Prolog

Romance Series 15515

Sang Suria mengeluarkan haba yang sangat terik membuatkan tubuhnya bermandi peluh. Butang baju kemeja ditanggalkan satu per satu sehingga terbuka menampakkan singlet hitam yang tersarung pada tubuhnya. Walaupun dirinya terlalu penat bekerja seharian sebagai seorang pengawal keselamatan di hospital berdekatan dengan rumahnya, bibirnya tetap mengukirkan senyuman.

Beg plastik yang berisi dua bungkus nasi ayam diletakkan di atas meja kecil yang terletak di dapur sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Mata meliar mencari susuk tubuh si isteri. Rasa rindu sudah semakin menggunung di dalam hati. Inilah nasibnya sekiranya bekerja pada syif malam. Memang jarang nampak isteri.

"Mina... saya dah balik." panggil Shafik dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Mina?" panggil Shafik buat kali kedua namun tiada sebarang sahutan. Segera dia menghampiri kamar tidur yang pintunya tidak ditutup rapat.

"Mina..." Shafik terkedu melihat isterinya sedang melipat pakaian. Di sebelah Sufi, ada sebuah beg bagasi berwarna merah.

"Mina nak pergi mana?" Shafik mendekati Sufi sambil bahu si isteri disentuh lembut.

"Jangan sentuhlah. Kau memang tak faham bahasa ke? Tak serik-serik lagi ke, aku dah buat macam-macam dekat kau." marah Sufi sambil menyumbat pakaiannya di dalam bagasi secara kasar.

"Mina, apa salah saya? Sikit pun awak tak boleh terima saya dalam hidup awak. Saya sayangkan awak dan Syifa setulus ikhlas hati saya."

Sufi Ajmina menghentikan lipatannya kemudian kepalanya dibawa toleh sedikit ke kanan. Melihat susuk tubuh suaminya itu dengan ekoran mata. Begitu sinis pandangannya.

"Kau fikir aku kisah ke dengan hati kau tu? Hati aku ni dah banyak menderita disebabkan budak haram tu. Dan juga disebabkan kaulah, dia lahir ke dunia ni. Semua salah kau!"

Shafik menyentuh dadanya. Beristighfar dia saat mendengar cacian dari mulut isterinya sendiri.

"Allahuakhbar. Mina, kenapa awak cakap macam tu dekat Syifa? Dia tak salah apa-apa, Mina. Dia bersih dan suci daripada segala dosa. Tergamak awak sebagai seorang ibu cakap macam tu. Dia syurga awak, Mina."

Sufi menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia sudah tak mahu hidup lagi bersama Shafik dan Syifa. Tak sanggup dia mahu hidup dalam kesusahan seperti ini. Dari kecil, dia sudah diajar dengan kemewahan. Jadi semua ini bukan setaraf dia.

Dia terpaksa buat semua ini bersebab. Bukan kerana dia cintakan Shafik. Seputik cinta tak pernah ada untuk lelaki bernama Shafik Izdin. Lelaki itu hanya menjadi mangsa dia untuk menutup malu dan aib keluarganya.

"Ceraikan aku. Syifa ni kau ambil. Aku tak nak tengok muka korang berdua lagi dalam hidup aku. Jangan kau pernah kenal lagi nama Sufi Ajmina dalam hidup korang berdua. Anggap saja aku dah mati." ujar Sufi penuh angkuh. Beg bagasi dizip dengan kasar sebelum dia berdiri.

Syifa Ar-Raudhah yang berusia setahun hanya mendiamkan diri di dalam buaian sambil menghisap ibu jarinya. Matanya membulat besar. Telinganya terbuka luas mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut ayah dan ibunya.

"Mina, jangan tinggalkan saya. Saya dah tak ada sesiapa lagi selain Mina dengan Syifa. Kesiankan Syifa, Mina. Dia kecil lagi. Masih bersusu badan."

Dia sanggup mengetepikan maruahnya hanya kerana cinta. Dia jatuh melutut di hadapan Sufi sebelum kaki isterinya itu dipeluk erat. Air mata mengalir deras. Sungguh dia tak mahu kehilangan cintanya yang pertama dan juga terakhir itu.

Kerana cinta, dia sanggup buat apa saja.

"Kau jangan nak buat kerja bodohlah, Shafik! Kau sedar tak yang kau tu miskin? Macam mana kau sebagai suami nak bagi kemewahan dekat aku?" tempik Sufi sambil menendang tubuh Shafik.

"Allah..." Shafik memegang perutnya yang terasa sengal ditendang oleh Sufi.

"Ceraikan aku. Kita jumpa dekat mahkamah. Syifa aku bagi hak penjagaan dekat kau 100 peratus." Bagasi ditarik sehingga ke luar rumah. Laju saja dia meninggalkan Shafik di dalam bilik bersama Syifa.

"Mina! Mina, saya merayu. Jangan tinggalkan kami. Saya tiada sesiapa lagi, Mina. Saya tiada keluarga apatah lagi saudara-mara. Tolong, Mina..."

Sufi berdecit. Dia menolak-nolak wajah Shafik sehingga lelaki itu terundur ke belakang.

"Mina..."

Baru saja Shafik mahu menyampaikan sesuatu, sebuah kereta mewah berhenti di hadapan teratak kayunya. Sufi tersungging sebuah senyuman. Gembira.

"Hi, babe." Nik membawa diri keluar dari keretanya.

Sufi menganggukkan kepala hanya sekali. Bagasi tadi ditarik sehingga ke belakang butt kereta. Shafik memerhatikan mereka dengan reaksi yang agak terkejut.

"Nik..." Shafik tak mampu menyambung ayat percakapannya. Sepertinya dia kehilangan kata-kata.

"Oh ya, Shafik. Jangan terkejut sangat, ya. Kan aku dah cakap yang Nik ini cinta pertama aku. Dan tak ada siapa yang boleh gantikan dia. Termasuk kau." Sufi tersenyum sambil melambai kecil ke arah Shafik yang statik berdiri di hadapan pintu rumah.

"Hoi, Shafik. Ceraikan awek aku. Jumpa dekat mahkamah!" jerit Nik selamba sebelum memboloskan dirinya masuk ke dalam kereta.

"Ya Allah... kenapa begitu berat sekali ujian yang Kau uji kepada aku? Sungguh aku cintakan Mina dengan penuh ikhlas hati aku. Tapi kenapa dia buat aku seperti tiada perasaan." Shafik mengesat air matanya menggunakan hujung pergelangan baju kerjanya.

"Yaahhhh...." Kedengaran suara Syifa memanggil dirinya. Laju saja dia berlari masuk ke dalam kamar tidur.

"Ya sayang. Anak ayah. Ayah ada dekat sini. Jangan takut, ya. Ayah tak tinggalkan Syifa. Ayah sentiasa ada dengan Syifa." Tubuh si kecil dipeluk erat sambil ditepuk-tepuk lembut.

"Syifa jangan tinggalkan ayah, ya. Ayah dah tak ada sesiapa. Ayah ada Syifa je. Ayah janji yang ayah akan jaga Syifa. Ayah tak akan bagi Syifa dekat sesiapa."

Syifa hanya mendiamkan diri sambil kepalanya dilentukkan pada bahu si ayah.

"Kalau itu membuatkan dia bahagia, aku reda. Kau lindungi dan berikanlah kebahagiaan yang sebaiknya tanpa aku di sisinya, Ya Allah." gumam Shafik sendiri.

Saya masih baru lagi dalam penulisan. Segala salah dan silap boleh komen dengan baik di ruangan komen. Saya akan cuba untuk memperbaiki lagi. Terima kasih, Mr. Alpha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience