Bab 7 : Gagal

Romance Series 15515

Sufi mengusap perutnya yang sudah menampakkan bentuk. Hari ini genap kandungannya berusia empat bulan. Daddy dan mummynya masih lagi tidak tahu akan kewujudan anak di dalam perutnya itu. Dia dilanda perasaan gundah. Apa yang perlu dia katakan kepada kedua-dua orang tuanya itu? Patutkah rancangan yang sudah lama dia fkirkan dilakukan? Mangsa sudah ada. Tinggal berhadapan dengan satu kekecohan daripada daddy dan mummynya. Terpaksa... mungkin dengan cara ini pasti dia akan terselamat. Mesti daddy tak akan halau dirinya.

Kaki mengorak langkah mendekati daddynya yang sedang berbual-bual dengan mummynya di ruang tamu. Entah apa yang mereka bualkan pun Sufi tidak berapa dengar dengan jelas. Fikirannya melayang memikirkan perkara yang akan terjadi tak lama lagi ini. Sesekali dia mengerling ke arah pintu utama yang terbuka. Kelihatan Shafik sedang membasuh kereta daddynya.

"Erm... daddy..." Kardigan labuh ditarik supaya menutupi perutnya yang jelas membentuk.

"Ha, Sufi. Kenapa? Lama daddy tak nampak kamu ni. Makin tembam sekarang. Kuat makan?"

Sufi menayang sengih. Jantung mula mengepam laju. Tiba-tiba dia rasa takut. Patut ke dia beritahu? Masih ada masa untuk patah semula. Dia tiba-tiba menjadi tidak bersedia. Semua kerana Tuan Anuar yang menegur dirinya semakin berisi. Ketara sangatkah?

"Daddy, mummy... sebenarnya..."

"Sebenarnya apa? Tak pernah kamu ni bercakap nak tergantung-gantung. Selama ni main cakap aje macam monorel. Tak berhenti."

Sufi mencebik kecil. Ada saja daddynya hendak menyakat dirinya. Bagilah dia peluang untuk bercakap.

"Sebenarnya, Sufi pregnant. Sufi pregnant..."

DAM!

Terhinjut kedua-dua belah bahu Sufi saat Tuan Anuar menghentak meja kopi dengan kuat. Wajah sudah bertukar bengis. Serentak itu, tubuh Sufi menggeletar hebat. Dia takut. Takut diapa-apakan oleh daddynya sendiri.

"Are you insane, Sufi Ajmina? What are you try to say? Huh!" tengking Anuar. Maisara yang berada di sebelah hanya membisu. Terkejut mendengar pengakuan daripada anak perempuan tunggalnya itu.

"Dad... daddy... Sufi tak salah..." Terketar-ketar Sufi cuba menyelamatkan dirinya. Konon bukan salahnya.

"Habis salah siapa? Lelaki mana yang dah bersama dengan kau tu?!"

Sufi memejamkan matanya seketika. Kepala otaknya ligat memikirkan jawapan yang sudah siap sedia tadi. Boleh pula hilang sekejap dek disergah oleh Anuar.

"Sha... Shafik..."

Sepi.

"Shafik Izdin?" soal Maisara dengan nada tak percaya. Tak mungkin Shafik yang berasal dari kampung itu membuat kerja terkutuk pada anak perempuannya? Mustahil.

"Shafik!!" jerit Anuar sehingga menggemakan suasana rumah agamnya itu.

"Ya... Ya tuan..." Terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah. Sudahlah badannya tidak berapa sihat. Tiba-tiba pula disergah begitu pada waktu malam begini.

Buk! Buk! Buk!

Anuar melancarkan tumbukan bertubi-tubi pada wajah Shafik sehingga Shafik jatuh terduduk di atas lantai berhampiran dengan pintu utama. Sufi menekup mulutnya. Terkejut dengan tindakan daddynya sendiri.

"Tu... tuan..."

Tak cukup ditumbuk, disepak terajang oleh Anuar sehingga puas hatinya. Terbatuk-batuk Shafik dibuatnya. Cecair berwarna merah mula mengalir dari tepi bibirnya. Wajahnya membengkak. Maisara tak mampu berbuat apa. Dia sendiri buntu. Dia mengerling ke arah anak perempuannya yang dari tadi menggelengkan kepala.

"Jantan ni yang rogol kau?!"

Sufi menganggukkan kepalanya lambat-lambat. Shafik terpanar. Kenapa Sufi sanggup buat begini pada dirinya? Apa dosa besarnya pada Sufi sampai Sufi sanggup memfitnahnya?

"Tuan..."

Pang! Anuar menampar pipi Shafik sehingga terteleng pipinya ke kiri. Dada Anuar berubah rentak. Terdengar nafasnya yang mendesah-desah melepaskan kemarahan.

"Berapa bulan?"

Sufi mendongakkan kepalanya. Takut hendak bertentang mata dengan bapa kandungnya itu.

"Em... Empat bulan."

"Dasar anak tak kenang budi! Dah empat bulan, baru kau bagitahu aku? Selama emlat bulan ni hidup kau berahsia dengan aku. Tak tahu malu kau ni, ya. Duduk rumah aku dalam keadaan kau yang menjijikkan!"

Dum! Tersentak jantung Sufi dibuatnya mendengar ayat yang terpacul dari bibir Anuar. Tak mungkin. Anuar sangat sayangkan dirinya. Maisara juga terlalu sayang akan dirinya.

"Sufi tak bersalah! Shafik yang bersalah!" jerit Sufi. Dia tak boleh terima yang Anuar menghina dirinya sebegitu.

"Kau bukan anak aku lagi! Kau dengan dia sama aje! Kau berahsia sangat, kan? Kau sayang sangat dekat dia, kan? Sebab tu kau rahsiakan. Entah-entah korang berdua memang suka sama suka dan memang rela nak bersama!"

Sufi terkesima. Laju dia menggelengkan kepalanya. Ini bukan seperti yang dirancang olehnya. Kenapa Anuar dan Maisara tidak percaya akan dirinya? Bukan ke dia anak emas dalam hidup mereka?

"Daddy! Sufi tak minta semua ni!"

"Kau minta atau tak, kau dah mengandung. Empat bulan dah, Sufi. Kau dah kecewakan hati aku. Kau janji kau nak jaga diri waktu aku lepaskan kau dekat Las Vegas. Alih-alih kau balik sini terus kau tak reti nak jaga diri?"

Sufi menghampiri bapanya sebelum jatuh melutut di hadapan Anuar. Kaki Anuar dipeluk erat. Air mata mengalir berjuraian tanpa henti.

"Daddy, Sufi tak salah. Shafik yang rogol Sufi. Sufi rahsiakan sebab Sufi takut. Sufi takut daddy dengan mummy tak sayang Sufi."

Anuar terdiam. Maisara menekup wajahnya melepaskan tangisan yang ditahan sejak dari tadi.

"Tolong, Sufi. Sufi tak nak pun semua ni berlaku dekat Sufi. Sufi takut. Jangan halau Sufi, daddy."

Anuar memejamkan matanya dengan kadar yang agak lama. Cuba memikirkan jalan yang terbaik sebelum dia membuat sesuatu keputusan yang tidak akan berlaku sebuah penyesalan.

"Kahwin dengan Shafik. Tinggal dengan dia kalau kau masih nak aku anggap kau anak aku. Aku tak akan bertanggungjawab ke atas kau sampai kau lahirkan anak haram kau tu. Aku tak nak tengok muka kau selama kau kandungkan anak haram tu. Kau duduklah mana-mana dengan suami kau. Kau dah lahirkan dia, baru kau balik sini. Tapi jangan harap aku akan layan kau macam biasa."

Anuar menepis tangan Sufi yang sedang memeluk kakinya. Tangan Maisara ditarik sebelum mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

"Daddy! Mummy!" laung Sufi berkali-kali.

Shafik mengesat darah di tepi bibirnya. Perlahan-lahan dia menstabilkan diri sebelum mendekati Sufi.

"Mina..."

"Shafik, tolong. Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tak nak duduk dengan awak. Ni rumah saya. Saya nak duduk sini." Sufi meraung kuat. Teresak-esak menangis. Sudah seperti seorang ibu dalam keadaan meroyan.

"Mina, awak sendiri dengar apa Tuan Anuar cakap. Saya tak mampu tolong awak lebih dari itu. Saya akan bantu awak. Kita kahwin dan saya akan jaga anak tu bersama awak."

"Tak nak!!" Sufi menolak-nolak wajah Shafik yang rapat dengan dirinya. Dia menggelengkan kepala berkali-kali. Tak dapat dia bayangkan bagaimana kehidupannya sekiranya bersama dengan Shafik. Dia tak pernah hidup susah. Dia bukan berasal dari kampung. Jadi dia tak boleh sesuaikan diri dia dengan situasi seperti itu.

"Mina, jangan macam ni. Nanti awak sakit. Awak mengandung tu, Mina." Shafik tak putus-putus memujuk Sufi yang seperti orang hilang akal.

"Sufi Ajmina! Kau jangan nak buat kecoh dekat rumah aku!" tengking Anuar dari berandar tingkat atas rumahnya. Dia mencerlung tajam ke arah Shafik dan Sufi.

"Aku cakap lagi sekali! Kau kahwin dengan dia atau kau selamanya aku tak mengaku anak!"

Sufi terdiam. Tiada lagi rontaan seperti tadi. Dia menggigit bibirnya kuat sehingga luka. Shafik memeluk bahu Sufi. Sufi tidak melawan seperti tadi. Dia terlentuk lelah di atas bahu Shafik. Pandangannya berbalam-balam secara tiba-tiba.

"Ya Allah, Mina!" Shafik menyambut tubuh lemah Sufi sebelum terduduk di atas sofa.

"Sakit..." Sufi menekan-nekan perutnya yang terasa pedih menyucuk-nyucuk.

"Kita pergi hospital." Shafik mencempung tubuh Sufi ke kereta. Risau dia melihat keadaan Sufi seperti itu. Sakit pada wajah dan tubuhnya diabaikan. Sufi Ajmina lagi penting pada saat cemas begini.

Aku janji Mina. Aku jaga kau setulus ikhlas hati aku. Gumam Shafik di dalam hatinya. Kereta dipandu laju ke jalan raya. Dalam hati berdoa agar Sufi dalam keadaan baik-baik saja.

Terima kasih kerana support saya Mr Alpha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience