Bab 9 : Terluka

Romance Series 15515

Beberapa bulan kemudian,

Kandungan Sufi sudah mencecah sembilan bulan dan bila-bila masa saja dia akan melahirkan anak sulungnya itu. Sepanjang dia mengandung, macam-macam yang dia buat pada Shafik. Boleh dikatakan yang dia selalu membuli Shafik. Tak kiralah suaminya itu baru balik kerja atau sedang bekerja.

"Haish, manalah dia ni. Lambat pulak balik malam ni. Geram betul!" Sufi melunjurkan kedua-dua belah kakinya di atas meja kopi yang diperbuat daripada kayu. Dari tadi, tidak habis-habis mengilap kukunya.

"Hoi, budak. Lepas kau keluar daripada perut aku. Pandai-pandailah kau hidup. Kau dah menyusahkan aku selama sembilan bulan tau. Kau dah banyak seksa aku. Suka-suka kau saja tendang aku. Buat satu badan aku sakit-sakit. Dasar anak haram kau ni." Selamba saja Sufi mencaci anak yang berada di dalam kandungannya itu. 

Tak lama itu, telinga Sufi menangkap satu bunyi ekzos kereta yang berhenti betul-betul di hadapan rumah Shafik. Dengan perasaan malas yang menggunung, dia menurunkan kedua-dua belah kakinya kemudian berjalan menghampiri pintu rumah.

"Sia..." Terhenti percakapan Sufi di saat tubuhnya didakap seseorang. Erat.

"I'm sorry, baby. I sangat rindukan you. I tahu I bodoh. Selfish. I biarkan you duduk dengan lelaki miskin macam ni. Selama ni I perhatikan you, sayang." 

Sufi terkaku. Langsung tak memberi apa-apa respons. Dia juga agak terkejut dengan kemunculan lelaki yang pernah dia cintai. Oh, dia masih mencintainya sehingga sekarang. Sejak kebelakangan ini, dia perasan sepertinya dia diperhatikan seseorang. Rupanya bekas kekasihnya sendiri. 

"Kenapa baru sekarang you nak muncul? I dah kahwin dengan Shafik hampir lima bulan. And now, I dah sarat. Tunggu masa je nak melahirkan."

Nik menganggukkan kepala. Dia memegang kedua-dua belah bahu Sufi supaya mereka dapat saling bertatapan antara satu sama lain. 

"I'm very sorry. Please, give me a second chance. I tahu yang I bodoh sebab buat you terluka. Tolong, maafkan I. I akan jaga you and our baby." 

Sufi menggelengkan kepalanya. 

"I tak nak baby ni. I nak bagi Shafik. Dialah punca I jadi macam ni. Selama sembilan bulan ni, I terseksa disebabkan dia. I benci dia." 

Nik sekadar menganggukkan kepala. Pipi mulus Sufi diusap perlahan.

"Okey, kalau macam tu you boleh bagi I masa?" 

Sufi menjongketkan keningnya. Baru saja dia mahu memaafkan lelaki ini tetapi diminta untuk memberi dia masa pula. Sudahlah dia terseksa duduk di dalam rumah ini.

"Masa apa lagi ni, Nik?" Nada suara Sufi sudah berubah. Sedikit meninggi.

"Look, I ada masalah sikit dengan family I. I nak minta masa you dalam setahun. I akan dapatkan semula hati parents I untuk dia orang percayakan I. Dan pada masa yang sama, turunkan harta dia orang dekat I. Semuanya untuk you, baby. Boleh? Please, jangan marah. Selama setahun ni, I akan jaga semua keperibadian you. You nak labor hospital mana? Keperluan dan kehendak you semua I tanggung. Cuma you kena stay sini dulu untuk setahun lagi. Boleh, kan?"

Sufi melepaskan keluhan. Dia baru saja nak berangan yang dia dapat duduk rumah yang lebih selesa. Rupanya kena tanggung derita selama setahun lagi.

"Betul ke? You tak tipu?" 

Bersungguh-sungguh Nik menggelengkan kepalanya menandakan yang dia betul-betul serius akan perkara ini. Dia tak mampu untuk membiarkan Sufi terus dalam keadaan menderita begini. Cukuplah sekali, dia sudah membuat keputusan yang bodoh. Dia hampir saja kehilangan Sufi Ajmina sepenuhnya. Mujur saja Sufi masih boleh menerimanya dan memberi dia peluang kedua.

"I akan tunggu you selama setahun seperti yang you minta. Tapi, kalau you tipu I. I tak akan percayakan you langsung. No trust. Also no chances for you anymore." 

Nik tersenyum. Dia kembali memeluk tubuh Sufi dengan dakapan yang erat. Sungguh dia tidak nafikan yang dia terlalu rindukan gadis kesayangannya itu. Silap dia kerana melepaskan gadis ini kepada lelaki yang tidak mampu memberikan kebahagiaan dan kemewahan kepada Sufi Ajmina.

"Biy, I rindu nak makan makanan mewah. You tahu tak, I terpaksa tahan tekak I untuk makan semua tu. Ada laki pun tak guna. Tak boleh belikan setiap hari apa yang I nak." Sufi mengadu. Dia menguis-nguis bahu Nik. Gaya nak menggoda pun macam ya.

"Okey. You nak makan apa? I belikan. Nombor telefon you masih samakan? Nanti I nak contact you pasal hospital dan juga benda lain." 

Sufi tersenyum. Nik Hadif sampai tepat pada masanya. Dapat juga dia melahirkan anaknya di hospital mewah. Kalau dekat hospital murah, semestinya serabut dan huru-hara. Perlahan dia mengusap pipi Nik. Tanpa mereka berdua sedar, Shafik yang baru saja balik dari tempat kerja kerana waktu rehat sedang memerhatikan mereka di bawah sebatang pohon yang tidak jauh dari rumahnya.

"Sampai hati awak buat saya macam ni, Mina. Sakit hati saya bila awak perlakukan saya seperti seorang manusia yang tiada perasaan. Apa salah saya? Susah sangat ke awak nak terima saya?" gumamnya seorang diri. Air matanya perlahan mengalir, diseka sambil menundukkan wajahnya.

Sufi termenung jauh. Tak tahu nak buat apa sekiranya duduk di rumah ini. Dia rindukan gaya hidup dia sebelum semua ini terjadi. Duit yang berkepuk-kepuk di dalam bank. Semuanya serba mewah. Tak pernah lagi sepanjang dia hidup, dia kena hidup dalam keadaan begini. Dalam rumah buruk. Tiada lagi kemewahan. Mengandung pula tu. Memang menyeksakan jiwanya.

"Mina, awak nak makan? Saya dah siap masak." Shafik memanggil isterinya dengan penuh kelembutan. Walaupun hatinya seperti ditoreh pisau akibat menyaksikan adegan tadi, dia tetap melayani Sufi dengan layanan yang sama seperti sebelum-sebelum ini. Dia percaya suatu hari nanti, Sufi akan menerimanya. Setiap kali selepas solat, dia tak akan lupa mendoakan untuk Sufi Ajmina yang disayanginya.

"Masak apa?" tanya Sufi kasar. Menyampah pula dia melihat wajah polos milik Shafik Izdin itu. Makin tidak berminat dia mahu duduk di rumah buruk ini. 

"Ayam kari. Saya dah dapat gaji." 

"Aku dah kenyang. Tadi kawan aku hantar makanan banyak. Kau makanlah sorang." Punggung diangkat lalu meninggalkan Shafik seorang diri di ruang tamu. Sufi terus saja merebahkan dirinya di atas tilam empuk seraya menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.

Shafik mengemamkan bibirnya. Dadanya dicengkam perlahan. Pedih. Perit dia mahu menerima semua ini. Sungguh dia rindukan keluarganya. Perlahan bibirnya mengukir sebuah senyuman penuh kesedihan.

"Ibu, ayah... Shafik rindu ibu dengan ayah. Shafik rindu kenangan kita bersama. Bila Shafik dapat jumpa ibu dengan ayah. Shafik cuba nak jadi kuat tapi Shafik tak mampu. Kadangkala, Shafik hampir tewas. Tapi, Shafik sentiasa ingat pesanan ibu dengan ayah untuk terus kuat menempuhi dugaan yang menimpa. Doakan untuk Shafik..." lirihnya perlahan sebelum membawa langkah ke dapur. Mahu mengisi perut yang sedikit berkeroncong seorang diri.

Maafkan saya kerana sudah lama tak update. Saya baru aje sembuh daripada sakit dan sedikit sibuk dengan kerja. Alhamdulillah kesihatan saya semakin membaik. Terima kasih semua yang masih sudi menyokong saya. Saya akan slow slow update kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience