Bab 4 : Kecewa

Romance Series 15515

Shafik merenung ke arah Sufi yang sedang duduk di kerusi meja makan tidak jauh darinya. Menunggu kehadiran Nik Hadif untuk memberitahu kandungannya itu. Shafik menopang dagunya seraya kepala otak ligat memikirkan sesuatu dan juga perasaan terhadap Sufi Ajmina. Dia jatuh cinta dengan Sufi? Kalau diiyakan, adakah dia seorang yang bodoh? Bagaimana dengan Melati di kampung? Sudah lama gadis itu tidak berhubung dengannya. Hampir sebulan.

Sufi Ajmina, nama itu telah lama menarik dirinya sebelum Sufi Ajmina sampai ke Malaysia lagi. Kali pertama dia mendengar nama itu sudah membuatkan jantungnya tidak keruan apatah lagi tuan majikannya menunjukkan gambar Sufi Ajmina kepadanya. Semakin tidak sabar dia mahu melihat wajah itu di hadapannya.

"What?! You gila ke?!" Jeritan Sufi menyentakkan Shafik dari lamunannya. Sampaikan semua orang dalam restoran itu turut memandangnya dengan reaksi pelik dan terkejut.

"Shuh... calm down. Janganlah menjerit macam tu. You tak tahu malu ke?" bentak Nik.

Sufi menjegilkan anak matanya. Masih boleh fikirkan orang lain daripada dia yang sedang sarat memikirkan kandungannya itu. Memang sah Nik ni nak lepas tangan gayanya.

"You... I tengah pening fikir pasal budak dalam perut ni. You boleh hiraukan orang lain. You memang gila!!" jerit Sufi.

"Baby, macam ni. Kalau you tak nak gugurkan, I tak boleh buat apa. I terpaksa berpisah dengan you. For my own good sake. I tak boleh terima anak tu."

Terjegil anak mata Shafik mendengar setiap bait kata yang terpacul dari bibir Nik. Lelaki ni memang tak ada berperikemanusiaan langsung. Kejam!

"Cik Sufi, saya minta maaf. Saya kena masuk campur. Jangan buat kerja yang tak waras, Cik Sufi. Berdosa besar jika cik gugurkan dan pada masa yang sama kesihatan cik akan berisiko." Jujur Shafik memang risaukan tentang Sufi Ajmina. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Semuanya berlaku secara spontan. Ikut kata dari hatinya.

Pang! Sufi menampar pipi Shafik sehingga terteleng dibuatnya. Shafik mengetap bibirnya. Salah ke dia menegur Sufi?

"Kau jangan nak nasihat aku sangatlah. Macamlah kau tu dijamin masuk syurga!" tempik Sufi. Nik hanya pandang kosong ke arah mereka berdua. Malas dia hendak melayan drama percuma yang berlangsung di kedai makan murah ini.

"Cik Sufi, saya cuma cakap benda yang betul. Kekasih cik ni tak akan bertanggungjawab. Cik masih mahu menangkan dia? Betapa besarnya cinta cik dekat dia. Tapi saat timbul masalah sebegini dengan senangnya dia lepas tangan. Itukah dinamakan cinta, Cik Sufi?" Shafik tiada niat pun mahu menyindir Sufi. Tetapi tindakan Sufi sudah melampaui batas. Semua teguran dia sedikit pun tak boleh diterima. Sedangkan Nik sendiri sudah maklumkan yang dia tidak mahu bertanggungjawab.

Sufi terdiam sejuta bahasa. Perlahan air matanya mengalir ke pipi. Air mata kecewa. Matanya beralih ke arah Nik yang menayangkan wajah tidak bersalah. Ketika itu juga, kata-kata Shafik tadi menjentik tangkai hatinya. Nik tidak mahu bertanggungjawab. Lelaki itu mahu berpisah dengannya setelah empat tahun bersama sejak di Las Vegas. Adakah dia buta menilik cinta?

"You betul nak berpisah?" soal Sufi dengan nada perlahan.

Nik pandang dengan reaksi sedikit terkesima. Betul ke pilihannya untuk meninggalkan Sufi? Sedangkan cintanya hanya untuk Sufi Ajmina.

"You pilih budak tu daripada I?" Soalan dijawab dengan soalan. Shafik pandang dengan penuh rasa tidak puas hati. Ikutkan hati mahu saya dia menyasarkan tumbukannya pada Nik. Biar lebam muka jantan itu.

"Ni bukan pasal I pilih siapa. Sekarang ni dah jelas lagikan nyata you tak boleh terima I seadanya. Sedangkan you yang dah rosakkan I. Maruah I, semua I bagi dekat you. Ini yang you balas?" Bertitis-titis air mata Sufi jatuh ke pipi mengundang rasa simpati di dalam hati Shafik. Entah kenapa sakitnya hati dia melihat air mata gadis itu.

"Sufi..."

Sufi angkat tangannya dan ketika itu juga percakapan Nik terhenti. Sufi menggelengkan kepalanya beberapa kali. Air matanya diseka kasar.

"It's okay. I can survive by myself. I don't need you anymore, Nik Hadif. Thank you for being with me almost four years." ucap Sufi dengan senyuman nipis sebelum langkahnya dibawa pergi meninggalkan Nik dan Shafik di situ.

"Jangan ganggu Cik Sufi lagi." Shafik sempat memberi amaran keras sebelum berlari mendapatkan Sufi yang sudah jauh darinya.

"Cik Sufi! Cik Sufi!" laung Shafik dengan kuat.

Pinnnnnnn!

Shafik tersentak. Bunyi hon itu membuatkan pandangannya terpaku pada Sufi yang selamba melintas tanpa lihat kiri dan kanan. Sebuah lori pasir dan Sufi Ajmina dipandang bersilih ganti. Shafik memecut laju ke arah Sufi dan lengan gadis itu direntap dari belakang.

Pinnn! Pemandu lori itu sempat membunyikan hon sekali lagi menandakan dia sedang marah. Masalahnya tak boleh tekan pedal brek ke? Terus saja melulu.

Sufi yang berada di dalam dakapan Shafik terkaku mengejut.

"Cik Sufi, cik okey ke?"

Sufi menolak dada Shafik. Tiba-tiba saja tubuhnya seperti melayang-layang. Kepalanya berpinar. Pantas Shafik memaut bahu Sufi. Dia memimpin gadis itu ke kereta yang tidak jauh dari situ.

"Cik, nak pergi klinik?"

Sufi pantas menggelengkan kepalanya. Kali ni dia tidak menolak bantuan Shafik. Memang bantuan diperlukan saat ini. Pandangannya berbalam-balam seperti mahu pitam.

"Aku... nak balik..." beritahu Sufi dengan dalam keadaan separuh sedar.

Shafik akur. Tubuh Sufi dibaringkan di bahagian tempat duduk belakang. Hatinya cukup risau melihat wajah Sufi yang semakin memucat. Takut apa-apa terjadi pada Sufi dan kandungannya itu. Pantas dia masuk ke bahagian pemandu dan mulakan pemanduannya pulang ke rumah.

Sufi Ajmina. Izinkan aku untuk jaga kau. Walaupun dari jauh... Gumam hatinya.

Maaf sekiranya menunggu. Saya menaip bila betul betul ada kelapangan. Terima kasih, Mr Alpha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience