bab 13 : Benci Dalam Rindu

Romance Series 15515

Fikiran melayang mengenangkan Shafik dan Syifa yang sudah tiga tahun tidak bertemu mata. Sama sekali dia tidak menyangka yang dia sekali lagi berjumpa dengan mereka.

"Macam tu ajelah kerjanya. Tak tidur, termenung tanpa hiraukan orang sekeliling. Tahulah cuti. Nak berehat. Tapi tak akanlah sikit pun tak boleh nak tolong."

Sufi tersentak dari lamunannya bila dengar suara bebelan Datin Masdira. Sempat lagi dia mengerling ke arah jam petak yang melekat pada dinding ruang tamu.

Sudah pukul 6:30 petang. Nik masih belum lagi pulang ke rumah. Lambat pula suaminya itu balik. WhatsApp pun sepi saja. Tiada pesanan daripada Nik.

Dia melepaskan keluhan kecil kemudian tubuh ditolak bangun untuk naik ke tingkat atas.

"Tengoklah tu. Aku cakap bukannya kisah. Buat dek saja. Lama-lama aku boleh kena darah tinggi macam ni." marah Datin Masdira sambil tangan naik mencekak pinggangnya sendiri.

Sekali lagi Sufi mengeluh. Kaki yang sedang mendaki anak tangga ketiga terhenti dek suara marah ibu mentuanya itu yang tidak sudah-sudah dari tadi. Panas hati dibuatnya.

"Mumy nak Sufi buat apa? Nak kemas satu rumah ni? Mop satu rumah? Apa guna mumy upah Bibik Eli?" Sufi membalas. Tangan naik bersilang ke dada. Angkuh benar wajahnya ketika itu.

"Memanglah aku upah Eli. Tapi tak akan satu haram pun kau tak boleh nak buat? Pinggan sebiji pun susah kau nak cuci. Sedangkan tu bekas makanan kau sendiri. Semua kau nak harapkan Eli, banyak cantik muka kau. Dia pun ada hati dan perasaan. Bukan macam kau hati kebal." Berdas-das sindiran yang ditembak oleh Datin Masdira kepada Sufi Ajmina.

"Sudahlah, mumy. Sufi penatlah dengar mumy bebel. Semua tak kena. Asal nampak Sufi aje mesti ada je tak kena. Ada je nak tegur. Ke mumy memang tak suka Sufi?" tebak Sufi.

"Memang. Aku naik menyampah tengok kau dengan anak aku tu. Entah macam manalah anak aku boleh jatuh hati dengan perempuan macam kau ni. Sedangkan ada je perempuan yang boleh bahagiakan dia. Bagi dia zuriat."

Bibir Sufi terherot ke tepi. Kepala dibawa angguk sekali. Dia sudah tahu salah satu poin penting kenapa Datin Masdira tidak boleh menerima dirinya sebagai menantu.

Kerana anak. Dia tidak dapat menghamilkan anak Nik lagi setelah tiga tahun berkahwin.

"Oh, sebab anaklah ni mumy tak boleh go on dengan Sufi?"

Datin Masdira terdiam. Terjeling-jeling matanya ke arah susuk tubuh Sufi yang berdiri di anak tangga ketiga itu.

"Aku nak tahu juga. Kenapa susah sangat kau nak mengandung? Sikit pun tak ada yang melekat. Nik beritahu aku, kau dengan dia tak ada apa-apa masalah kesihatan. Apa yang susah sangat kau nak mengandung? Dosa apalah yang kau buat sampai susah sangat nak mengandung."

Zup! Sufi tersentap dengan omongan Datin Masdira. Paling terkesan dengan ayat terakhir ibu mentuanya itu. Datin Masdira tak tahu yang dia sudah mempunyai seorang cucu perempuan. Hasil buatan Sufi dan juga Nik sendiri. Kalau dia dan daddy tahu, tak tahulah apa yang akan jadi.

"Sudahlah. Mumy cakaplah apa yang mumy nak. Janji mumy bahagia. Kalau Sufi cakap pun bukan mumy dengar. Nak menang mumy je, kan?"

Dia meneruskan pendakiannya sehingga ke tingkat atas. Pintu bilik ditolak perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam. Hatinya tersentap ditambah lagi dengan perasaan sebal yang membara. Ada saja kesalahan yang nak dicari.

"Dah tiga tahun kahwin, baru nak bising tak ada anak. Nak sangat cucu rupanya perempuan tua tu. Sampaikan tak boleh nak terima aku. Apa kau ingat aku ni tak boleh mengandung ke? Aku bolehlah. Jangan pandang aku sebelah mata."

Dia termenung. Kembali terkenangkan Shafik dan anak perempuan yang ditinggalnya kini sudah sebesar itu. Comel dan cantik. Persis seperti dia ketika kecil.

"Kenapa aku fikirkan budak tu? Dia anak haram, kan? Aku tak nak mengaku dia anak aku. Lagipun Shafik mesti tak pernah ceritakan dekat dia pasal aku. Kalau tak mesti dia dah datang dekat aku, kan?"

Fikirannya terus-menerus memikirkan tentang Syifa. Pada bibir bilang benci tapi dalam hati bilang rindu. Sebenci-benci dia pada anak itu, Syifa Ar Raudhah tetap anak kandungnya. Anak kecil yang pernah menghuni dalam rahimnya selama 9 bulan 10 hari. Naluri seorang ibu tak boleh diputuskan walaupun sekuat mana perasaan benci itu menumbuh.

Shafik tersenyum kecil mendengar soalan yang diajukan oleh Syifa. Dia tahu banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anak kecil itu. Selepas saja makan malam, Syifa terus menanyakan beberapa soalan tentang kejadian petang semalam.

"Itu ibu dengan ayah kandung, Ifa?" soal Syifa dengan wajah polosnya. Sekeping gambar Sufi bersama dengan Nik yang disimpan oleh Shafik secara senyap berada di tangannya.

"Ya, sayang. Ayah bukan ayah kandung Syifa. Ayah cuma ayah angkat Syifa. Ayah tak ada apa-apa pertalian dengan Syifa."

Ya Tuhan, sungguh perit hatinya mahu mengaku siapa dirinya yang sebenar pada Syifa. Terlalu dalam sakitnya sehingga membuatkan luka lama kembali berdarah.

"Tapi, Ifa nak ayah juga. Ifa sayang ayah. Ayah hero Ifa. Ayah yang selalu ada dengan Ifa." Tubuh Shafik dipeluknya erat. Tidak mahu dilepaskan sama sekali. Dia takut dirinya berjauhan dengan Shafik.

"Ya, sayang. Ayah ada selalu dengan Syifa. Jangan sedih, ya. Selagi ayah masih bernyawa, ayah akan terus tetap di samping Ifa." Rambut Syifa dibelainya dengan penuh mesra. Dalam hatinya berkata, janganlah anak ini terlalu cepat membesar. Jikalau anak ini membesar sehingga ke peringkat dewasa, semakin jauhlah jarak dia dengan anak gadis ini. Banyak batas yang kena jaga kerana mereka bukan mahram.

"Ifa tak kishah kalau ayah nak bawa Ifa pergi jumpa Ibu Mina dengan Ayah Nik. Tapi ayah kena selalu ada dengan Ifa. Ifa tak nak pergi tanpa ayah. Janji?"

Shafik senyum. Kepala diangguk sekali sebelum tubuh kecil itu didakapnya penuh sayang.

"Janji. Syifa, puteri pertama yang muncul dalam hidup ayah. Ayah tak akan lepaskan Syifa macam tu saja. Syifa la penyembuh luka dan lara ayah. Tanpa Syifa ayah tak tahu apa jadi pada ayah ketika ini."

Syifa diam di dalam dakapan Shafik. Walaupun dia masih kecil, dia sudah boleh faham apa yang diceritakan oleh ayah angkatnya itu. Hati kecilnya kecewa dengan kenyataan yang dia bukan anak kandung Shafik. Apa pun terjadi, dia mahukan Shafik Izdin sentiasa ada dengannya sampai bila-bila.

"Sayang..."

Sufi menoleh ke sisi. Helaian novel yang terakhir dibaca ditanda dengan penanda buku. Dari tadi dia perasan yang Nik sepertinya termenung jauh. Tidak tahu apa yang lelaki itu fikirkan.

"Kenapa?"

"I rindu dekat Syifa."

Pengakuan yang keluar dari mulut Nik membuatkan Sufi sedikit tersentak. Seolah-olah tak percaya dengan apa yang diluahkan oleh Nik.

"Dia dah besar, sayang. Sumpah, dia cantik sangat macam you. Mata dia. Bulu mata dia lentik. Rambut dia hitam keperangan, lurus. Sama macam you. Kiranya Syifa is your junior." Nik tertawa kecil. Ada air mata yang bertakung pada tubir matanya.

Sufi kehilangan kata-kata. Tidak tahu mahu memberi respons apa. Terkejut dengan sikap Nik pada hari ini.

"You tahu tak, I hari-hari doa supaya dapat jumpa Shafik dan Syifa. Kadang-kadang I takut yang I pergi dulu sebelum sempat jumpa mereka. I rasa berdosa sangat-sangat buat Shafik dan Syifa macam tu. I takut...." Teresak-esak Nik melepaskan tangisan sehingga terenjut-enjut bahunya.

"Biy, kenapa you ni? You buat I risau. You menangis macam ni, sedih hati I tengok. Janganlah macam ni."

Nik geleng.

"I can't, sayang. Dah lama I pendam. Tiga tahun pada I macam 30 tahun you know. I menanti dengan penuh sabar."

"Ya, I tahu."

"Kalau you tahu, you tak nak jumpa Syifa? I tak akan ambil Syifa daripada Shafik. Because I know, Shafik really deserve to Syifa. Tapi I cuma nak jumpa anak I. Baby girl I yang I tinggal macam tu aje tanpa belas simpati. How dare I am as a father?"

Sufi terdiam. Bahu Nik diusapnya lembut. Dia sendiri tak tahu apa yang mahu dibalas. Dirinya juga keliru dengan diri sendiri. Dia memang bencikan Shafik dan Syifa. Tapi pada masa yang sama....

Dia rindukan lelaki yang pernah mengahwininya dengan anak perempuan yang dilahirkan dari rahimnya sendiri.

Ya, dia akui yang dia rindui mereka. Tapi dia lebih rela junjung ego daripada mengakuinya kepada Nik.

Do support me, ya. Thank you. Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience